You are on page 1of 48

PERBENDAHARAAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET AWAM


PERBENDAHARAAN MALAYSIA
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

DEFINISI HAIWAN
HAIWAN bermaksud apa-apa makhluk hidup selain
manusia dan termasuk apa-apa haiwan, burung, reptilia
atau serangga kecuali mamalia akuatik, tuntung, labi-
labi dan penyu

Penjenisan HAIWAN
Haiwan dikelaskan dengan kategori iaitu Induk,
Pejantan, Jantan, Betina, Anak Jantan dan Anak Betina.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KUMPULAN HAIWAN
1. MAMALIA
Mamalia tergolong dalam benda hidup, kumpulan haiwan,
mempunyai tulang belakang. Ciri-ciri haiwan mamalia
mempunyai saraf tunjang, bertulang belakang,
mempunyai jantung dengan ruang, badan dilitupi oleh
bulu, mempunyai cuping telinga, mempunyai kelenjar
peluh, mamalia betina melahirkan anak dan menyusukan
anak (kecuali mamalia yang sangat primitif seperti
Platypus dan sesetengah Tenggiling), bernaafas melaalui
peparu dan berdarah panas (suhu badan tetap)
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KUMPULAN HAIWAN
2. AVES
Bermaksud haiwan yang berkaki dua, dan boleh bertelor. Ciri-
ciri lain termasuk berbulu pelepah dan berparuh. Berat
badan di antara 50 gm hingga 115 kg. Contoh termasuk
burung kuang, tiong, raja udang, barau-barau dan lain-lain.

3. REPTILIA
Bermaksud haiwan vertebrate berkaki empat atau yang
tidak berkaki. Embrio dikelilingi oleh selaput amniotik.
Contoh terdiri dari famili Ghavialidae (julung-julung),
Crocodylidae (buaya), Varanidae (biawak), Scincidae
(mengkarung), Pythonidae (ular sawa), Viperidae (ular kapak).
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KUMPULAN HAIWAN
4. AMFIBIA
Bermaksud haiwan vertebrate berkaki empat yang tidak
mempunayi telur atau embrio yang dilindungi oleh selaput
embrionik. Mempunyai ciri-ciri ektotermik (suhu badan
ditentukan oleh persekitaran) dan menghabiskan separuh dari
masa di darat. Contoh terdiri dari jenis katak.

5. INSECTA
Bermaksud kumpulan besar daripada filum arthropod dan
mempunyai lebih dari satu juta spesis. Haiwan ini kecil, bersaiz
0.139mm hingga 55.5cm dan mempunyai enam kaki.
Dikalangan spesis ini termasuk yang berjalan, berenang dan
terbang. Contoh pepatung, rama-rama, kumbang, semut, lebah
dan lain-lain.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KUMPULAN HAIWAN
4. AMFIBIA
Bermaksud haiwan vertebrate berkaki empat yang tidak
mempunayi telur atau embrio yang dilindungi oleh selaput
embrionik. Mempunyai ciri-ciri ektotermik (suhu badan
ditentukan oleh persekitaran) dan menghabiskan separuh dari
masa di darat. Contoh terdiri dari jenis katak.

5. INSECTA
Bermaksud kumpulan besar daripada filum arthropod dan
mempunyai lebih dari satu juta spesis. Haiwan ini kecil,
bersaiz 0.139mm hingga 55.5cm dan mempunyai enam kaki.
Dikalangan spesis ini termasuk yang berjalan, berenang dan
terbang. Contoh pepatung, rama-rama, kumbang, semut, lebah
dan lain-lain.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN
MAMALIA
1. ATRIODACTYLA (EVEN TOED)
Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang
kecil (pelanduk) hingga yang besar (badak air) dan berkaki
empat. Contoh termasuk dari famili Suidae (babi),
Tayasuidae (Peccary), Hippopotamidae (badak air),
Camelidae (Unta,Liama,Guanaco) Tragulidae (pelanduk,
napuh), Giraffidae (zirafah,okapi)Moschidae (Muskdeer).
Cervidae (rusa, kijang), Bovidae (Antelop, lembu, kerbau,
seladang, banteng, kambing, biri-biri, zebu, ankole dan
lain-lain).
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN MAMALIA


2. PERRISODACTYLA (ODD TOED)
Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang sederhana
hingga besar berkaki empat. Termasuk famili Equidae (kuda, zebra,
keldai), Tupiridae (tapir), Rhinocerotidae (badak sumbu).

