You are on page 1of 35

AS-SUNNAH

● Pengertian As-Sunnah
● Bahagian As-Sunnah

Siti Nabilah Binti Hishamuddin


6 Qurthubiy
AL-SUNNAH

Al-Sunnah pada bahasa membawa maksud perilaku, norma, peraturan dan


amalan (Mohd Khairi Zainuddin 2010 : 401 ).

Al-Sunnah juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan atau tindak tanduk sama
ada baik atau buruk (Azwira Abdul Aziz 2009 : 9).

Selain itu, al-Sunnah dapat diertikan sebagai lawan kepada perkataan


bid'ah (Al-Siba'i 1978; 48) dan setiap yang disandarkan kepada Rasulullah
itu sendiri sama ada berbentuk percakapan, perbuatan dan pengakuan
(Abdul Wahab Khallaf 1995 : 37)
Pengertian al-sunnah menurut ulama’ usul fiqh

Al-Sunnah ialah perkara yang


datang dari Rasulullah s.a.w
selain dari al-quran sama ada
berupa perkataan atau
perbuatan atau pengakuan.
Pendapat ulama’ tentang bahagian al-sunnah dari sudut periwayatan
ialah :

Bil. Pendapat Ulama’ Bahagian al-sunnah dari sudut periwayatan

1. Ulama’ Hanafi Membahagikan al-sunnah dari sudut ini kepada tiga


bahagian, iaitu
● Hadis Mutawatir
● Hadis Masyhur
● Hadis Ahad

2. Jumhur Ulama’ Membahagikan al-sunnah dari sudut ini kepada dua


bahagian sahaja iaitu
● Hadis Mutawatir
● Hadis Ahad
- Hadis masyhur dimasukkan ke dalam bahagian hadis
ahad
HADIS MUTAWATIR
: Hadis Mutawatir ialah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah oleh sekumpulan ramai yang mengikut
kebiasaannya mustahil mereka bersepakat untuk berbohong tentangnya didalam tiga peringkat masa
iaitu masa sahabat, tabi ' in dan tabi' tabi' in.
: Ulama tidak sepakat dalam menentukan bilangan mutawatir, contohnya Abu Thayib menentukan
sekurang-kurangnya 4 orang. Hal ini diqiyaskan dengan jumlah saksi yang diperlukan oleh hakim.
Ashabus Syafie menentukan sekurang-kurangnya 5 orang diqiyaskan dengan jumlah para nabi yang
mendapat gelaran ulul azmi. Sebahagian ulama yang lain menetapkan sekurang-kurangnya 20 orang yang
berdasarkan ketentuan yang difirmankan Allah tentang orang-orang mukmin yang tahan diuji di mana
dapat mengalahkan orang-orang kafir sejumlah 200 orang. (Al Anal, ayat 65). Sebahagian lagi
menetapkan sekurang-kurangnya 40 orang digiyaskan dengan firman Allah dalam surah al Anfal ayat 64:
"Wahai nabi cukuplah Allah dan orang-orang yang mengikutimu, Pendapat yang terkuat bilangan
mutawatir ialah bilangan yang membawa kepada keyakinan terhadap perkataan-perkataan orang yang
meriwayatkan tapa dihadkan bilangan yang tertentu.
: Contoh hadis Mutawatir ialah:

‫من كذب علي فليتبوا مقعدة من النار‬


Hadis ini diriwayatkan oleh lebih daripada enam puluh dua orang sahabat dengan teks yang sama
bahkan menurut As-Suyuti, ia diriwayatkan lebih daripada 200 orang sahabat.
Ciri-ciri i. hadis yang diriwayatkan haruslah mengenai
sesuatu daripada rasulullah saw yang boleh ditangkap
hadis oleh pancaindera.

mutawatir : ii. Diriwayatkan oleh ramai orang dalam setiap


generasi semenjak generasi sahabat hingga generasi
akhir.

iii. Para rawi hendaklah mencapai jumlah yang pada


kebiasaanya mustahil untuk mereka bersepakat untuk
berdusta.

iv. Jumlah rawi dalam setiap tingkatan tidak boleh


kurang daripada jumlah minima seperti yang telah
ditetapkan.
Hadis mutawatir terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

i. Hadis Mutawatir Lafzi - hadis yang sama makna dan lafaz

Contoh :

‫من كذب علي فليتبوا مقعدة من النار‬


Bahagian
hadis mutawatir
ii. Hadis Mutawatir Maknawi - hadis yang sama maknanya tetapi berlainan
lafaznya.

