You are on page 1of 43

Ketaksamaan Sosial

219
Webex 1 dan 2

Puan Soijah Likin


Pengenalan We l e a d

Ketaksamaan sosial berlaku di mana-mana


sahaja.

Menurut catatan sejarah, fenomena


perbezaan kedudukan sosial antara individu
dalam masyarakat memang sudah wujud sejak
zaman dahulu lagi.
We l e a d

Dalam masyarakat-masyarakat awal, orang


berkongsi kedudukan sosial yang sama.
Apabila masyarakat berkembang dan menjadi
lebih kompleks, mereka mula menaikkan
taraf/kedudukan beberapa ahli
We l e a d

Masyarakat pemburu dan peramu (hunting and


gathering) kurang mengamalkan stratifikasi. Lelaki
memburu binatang untuk daging dan wanita mengumpul
buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang boleh
dimakan. Semua ahli-ahlinya berkongsi apa yang dimilki.

 Secara keseluruhan masyarakat melakukan


penternakan, berkongsi makanan dan sosialisasi kanak-
kanak. Oleh itu, tiada kumpulan muncul sebagai lebih
baik daripada kumpulan yang lain.
Masyarakat Bertani, Berternak We l e a d

Kemunculan masyarakat bertani/menanam dan menternak


membawa kepada ketidaksamaan sosial.
Untuk pertama kalinya, kumpulan mempunyai sumber makanan
yang diusahakan sendiri: masyarakat bertani/menanam tumbuhan
sementara masyarakat menternak menjinakkan haiwan,
memelihara haiwan.
Masyarakat berkembang lebih besar dan tidak semua ahli perlu
terlibat dalam pengeluaran makanan. Masyarakat yang memelihara
haiwan mula menghasilkan lebih banyak makanan daripada yang
diperlukan untuk hidup begitu juga yang menanam/bertani
Orang boleh memilih untuk melakukan perkara-perkara selain
daripada memburu atau bertani.
Pembahagian Buruh dan Pengkhususan Kerja
We l e a d

Pembahagian buruh dalam masyarakat pertanian membawa kepada pengkhususan


kerja dan stratifikasi.

Manusia mula menghargai pekerjaan tertentu yang lebih tinggi/lebih baik daripada
yang lain.

Disebabkan keperluan asas telah dipenuhi maka orang mula menjual atau
memperdagangkan barangan dan perkhidmatan kepada mereka yang tidak boleh
menyediakan untuk diri mereka sendiri. Keuntungan daripada jualan/tukaran
menyebabkan harta benda mula terkumpul.

Harta yang terkumpul banyak dan sikit – yang mempunyai harta yang banyak
mendapat prestij dalam masyarakat Bagi sesetengah orang, mengumpulkan harta
benda menjadi matlamat utama mereka. Harta benda diwarisakan kepada generasi/
keturunan – harta benda / kekayaan dalam tangan kumpulan tertentu
Masyarakat Industri We l e a d

Revolusi Industri bermula di Great Britain pada pertengahan


1700-an - enjin wap mula digunakan sebagai satu cara untuk
menjalankan mesin lain.

Kebangkitan perindustrian membawa kepada peningkatan


stratifikasi sosial. Pemilik kilang mengupah pekerja yang
berhijrah dari kawasan luar bandar untuk mencari pekerjaan dan
kehidupan yang lebih baik. Pemilik mengeksploitasikan pekerja
untuk menjadi kaya, menjadikan mereka bekerja lebih masa
dalam keadaan yang tidak selamat untuk gaji yang sangat
rendah. Jurang antara golongan "berada" dan "kurang berada"
melebar.
Penambahbaikan Syarat Kerja We l e a d

Menjelang pertengahan tahun 1900an, para pekerja telah mula untuk


menuntut hak mereka sebagai pekerja - tempat kerja lebih selamat,
upah meningkat
Pekerja mempunyai sesuatu yang mereka tidak pernah ada sebelum
ini - boleh membeli rumah, kereta dan pelbagai barangan pengguna.
Walaupun wang/harta pekerja tidaklah sebanyak ketua mereka
namun jurang antara kedua-dua semakin kecil - kelas menengah
berkembang
Pada masa yang sama, bentuk baru ketidaksamaan muncul.
Kecanggihan dan kecekapan mesin kilang menyebabkan keperluan
terhadap pelbagai kemahiran pekerja – membaca, menulis,
mengendalikan mesin jenis-jenis tertentu, bidang-bidang tertentu –
gaji berbeza antara pekerja mahir dengan tidak mahir
Masyarakat Pasca Industri We l e a d