3. PROBOSCIDAE
Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang besar,
berkaki empat dan mempunyai belalai. Terdapat satu famili,
Elephantidae (gajah Afrika dan gajah Asia)

4. PHOLIDOTA (MAMALIA BERSISIK)


Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang bersisik,
berlidah panjang (sehingga 25 sm) dan berkaki empat. Berat badan
sehingga 33 kg. Contoh tenggiling.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN MAMALIA


5. RODENTIA
Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri 4 gigi kacip (2 atas
dan 2 bawah), tiada gigi taring dan premolar hadapan.
Pertumbuhan gigi kacip adalah sepanjang tahun. Berat badan
adalah dari 30 gm hingga 30 kg. Walaupun terdapat 29 famili,
hanya yang terdapat di Malaysia disenaraikan. Contoh termasuk
famili Sciyridae (semua jenis tupai), Muridae (jenis tikus) dam
Hystricidae (landak).

6. DERMOPTHER

Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang kecil,


(sehingga 2 kg) dengan lapisan kulit bagi luncuran yang
bersambung dari leher hingga ke tepi badan. Contoh adalah
termasuk famili Cynocephalidae (Culogo).
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN MAMALIA


7. CHIROPTERA
Bermaksud haiwan yang terbang. Mempunyai ciri-ciri fizikal yang
kecil (panjang kepala dan badan di antara 2.5 – 40.6 sm). Terdapat
18 famili. Contoh Pteropodidae (kluang).

8. KARNIVORA
Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal dimana
terdapat 4-5 digit (jari) berkuku. Digit pertama adalah tidak
bertentangan, tersusut atau tidak ada langsung. Gigi taring
adalah kuat, panjang dan tajam. Terdapat lapan famili. Contoh
adalah termasuk canidae (anjing, serigala). Ursidae (beruang),
Mustelidae (memerang, honey badger, weasel), Viveridae
(musang, biturong), Herpestidae (bambun) dan Felidae (kucing,
harimau).
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN MAMALIA


9. PRIMAT
Bermaksud haiwan (kecuali manusia) yang mempunyai ciri-ciri fizikal
dimana kedua digit pertama kaki belakang adalah bertentangan
berat badan di antara 375gm (kongkang)-144 kg (Orang Utan).
Terdapat 15 famili. Contoh termasuk Lorisidae (Konkang),
Cercopithecidae (kera, beruk, lotong), Hylobatidae (ungka, siamang)
dan Pongidae (Orang utan).

10. INSECTIVORA
Bermaksud haiwan yang mempunyai ciri-ciri fizikal yang kecil dengan
muncung yang tirus dan panjang dengan lima jari berkuku disetiap
lengan. Terdapat tujuh famili. Contoh yang terdapat di Malaysia
adalah Erinaceidae (tikus bulan), Soricidae (cencurut), Talpidae
(mole) dan Tupaiidae (tupai).
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN AVES DAN REPTILIA


2. KELAS AVES
Bermaksud haiwan yang berkaki dua, dan boleh bertelor. Ciri-ciri
lain termasuk berbulu pelepah dan berparuh. Berat badan di antara
50 gm hingga 115 kg. Contoh termasuk burung kuang, tiong, raja
udang, barau-barau dan lain-lain.

3. KELAS REPTILIA
Bermaksud haiwan vertebrate berkaki empat atau yang tidak
berkaki. Embrio dikelilingi oleh selaput amniotik. Contoh terdiri
dari famili Ghavialidae (julung-julung), Crocodylidae (buaya),
Varanidae (biawak), Scincidae (mengkarung), Pythonidae (ular
sawa), Viperidae (ular kapak).
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KELAS HAIWAN AMFIBIA DAN INSECTA


4. KELAS AMFIBIA
Bermaksud haiwan vertebrate berkaki empat yang tidak mempunayi
telur atau embrio yang dilindungi oleh selaput embrionik.
Mempunyai ciri-ciri ektotermik (suhu badan ditentukan oleh
persekitaran) dan menghabiskan separuh dari masa di darat. Contoh
terdiri dari jenis katak.

5. KELAS INSECTA
Bermaksud kumpulan besar daripada filum arthropod dan
mempunyai lebih dari satu juta spesis. Haiwan ini kecil, bersaiz
0.139mm hingga 55.5cm dan mempunyai enam kaki. Dikalangan
spesis ini termasuk yang berjalan, berenang dan terbang. Contoh
pepatung, rama-rama, kumbang, semut, lebah dan lain-lain.
1PP – PENGURUSAN ASET HIDUP

PENJENISAN HAIWAN

1. INDUK
Haiwan betina matang seksual yang terdiri daripada keturunan
terbaik, tiada kecacatan genetik serta lulus pemeriksaan bibit
pembiak yang boleh digunakan untuk pembiakan.

