You are on page 1of 4

SEJARAH BOLA JARING

• Bola jaring merupakan hasil pengubahsuaian daripada bola keranjang


yang amat popular pada awal 1900-an .Ia berasal di Amerika Syarikat
dan dikenali sebagai “bola keranjang wanita”. Sukan ini dicipta oleh
Clara Gregory Baer. Kemudian sukan ini berkembang pesat di Asia dan
Afrika. Pada tahun 1926, tertubuhlah Persatuan Bola Jaring Wanita
Seluruh England (All England Women’s Netball Association).
Perlawanan antarabangsa yang pertama telah diadakan di antara
England dan Scotland pada tahun 1938.
SEJARAH BOLA JARING
• Perkembangan pesat untuk permainan bola jaring berlaku selepas
Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1960 wakil-wakil negara komenwel
telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus
untuk bola jaring dunia. Dengan itu tertubuhlah The International
Federationof Netball Association. Pertubuhan ini berperanan untuk
menyelaraskan peraturan dan undang-undang permainan bola jaring.
SEJARAH BOLA JARING
• Bola jaring adalah permainan untuk wanita kerana ia tidak terlalu
kasar. Sehingga hari ini, sukan ini dimainkan lebih daripada 150 buah
negara di seluruh dunia. Sejarah bola jaring di Malaysia pula bermula
apabila ia popular di kalangan sekolah mubaligh Kristian. Guru-guru
Inggeris khususnya di bandar amat gemar bermain bola jaring.
Persatuan Bola Jaring Malaysia ditubuhkan pada tahun 1978.
Persatuan ini telah mengambil bahagian dalam beberapa kejohanan
antarabangsa sepertu Kejohanan Asia dan Kejohanan Piala Dunia.
SEJARAH BOLA JARING
• Majlis Olimpik Malaysia telah mempelawa Persatuan Bola Jaring
Malaysia untuk menganjurkan pertandingan bola jaring di sukan SEA
2001 di Kuala Lumpur. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga terlibat
dalam Sukan Komenwel yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998.
• Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah memainkan
peranan dalam mempopularkan permainan bola jaring di kalangan
murid-murid sekolah. Malaysia boleh dikatakan amat berjaya dalam
permainan ini. Penjaring gol bagi pasukan bola jaring Malaysia,Kadzlun
Abas dinobatkan sebagai Best shooter di World Junior Netball
Championship 2000 yang diadakan di Wales. Fadzlun Abas sekali lagi
memenangi gelaran ini pada tahun 2001.

You might also like