You are on page 1of 13

PUISI TRADISIONAL:

SYAIR
MINGGU 3

KESUSASTERAAN MELAYU
BMMB3033
IPGKPM
Pengenalan kepada Syair
 Syair dapat didefinisikan sebagai karangan
berangkap yang terdiri daripada empat baris
serangkap yang mempunyai rima a-a-a-a pada akhir
setiap baris.
 Syair berasal daripada perkataan Arab  “syir” yang
membawa maksud puisi.
 Orang Melayu mula berkenalan dengan syair sejak
zaman awal bertapaknya Islam di alam Melayu,
melalui pengkajian kitab yang terdapat bentuk syair
seperti kitab Al-Luma’, Fusus al-Hikam, Al-Insan al-
Kamil yang dibawa oleh pengembang agama Islam ke
Melaka.
 Syair berbahasa Arab yang terawal ialah catatan
batu nisan Sultan Malik al-Saleh (1297 M) di
Pasai.
 Kemudian, syair berbahasa Melayu yang pertama
ditemui di Prasasti Minye Tujuh (1380 M).
 Hamzah Fansuri merupakan tokoh ulama dan
pujangga Melayu yang telah menghasilkan syair
dalam bentuk bahasa Melayu dengan cukup
berkesan dan ilmiah temanya.
 Syair merupakan jenis puisi yang kedua
terbesar jumlahnya selepas pantun (Pustaka
Persuratan Melayu).
 Setiap rangkap dalam syair tidak dapat
berdiri sendiri, tetapi memerlukan rangkap
yang lain untuk melengkapkan idea tersebut.
 Syair boleh dihayati berdasarkan ciri dan
fungsi syair itu.
 Ciri dan sifat syair boleh dilihat berdasarkan
aspek bentuk dan isi syair tersebut.
Struktur dalam Syair

Syair merupakan puisi empat baris serangkap.


Puisi perkataan Empat perkataan sebaris dan
bergantung pada jumlah suku kata tertentu,
berdasarkan struktur kata dan gaya bahasa.
Monorima – akhir hujung barisnya aaaa , bukan
sebuah unsur baharu dalam puisi lisan Melayu.
Syair Melayu, seperti puisi-puisi Melayu yang
lainnya, ada hentian di tengah-tengah baris;
hentian menjadi sebahagian pola irama puisi
Melayu.
Harun Mat Piah (1989)
 Lazimnya dalam syair Melayu struktur
yang biasa ditemui ialah empat baris
serangkap dengan rima akhirnya a/a/a/a.
 Bilangan suku katanya terdiri di antara 9
hingga 12 suku kata.
 Harun Mat Piah (1989) menyatakan, syair
dalam bahasa Melayu mempunyai
beberapa variasi yang bergantung kepada
bentk rimanya iaitu;
i. Dua baris serangkap, dengan rima a-b,a-b
dan seterusnya.
ii. Tiga baris dengan rima a-a-b, a-a-b dan
seterusnya.
iii. Empat baris dengan rima a-a-a-a.
iv. Empat baris dengan rima a-b-a-b.
v. Empat baris dengan rima a-a-b-b.
vi. Empat baris dengan skema rima a-a-a-b, c-c-
c-b, d-d-d-b dan seterusnya.
vii. Empat baris dengan skema rima a-a-a-b, c-c-
c-d, e-e-e-f dan seterusnya.
viii. Empat baris serima (monorhyme)
ix. Empat baris dalam bentuk berkait.
Fungsi Syair

“… .. bergantung pada tujuan syair itu dicipta.


Malah, syair Melayu dianggap ‘serba boleh’,
sama ada dalam menyampaikan cerita yang
panjang dalam jumlah rangkap yang banyak
ataupun dalam satu rangkap empat baris
sahaja.”
Harun Mat Piah (1989)
SYAIR

“… .. setiap genre dalam kesusasteraan Melayu


tradisional mempunyai versinya dalam bentuk
syair, di samping dalam bentuk prosa …..
terdapat syair agama, syair sejarah, syair
hikayat, syair nasihat, dan lain-lain lagi….. juga
muncul dalam karya prosa tradisional, sama ada
selingan atau penghias bahasa dan juga
sebagai penyampaian alternatif….”
Siti Hawa Salleh (2000)
 Secara umumnya, fungsi syair dalam
masyarakat Melayu merangkumi:
i. Sebagai sumber ilmu pengetahuan.
ii. Sebagai sumber hiburan.
iii. Sebagai sumber mengisi masa lapang.
iv. Sebagai sumber dakwah/penyebaran agama
Islam.
v. Sebagai sumber nasihat/pengajaran/memberi
kesedaran/keinsafan.
vi. Sebagai sumber sejarah dan budaya.
vii. Sebagai media komunikasi dalam masyarakat.
Ciri-ciri Syair
 Syair Melayu mengandungi 7 jenis tema yang
berbentuk cerita (naratif) dan bukan cerita (bukan
naratif).
• Syair naratif
i. Syair romantis
ii. Syair sejarah
iii. Syair keagamaan
iv. Syair kiasan
• Syair naratif
i. Syair agama
ii. Syair nasihat
iii. Tema lain-lain yang berasingan.
CONTOH SYAIR
Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indah


Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpah


Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah
Rujukan:

• http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp
?y=2007&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia
&sec=Sastera&pg=sa_02.htm
• http://towardsmardhatillah.wordpress.com/
2008/12/15/peranan-dan-pengaruh-hamza
h-fansuri-dalam-perkembangan-bahasa-b
erpuitis/
• http://azmar-pb.blogspot.com/2012/05/fun
gsiperanan-syair-dalam-masyarakat.html
• http://muhammadeliasnaim.blogspot.com/
2009/05/adat-resam.html
• http://www.slideshare.net/manafyasir/cerit

You might also like