2. PENJANTAN
Haiwan jantan matang seksual yang terdiri daripada keturunan
terbaik, tiada kecacatan genetik serta lulus pemeriksaan daya biak
yang boleh digunakan untuk pembiakan.
1PP – PENGURUSAN ASET HIDUP

PENJENISAN HAIWAN

3. JANTAN
Haiwan Jantan yang terdiri daripada keturunan terbaik, tiada
kecacatan genetik serta lulus pemeriksaan bibit pembiak yang
boleh digunakan untuk pembiakan.
4. BETINA
Haiwan jantan matang seksual yang terdiri daripada keturunan
terbaik, tiada kecacatan genetik serta lulus pemeriksaan daya biak
yang boleh digunakan untuk pembiakan.
1PP – PENGURUSAN ASET HIDUP

PENJENISAN HAIWAN

5. ANAK JANTAN
Haiwan Jantan yang diperolehi hasil pembiakan induk dan
penjantan. Baka yang belum mencapai umur matang atau yang
masih belum boleh digunakan untuk pembiakan

6. ANAK BETINA
Haiwan Betina yang diperolehi hasil pembiakan induk dan
penjantan. Baka yang belum mencapai umur matang atau yang
masih belum boleh digunakan untuk pembiakan
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

PUSAT PENTERNAKAN HAIWAN JELEBU, KENINGAU, LENGGUNG, KUALA PAH


1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

DEFINISI IKAN
Ikan bermaksud apa-apa hidupan akuatik, haiwan atau
tumbuhan akuatik sama ada sedentari atau tidak
sedendatari dan termasuklah semua spesis ikan bersirip,
krustasia, moluska, mamalia akuatik atau telur-telurnya
atau benihnya, anak ikan, fingerling, lokan atau benih
moluska, penyu dan batu karang.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KUMPULAN IKAN
INDUK IKAN

BERMAKSUD IKAN YANG TELAH MENCAPAI SAIZ ATAU USIA


MATANG TERMASUK BATU KARANG

BENIH IKAN
BERMAKSUD IKAN YANG BELUM MENCAPAI SAIZ ATAU USIA MATANG
SAMADA YANG DIHASILKAN DARI PEMBIAKAN INDUK ATAU DIBELI
UNTUK TUJUAN PROGRAM JABATAN. BENIH IKAN MELIPUTI TELUR IKAN
ATAU LARVA ATAU REGA ATAU BENIH, ANAK IKAN ATAU FINGERLING.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

DEFINISI TUMBUHAN
Tumbuhan bermaksud apa-apa jenis tumbuhan atau apa-
apa bahagian daripadanya dan termasuklah batang, dahan,
ubi, bebawang, umbisi, rhizom, pokok penanti, kayu mata
tunas, keratan, tut, keratan tunas, pelekap, akar, daun,
bunga, buah, biji atau apa-apa jua bahagian atau keluaran
lain dari sesuatu tumbuhan itu sama ada terputus atau
tercantum.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

KATEGORI TUMBUHAN
TIGA (3) KATEGORI:

1.Tanaman Kekal
Tanaman yang jangka hayat ekonomik melebihi 3 tahun, ditanam
untuk tujuan pengeluaran hasil, pemerhatian teknologi, penyelidikan,
ameniti dan pemuliharaan genetik Tumbuhan.

2. Tanaman Bukan Kekal


Tanaman yang jangka hayat ekonomik tidak melebihi 3 tahun,
yang ditanam untuk tujuan pengeluaran hasil, pemerhatian teknologi,
penyelidikan, ameniti dan pemuliharaan genetik Tumbuhan.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

DEFINISI TUMBUHAN
3.Bahan Tanaman
Bermaksud daripadanya dapat digunakan untuk menghasilkan sesuatu jenis
tanaman. Bagi tujuan pengurusan Tumbuhan, pokok penanti, pokok
matatunas, bahan tisu kultur dan debunga dikategorikan sebagai bahan
tanaman. Antara jenis bahan tanaman ialah:-
(i) Biji Benih iaitu biji yang diproses daripada buah yang diambil daripada pokok induk
terpilih dan mencapai piawaian minimum biji benih seperti ditetapkan oleh Jabatan
berkenaan.
(ii) Anak Benih adalah semua jenis tumbuhan yang dihasilkan melalui kaedah semaian
biji benih atau tisu kultur untuk tujuan penanaman. Piawaian minimum anak benih
seperti ditetapkan oleh Jabatan berkenaan.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

DEFINISI TUMBUHAN
3.Bahan Tanaman
(iii) Anak Pokok Cantuman adalah semua jenis tumbuhan yang dihasilkan melalui
kaedah cantuman bahagian pokok induk/ sion dengan pokok penanti. Piawaian
minimum anak pokok cantuman seperti ditetapkan oleh Jabatan berkenaan.
(iv) Anak Tut adalah pokok yang dibiak hasil daripada ranting yang berakar setelah
diberi aruhan perakaran.

