You are on page 1of 20

TARIAN TRADISIONAL

MALAYSIA

NAMA: AFEEQ LUKMAN BIN JESNI


KELAS: 4 ANGKLUNG
GURU: PUAN NADIA MOHD NASIR
ISI KANDUNGAN

01 03
DEFINISI TARIAN SEJARAH TARIAN
TRADISIONAL TRADISIONAL

02 JENIS TARIAN
TRADISIONAL
DEFINISI TARIAN
TRADISIONAL
Dari segi bahasa :-
Definisi tarian dari segi bahasa ialah gerakan
badan serta tangan dan kaki berirama
mengikut rentak muzik

Dari segi sejarah :-


Seni lakon di bawah unsur kesenian dan dilihat
di bawah aspek kebudayaan. Ianya dapat
dizahirkan melalui sebarang gerakan yang
dapat melambangkan kebudayaan sesuatu
masyarakat dan gerakan yang dilakukan pula
menggambarkan perasaan jiwa
Tarian Tradisional Melayu

Tarian Inang
Tarian Mak Yong

Tarian Zapin
TARIAN MAK YONG

Tarian mak yong merupakan sejenis


tarian Melayu tradisional. Drama tari Mak
Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk
drama-tari Melayu yang menggabungkan
unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian
yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita
dan teks percakapan yang formal dan
bersahaja. Dicipta untuk hiburan kerabat
di Raja khususnya dari golongan Selatan
Thailand, tarian ini juga menggabungkan
drama romantis, tarian dan nyayian
dengan gaya menawan yang mengisahkan
zaman kegemilangan kesultanan melayu.
Sesuai dipersembahkan selepas orang-
orang kampung selesai menuai padi
dibendang.
TARIAN ZAPIN

Tarian zapin merupakan tarian yang


terkenal di negeri Johor. perkataan zapin
berasal daripada Al-zaffan iaitu gerak
kaki. Mengikut sejarah tarian ini pada
mulanya adalah sebagai tarian hiburan di
istana yang dibawa dari
Hadramaut,Yaman Selatan oleh pedagang
Arab pada abad ke-13 yang bertujuan
digunakan amalan berzikir untuk
menyebarkan pengetahuan mengenai
sejarah tamadun islam.Kini,tarian zapin
masih lagi dipersembahkan dalam majlis
formal dan tidak formal. Sebagai contoh
majlis perkahwinan,majlis perasmian dan
sebagainya.
TARIAN INANG

Tarian Inang memberi pengertian sebagai


pengasuh tetapi tarian Inang juga disebut
Tarian Mak Inang yang dicipta pada
Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Lagu
Mak Inang yang khusus telah dicipta bagi
mengiringi tarian ini dengan perintah
Sultan Mahmud Syah . Tarian ini
dipersembahkan di hadapan sultan
semasa majlis keramaian. Tariannya
sangat lemah gemalai dan mempunyai
ciri-ciri yang sesuai ditarikan di istana.
Pada zaman dulu, tarian Inang ini
ditarikan oleh perempuan sahaja tetapi
apabila telah mengikut keperluan dan
peredaran zaman, persembahan tarian
Inang telah ditarikan berpasangan lelaki
dan perempuan.
Tarian Tradisional Cina

Tarian Kipas
Tarian Naga
TARIAN NAGA

Tarian naga ialah sebentuk tarian dan


persembahan tradisional dalam budaya
Cina.Sepertilah tarian singa,tarian naga
sering dipersembahkan pada musim
perayaan.Orang Cina selalu menyebut
"Keturunan Naga" sebagai lambang identiti
etnik.Pada fikiran orang cina,naga adalah
sejenis hidupan yang menguntungkan.Naga
mewakili kekuatan yang tiada bandingan
yang boleh menghilangkan nasib buruk dan
mencegah jenayah. Oleh sebab itu,sejak
zaman nenek moyang semasa mereka
merayakan Tahun Baru Cina, atau
memimpin prosesi untuk menyambut
seorang dewa,bahkan ketika ada bencana
alam atau bencana peribadi berlaku,
mereka akan mengadakan tarian naga
untuk berdoa supaya mendapat berkat dari
syurga.
TARIAN KIPAS