Contoh:

‫وقال ابو موسى األشعري دعا النبي صلى عليه وسلم ثم رفع يديه‬
‫ورأيت بياض ابطيه‬
Maksud: Abu Musa Al Asyari berkata: Nabi SAW berdoa kemudian
mengangkat kedua tangannya dan aku melihat putih-putih kedua
ketiaknya.
: Hadis mutawatir banyak berlaku di dalam bentuk hadis yang berupa
perbuatan seperti hadis yang menceritakan tentang Baginda
mengambil wuduk, sembahyang, haji, dan sebagainya

d) Hukum Hadis Mutawatir

- Para ulama bersepakat mengatakan bahawa hadis-


hadis mutawatir adalah sabit daripada Rasulullah S.A.W
secara yakin, wajib beramal dengannya, murtad mereka
yang mengingkarinya dan tidak berlaku perselisihan
mengenai hukum dari hadis tersebut.
HADIS AHAD
Hadis Ahad ialah hadis yang diriwayatkan dari Rasulullah
s.a.w oleh bilangan yang tidak mutawatir seperti
diriwayatkan oleh seorang atau dua orang atau lebih
tetapi tidak mencapai bilangan mutawatir dan masyhur
didalam ketiga-tiga masa.
‫ فمن كانت‬،‫إنما األعمال بالنية وإنما لكل امرئ ما نوى‬
‫ ومن كانت‬،‫ فهجرته إلى الله ورسوله‬،‫هجرته إلى الله ورسوله‬
‫ فهجرته إلى ما هاجر إليه‬،‫هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها‬

CONTOH HADIS "Sesungguhnya amal itu dengan niat, dan


sesungguhnya bag masing-masing orang apa
AHAD : yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya
kepada dunia yang akan ia dapatkan atau kepada
perempuan yang akan dia nikahi maka (hasil)
hijrahnya adalah apa yang dia niatkan"
(muttafakun alain)
i. Mempunyai jalan-jalan riwayat yang berhubung hingga
sampai kepada rasulullah s.a.w.

ii. Sanadnya tidak sampai tahap mutawatir.

Ciri-ciri iii. Sanadnya diriwat menerusi pelbagai peringkat :

hadis Ahad : perawi, ada perawi yang thiqah, perawi yang kurang
thiqah dan ada yang perawinya diterima dengan syarat-
syarat tertentu serta ada perawi yang ditolak riwayatnya.

iv. Jumlah perawinya tidak mencapai jumlah perawi hadis


mutawatir. Ada yang mengatakan jumlahnya tidak melebihi
kepada 10 orang perawi.
Hukum Hadis Ahad Pembahagian Hadis Ahad:
Para ulama telah sepakat menerima hadis - Hadis Ahad boleh dibahagi kepada
ahad sebagai hujah atau sumber hukum jika tiga bahagian iaitu:
ia memenuhi syarat-syarat penerimaannya.
Hadis Ahad yang sahih riwayatnya wajib
● Hadis Masyhur
beramal dengannya, sama ada ia menyentuh
berkenaan hukum, akidah dan lain-lainnya ● Hadis Aziz
● Hadis Gharib
HADIS MASYHUR
Hadis masyhur bererti hadis yang
diriwayatkan oleh tiga orang perawi dan ke
atas dalam setiap tabaqat tetapi tidak
mencapai jumlah hadis mutawatir
PEMBAHAGIAN HADIS MASYHUR
a) Ditinjau dari segi diterima atau tidak, hadis masyhur terbahagi kepada tiga:

1. Hadis Masyhur yang sahih.

‫ْق عالمًا ا َّتخذ الناس‬


ِ ‫ ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم ُيب‬،‫إن هللا ال يقبض العلم انتزا ًعا ينتزعه من العباد‬
‫ ف ُسِئلوا فأفتوا بغير علم؛ فضلوا وأضلوا‬،ً‫رؤوسًا جهاال‬
"Sesungguhnya Allah tidak mengangkat ilmu dengan mencabutnya secara langsung dari para hamba, akan tetapi
mengangkatnya dengan mewafatkan para ulama. Sampai masa tidak berbaki lagi seorang ulama, maka orang-orang
menjadikan pemimpin dari orang bodoh lalu mereka bertanya kepadanya dan a menjawabnya tapa dasar ilmu. Maka
mereka sesat dan menyesatkan"

Hadis ini diriwayatkan dari tiga sahabat:

a) Dari Abdullah bin ‘Amr ra, sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dalam kitab sahihnya.

b) Dari Abu Hurairah ra, sebagaimana diriwayatkan oleh Ath-Thabaraniy dalam kitabnya Al-Mu 'jam Al-Ausath
no.6403.

c) Dari Aisyah ra, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Bazzar dalam kitab musnadnya dan Al-Khathiib dalam
kitabnya Tarikh Bagdad 3/252
2. Hadis Masyhur yang hasan.

‫ال ضرر وال ضرار‬

"Tidak boleh merusak orang lain dan tidak boleh merosak diri sendiri"

Hadis ini diriwayatkan dari Ubadah bin Ash-Shamit, Ibnu Abbas, Abu Sa' id Al-Khudriy, Abu
Hurairah, Abu Lubabah, Tsa'labah bin Malik, Jabir bin Abdillah, dan Aisyah sebagaimana
disebutkan oleh Az-Zaila' iy dalam kitabnya «Nashbu-rrayah" 4/384 dan dihasankan oleh
Imam As-Suyuthiy dalam kitabnya Al-Jami' Ash-Shagiir no. 9899.
3. Hadis Masyhur yang lemah

‫للواء يحمله علي يوم القيامة‬

"Panji umat Islam dipegang oleh Ali bin Abi Thalib pada hari kiamat".

Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Jauziy dalam kitabnya Al-Maudhu'aat (kumpulan hadis-hadis palsu) dari Anas
bin Malik, Jabir bin Samurah, dan Jabir bin Abdillah ra
b) Ditinjau dari segi posisinya, hadis masyhur terbagi dua:

1. Masyhur muthlaq; apabila diriwayatkan dari tiga orang sahabat atau lebih seperti pada contoh hadis
mashyur yang sahih, hasan dan lemah.

2.Masyhur nisbiy; apabila diriwayatkan oleh banyak orang pada salah satu tingkatan sanadnya. Contoh:

،‫ فهجرته إلى الله ورسوله‬،‫ فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله‬،‫إنما األعمال بالنية وإنما لكل امرئ ما نوى‬
‫ فهجرته إلى ما هاجر إليه‬،‫ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها‬

Tidak ada yang meriwayatkan hadits ini dari Rasulullah saw Kecuali Umar bin Khattab ra, dan tidak ada
yang meriwayatkannya dari umar Kecuali "Alqamah bin Waqqash Al-Laitsiy, dan tidak ada yang
meriwayatkannya dari"Alqamah kecuali Muhammad bin Ibrahim At- Taimiy, dan tidak ada yang
meriwayatkannya dari Muhammad kecuali Yahya bin Sa' id Al-Anshariy.Kemudian hadis ini diriwayatkan
oleh ramai orang, (masyhur) dari Yahya, seperti: Malik bin Anas, Suiyan Ais-Tsauriy, Hammad bin Zayd,
Abdul Wahhab bin Abdul Majid Ats-Tsagafiy, Abu Khaid Al-Ahmar, Yazin bin Harun, Abdullah bin
Mubarak, dan selainnya.
c) Ditinjau dari segi istilah, hadis masyhur terbagi dua:

1. Masyhur isthilahi (sesuai definisi); iaitu hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih pada setiap
tingkatan sanadnya, tapi tidak mencapai darjat mutawaatir Seperti pada contoh-contoh sebelumnya.