Kebangkitan masyarakat pasca industri -teknologi menyokong


ekonomi berasaskan maklumat - telah mewujudkan stratifikasi
sosial lebih besar

Orang kurang bekerja di kilang-kilang tetapi lebih banyak bekerja


dalam industri perkhidmatan. Pendidikan telah menjadi penentu
yang lebih penting daripada kedudukan sosial. Revolusi
Maklumat juga telah meningkatkan stratifikasi global. Walaupun
teknologi baru membolehkan ekonomi yang lebih global, ia juga
memisahkan dengan lebih jelas negara-negara yang mempunyai
akses kepada teknologi baru dengan negara membangun dan
mundur
We l e a d

Aristotle, kira-kira 2000 tahun yang lampau telah


menyatakan bahawa manusia terbahagi kepada tiga
kumpulan utama iaitu yang paling kaya, kumpulan
yang paling miskin dan kumpulan yang sederhana

Penyelidikan tentang kehidupan sosial suku-suku


bangsa dalam peradaban dunia dengan jelasnya
menunjukkan bahawa suatu bentuk susunan
pangkat pasti wujud
Kenapa ketidaksamaan Perlu Dikaji We l e a d

• Kewujudan ketaksamaan sosial merupakan sifat


umum dalam setiap masyarakat

• Ketaksamaan di antara individu, kumpulan


sosial wujud dalam pelbagai bentuk – kaya
miskin; dihormati dipandang rendah; diantara
jantina, ras, etnik, wilayah, negara – fenomena
sangat ketara dalam kehidupan masyarakat
pada hari ini
We l e a d

• Fenomena ini wujud bersama kepercayaan atau keyakinan


yang popular “semua manusia adalah sama”

• Pembentukan ketaksamaan tidak sejajar dgn kepercayaan

• Ketidakupayaan merealisasikan nilai tersebut


menimbulkan persoalan sama ada fenomena
ketaksamaan sosial merupakan satu kejadian yang benar-
benar tidak dapat dielakkan ataupun kerana
ketidakinginan atau ketakutan pada kesamaan sosial
We l e a d

• Kejadian fenomena ketaksamaan sosial yang


berbeza dan berbagai ini sama ada dalam
masyarakat tradisional mahupun dalam
masyarakat moden telah melahirkan berbagai
konsep dan teori utk memahami isu
ketaksamaan sosial
We l e a d

• Kewujudan ketaksamaan sosial adalah dipengaruhi


oleh idea, kepercayaan dan nilai-nilai yang dipegang
bersama oleh anggota sebuah masyarakat

• Idea, kepercayaan, nilai-nilai ini berfungsi sebagai


kriteria untuk menilai, menyusun taraf dan
menentukan ganjaran yang berbeza kepada individu
atau kumpulan sosial dalam sesuatu hubungan
sosial yang terbentuk di antara manusia.
We l e a d

• Pembentukan ketaksamaan adalah hal yang


paling asas dalam setiap kebudayaan msykt.
Terjadinya penilaian terhdp kepentingan
seseorang individu atau kumpulan sosial
berdasarkan kepada sumber-sumber berharga
yang dimiliki individu atau kumpulan sosial
dalam masyarakat
We l e a d

• Semua manusia itu sama setaraf dari beberapa segi tetapi pada
masa yang sama perbezaan dan ketaksamaan juga terjadi.
Pembahagian manusia secara biologi kepada lelaki dan perempuan
tidak hanya melibatkan perbezaan fizikal semata-mata.

• Perbezaan-perbezaan biologi dan fizikal manusia termasuk


perbezaan keturunan etnik telah mempengaruhi pembentukan
ketaksamaan sosial.

• Contoh lain ketaksamaan sosial seperti perbezaan kasta yang


diamalkan dalam masyarakat India di India telah terjadi dalam
kehidupan masyarakat itu beratus tahun lamanya.
We l e a d

• Kejadian fenomena ketaksamaan sosial yang berbeza dan pelbagai


sama ada dalam masyarakat tradisional ataupun moden melahirkan
berbagai konsep dan teori dalam sosiologi dengan tujuan memberi
kefahaman dan penjelasan tentang kewujudan pelbagai bentuk dan
sistem ketidaksamaan sosial dalam kehidupan masyarakat.

• Konsep dan teori dalam sosiologi ini membolehkan kita


membezakan ciri-ciri ketaksamaan, menjelaskan kemunculan dan
perkembangan fenomena ini.