Tarian kipas merupakan satu jenis tarian


yang memerlukan 9 orang ahli, di mana 7
wanita dan 2 lelaki. Jenis tarian ini
menunjukkan bahawa kipas cina
mempunyai erti yang sebati dalam
masyarakat cina di mana dewa-dewi pada
masa lalu sentiasa menjadikan kipas
sebagai alat keperluan. Tambahan lagi,
angin merupakan satu tradisi masyarakat
cina yang mana masyarakat cina
mempercayai "Fung Shui" iaitu suatu
kepercayaan masyarakat cina umumnya
tentang suatu pentanda yang baik dan
buruk terhadap sesuatu kehidupan di
tempat mereka. Oleh itu, jenis tarian ini
dimainkan supaya tarian ini boleh
membawa kebaikan atau "Fung Shui" yang
baik kepada seluruh anggota masyarakat.
Tarian Tradisional India

Tarian Kathak Tarian Bharata Natyam


TARIAN KATHAK

Tarian Kathak merupakan salah satu


tarian klasikal India yang berasal dari
utara India.
Perkataan Kathak berasal dari perkataan
india iaitu katha yang bermaksud "seni
bercerita" .

Dari sifat asalnya yang merupakan


ekspresi menghambakan diri kepada
dewa-dewa Hindu. Kathak telah
berkembang ke istana-istana pemerintah.
TARIAN BHARATA NATYAM

Tarian klasik india ini bagaikan sebuah


puisi dalam gerak tari.Tarian yang
dramatik dan bersemangat ini
berdasarkan kisah epik India purba, dan
memaparkan lebih dari 100 gerak tarian
dan gaya badan.Memandangkan tarian
ini memakan masa yang lama untuk
dikuasai, terdapat sesetengah penari
kanak-kanak yang mula berlatih pada
umur semuda lima tahun.
Tarian Tradisional Sabah

Tarian Sumazau Tarian Mogunatip


TARIAN SUMAZAU

Tarian sumazau adalah tarian kaum


kadazan yang lazimnya dipersembahkan
sewaktu acara-acara keagamaan dan
kemasyarakatan. Ia dipersembahkan
sebagai tanda kesyukuran atas hasil
tuaian padi yang banyak, untuk
menghindar roh jahat, dan untuk
mengubati penyakit. Penari lelaki dan
perempuan mempersembahkan tarian
yang mengasyikkan ini dengan gerak-geri
yang perlahan serta pergerakan yang
menggambarkan burung yang sedang
terbang.
TARIAN MOGUNATIP

Tarian Mogunatip adalah sejenis tarian


tradisi masyarakat beberapa suku kaum
Murut di pedalaman Sabah.
Perkataan Mogunatip diambil daripada
perkataan "atip" yang bermaksud
menekan antara dua permukaan.
Keunikan tarian Mogunatip ini bukan saja
bagaimana cara ia di tarikan namun
kekuatan dan ketangkasaan perlu ada di
samping pakaian tarian ini
mengambarkan pahlawan murut satu
ketika dulu.
Biasanya tarian ini tidak memerlukan
iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu
yang dilagakan akan menimbulkan bunyi
yang kuat serta rentak dan irama yang
menarik.
Tarian Tradisional Sarawak

Tarian Ngajat Tarian Koncong


TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat bagi orang-orang Iban ialah
tarian semasa menyambut Hari Gawai. Penari
memakai tarian tradisi seperti sirat, gagung,
atau baju burung serta topi yang dihias
dengan bulu burung. Tarian ini ditarikan
dengan berdiri diatas bulatan langsaran ke
atas dan ke bawah,penari akan melompat
bersama iringan lagu dimana setiap rentak
yang dimainkan adalah bersesuaian dengan
upacaranya. Satu lagi tarian ini ialah penari
akan memegang perisai kayu ditangan kiri
dan pedang di tangan kanan lalu menari
seperti berdepan dengan musuh dengan
menghayunkan tangannya ke kiri dan ke
kanan. Alat-alat yang digunakan dalam tarian
ini adalah seperti gong besar dan kecil,
gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan
Sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.
TARIAN KONCONG

Tarian ini ditarikan oleh tiga orang penari


wanita dengan iringan nyanyian seorang atau
dua orang telaki. Tiga orang penari wanita
akan berdiri sebaris. Ditangan kanannya
memegang sapu tangan. Mereka menari
dalam bulatan sambil sebelah kakinya
dipusing-pusingkan dan tangan mereka
digerak kedepan dan kebelakang seolah-olah
menyerupai burung terbang. Tarian Koncong
yang terdapat di negeri Sarawak ini ditarikan
dengan dua tujuan. Pertama untuk mengubat
pesakit dan kedua untuk menghibur orang
yang malang. Antara alat muzik yang
mengiringi tarian ini adalah gong dan
gendang.
SEKIAN,
TERIMA KASIH
~ AFEEQ LUKMAN ~

You might also like