2. Masyhur gairu isthilahi (tidak sesuai definisi); iaitu hadis masyhur (terkenal) kerana banyak disebutkan oleh
orang sekalipun sanadnya hanya satu atau dua, atau bahkan tidak punya sanad sama sekali.

❖ Hadis masyhur gairu isthilahiy ada beberapa jenis:

i. Hadis yang masyhur (terkenal) khusus di kalangan ulama hadis, contoh: Anas bin Malik ra berkata:

‫قنت النبي صلى الله عليه وسلم بعد الركوع شهرا ً يدعو على رعل وذكوان‬

Nabi saw qunut selama sebulan meminta kebinasaan bagi kaum Ri’lin dan Dzakwan.

[Sahih Bukhari dan Muslim]


ii. Hadis yang masyhur di kalangan ahli hadis, ulama secara umum, dan orang awam, contoh:

Rasulullah saw besabda:

‫المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده‬


Seorang muslim (yang sempurna keislaman-nya) adalah orang yang umat Islam selamat dari kejahatan lidah dan
tangannya".

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab sahihnya dari Abdullah bin "Amr bin Al-'Ash ra, dan Imam
Muslim dalam kitab sahihnya dari Jabir bin Abdillah dan Abu Musa Al-Asy'ariy ra.

iii. Hadis yang masyhur di kalangan ahli figh (fuqahaa'), contoh:

‫أبغض الحالل إلى الله تعالى الطلق‬


"Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ta'aalaa adalah talak",

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah dalam kitabnya As-Sunah dari Ibnu Umar ra. Abu Hatim, Ad-
Daruquthniy, dan Al-Baihaqi menghukumkan hadis ini lemah.
iv. Hadis yang masyhur di kalangan ulama usul figh, contoh:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

‫رفع عن أمتي الخطأ والنسيان وما استكرهوا عليه‬


"Diangkat (dosa) dari umatku jika melakukan kesalahan, lupa, atau apa yang dipaksakan padanya"

Hadis ini diriwayatkan dengan lafaz yang pelbagai dari Abdullah bin Abbas, Abu Dzar, Abu Ad-Dardaa*, Ummu Ad-
Dardaa', Tsauban, Ibnu Umar, Ugbah bin "Amir, dan Abu Bakrah ra 'anhum. Disahihkan oleh Al-'Uqailiy, Al-Hakim, Al-
Baehaqiy, Adz-Dzahabiy, Al- Haetsamiy, An-Nawawly, dan syekh Albaniy dalam kitabnya Al-Irwa' no.82.

v. Hadis yang masyhur di kalangan ulama nahu (ahli tata bahasa arab), contoh:

‫ لو لم يخف لله لم يعصه‬,‫نعم العبد صهيب‬


"Sebaik-baik hamba Allah adalah Suhaib, kalaupun ia tidak tidak ada rasa takut kepada Allah maka a tetap tidak akan
mendurhakainya",.

Hadis ini sangat lemah, tidak punya sanad (laa ashla lahuw). Lihat silsilah hadis dha'if karya syeikh Albaniy no. 1006.
vi. Hadis yang masyhur di kalangan orang banyak, contoh:

Hadis Abu Mas'ud Al-Anshariy ra; Rasulullah saw bersabda:

‫من دل على خير فله مثل أجر فاعله‬


"Barangsiapa yang menunjuki seseorang pada suatu kebaikan maka ia mendapatkan pahala seperti pahala yang
melakukannya (atas petunjuknya) [Sahih Muslim]

vi. Hadis yang masyhur di kalangan ahli pendidikan (adab), contoh:

‫أدبني ربي فأحسن تأديبي‬

"Tuhankulah yang mendidikku, maka la mendidikku dengan baik".

