You are on page 1of 37

Hadhanah

NAMA: NIK NUR HANIS BINTI NIK MOHD FAUZI


NUR SYAHIRA NAJIHAH BINTI SHAARI
SITI MARIAM BINTI AHMAD

NAMA PENSYARAH: MOHD FUAD BIN MOHD SELLEH


‫اإلسالم‬

Apa itu Hadhanah?


Hadanah bermaksud penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan
belum berupaya untuk menguruskan dirinya sendiri, sama ada lelaki
atau perempuan iaitu sama ada dalam tempoh perkahwinan atau
selepas perceraian
Dalam Raudhah al-Talibin (9/98) oleh Imam al-Nawawi, “hadhanah”
bererti:

‫القيام بحفظ من ال يميز وال يستقل بأمر نفسه وتربيته بما‬


‫بصليه ووقايته عما يؤذيه‬

Mendirikan (hak-hak) dengan menjaga orang yang tidak mumaiyiz dan


tidak berdikari untuk dengan urusan diri sendiri, dan mengasuhnya
dengan apa yang layak untuknya dan memeliharanya daripada apa
yang menyakitinya.
Menurut Raihanah Azahari dan Najihah Norman, Prinsip-Prinsip Kebajikan kanak-
kanak menurut undang-undang Islam: Rujukan khusus kepada penghakiman kes-
kes hadanah di Mahkamah Syariah di Malaysia. Jurnal Hukum. Bil. 30 BHG 1
1431H.

Hadhanah dari segi istilah juga boleh membawa erti menjaga


serta memelihara anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki
atau perempuan atau anak-anak yang sudah dewasa tetapi belum
mumaiyiz dari sebarang anasir yang boleh merosakkan fizikal
mahupun mentalnya sehinggalah kanak-kanak itu mampu
berdikari dan memikul tanggungjawab.
Hukum
Hadhanah
● Hukum adalah WAJIB.

● Anak-anak yang masih memerlukan pengasuhan


akan mendapat bahaya jika tidak mendapatkan
penjagaan yang baik.

● Anak-anak juga harus diberi nafkah dan


keselamatan dari segala hal.
Siapakah yang berhak
terhadap Hadhanah?
01 Sama ada dalam tempoh perkahwinan atau selepas berlakunya
perceraian, ibu ialah orang yang paling berhak daripada orang
lain bagi menjaga anak kecilnya sehingga anak kecil itu
mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan)
‫اإلسال‬
‫م‬
Mengapa ibu mendapat hak
penjagaan?
- Seseorang ibu lebih kasih dan sabar menanggung bebanan menjaga dan
mendidik anak kecil.

- Ibu lebih lembut dalam menjaga dan mendidik anak anak

- Ibu juga mampu memberi kasih sayang dan kencintaan yang diperlukan
oleh anak kecil.
Siapakah yang berhak selepas ibu?

Nenek sebelah ibu Nenek sebelah bapa Kakak atau adik


Ibu Bapa perempuan seibu sebapa
dan ke atas dan ke atas

Anak perempuan Kakak atau adik Kakak atau adik


daripada kakak atau adik perempuan sebapa perempuan seibu;
perempuan seibu sebapa

Anak perempuan Anak perempuan


daripada kakak atau adik daripada kakak atau adik Emak saudara sebelah ibu
perempuan seibu perempuan sebapa

Waris lelaki yang boleh


Emak saudara sebelah
menjadi warisnya sebagai
bapa
asabah.
SYARAT-SYARAT MENDAPATKAN
PENJAGAAN (HADHANAH)
Islam
1 -Mengikut agama ibu dan ayah
-Orang kafir tidak berhak
4 Berkelakuan baik dari segi
akhlak Islamiah
Baligh dan sempurna akal
2 Tidak diberikan kepada orang gila
Mempunyai akhlak yang mahmudah dan
disenangi ramai

