You are on page 1of 22

KENALI IRAMA WARISAN

BANGSA
TEKLILA

PUISI TRADISIONAL
PANTUN
SYAIR
SELOKA
GURINDAM
Jenis-jenis
Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya ialah
pantun, syair gurindam, dan seloka
Pantun
Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang digunakan
untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan yang gembira,
sedih, rindu, marah dan sebagainya. Mengikut kajian
(Muhammad Hj. Salleh, 2000 : 56), asal perkataan pantun
mungkin berdasarkan kata toen, tuntun, tonton, tuntun, atuntun,
matuntun, panton, pantun yang digunakan dalam pelbagai
bahasa di Nusantara. Maksudnya merujuk kepada ‘sesuatu
pengucapan dengan bahasa yang teratur, tersusun dan indah
atau peri laku yang terpimpin, terdidik, bersopan dan
bertatasusila’. Dalam kesusasteraan Melayu, istilah pantun atau
sepantun asalnya dipakai dengan makna umpama, seperti,
sebagai, laksana, bak yakni merujuk kepada perbandingan atau
kiasan. Contohnya, ‘tuan sepantun kilat cermin, di balik gunung
nampak juga’.
 
Ciri-ciri Pantun
Pantun mempunyai beberapa ciri, antaranya :
(i) Rangkapnya berasingan dan boleh berdiri sendiri sebagai satu
kesatuan idea.
(ii) Rangkapnya terbina daripada baris atau kerat yang berpasangan,
misalnya dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat dan dua belas
kerat. Namun pantun yang popular dan terus berkembang ialah pantun
dua kerat dan empat kerat.
(iii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah
perkataan.
(iv) Jumlah suku kata dalam setiap baris sekitar lapan hingga dua belas
suku kata.
(v) Skema rima di tengah atau di hujung baris adalah berjajar
berselangan, iaitu ab;ab. Ada juga skema rima yang sama, iaitu aa;aa .
(vi) Struktur pantun terdiri daripada dua unit, iaitu
pembayang (sebagai kiasan) dan maksud (sebagai inti
persoalan). Pembayang ialah gambaran alam dan
maksud ialah gambaran sifat dan sikap manusia.
(vii) Setiap rangkap memiliki kesatuan idea yang
lengkap.
(viii) Penggunaan lambang yang sesuai dengan norma,
nilai, dan tanggapan masyarakat setempat.
(ix) Pantun yang baik mempunyai hubungan idea dan
wacana antara unit pembayang dengan unit maksud.
Berdasarkan isi, (tema dan persoalan) pantun
dibahagikan kepada pantun budi, kanak-kanak,
perpisahan, hiburan, teka-teki, nasib, peribahasa,
kiasan, agama dan berjhimat cermat.
 
Contoh pantun budi :
 
Anak ikan berlima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
(Harga Remaja, hlm. 5)
 
 
Contoh pantun kanak-kanak :
 
Jangan gergaji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun, hlm.
5)
 
 
 
 
Contoh pantun perpisahan :
Contoh pantun perpisahan :
 
Hari ini menugal jagung,
Hari esok menugal jelai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm. 4)
 
 
 
 
Contoh pantun hiburan :
 
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan;
Kami mengucap selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan. (Seuntai Kata Untuk Dirasa, hlm.
6)
 
 
Contoh pantun teka teki :
 
Burung nuri burung dara,
Terbang ke sis taman kayangan;
Cubalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan. (Kasut Kelopak Jantung, hlm.
9)
 
 
Contoh pantun nasib :
 
Seri Mersing lagu Melayu,
Mari dikarang zaman dahulu;
Duduk termenung menongkat dagu,
Mengenang nasib dagang piatu. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 4)
 
 
Contoh pantun agama:
Pohon di kebun habis berbuah,
Disambut masak buah rembege;
Mohonkan ampun dosa yang sudah,
Hendak masuk dalam syurga. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 6)
 
 
 
Contoh pantun berjimat cermat:
 