Makna hadis ini sahih, tapi tidak ada diketahui sanadnya yang sahih. Lihat silsilah hadis dha'if karya syekh Albaniy no. 72.
HADIS AZIZ
Hadis yang diriwayatkan oleh 2 orang perawi, sama ada dalam satu tabaqah atau
beberapa tabaqah sanad. Contohnya Nabi SAW bersabda:

‫ال يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين‬

Maksudnya: Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi aku lebih daripada
dirinya, ibubapanya, anak-anaknya dan manusia seluruhnya.
HADIS GHARIB
Hadih yang diriwayatkan oleh seorang perawi pada mana-mana tabaqah. Contohnya Rasulullah
SAW bersabda:

‫ وإنما لكل امرئ ما نوى‬,‫إنما األعمل بالنيات‬

Maksudnya: Setiap amalan itu berdasarkan niat, setiap orang itu dikira berdasarkan niatnya.

Al -Sunnah ditinjau sudut kesahihannya atau sifat perawinya dapat dibahagikan kepada tiga
kategori utama, iaitu : Sahih, Hasan dan Da'if.
HADIS SAHIH
Bahasa:

Sihat iaitu lawan kepada perkataan Sagim (‫)اـلصحيح‬, iaitu: Sakit. Untuk itu,
yang dimaksudkan dengan hadis Sahih adalah hadis yang sihat dan benar tidak
terdapat penyakit dan cacat.

Istilah:

a) Hadis yang Muttasil atau bersambung rantaian sanadnya diriwayatkan oleh


perawi yang adil dhobit, tiada sebarang kejanggalan atau syaz dan selamat
daripada sebarang kecacatan atau "illah.

b) Hadis yang diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, dhobit, rangkaian


sanadnya tidak terputus, tidak kecacatan dan tidak ada sebarang kejanggalan.
a.Sanad bersambung

Rangkaian perawi dalam sanad itu hendaklah bersambung bermula perawi


pertama hingga perawi terakhir. Dimana tidak ada seorang perawipun yang
gugur, tidak bernama atau tidak dikenali pada setiap tabaqah atau
peringkat rangkaian sanad hingga sampai kepada Rasulullah SAW.

b. Perawi bersifat adil

Ciri-ciri Para perawinya hendaklah terdiri daripada orang orang yang dikenal
sebagai thiqah, dalam erti adil dan dhobit. Erti kata lain, tiap tiap perawi
itu mesti seorang muslim, mukhalaf, bukan fasiq dan tidak pula buruk
hadis sahih : akhlaknya. Seseorang dikatakan adil apabila ada padanya sifat-sifat yang
dapat mendorong terpeliharanya ketakwaan. laitu sentiasa melaksanakan
perintah dan meninggalkan larangan dan terjaganya sifat muru'ah,
sentiasa berakhlak baik dalam segala tingkah laku dan hal-hal lain yang
boleh merosakkan maruah dirinya.

c. Perawi bersifat dhobit

Seorang perawi dikatakan dobit apabila perawi tersebut mempunyai daya


ingatan yang sempurna terhadap hadith yang diriwayatkannya. Justeru,
dobit atau penjagaan baik bermaksud: Perawi yang kuat ingatan, cerdik
dan faham sama ada dalam bentuk hafazan atau tulisan. Dimana perawi
tersebut itu dapat menjaga tulisannya daripada sebarang penambahan,
pengurangan atau perubahan dengan sebab terlupa, lalai atau cuai.
d. Tidak syaz

laitu tidak terdapat sebarang kejanggalan atau syaz dengan


riwayat thiqah perawi lain. Menurut Imam al-Syafi i, Hadis
Syaz ialah hadis diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah,
tetapi menyalahi riwayat ramai. Maksudnya, hadis tersebut berbeza
dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat daripadanya.

