You are on page 1of 21

PUNCA ROKOK

PUNCA ROKOK
Faktor Keluarga

• Tingkah laku ibu bapa yang merokok di hadapan anak–anak bukan


saja menunjukkan contoh yang kurang baik, malah mengajar dan
menggalakkan anak-anak mereka supaya berbuat perbuatan yang
sama.
• Namun begitu, masih terdapat segelintir ibu bapa dan masyarakat
yang tidak mengambil berat tentang perlakuan merokok mereka yang
akan ditiru oleh remaja. Pendapat ini di sokong oleh Helgason (2001)
menilai sikap ibu bapa terhadap pendedahan asap rokok terhadap
anak-anak mereka yang berumur antara 3-5 tahun.
Faktor Diri Sendiri

• Bagi remaja khususnya lelaki menganggap dengan merokok dapat


menunjukkan kedewasaan atau kematangan mereka sebab itulah
mereka merasa bangga apabila menghisap rokok.
• Selain itu, mereka juga terdorong oleh perasaan ingin mencuba
bagaimana rasanya rokok itu kerana golongan remaja sinonim dengan
sikap mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru.
• Mereka beranggapan bahawa merokok adalah sekadar untuk
berseronok saja tanpa memikirkan kesan buruk akibat tabiat
merokok.
Faktor Tekanan

• Tertekan atau stress mendorong seseorang merokok kerana dapat


menenangkan jiwa.
• Ketagihan akan wujud apabila seseorang amat perlu menghisap rokok
bagi memulihkan rasa normal keselesaan badan.
• Bahan-bahan di dalam asap rokok, khususnya nikotin dapat
menyegarkan semula badan yang lesu dan mengantuk malahan
tekanan yang dialami oleh perokok.
• Tabiat merokok ini juga berlaku apabila merasa tertekan dengan kerja
di pejabat atau sekolah, mengantuk dan apabila tiada keyakinan diri
terhadap sesuatu perkara.
Faktor Rakan Sebaya

• Pemilihan rakan sebaya yang tidak baik mengundang banyak


keburukan.
• Remaja lebih cenderung untuk memilih rakan sebaya dan tingkah laku
mereka ditentukan oleh ukuran kelakuan rakan sebaya mereka.
• Merokok boleh didorong oleh desakan rakan sebaya. Dalam
perkumpulan rakan sebaya, seseorang remaja diterima dalam sesuatu
perkumpulan sekiranya mereka berani merokok, jika tidak mereka
dipulaukan oleh rakan sebaya.
Faktor Media Massa

• Menyiarkan iklan orang merokok menyebabkan masyarakat mudah


terikut-ikut dengan budaya yang diperlihatkan kepada mereka.
• Golongan berpengaruh seperti ahli politik, artis, doktor dan termasuk
pemimpin agama yang merokok memberikan teladan yang negatif
kepada masyarakat, ini menyebabkan golongan remaja semakin
rancak atau tanpa segan silu menghisap rokok di tempat-tempat
awam
Faktor Penguatkuasaan Undang–Undang

• Langkah penguatkuasaan oleh pihak kerajaan terhadap larangan menjual


rokok kepada remaja bawah 18 tahun adalah lemah atau gagal kerana
penjual rokok hanya ingin mengaut keuntungan dalam perniagaan.
• Ini menunjukkan penjual seolah-olah memberi galakan kepada perokok
untuk merokok dengan lebih giat lagi
• Terdapat juga penjual yang tidak bertanggungjawab yang hanya
memikirkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan risiko yang dihadapi
oleh remaja turut menyumbang kepada tabiat merokok ini.
KESAN PENYALAHGUNAAN BAHAN:
ROKOK
Dapat menjejaskan kesihatan seperti:

Strok
• Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan
10–12% dari kematian di Malaysia. Salah satu penyakit yang dikaitkan
dengan kesan merokok adalah strok (Angin Ahmar)
• Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
• Kerosakan ini disebabkan oleh kesan nikotin yang menjadikan salur darah
akan menjadi tebal dan sempit sehingga menyukarkan aliran darah
• Akibatnya, sebahagian badan mungkin menjadi lumpuh dan
mengakibatkan maut.
Serangan Sakit Jantung

• Merokok juga dikaitkan dengan serangan jantung. Statistik Kementerian


Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa merokok adalah faktor risiko
utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di
Malaysia. Malangnya 50% golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.

Kanser Paru-Paru

• Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-


paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat
berkait rapat dengan tabiat merokok. Punca penyakit adalah asap rokok
yang mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan
kimia ini boleh mengakibatkan kanser.
Mencemarkan Alam Sekitar

• Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tetapi


mencemarkan udara sekeliling.
• Meninggalkan kesan negatif kepada individu yang menghidu bau
rokok -menjadikan rakan tidak selesa apabila terhidu bau asap rokok.
Menjejaskan Keterampilan Diri
• Kesan asap rokok menyebabkan gigi kuning dan rosak, nafas berbau
• penampilan diri akan terjejas dan pandangan negatif daripada
masyarakat yang menghargai kesihatan diri.
Meningkatkan Kadar Kematian
• Rokok mengandungi pelbagai bahan kimia yang mengancam
kesihatan
Bahan kimia dalam rokok Sumber bahan kimia

Metanol Bahan Api


Nitrobenzena Gasolin
Karbon Monoksida Asap kereta
Butana Cecair pemetik api
Raksa Logam dalam jangka suhu
Vinil Klorida Bahan utama plastik
Toulena Pelarut industri
Ammonia Pencuci lantai
Arsenik Racun tikus
Kadmium Bahan utama bateri alkali
Stearik Bahan utama dalam lilin
Sianida Racun berbisa
CARA MENGATASI MEROKOK
Kementerian Kesihatan Malaysia (2017). Bahaya Merokok. Dimuat
turun pada 6 April 2019 daripada
https://www.infosihat.gov.my/index.php/isusemasa/43bahayamerokok
Norli Jabbar (2016). Bahaya Merokok. Dimuat turun pada 6 April 2019
daripadafile:///C:/Users/user/Desktop/video%20pkbk/Topik%2
%20-%20Bahaya%20Merokok%20&%20Perokok%20Pasif.pdf

You might also like