5
yang tidak mampu mengawal dan
menjaga diri sendiri Tinggal bersama kanak-kanak
tersebut
Umur yang melayakkan dia
3 memberikan kanak-kanak itu kasih
Tidak diberikan kepada orang yang
tidak mahu tinggal bersama-sama
sayang dan pendidikan yang kanak-kanak tersebut

sempurna
Tidak diberikan kepada seseorang yang tidak
matang dan tidak mampu memberikan kasih
sayang secukupnya
‫اإلسال‬
‫م‬
Berapa lamakah tempoh
Hadhanah?
● Tempoh hadanah tamat setelah kanak-kanak mencapai umur
mumaiyiz, iaitu tujuh tahun untuk kanak-kanak lelaki dan
sembilan tahun untuk kanak-kanak perempuan.

● Setelah tamatnya hak hadhanah, jagaan adalah turun kepada bapa


dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur (mumaiyiz), maka
kanak-kanak itu berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada
ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah Syariah
memerintahkan selainnya
Siapakah yang berhak ke atas
anak tidak sah taraf?
01 Hak penjagaan terhadap anak yang tak sah taraf
adalah pada ibu atau saudara-mara ibu.
Siapakah yang menentukan Hadhanah?

Mahkamah Syariah merupakan pihak yang mempunyai autoriti dalam memutuskan


hadhanah dengan memberi perhatian kepada :

● kebajikan kanak-kanak tersebut


● kemahuan ibu bapa kanak-kanak
● kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang boleh
menyatakan pendapatnya
Apakah syarat-syarat yang dikenakan
oleh Mahkamah semasa membuat
perintah Hadhanah

Semasa membuat perintah hadhanah, Mahkamah Syariah


boleh mengenakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh
pihak-pihak. Antara syarat tersebut ialah:
(a) tempat kanak-kanak itu akan tinggal dan pelajarannya

(b) mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu berada buat sementara


dalam pemeliharaan dan kawalan seseorang yang lain daripada orang yang
diberi jagaan kanak-kanak itu

(c )mengadakan peruntukan bagi kanak-kanak itu untuk melawat ibu atau bapa
yang tidak diberi jagaan atau seseorang daripada keluarga ibu yang telah mati
atau bapa yang tidak diberi jagaan dalam masa yang difikirkan munasabah
(d) memberi ibu atau bapa yang tidak diberi hak jagaan atau seseorang
daripada keluarga ibu atau bapa yang telah mati atau yang tidak diberi jagaan
untuk berjumpa dan melawati kanak-kanak itu pada masa-masa dan seberapa
kerap yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah;

(e) melarang orang yang diberi jagaan itu daripada membawa kanak-kanak itu
keluar dari Malaysia.
Apakah perintah lain yang boleh
dikeluarkan oleh mahkamah?

Sekiranya ibu atau bapa seseorang anak mendapat jagaan anak memohon
kepada Mahkamah Syariah untuk suatu perintah tegahan bagi menahan
pihak yang tidak diberi jagaan anak, membawa anak itu keluar Malaysia,
pihak Mahkamah Syariah boleh mengarahkan demikian sekiranya terdapat
alasan yang munasabah. Pihak-pihak boleh memohon perintah tegahan
daripada membawa keluar kanak-kanak dalam penjagaan pihak-pihak
dengan alasan-alasan yang munasabah atau wajar untuk sesuatu tujuan
yang berfaedah kepada kebajikan kanak-kanak.
Perkara-perkara yang boleh menggugurkan hak
seseorang terhadap hadanah ?
Umumnya, seseorang ibu adalah berhak untuk mendapat penjagaan anak yang masih kecil yang belum
mencapai umur mumaiyiz. Namun begitu hak tersebut akan gugur;