• Pertama kita akan bincangkan kenapa ketaksamaan sosial perlu


dikaji dan makna konsep ketaksamaan sosial ini
Kenapa Ketaksamaan Perlu Dikaji
We l e a d

• Dalam kehidupan harian kita mungkin tidak sedar atau begitu meyakini pengaruh
ketaksamaan sosial contohnya ke atas kadar kematian bayi, tingkah laku jenayah,
penceraian, gaya kehidupan, pencapaian akademik, pemikiran politik, pola
pengundian dan kemiskinan.

• Kajian-kajian empiris mengenai kesan ketaksamaan sosial dengan jelas


menunjukkan betapa pentingnya pengaruh ketaksamaan sosial ke atas
kehidupan sosial dan tingkah laku manusia.

• Sejak terbentuknya tamadun manusia yang awal ketaksamaan sosial


mempengaruhi urusan-urusan kehidupan manusia dalam organisasi-organisasi
kecil seperti keluarga dan komuniti mahupun di peringkat yang lebih luas seperti
urusan politik pentadbiran ekonomi dan perundangan masyarakat moden
We l e a d

• Bagi ahli-ahli sosiologi ketaksamaan sosial adalah salah satu daripada


fenomena dan permasalahan sosial yang utama dalam kehidupan
masyarakat yang menimbulkan keperluan untuk dikaji dan difahami

• Ketaksamaan sosial wujud dalam pelbagai bentuk dan merupakan fenomena


sosial yang bersifat universal kepada semua masyarakat manusia apa yang
lebih penting ialah ketaksamaan sosial merupakan salah satu daripada kuasa
sosial utama dalam kehidupan seharian manusia

• Umumnya hubungan atau interaksi di antara manusia sama ada dalam


keluarga di tempat kerja mahupun di tempat-tempat awam yang lain adalah
dipengaruhi kuat oleh proses proses penilaian dan penyusunan taraf dan
hubungan hubungan dominasi di antara individu dan kumpulan
Penilaian dari segi kepentingan dan Penyusunan taraf
We l e a d

Kewujudan ketaksamaan sosial adalah dipengaruhi idea kepercayaan


nilai-nilai yang dipegang bersama oleh anggota sesebuah masyarakat

Idea, kepercayaan dan nilai-nilai berfungsi sebagai kriteria untuk


menilai, menyusun taraf dan menentukan ganjaran yang berbeza
kepada individu atau kumpulan sosial dalam satu hubungan sosial
yang terbentuk di antara manusia.

Sistem perhambaan zaman moden di Amerika Syarikat, layanan ke


atas orang kulit hitam dipengaruhi ideologi rasisme orang kulit putih
terhadap orang kulit hitam.
We l e a d

Contoh lain dalam kebanyakan masyarakat golongan wanita secara


tradisinya dipercayai hanya layak atau sesuai untuk menjadi suri rumah,
sebagai ibu, isteri dalam lingkungan keluarga.

Layanan seorang suami ke atas isteri dipengaruhi oleh kepercayaan nilai-


nilai atau jangkaan-jangkaan seperti ini akibatnya golongan wanita tidak
berupaya mendapatkan peluang-peluang selain urusan di luar lingkungan
keluarga. Hubungan di antara golongan lelaki dan golongan wanita
mencerminkan hubungan-hubungan penindasan pengongkongan dan
ketaksamaan.

Bermakna pembentukkan ketaksamaan sosial adalah satu proses yang


asas di dalam setiap kebudayaan masyarakat.
Penginstitusian Sistem Ketaksamaan Sosial
We l e a d

• Proses penilaian merujuk kepada penilaian terhadap kepentingan seseorang individu atau
kumpulan sosial berdasarkan kepada sumber-sumber berharga yang dimiliki oleh seseorang
individu atau kumpulan sosial dalam masyarakat.

• Sumber berharga ini mungkin terdiri daripada sesuatu yang diwarisi ataupun sesuatu yang
diperolehi melalui usaha atau pencapaian. Penilaian seperti ini biasanya disusuli dengan
pemberian kuasa, kehormatan atau martabat dan ganjaran yang berbeza kepada anggota
masyarakat.

• Ketaksamaan sosial juga wujud di antara negara atau masyarakat di peringkat antarabangsa.

• Kemajuan negara negara di dunia pada hari ini tidaklah sama antara satu sama lain.

