You are on page 1of 13

KANDUNGAN

•Bab 1 Kedaulatan Negara


• Bab 2 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
•Bab 3 Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
•Bab 4 Sistem Persekutuan
•Bab 5 Pembentukan Malaysia 1963
•Bab 6 Cabaran Selepas Pembentukan Malaysia
•Bab 7 Membina Kesejahteraan Negara
•Bab 8 Membina Kemakmuran Negara
•Bab 9 Dasar Luar Negara
•Bab 10 Kecemerlangan Malaysia di Persada Dunia
• Dalam bab yang terkakhir F4 , Kita telah belajar bahawa Tanah
Melayu merdeka secara rasminya dan menjadi sebuah negara yang
merdeka. Sebuah negara yang merdeka akan mempunyai kedaulatan
sendiri.
• Maka bab f5 yang pertama ini akan meneruskan pelajaran F4 .Bab ini
akan membincangkan tentang konsep kedaulatan dan juga
menerangkan ciri-ciri yang diada oleh sesebuah negara yang
berdaulat (merdeka) seperti mempunyai sistem pentadbiran ,
undang-undang, dan rakyatnya sendiri.
• Dalam bab ini, anda juga akan mengetahui bahawa kepentingan
kedaulatan sesebuah negara serta bagaimana rakyat & pemerintah
dapat mempertahankan kedaulatan negara mereka
1.1: Konsep Kedaulatan

Maksud - Kekuasaan tertinggi (YDPA) (Mahkamah) (Perlembagaan)


•kewibawaan sesebuah negara yang bebas –
• mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran
negara
•KELUHURAN : KETERTINGGIAN
•PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Takrif Kedaulatan

Yunani : Supernuus /Superanus - bermaksud Agung & Tertinggi serta


negara yang bebas dan merdeka
•Inggeris : Sovereignty - Negara mempunyai kuasa penuh terhadap
pemerintahan
•Arab Daulah - Kuasa pemerintahan sesebuah negara
•Melayu (Daulat)- Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
Pandangan Tokoh
• Aristotle - Kekuasaan Tertinggi dlm pemerintahan negara - kerajaan
yg terikat oleh undang-undang
• Jean Bodin - Kuasa Tertinggi dlm sebuah negara - sifat kekal , kuasa
tidak terbatas utk membuat undang-undang
• Ibnu Khaldun - kekuatan dan kekuasaan sebuah negara berasaskan
semangat kekitaan & kekuatan semangat beragama
• Tunku Abdul Rahman - Kedaulatan dibina berdasar kebebasan dan
keadilan yg memperjuang kebajikan & kesejahteraan rakyat
• Tun Dr.Mohamed Salleh Abbas - Asas negara yg merdeka &
kebebasan peringkat antarabangsa bersama hak dan kuasa utk
mengatur urusan dlm negeri tanpa telunjuk asing
Jenis Kedaulatan
• Kedaulatan Tradisional wujud sejak tamadun awal –
• sistem pemerintahan berkuasa mutlak yg menguasai segala urusan negara
• kedaulatan terletak pada kekuasaan raja ,
• raja mempunyai kuasa tertinggi –
• kedudukan raja diperkukuh oleh taat setia rakya
• Kedaulatan Moden - dikaitkan dgn idea negara bangsa selepas Revolusi
Keagungan dan Revolusi Perancis
• dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan berpelembagaan –
• menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan Bahasa utk
membentuk negara bangsa
• CTH: Kedaulatan yg wujud di negara kita sbg negara bangsa ialah
Persekutuan Tanah Melayu
• Kedaulatan Undang-undang - prinsip keempat dalam Rukun Negara
[akan dipelajari dalam bab 7]
• - bermaksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang
• - bertujuan menjamin keadilan,menjadikan negara aman
• - badan kehakiman diwujudkan untuk memelihara kedaulatan
undang-undang
• Kedaulatan Antarabangsa - pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara
• - sebuah ngr yg diiktiraf tidak boleh dicabuli oleh negara lain
• - Malaysia sbg anggota PBB menunjuk Malaysia sbg negara yg bebas ,
merdeka dan berdaulat
Kepentingan
• Keberkesanan Pentadbiran - negara yg bebas utk menjalan pentadbiran tanpa
campur tangan pihak luar - dasar pentadbiran dilaksanakan melalui Jemaah
Menteri dan kementerian berkaitan - Kerajaan Persekutuan dan Negeri
bekerjasama melalui pengagihan kuasa & pengukuhan undang-undang
• Kemakmuran Ekonomi - kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar
kemakmuran ekonomi - selepas mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha
dilakukan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat
• Kesejahteraan Sosial - penting utk negara melaksana dasar sosial demi
kesejahteraan rakyat CTH: pendididkan melahirkan generasi berilmu yang dapat
memberi sumbangan untuk pembangunan negara - Dasar berkaitan Bahasa
Kebangsaan , Kebudayaan , sukan dan rukun negara juga memupuk perpaduan
• Kecermelangan Hubungan Luar Negara - memberi hak kepada negara untuk
menjalinkan hubungan dengan negara lain - Malaysia menikmati pelbagai faedah
dlm mempertahan kedaulatan CTH : imej ngr meningkat , kebolehan diperakui
oleh ngr lain
1.4: Langkah mempertahankan Kedaulatan
• Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi
• Pemerintah - mewujudkan pentadbiran yang cekap - mengelakkan
amalan rasuah dalam pentadbiran - mengagih sumber kekayaan
negara secara adil
• Rakyat - bertaat setia kepada raja & mematuhi undnag-undang
negara - menyokong segala usaha dan dasar kerajaan bagi
mewujudkan kestabilan politik
Mengekalkan Perpaduan Kaum
• Pemerintah - menggubal undang-undang berkaitan dengan
perpaduan kaum - merangka program serta kempen yang memupuk
perpaduam kaum
• Rakyat - menggunakan Bahasa kebangsaan - menghormati agama
dan budaya pelbagai kaum - mengamalkan semangat pengkongsian,
bertoleransi dan saling menghormati antara satu sama lain
Memupuk Patriotisme
• Pemerintah - menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari
Pahlawan - mementingkan mata pelajaran Sejarah di sekolah -
menganjurkan kempen dan menerbitkan filem atau rencana
• Rakyat - menghormati lambang negara - menyanjungi dan
menghargai adat dan warisan negara - meningkatkan imej negara
dengan melakar kejayaan
Mengukuhkan Pertahanan Negara
• Pemerintah - menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi
keselamatan negara
• - memodenkan asset ketenteraaan
• - memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersiap siaga
menghadapi cabaran semasa
• Rakyat - peka terhadap isu keselamatan negara
• - mengelakkan kolaborasi dengan pihak luar yang boleh mengancam
keselamatan dan kedaulatan negara
• - sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara

You might also like