● Jika perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak mempunyai pertalian dengan
kanak-kanak itu dan lelaki tersebut bukan muhrim dengan kanak-kanak itu.
● Jika perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka
● Jika perempuan itu murtad
● Jika perempuan itu cuai atau menganiaya kanak-kanak itu.
● Jika perempuan itu menukar pemastautinannya dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-
kanak itu daripada menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali isteri
yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
Apakah perkara-perkara yang
perlu diambil tindakan bagi
membolehkan Jabatan Bantuan
Guaman memberi bantuan untuk
tuntutan hadhanah?
Setiap pemohon yang ingin mendapat khidmat
Jabatan Bantuan Guaman perlu mengemukakan
dokumen atau butir yang berikut:
i. Butir-butir Perkahwinan
(a) Surat Nikah Asal/Surat Cerai;
(b) Sijil Kelahiran Anak-anak.

ii. Butir-butir Pihak Ingin Menuntut


(a) Nama/alamat/pekerjaan suami/isteri;
(b) Nama/alamat majikan suami/isteri
iii. Laporan-laporan berkaitan
(a) Runding cara
(b) Laporan perubatan
( c) Laporan Polis
(d) Saksi
(e) Penyata gaji suami/isteri
(f) Perakuan daripada majikan suami/ isteri
(g) Penyata KWSP suami/isteri
(h) Bukti berhubung dengan pertukaran alamat
(i) Dokumen-dokumen sokong
Adakah semua ibu layak
01 mendapatkan hak hadhanah?
Berbalik kepada syarat penjagaan, syarat itu akan
gugur jika ibu tidak dapat memberikan kasih
sayang yang cukup. Hal ini kerana untuk
mengelakkan berlakunya perkara yang tidak
diingini
Bagaiamanakah penjagaan
01 anak yatim piatu?
Penjagaan anak yatim adalah tertakluk kepada wasiat ibu bapa
kanak-kanak tersebut
Siapa berhak ke atas anak yatim piatu
01 sekiranya ibu bapa tidak meninggalkan
wasiat?
Majistret, Penghulu, Pegawai Polis, Pelindung kanak-kanak tersebut atau sesiapa
yang mempunyai kuasa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi memohon kepada
Mahkamah untuk melantik penjaga bagi kanak-kanak yatim piatu yang ibu
bapanya meninggal tanpa wasiat.
Siapakah yang menjaga harta anak-anak
01 tersebut?
Mahkamah akan melantik seorang penjaga atau waris atau pemegang amanah
dengan syarat-syarat tertentu.
Sesi soal
jawab
Adakah bapa tidak berhak untuk
01 mendapatkan hak hadanah walaupun ibu
diutamakan?
Mahkamah Syariah merupakan pihak yang mempunyai autoriti dalam memutuskan
hadhanah dengan memberi perhatian kepada :

● kebajikan kanak-kanak tersebut


● kemahuan ibu bapa kanak-kanak
● kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang boleh
menyatakan pendapatnya
Apakah punca berlakunya penderaan
01 kepada kanak-kanak sekarang?
Antara punca berlakunya penderaan dalam kalangan kanak-kanak pada masa kini

- Hak hadhanah tidak diperolehi kepada pihak yang sebetulnya


- Pengabaian ibu bapa
- Tekanan
Sekiranya ibu kepada anak tidak sah
01 taraf tiada kemampuan bagaiamanakah
nasib anak tersebut?
RUJUKAN
Paizah Ismail. (2010). Wanita Status Sosial & Undang-Undang Islam.
Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.

Jabatan Bantuan Guaman. (2015). Hadanah. Muat turun pada 17 Disember


2021 daripada https://www.jbg.gov.my/images/doc/risalah/hadanah.pdf

Peguam Syarie. (2020). Pengertian hak penjagaan anak/ Hadhanah dalam


Islam. Muat turun pada 18 Disember 2021 daripada
https://www.guamansyarie.com/2020/04/maksud-hadhanah-hak-penjagaan-a
nak-hadhanah-dalam-islam.html
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like