e. Tidak cacat

la bermaksud tidak terdapat sebarang kecacatan yang boleh


merosakkannya. Kecacatan tersebut boleh menghalang sesebuah hadis
itu untuk diakui sebagai Hadis Sahih.Contohnya: Hadis yang
diriwayatkan secara bersambung tetapi tertinggal seorang atau lebih
perawi, atau juga perawi yang berada dalam rangkaian sanadnya
adalah seorang yang fasiq, sering melakukan maksiat atau sentiasa
terlupa dan sebagainya.
Jenis Hadith Sahih beserta contoh

a. Sahih Li Zatih

Hadis ini mempunyai salasilah sanad bersambung yang diwakili oleh para perawinya yang adil,
dhobit, tidak janggal dan tidak ada kecacatan yang boleh merosakkan riwayat tersebut. Contoh
Hadis Sahih Li Zatih antaranya: Sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari, katanya:

‫حدثنا عبد لله بن يوسف قال أخبرنا مالك عن ابن شهاب عن محمد بن جبير بن مطعـم عن‬
‫أبيه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلمقرأ في المغرب بالطور‬

Maksudnya: Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada
kami, daripada In Syihab, daripada Muhammad bin Jubair bin Mut'im,daripada ayahnya, katanya:
Saya mendengar Rasulullah SAW membaca di dalam solat Maghrib Surah al-Tur.
b. Sahih Li Ghairih

Hadis in adalah hadis yang sahihnya ekoran ia dibantu oleh keterangan lain ataupun belum
sampai kepada taraf sahih, kemudian ada petunjuk atau dalil lain yang menguatkannya sehingga
hadis tersebut meningkat menjadi Hadis Sahih Li Ghairih. Hadis ini berasal dari kategori Hadis
Hasan Li Zatih, namun a dinaikkan tarafnya kepada Sahih Li Ghairih kerana terdapat dua
syarat yang melayakkannya naik ke taraf ini. Contoh Hadis Sahih Li Ghairih antaranya:

Sebagaimana hadis riwayat Imam al-Tirmizi yang meriwayatkannya melalui jalan sanad:

‫حدثنا أبو كريب حدثنا عبدة بن سليمان عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال قال‬
‫رسول الله صلى الله عليه وسلم لوال أن أشق على أمتي ألمرتهم بالسواك عند كل صالة‬

Maksudnya: Daripada Muhammad bin 'Amru daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurairah RA,
Rasulullah SAW telah bersabda: Sekiranya tidak kerana bimbang menjadi bebanan terhadap
umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan
solat.
HADIS HASAN
-Bahasa: al-Jamal, iaitu indah. la juga bererti: Sesuatu yang disenangi.

-Istilah:

a. Hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya bersifat adil dan tidak terdapat
kecacatan serta tidak syaz, iaitu tidak janggal dari sudut matan dan sanadnya, hanya ia kurang kuat
sifat kedhabitannya.

b. Hadis yang kurang syarat-syarat untuk sampai ke darjat Sahih. Seperti: Dhabit perawinya kurang
daripada darjat Sahih.

-Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya, diriwayatkan oleh perawi-perawi yang adil, tiada
cacat atau "illah, tiada syaz, cuma perawinya kurang dhabit berbanding darjat sahih.

-Contoh hadis hasan ialah Dari Abdullah b. Umar r.a dari nabi saw bersabda: "'sesungguhnya Allah
s. w.t akan menerima taubat seorang hamba selama nafasnya belum sampai di tenggorokan (sakaratul
maut)". (hadis diriwayatkan oleh ibnu majjah, dan tarmizi. la berkata : hadis ini Hassan.) Hadis ini
telah dikatakan Turmudzi sendiri : "hadis ini Hassan"
i. Perawi setiap hadis itu mestilah berhubung di antara satu
dengan yang lain.

ii. Perawi itu mestilah adil.

iii. perawi itu tidak mempunyai kekuatan ingatan yang

Ciri-ciri sempurna. Misalnya hadis sohih memerlukan kekuatan


menghafaz tidak kurang daripada 95%o. Oleh yang

hadis Hasan demikian, hadis yang diriwayatkan oleh orang yang


mempunyai kekuatan mengahafaz. hanya 85% sahaja adalah
hadis Hassan.Manakala hadis yang diriwayatkan oleh orang
yang memiliki kekuatan menghafaz kurang daripada jumlah
tersebut adalah lemah (dhoif).

iv. Terhindar daripada syaz.

v. Tidak mempunyai illah.