• Pembahagian negara-negara seperti dunia pertama dan dunia ketiga, selatan dan utara atau
barat dan Timur sebenarnya menunjukkan betapa ketara dan meluasnya pengaruh fenomena
ketaksamaan sosial dalam kehidupan masyarakat dunia di peringkat global.
We l e a d

• Tujuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu itu adalah untuk menyelesaikan masalah yang
timbul akibat ketidakseimbangan kemajuan dan pengaruh atau kuasa di antara masyarakat
dunia.

• Konflik di antara negara seperti yang terjadi semenjak perang Dunia ke Dua hinggalah sekarang
tidak dapat di pisahkan dari masalah ketaksamaan sosial di antara masyarakat dunia.

• Persoalan perhubungan di antara masyarakat dunia begitu penting pada hari ini maka kita perlu
memahami ciri-ciri perhubungan yang tidak seimbang yang wujud di antara masyarakat dunia.

• Ketaksamaan sosial penting dikaji kerana perkaitannya dengan beberapa institusi sosial asas
dalam masyarakat khususnya institusi-institusi politik dan ekonomi.

• Apa yang berlaku dalam perkembangan masyarakat moden adalah satu proses penginstitusian
sistem ketaksamaan sosial
We l e a d

• 1. Pengalaman banyak msykt dunia


menunjukkan ketaksamaan sosial
mempengaruhi struktur dan proses politik
masyarakat-masyarakat moden – pembentukan
parti politik bagi mewakili kepentingan
kumpulan berbeza, perjuangkan kepentingan
tertentu – ketara dalam msykt kapitalis moden
– ekonomi kelas buruh dan pemodal, ideologi2
individualisme dan kolektivisme
We l e a d

• 2. Pembirokrasian dalam masyarakat moden


• Kompleksnya struktur dan proses dalam
persaingan ekonomi, politik dan
pembangunan masyarakat – hubungan2 kuasa
dengan sokongan peraturan dan perundangan
– membawa kepada pembentukan dan
pengembangan golongan kelas menengah
yang berpengaruh dalam masyarakat moden
Sebab Utama We l e a d

• Sebab yang paling utama kenapa ketaksamaan sosial perlu dikaji


difahami ialah kerana hubungannya dengan beberapa kesan dan
implikasi negatif ketaksamaan sosial ke atas kehidupan manusia -
kemiskinan, penindasan.

• Ketidakadilan dalam kehidupan manusia telah diwujudkan oleh


ketaksamaan sosial kemiskinan sebagai satu masalah sosial yang
menyentuh soal kualiti hidup mempunyai hubungan rapat dengan
persoalan perbezaan taraf hidup di antara manusia.

• Kemiskinan dalam konteks perbandingan taraf hidup disebut dalam


kajian kemiskinan sebagai kekurangan berbanding (relative deprivation)
dan ianya di bezakan dengan keadaan kemiskinan mutlak.
We l e a d

• Ini bermakna masalah kemiskinan sebagai masalah


kekurangan berbanding akan berterusan selagi agihan tidak
sama rata di dalam sumber-sumber berharga khususnya
dalam agihan kekayaan dan pendapatan di antara manusia
berterusan.

• Pada hakikatnya golongan penduduk yang kurang atau


tidak memiliki sumber-sumber berharga - kekayaan, kuasa
dan martabat adalah golongan yang sebenarnya
mengalami kemiskinan ini termasuklah mereka yang
berada dalam keadaan kemiskinan sebenar atau mutlak.
We l e a d

• Akibatnya kemiskinan dialami dalam semua keadaan ketaksamaan


sosial yang ketara yang pernah muncul dalam sejarah ini meliputi
kehidupan masyarakat dalam sistem sistem ketaksamaan sosial utama
seperti kasta, estet, perhambaan, apartheid mahupun dalam sistem
ketaksamaan kelas masyarakat perindustrian moden.

• Di peringkat pembahagian pembahagian sosial seperti di antara jantina,


etnik, generasi tua dan muda golongan yang sebenarnya mengalami
kemiskinan adalah golongan tidak berada.