Pergi ke belukar memasang pikat,
Pulangnya lewat di hujung petang;
Jikalau sentiasa berjimat cermat,
Rezeki secupak terasa segantang. (Kasut Kelopak Jantung, hlm. 7
Contoh pantun budi :
 
Anak ikan berlima-lima
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
(Harga Remaja, hlm. 5)
 
 
Contoh pantun kanak-kanak :
 
Jangan gergaji pokok talas,
Nanti lesung dimakan pahat;
Jangan menjadi orang malas,
Perut kosong badan tak sihat. (Sehiijau Warna Daun,
hlm. 5)
Contoh pantun peribahasa :
 
Buat bangsal di Pulau Daik,
Menahan taut sambil mengilau;
Kalau asal benih yang baik,
Jatuh ke laut menjadi pulau. (Anak Bumi Tercinta, hlm. 5)
 
 
Contoh pantun kiasan :
 
Tebang gelam tebang kenanga,
Batang tumbuh menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung. (Anak Laut, hlm.
4)
 
)
 
Syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan
orang Melayu yang mendapat pengaruh Arab dan Parsi. Kata syair
berasal daripada istilah Arab sh’ir yang bererti puisi dan sha’r yang
bererti penyair, pengarang, atau penyajak. Istilah ini berkembang
dalam berbagai bahasa Nusantara seperti sa’e, saiyo, sair, singir dan
syair. Dalam puisi Melayu tradisional, bentuk syair dipercayai
diperkenalkan dan dikembangkan oleh Hamzah Fansuri (Syair
Burung Pungguk, Syair Perahu) sekitar abad ke-16 dengan tujuan
mengajarkan agama Islam.
Ciri-ciri Syair
Syair mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Empat baris serangkap.
(ii) Jumlah perkataan dalam setiap baris sekitar tiga hingga lima patah
perkataan. Jumlah suku kata bagi setiap baris sekitar lapan hingga dua
belas suku.
(iii) Tergolong dalam jenis puisi kata.
(iv) Skema rima hujungnya sama, iaitu aa;aa.
(v) Keempat-empat baris dalam satu rangkap adalah kesatuan idea
namun rangkap berkenaan tidak dapat berdiri sendiri.
(vi) Dalam satu baris terdapat satu hentian yang ditandai dengan jeda.
vii) Serangkap syair akan diikuti rangkap seterusnya untuk membawa satu
kesatuan yang lengkap sebagai satu cerita atau pemerian peristiwa.
(viii) Isi syair umumnya merupakan cerita atau pemerian yang panjang
sama ada mengenai kisah percintaan, keagamaan, falsafah, pengajaran dan
sebagainya.
 
 
Contoh syair :
Ada kepada suatau hari,
Sakit saudagar laki isteri;
Adalah kiranya tujuh hari,
Tidak bergerak kanan dan kiri.
 
Saudagar tahu akan dirinya,
Hampirlah mati kepada rasanya,
Lalulah memanggil akan anaknya,
Dicium kepala dengan tangisnya. (Kasut Kelopak Jantung, hlm.
10)
 
Jenis-jenis Syair
Pada umumnya, jenis syair adalah berdasarkan isi, tema, pemikiran, persoalan atau
mesej yang hendak disampaikan. Contohnya seperti yang berikut:
 
Syair cerita : Syair Badrul Zaman, Syair Ken Tambuhan, Syair Nur Alam Shah Lela
Putera, Syair Yatim Nestapa, Syair Pembunuhan Angreni, dan Syair Dandan Setia Intan
Terpilih
Syair nasihat : Syair Menyambut Pelajaran, Syair Mungkir Janji, dan Syair Pesanan Ibu
Syair semangat patriotik : Syair Tenaga Pemuda
Syair alam sekitar : Syair Cintai Alam Sekitar
Syair kiasan : Syair Jong Pecah
Syair ilmu : Syair Kelebihan Ilmu
Gurindam
Gurindam ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang telah
diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui “Gurindam Dua Belas” yang
dikarang pada tahun 1846. Terdapat dua jenis gurindam
berdasarkan bentuknya, iaitu yang terikat dan yang tidak terikat.
Bentuk yang terikat terdiri daripada dua baris serangkap
mengandungi tiga hingga empat patah perkataan dengan skema
rima a; a. Manakala bentuk yang tidak terikat mengandungi
jumlah baris, jumlah perkataan dan jumlah suku kata dalam sebaris
serta skema rima yang tidak tetap. Bahasa gurindam biasanya
bernas dan serius. Isinya pula mengandungi nasihat, pengajaran,
kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Seuntai gurindam
memerlukan beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan
idea.
 