Jenis Hadith Hasan beserta contoh

I.Hasan Li Zatih
la adalah hadis yang mempunyai salasilah sanad yang bersambung diwakili para perawi
yang adil tetapi kurang sedikit habit namun tidak jangkal dan tidak ada kecacatan,
contohnya Sebagaimana hadis riwayat al- Tirmizi, melalui jalan sanad Muhammad bin
Amru, daripada Abu Salamah daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah
bersabda:

‫حدثنا أبو كريب حدثنا عبدة بن سليمان عن محمد بن عمرو عن أبي سلمة عن أبي هريرة قال قال‬
‫رسول الله صلى الله عليه وسلم لوال أن أشق على أمتي ألمرتهم بالسواك عند كل صالة‬

Maksudnya: Sekiranya tidak kerana bimbang menjadi bebanan terhadap umatku nescaya
aku aka memerintahkan mereka agar bersugi setiap kali hendak menunaikan solat.
II.Hasan Li Ghairih
la bermaksud hadis yang tidak diketahui dengan jelas keadaan perawinya sudut sifat dan
kelayakannya, samada perawi itu kuat atau lemah. Walaubagaimanapun perawi hadis
Hasan Li Ghairih bukanlah seorang yang pelupa, juga tidak banyak melakukan kesalahan
dalam periwayatan hadith, juga tidak ada kecacatan, tidak dituduh melakukan pemalsuan
atau pembohongan kepada hadis serta bukan orang yang fasiq. Hadis ini disokong oleh
riwayat lain yang muktabar dan sama dari sudut lafaz serta maknanya samada melalui al-
Mutabi" atau al-Syahid. Justeru asalnya hadis ini adalah Da 'if, tetapi menjadi Hasan Li
Gairih keram disokong oleh hadis lain atau riwayat lain yang sama pada lafaz dan
maknanya. Contohnya:
Sebagaimana hadis riwayat Abu Sa' id al-Khudri RA:

‫ال ضرر وال ضرار‬

Maksudnya: Tada mudarat dan tidak memudaratkan.


HADIS DHAIF
Hadis Dha'if ialah hadis yang tidak menepati syarat-syarat untuk diterima sebagai kategori hadis sahaih dan
hadis hasan, seperti tidak syarat sahih, ada "illah, perawi kurang dhabit, sanad tidak bersambung atau syaz.

Contoh hadis dha'if ialah:

‫من افطر يوما من رمضان من غير عذر وال مرض لم يقضه صوم الدهرـ وان صامه‬

'Barangsesiapa berbuka satu hari pada (puasa) ramadhan tapa ada uzur dan sakit, maka dia tidak dapat
menggantikannya meskipun puasa satu tahun (penuh):»

Contoh lain , sebagaimana riwayat Abu Salih, katanya Nabi Muhammad SA W bersabda:

‫ إنما أنا رحمة مهداة‬, ‫يا أيها الناس‬

Maksudnya: Wahai manusia! Aku adalah rahmat dan mendapat petunjuk


i. Setiap hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat hadis sahih

ii. Setiap hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat hadis hasan

iii. Perawinya seorang pendusta atau tertuduh pendusta.

iv. Matan hadith tersebut berbeza dengan hadith lain yang sama
diriwayatkan oleh perawi tiqah lain.

Ciri-ciri v. Nama perawi tersebut tidak disebut.

hadis Dhaif vi. Perawi tidak bersifat adil, sering melakukan maksiat atau fasiq.

vii. Sanad gugur seseorang atau lebih,

viii. Menyalahi periwayat tiqah atau kepercayaan.

ix. Melakukan bid'ah bidang akidah.

x. Terdapat tokoh tambah pada matan asal Rasulullah SAW.

xi. Perawi tidak baik hafazan, jagaan tulisannya dan sering lupa
TERIMA KASIH <3

You might also like