• Golongan miskin kerap mengalami penindasan layanan tidak adil dan


tidak berperikemanusiaan dalam sistem-sistem dan bentuk-bentuk
ketaksamaan sosial yang wujud dalam semua masyarakat.
We l e a d

• Fenomena ketaksamaan kemiskinan dan lain-lain


kesan dan implikasi ketaksamaan telah menarik
perhatian semua pihak yang mengambil berat tentang
ketaksamaan dan kesannya lebih-lebih lagi pihak
kerajaan yang bertanggungjawab untuk menggubal
dasar - dasar pembangunan masyarakat secara
umumnya, reaksi pembelaan terhadap golongan
miskin dan yang tertindas telah menimbulkan
kecenderungan dari awal lagi untuk melihat
ketidaksamaan sebagai satu persoalan moral.
Kesan We l e a d

Ketidaksamaan sosial memberi kesan kepada hampir


setiap dimensi kehidupan kita. Sebagai contoh,
adakah anda tahu bahawa kanak-kanak daripada
keluarga miskin adalah tiga kali lebih
berkemungkinan untuk mati akibat penyakit,
kemalangan, kecuaian, atau keganasan dalam tahun
pertama kehidupan daripada yang kanak-kanak yang
dilahirkan oleh keluarga kaya? Di samping itu,
kebanyakan orang kaya hidup lima tahun lebih lama
daripada mereka yang kurang bernasib baik
Keperluan Mengkaji Ketaksamaan Sosial
We l e a d

• Keperluan untuk mengkaji ketaksamaan sosial juga timbul kerana ketaksamaan sosial adalah salah
satu isu utama dalam perdebatan teoritis dalam sosiologi perdebatan ini meskipun secara khusus
menyentuh soal ketaksamaan juga telah mempengaruhi perkembangan pemikiran teoritis utama
dalam sains kemasyarakatan pada umumnya percubaan untuk menjelaskan fenomena ketaksamaan
sosial telah menimbulkan kontroversi dan implikasi ideologi dalam analisis sosiologi terutamanya di
antara pemikiran teoritis fungsionalis dan konflik

• Perbincangan tentang ketaksamaan sosial sama ada di kalangan ahli akademik mahupun di kalangan
orang biasa boleh menimbulkan delima moral.

• Persoalan seperti perlu atau tidak perlu baik atau buruknya ketaksamaan sosial tetap akan muncul
malah semenjak mula lagi ahli-ahli falsafah telah memperkatakan tentang isu ini dengan kata lain
perbincangan tentang ketaksamaan sosial mempunyai kesan ideologi di satu pihak kesan ideologinya
adalah pemikiran atau tanggapan positif terhadap ketaksamaan dan usaha untuk mempertahankan
kepentingan ketaksamaan.

• Di satu pihak lain telah lahir ideologi kesamaan iaitu pemikiran yang menentang dan cuba
menghapuskan ketaksamaan sosial untuk mewujudkan persamaan sosial dalam masyarakat.
We l e a d

• Ringkasnya kita tidak dapat menafikan bahawa ketaksamaan sosial


merupakan salah satu daripada fenomena dan permasalahan
sosial yang utama dalam kehidupan manusia

• Fenomena ini dialami oleh setiap individu kecuali sesetengah


orang yang berada dalam kedudukan yang lebih baik selesa dan
istimewa daripada sesetengah orang lain mungkin merasakan
ketaksamaan bukannya satu masalah kepada mereka.

• Memahami dan menjelaskan fenomena ketaksamaan sosial adalah


amat penting kepada pelajar-pelajar sosiologi secara khususnya
dan pelajar sains kemasyarakatan amnya.
Makna Ketaksamaan Sosial
We l e a d

• Ketaksamaan sosial bukanlah fenomena atau masalah sosial yang melibatkan setengah
orang sahaja dalam mana-mana masyarakat sekalipun ketaksamaan sosial wujud dalam
pelbagai bentuk dan melibatkan hampir semua anggota masyarakat.

• Semua orang mengalami ketaksamaan sosial dengan melihat pada contoh ketaksamaan
sosial dalam kehidupan seharian kita mungkin berusaha mengenal pasti beberapa unsur
atau ciri penting ketaksamaan sosial.

• bagi seseorang pelajar sosiologi khususnya konsep ketaksamaan sosial ini perlu difahami
dengan teliti kerana fenomena sosial ini berbeza mengikut kompleksiti budaya, masa dan
sistem-sistem ekonomi dan politik masyarakat.

• Selain daripada istilah ketaksamaan sosial (social inequality) penggunaan istilah seperti
stratifikasi sosial (social stratification), pembezaan sosial (social differentiation) dan kelas
sosial (social class)
We l e a d

• Penggunaan secara silih berganti istilah-istilah ini sudah


pastinya menimbulkan kerumitan untuk merumuskan satu
pengertian ketaksamaan sosial yang jelas dan yang dapat
dibezakan daripada makna konsep-konsep lain.

