You are on page 1of 17

TUTORIAL

MINGGU 6 EDUP
3083
Disediakan oleh:
Balqis binti Redhuan
Nur Fathiyah Syamimi binti Muhd GRE
Fauzi EN
Nurain Athirah binti Bidi
ISU
KESANTUNAN GURU
PUNCA
BERLAKUNYA
ISU
KESANTUNAN
GURU
MASALAH DISIPLIN MURID

● Murid kurang menghargai dan menghormati perasaan


guru sama ada di dalam atau luar bilik darjah.
● Guru dikejutkan dengan tindakan murid di luar jangkaan
seperti tidak mematuhi arahan, melanggar disiplin
sekolah dan sebagainya.
● Akibat tingkah laku murid yang kurang disenangi, maka
guru cenderung bertindak secara tidak profesional
sebagai manifestasi kepada permasalahan yang timbul.
TEKANAN KERJA GURU

● Pada masa kini, guru banyak dibebani dengan tugas kerja


lain selain daripada tugas hakiki, iaitu mendidik dan
mengajar murid.
● Tekanan kerja guru menyebabkan segelintir guru hilang
pertimbangan semasa mengenakan hukuman terhadap
murid.
● Keadaan ini berlaku apabila guru gagal mengawal emosi
akibat tekanan yang timbul.
● Kesannya, hubungan guru dan murid terjejas
TEKANAN KERJA GURU

● Pada masa kini, guru banyak dibebani dengan tugas kerja


lain selain daripada tugas hakiki, iaitu mendidik dan
mengajar murid.
● Tekanan kerja guru menyebabkan segelintir guru hilang
pertimbangan semasa mengenakan hukuman terhadap
murid.
● Keadaan ini berlaku apabila guru gagal mengawal emosi
akibat tekanan yang timbul.
● Kesannya, hubungan guru dan murid terjejas
KURANGNYA PEMANTAUAN PDP DARIPADA PENTADBIR

● Pemantauan yang kurang daripada pihak pentadbir


khususnya sewaktu proses PdP berlangsung
menyebabkan kelalaian guru.
● Guru cenderung menjadi agresif terhadap murid apabila
mereka tidak perlu risau akibat daripada tindakan atau
kecuaian mereka.
● Maka, guru dengan sewenang-wenangnya bertindak
mengikut perasaan tanpa menghiraukan keselamatan
IMPLIKASI
ISU KEPADA
PROFESION
KEGURUAN
PROFESION GURU AKAN DIPANDANG RENDAH OLEH
MASYARAKAT

● Masyarakat sudah mula hilang kepercayaan kepada


pentadbiran sekolah secara amnya dan para guru secara
khususnya dalam menyediakan pendidikan yang selamat
dan berkesan.
● Jika dahulu masyarakat menganggap kerjaya guru
sebagai kerjaya yang mulia, namun akibat tindakan
segelintir guru yang mencemar nama baik profesion ini,
bidang perguruan ini tidak akan dihormati lagi oleh
masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid.
GENERASI MUDA MENJADI KURANG BERMINAT MENJADI
GURU

● Hal ini kerana mengikut Lilia dan Norlena (1998) dalam


Noriati et.al (2010), penyusutan kuasa untuk menjalankan
tugas secara profesional menyebabkan imej profesion
perguruan menurun di kaca mata masyarakat.
● Hal ini menyebabkan kekurangan genarasi muda yang
berbakat untuk mendidik anak bangsa. Kerajaan pula tidak
lagi dapat melahirkan guru-guru yang berkemahiran dalam
pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang ingin
menceburi bidang ini.
MENJEJASKAN NAMA BAIK GURU

● Nama baik guru yang bekerja dalam profesion perguruan


akan terjejas terutamanya apabila berita kurang baik ini
berleluasa disebarkan di dada-dada akhbar.
● Akibat daripada tindakan guru terbabit, guru-guru yang
lain juga menerima tempiasnya terutamanya guru-guru
yang berada di sekolah berkenaan sekali gus
menyebabkan mereka dipandang serong oleh masyarakat
setempat.
MENGGELAPKAN MASA DEPAN PROFESION GURU YANG
TERLIBAT

● Hal ini kerana guru tersebut boleh dikenakan tindakan


tatatertib jika disabitkan kesalahan. Tindakan di luar
kewarasannya itu juga turut memberikan kesan terhadap
murid yang dicederakan termasuklah trauma dan hilang
motivasi untuk ke sekolah.
● Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa murid terbabit
terhadap guru sebagai penyampai ilmu turut
dimusnahkannya dengan perlakuan tersebut. Murid-murid
yang lain di dalam kelas juga akan berasa takut untuk
mengikuti kelas yang dilaksnakan oleh guru terbabit.
LANGKAH
MENANGANI
ISU
KESANTUNA
N GURU
PROGRAM PENGURUSAN TEKANAN

● Pihak pentadbir menganjurkan program pengurusan


tekanan
sama ada dalam bentuk bengkel kursus ataupun seminar.

● Menurut Sapora Sipon (2010) program pengurusan


tekanan mampu membantu individu mengurus punca-
punca tekanan selain diberikan input-input tentang cara
untuk menterjemahkan perasaan dengan cara yang betul
tanpa menggangu prestasi kerja.
PERATURAN BERKAITAN SIFAR MASALAH DISIPLIN DI
KELAS

● Disiplin murid merupakan salah satu punca guru


bertindak diluar kawalan emosinya.
● Dengan adanya peraturan kelas sebegini murid akan
dikenakan tindakan berdasarkan hukuman yang telah
dipersetujui secara bersama sahaja. Masalah disiplin di
dalam kelas berjaya dikurangnya sekali gus dapat
mengelakkan kejadian guru bertindak secara keterlaluan
bagi tujuan menghukum murid yang melanggar disiplin.
MENGHADIRI KURSUS DIKENDALIKAN OLEH KERAJAAN

● Para guru perlu melibatkan diri secara produktif dalam


setiap proses perubahan yang mempunyai tujuan moral
yang dikaitkan dengan tugas dan tanggungjawab mereka.
● Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai
moral, etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu
diterapkan ke dalam diri setiap guru.
KERAJAAN KURANGKAN PENEMPATAN GURU YANG
TIDAK TERLATIH

● Bahagian Dasar dan Penyelidikan Pendidikan perlu


mengambil langkah yang proaktif terhadap lambakan
guru-guru sandaran tidak terlatih di sekolah yang
sekaligus akan merendahkan martabat profesion
keguruan.
● Hal ini bagi mengekalkan identiti guru dengan baik tanpa
masalah disiplin.

You might also like