Ciri-ciri Gurindam
Gurindam mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan
dalam sebaris dan jumlah suku kata dalam setiap baris
adalah tidak tetap.
(ii) Jumlah rangkap dalam gurindam tidak ditentukan.
(iii) Lazimnya terdiri daripada dua baris serangkap.
(iv) Skema rima hujung adalah sama, iaitu a;a.
(v) Ada kalanya wujud unsur asonansi dan aliterasi dalam
perkataan yang digunakan.
(vi) Ada kalanya tersisip bentuk puisi tradisional yang lain
seperti pantun atau syair.
(vii) Rangkapnya terbahagi kepada unit syarat atau induk
kalimat (baris pertama) dan jawab atau anak kalimat
(baris kedua).
Contoh gurindam berbentuk terikat :
 
Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.
 
Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tipa seteru.
 
Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.
 
Cahari olehmu akan kawa.
Pilih segala orang setiawan
2.4.4 Seloka
 
Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka. Dalam
bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh, berjenaka atau
menyindir. Seloka merupakan puisi yang paling tua dalam
kesusasteraan Melayu. Seloka dipercayai datang ke alam Melayu
bersama-sama perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara.
Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang
ditulis dalam bentuk seloka.
Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa
berirama, seloka lebih merupakan pepatah, bidalan atau
perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda,
olokan, ejekan dan sindiran. Walaupun seloka merupakan puisi
yang bercorak senda gurau namun isinya mengandungi sindiran
yang menjadi pengajaran dan teladan kepada pembaca.
Kebanyakan seloka Melayu ditulis dalam bentuk terikat yakni
empat baris serangkap dengan memakai bentuk pantun atau
syair. Selain itu, seloka juga ditulis dalam bentuk bebas, iaitu
setiap barisnya menjadi isi seloka berkenaan.
Ciri-ciri Seloka
Seloka mempunyai beberapa ciri, antaranya:
(i) Karangan berangkap yang memakai pertentangan bunyi rima
hujung yang bebas.
(ii) Terbahagi kepada unit pembayang (induk kalimat) dan unit
maksud (anak kalimat).
(iii) Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan dalam bentuk
berangkap.
(iv) Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda.
(v) Digunakan untuk menyindir sambil mengajar.
 
 
Jenis-jenis Seloka
Seloka dijeniskan berdasarkan bentuknya, iaitu seloka bebas dan
seloka terikat.
 
Contoh seloka bebas :
Seloka Emak Si Randang
 
Baik budi emak si randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutan,
Beras habis padi tak jadi. (Harga Remaja, hlm. 12)
 
 
Contoh seloka terikat (bentuk pantun/ syair) :
 
Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga;
Sungguh senang berbini sumbing,
Walau marah ketawa juga. (Warisan Puisi Melayu, hlm.
67)
 
Dapatlah dirumuskan bahawa puisi Melayu tradisional seperti pantun,
syair, gurindam dan seloka adalah pancaran nilai dan pemikiran
masyarakat Melayu tradisional. Selain itu, terdapat juga jenis-jenis
puisi tradisional seperti Ruba’i, teromba, mantera, nazam, ghazal, dan
masnawi yang turut berperanan memancarkan nilai estetika dan
pemikiran masyarakat melayu. Bentuk dan isi pemikirannya bukan
sahaja berguna dalam konteks zamannya malah releven untuk setiap
masa, ruang dan latar masyarakat Melayu
atau Malaysia hari ini.
 

You might also like