• Meskipun makna konsep -konsep ini boleh dibezakan


antara satu sama lain pada teorinya, tetapi pertindihan
makna dalam takrifan konsep-konsep ini tetap akan wujud.
Ini kerana fenomena yang dirujuk atau dikaji dengan
menggunakan istilah-istilah yang berbeza ini pada asasnya
berkaitan.
We l e a d

• Untuk menghuraikan atau memahami dengan jelas maksud ketaksamaan sosial


maka kita juga harus menghuraikan konsep2 lain yang berkaitan.

• Dalam disiplin sosiologi sendiri penggunaan konsep stratifikasi sosial lebih di


kerap digunakan dalam buku buku pengantar sosiologi khususnya di peringkat
permulaan oleh golongan sosiologi fungsionalis.

• Golongan sosiologi fungsionalis menggunakan konsep pembezaan sosial untuk


merujuk kepada peningkatan kompleksiti dan kepelbagaian dalam proses
evolusi masyarakat.

• Kecenderungan kebelakangan ini dalam sosiologi adalah kepada penggunaan


konsep ketaksamaan sosial - tujuan memperlihatkan fenomena sosial ini
sebagai satu masalah sosial yang tidak adil dan yang perlu diatasi
Ketaksamaan Sosial (inequality) We l e a d

Ketidaksamaan membawa maksud satu


keadaan iaitu manusia tidak mendapat
ganjaran sosial yang sama.
1. Stratifikasi Sosial
We l e a d

• Fenomena susun lapis dalam masyarakat adalah


sesuatu yang bersifat universal iaitu boleh
dilihat dalam mana-mana masyarakat

• Perbezaan individu atau kelompok dalam


masyarakat telah menyebabkan munculnya satu
hierarki yang terdiri daripada lapisan ataupun
strata yang berlainan kedudukannya yang
disebut sebagai stratifikasi sosial.
Dua Bentuk Ketaksamaana Sosial We l e a d

1.Ketaksamaan semulajadi atau fizikal – umur, jantina, warna


kulit, kekuatan fizikal, kecerdasan otak (Pembezaan Sosial)

2.Ketaksamaan yang dicapai oleh ahli masyarakat dari aspek


kekayaan, pendidikan, pekerjaan, penghormatan, kuasa politik
(Stratifikasi Sosial)

Sesetengah ketaksamaan ini pula kadangkala dijadikan asas


atau kriteria untuk membeza-bezakan kedudukan dan tugas-
tugas anggota masyarakat dan seterusnya memperlihatkan
strata atau lapisan-lapisan tertentu
Pengertian Konsep We l e a d

Stratifikasi Sosial
Fenomena ini berasal daripada perkataan
“stratified” atau strata yang bermaksud susun
lapis. Struktur pola tersebut merupakan susunan
sesuatu masyarakat kepada satu hierarki
kedudukan yang tidak sama rata berhubung
dengan kuasa, harta, penilaian sosial dan
kepuasan psikologi.
We l e a d

Oleh itu stratifikasi sosial merupakan proses


menyusun individu-individu dalam masyarakat
yang menyebabkan kemunculan suatu hierarki
yang terdiri daripada lapisan atau strata yang
berlainan kedudukannya.
Stratifikasi sosial adalah hasil daripada interaksi
sosial
Satu fenomena sosial yang agak meluas dalam
semua masyarakat
We l e a d

Pada asasnya stratifikasi melibatkan


keistemewaan yang berbeza-beza serta
peluang hidup (life chances) yang berlainan
dan mempunyai keistemewaan yang
berlainan. Peluang hidup meliputi peluang
untuk mencapai matlamat tertentu, peluang
untuk menikmati kemudahan sosial dan
sebagainya.
We l e a d

Mengikut pengertian ini, stratifikasi sosial adalah satu


bentuk penyusunan struktur dalam masyarakat yang
diterima umum untuk menentukan kedudukan sosial
seseorang dalam struktur sosial masyarakat tadi. Kadangkala
bentuk tersebut diperkuat oleh tradisi yang diwarisi.
Keadaan ini pada pandangan ahli sosiologi melibatkan satu
sistem pembahagian keistimewaan yang berbeza kerana
dalam sesuatu masyarakat akan terdapat sesuatu kelompok
atau golongan yang akan menerima barangan, khidmat,
kuasa dan kepuasan emosi lebih daripada orang lain.
Jadi stratifikasi sosial diiktiraf oleh masyarakat
Terima Kasih

Presented by
Soijah Likin |Anthropologi-Sosiologi/PPPJJ/USM

You might also like