You are on page 1of 27

PKP 3117

TAJUK 11: GURINDAM/SELOKA

- STRUKTUR
-FUNGSI
-CIRI BAHASA
- GAYA BAHASA
GURINDAM
DEFINISI
• Gurindam berasal daripada Bahasa
Sanskrit. Walaupun berasal daripada
bahasa asing tetapi dalam perkembangan
puisi melayu, gurindam berkembang
dalam tradisi lisan Melayu mempunyai
bentuknya yang tersendiri dan berlainan
dengan gurindam dalam Bahasa Sanskrit.
(Ismail Hamid, 1989).
GURINDAM
• Menurut Raja Haji Ali“….. adapun
gurindam itu, iaitu perkataan yan bersajak
akhir pasangannya, tetapi sempurna
perkataannya dengan satu pasangannya
sahaja, jadilah seperti sajak yang pertama
itu syarat dan sajak yang kedua itu jadi
seperti jawab” (sultan Takdir Alisjahbana
1954)
STRUKTUR
• Biasanya dalam bentuk terikat yang
mengandungi 3-6 patah perkataan.
• Gurindam dalam bentuk terikat
memerlukan beberapa rangkap untuk
melengkapkan keseluruhan idea.
GURINDAM
• Baris pertama terdiri daripada persoalan
atau masalah ,manakala baris kedua
berupa jawapan atau kesan daripada
masalah itu tadi.
• Kedua-dua baris tersebut merupakan
kesatuan yang utuh.
FUNGSI
• Gurindam dianggap sebagai puisi yang
digunakan untuk tujuan pendidikan dan
hiburan.
• Gurindam juga berfungsi sebagai
dokumentasi gambaran masyarakat yang
dapat memancarkan kreativiti dan estetika
serta daya intelektual masyarakat Melayu
lama dalam menangani hal kehidupan
mereka.
GURINDAM
• Seterusnya, gurindam juga dapat
dijadikan media komunikasi
antara ahli masyarakat, terutama
dalam majlis- majlis yang formal.
GURINDAM
• Gurindam Melayu lama yang
terkenal ialah Gurindam Dua Belas
hasil karangan Raja Haji Ali dari
kepulauan Riau.
FASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama,
Sekali- kali tiada boleh dibilangkan nama.
Barang siapa mengenal yang empat,
Maka ia itulah orang ma’rifat.
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
Barang siapa mengenal Allah,
Suruh dan tegahnya tiada ia menyalah.
GURINDAM
Barang siapa mengenal dunia,
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahari

Barang siapa mengenal dunia,


Tahulah ia barang yang terpedaya.

Barang siapa mengenal akhirat,


Tahulah ia dunia melarat.
CIRI BAHASA
• Jumlah perkataan bagi setiap baris
adalah bebas, namun, rima akhir baris
bagi setiap rangkapnya mesti sama, iaitu
a-a.
• membawa persoalan yang serius,
bersungguh-sungguh, tidak berkias dan
tiada jenaka, sindiran atau berteka-teki.
GURINDAM
• Bahasa gurindam seperti bahasa menyanyi
atau sekurang-kurangnya membawa imbas-
imbas nyanyian
• Bahasa gurindam lebih bebas daripada bahasa
syair.
• Kata-kata dalam gurindam hampir sama
dengan kata-kata dalam peribahasa tetapi
terdiri daripada dua baris atau lebih.
Gaya Bahasa Gurindam
 GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,


Yang boleh tahukan tiap seteru.
GURINDAM
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,


Pilih segala orang setiawan
• Perulangan di awak baris atau
anafora, contohnya penggunaan
perkataan ³chari´ dalam baris
pertama hingga baris keempat.
• Sinkope, contohnya penggunaan
perkataan ³mu´ dalam baris
³Cahari olehmu akan sahabat.
SELOKA
JABATAN PENGAJIAN MELAYU

IPG KAMPUS PEREMPUAN


MELAYU MELAKA
DEFINISI
• Dari segi istilah, seloka berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu sejenis puisi yang terdiri daripada dua
baris atau dua kerat yang setiap satunya
mengandungi 16 suku kata yang disusun dalam
empat unit.
• Dalam kesusasteraan melayu tradisional, seloka
merupakan sejenis puisi bebas dari segi rangkap
(sama ada berangkap atau tak berangkap). Jika
berangkap, tidak tentu barisya dalam serangkap dan
tidak tentu jumlah perkataannya dalam sebaris.
STRUKTUR
• Dalam Bahasa Melayu, ditulis dalam
empat baris dengan memakai bentuk
pantun atau syair.
• Ada juga ditulis dalam kurang atau lebih
empat baris dengan menggunakan
bentuk bebas.
• setiap baris menjadi isi seloka
FUNGSI
• Seloka dapat menggambarkan
masyarakat yang melahirkannya iaitu
masyarakat yang mementingkan
keharmonian dan ketatasusilaan.
• Puisi seloka digunakan untuk mengkritik
sebarang perlakuan negatif anggota
masyarakat tanpa menyinggung perasaan
individu sasaran.
• Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu:
- untuk menyindir seseorang
- untuk mengejek seseorang
-untuk menempelak seseorang.
-untuk melahirkan rasa benci terhadap sesuatu
kelakuan manusia.
-untuk memberi pengajaran dan panduan
kepada seseorang
-sebagai alat kawalan sosial/ proses sosial.
CIRI BAHASA SELOKA
• Membawa erti berjenaka, berseloroh
• Tidak mempunyai bentuk yang tetap.
• Karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi rima hujung
yang bebas.
SELOKA
Seloka Pak Kaduk

Aduhai malang Pak Kaduk


Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
•     Paradoks
Ayamnya menang,kampung tergadai

• Imej alam
Menggunakan imej alam seperti laut,
kampung,angin dan air pasang.

•    Sindiran
   Ada rumah bertandang duduk
CONTOH SELOKA
Seloka empat baris

Sudah bertemu kasih sayang


Duduk terkurung malam siang
Hingga setapak tiada renggang
Tulang sendi habis berguncang
RUJUKAN
Penyelenggara Majlis Peperiksaan Malaysia,
(2005) Mutiara Sastera Melayu Tradisional.
Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur
http://www.slideshare.net/manafyasir/cerita-sel
oka-presentation
. Diakses pada 20 Jun 2012 jam 10.00am.
http://www.scribd.com/doc/50997037/BM-Oral
-Test
. Diakses pada 20 Jun 2012 jam 11.17 malam.

http://
www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID
=5484&PN=1
. Diakses pada 20 Jun 2012 jam 11.00 malam .

You might also like