You are on page 1of 14

PENGENALAN

 Malaysia memiliki keistimewaan dengan ciri-ciri latar


belakang masyarakatnya yang terdiri daripada
pelbagai etnik.
 Mereka saling berhubung dengan menggunakan
bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa
kebangsaan dalam pertuturan harian sehingga dapat
bertutur dengan fasih.
 Ini menunjukkan masyarakat Malaysia dapat hidup
bersatu di antara kelompok dengan kelompok lain.
 Pengalaman harian yang terhasil daripada hubungan
tersebut berlaku dalam pelbagai suasana dan ruang
lingkup yg luas seperti menerusi perkongsian dalam
aspek makanan, kesenian dan media.
KEPELBAGAIAN MAKANAN ETNIK PEMANGKIN
PERPADUAN
 Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963 sebagai
sebuah negara dengan identiti nasional
tersendiri.
 Penubuhan ini diikuti dengan pembentukan
satu bangsa Malaysia yang saling hormat
menghormati dan memahami dalam kalangan
rakyatnya.
 Setiap kumpulan etnik memiliki warisan jenis
makanan yang beraneka warna dan rasa serta
memaparkan sejarah masakan yang menarik
untuk diketahui, dipelajari, dan dimiliki
bersama.
 Promosi Malaysia sebagai destinasi “syurga
makanan” dengan tema Malaysian Cuisines
merupakan asas penonjolan pelbagai jenis
makanan merentas etnik.
 Dalam promosi tersebut nasi lemak sebagai contoh
merupakan sajian yang popular di Malaysia kerana
keenakkannya dan nasi ini pula mudah disediakan.
 Nasi lemak kini telah telah menjadi pilihan semua
etnik di Malaysia.
 Nasi lemak telah mengetepikan stereotaip bahawa
nasi lemak adalah milik etnik Melayu, sebaliknya
beranggapan nasi lemak sudah menjadi milik
bersama.
 Begitu juga dengan makanan daripada etnik Cina
seperti kuih pau, pelbagai jenis mi, sup, dim sum
digemari oleh etnik lain di Malaysia.
 Malah makanan seperti rojak, capati, tose dan
pelbagai masakan berkari yang popular di
kalangan etnik India dan beberapa jenis makanan
daripada etnik di Sabah dan Sarawak seperti
umai, ambuyat atau linut dan ayam pansuh
menjadi kegemaran masyarakat pelbagai etnik
yang menyumbang kepada kesepaduan sosial.
MAKANAN DAN RUANG SOSIAL DALAM
KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
 Makanan merupakan aspek penting dalam
kehidupan manusia untuk memenuhi
keperluan biologi dan sosiologi.
 Makanan berperanan menyatupadukan
pelbagai etnik sebaliknya juga dapat
membahagikan individu kepada kumpulan
sosial tertentu dalam masyarakat.
 Cara makan dan jenis makanan yang tidak
boleh dimakan membentuk ruang sosial
makanan kepada dua iaitu ruang awam dan
ruang bukan awam.
 Ruang Awam - tidak berkaitan dengan acara
keagamaan atau kepercayaan tetapi adakalanya boleh
berkaitan dengan acara keraian keagamaan.
 Contohnya perayaan yang boleh dikongsi bersama
seperti jamuan hari raya.
 Juadah seperti rendang daging lembu ialah makanan
larangan kepada etnik India .
 Bagi jamuan hari Deepavali pula sajian ayam atau
kambing mestilah halal dan disembelih mengikut cara
Islam.
 Ruang Bukan Awam – berkaitan dengan acara
keagamaan atau kepercayaan.
 Contohnya dalam majlis aqiqah bagi orang Islam,
daging tersebut tidak boleh dihidangkan kepada
orang bukan Islam.
KESENIAN PELBAGAI ETNIK DAN KESEPADUAN
SOSIAL
 Keperluan rohani dapat dipenuhi menerusi
beberapa sumber seperti alunan muzik,
nyanyian, tarian ,sukan, seni lukis dan bentuk-
bentuk kreativiti lain yang dapat memberikan
ketenangan, hiburan, dan melegakan tekanan.
 Kesepaduan sosial dalam hubungan antara
etnik yang terhasil daripada aktiviti seni boleh
dlihat dalam dua keadaan.
 Pertama, kesepaduan sosial wujud sewaktu
proses penghasilan sesuatu bentuk seni .
 Kedua, kesepaduan sosial boleh dilihat dalam
produk seni berkenaan.
 Contohnya karya muzik oleh Allahyarham Tan
Sri P. Ramlee dalam menggubah lagu-lagu yang
memuatkan unsur pelbagai etnik seperti ‘Aci-Aci
Buka Pintu’ dan lagu ‘ Haiya Cik Siti’.
 Lagu ‘Pergi’ nyanyian Aizat yang diiringi alat
muzik tradisional Cina iaitu erhu.
 Filem ‘Sini ada Hantu’ daripada gabungan dan
kerjasama pelbagai etnik.
 Program kartun ‘Upin dan Ipin’ karektor kanak-
kanak daripada pelbagai etnik yang terdapat di
Malaysia.
 Siri kartun ini padat dengan nilai murni yang
mendidik kanak-kanak di peringkat awal usia.
MEDIA DAN KESEPADUAN SOSIAL
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
menyatakan bahawa media perlu bekerja dengan
dasar yang betul.
 Antara yang disenaraikan ialah ketelusan,
akauntabiliti, keadilan dan laporan yang
bertanggungjawab.
 Media berfungsi untuk menyampaikan maklumat
dan mendidik masyarakat serta menjadi medium
perantaraan.
 Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua
kategori iaitu :
i. Media cetak
ii. Media elektronik
 Media cetak terdiri daripada sumber bertulis
seperti surat khabar,majalah,buku,novel, dan
bahan bertaip yang lain.
 Media elektronik terdiri daripada televisyen, radio,
internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya.
 Kini televisyen merupakan medium komunikasi
yang paling berpengaruh.
 Bagi mempromosikan perpaduan etnik terutamanya
menerusi konsep ‘1 Malaysia’ sebuah syarikat
telekomunikasi iaitu TM telah membuat satu iklan
khidmat masyarakat yang diberi tajuk
‘1 Malaysia-As One We Care’.
 Iklan ini berteraskan ideologi 1Malaysia yang
diterapkan dalam masyarakat melalui media.
 Iklan ini menggambarkan situasi masyarakat Malaysia
yang bersatu padu dan saling bantu membantu di
antara pelbagai etnik dalam suasana yang harmoni
tanpa mengira usia.
 Selain Program TV yg memaparkan kesepaduan sosial
menerusi sukan seperti Bola@Mamak yg disiarkan di
ASTRO SuperSport yg diminati oleh semua etnik di
Malaysia.
KESIMPULAN

 Perpaduan etnik amat penting bagi


mewujudkan suasana yang aman dan
harmoni.
 Perpaduan amat memberikan manfaat dalam
kehidupan harian kerana kepelbagaian etnik
merupakan pelengkap kepada keharmonian
dan kebahagian yang dinikmati bersama.

You might also like