(v) Keratan adalah mana-mana bahagian pokok yang sesuai digunakan untuk
pembiakan.
(vi) Umbisi adalah tumbuhan yang tumbuh daripada ubi.
(vii) Sulur adalah tunas yang tumbuh dari bahagian pokok induk dan boleh digunakan
sebagai anak pokok.
(viii) Pokok penanti adalah anak benih yang digunakan untuk dicantum dengan sion
daripada klon yang dikehendaki.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

DEFINISI TUMBUHAN

3.Bahan Tanaman
(ix) Pokok Mata Tunas adalah pokok yang ditanam di ladang dan digunakan untuk
mendapatkan sion dalam proses pembiakan tampang. Pokok ini asalnya diperolehi
daripada pokok induk yang dikenal pasti.
(x) Debunga adalah debu bunga yang dihasilkan daripada bunga jantan.
(xi) Bahan Tisu Kultur adalah bahan pembiakan termasuk in vitro plantlets yang
dihasilkan melalui kaedah tisu kultur.
(xii) Anak Pokok yang ditanam di bekas, polybag dan lain-lain bentuk tanaman.
PUSAT PENGEMBANGAN PERTANIAN
SERDANG

PROSES PEMBIAKAN DARI BAHAN TANAMAN KEPADA TANAMAN KEKAL


1 2 3 4
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 4.3 PENDAFTARAAN - HAIWAN


2. TEMPOH PENDAFTARAN
HAIWAN hendaklah didaftarkan dalam tempoh (2) minggu dari
tarikh pengesahan penerimaan

3. HAIWAN YANG PERLU DIDAFTARKAN


-HAIWAN yang diterima melalui pembelian wang kerajaan termasuk tujuan
penyelidikan, hasil penyelidikan, hadiah, pembiakan, lucuthak, pindahan
dan tangkapan liar
-Pendaftaran HAIWAN seperti di LAMPIRAN
- HAIWAN Kategori A (KEW.AH-3)
(Kumpulan Mamalia dan Reptilia kecuali Insectivora, Amfibia
dan Aves (12 bulan keatas)
- HAIWAN Kategori B (KEW.AH-4)
(Kumpulan Aves (12 bulan kebawah), Insectivora, Amfibia
dan Insecta)
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 4.3 PENDAFTARAAN - HAIWAN


4. HAIWAN YANG TIDAK PERLU DIDAFTARKAN
-HAIWAN dari tangkapan liar bagi tujuan penyelamatan hendaklah direkodkan
secara pentadbiran

5. HAIWAN LUCUT HAK


-Kem/Jab yang untuk menggunakan HAIWAN yang dilucut hak hendaklah didaftarkan
-HAIWAN Lucut Hak adalah tertakluk kepada AKTA tertentu adalah menjadi tanggungjawab
kuasa-kuasa tertentu untuk menentukan tindakan bagi maksud AKTA tersebut
6. PINDAHAN HAIWAN
-Memindahkan HAIWAN dari PTJ ke PTJ setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan
-HAIWAN baharu dibeli PTJ bagi tujuan dipindahkan ke PTJ lain hendaklah didaftarkan oleh
PTJ menerima
-Daftar asal KEW.AH-3 hendaklah dibatalkan, dicap “DIPINDAHKAN KEPADA………
TARIKH………”
-Salinan diberikan kepada PTJ penerima sebagai rujukan mendaftar semula. KEW.AH-5
hendaklah dikemaskini
-HAIWAN yang dipindahkan bagi tujuan pameran, latihan hendaklah didaftarkan semula
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 4.3 PENDAFTARAAN - HAIWAN

7. DOKUMEN RUJUKAN
-HAIWAN yang dibeli merujuk LO, Nota Serahan, Invois, Kontrak
-HAIWAN yang disewabeli merujuk Surat Ikatan Perjanjian dan lain-lain dokumen
-HAIWAN yang diterima dari sumber lain seperti surat kelulusan hadiah
(P Pkhd.5/2008), Sijil lucut hak, salinan daftar untuk pindahan
-HAIWAN yang tiada maklumat juga perlu didaftarkan

8. DOKUMEN PENDAFTARAN
- KEW.AH-3 untuk Daftar HAIWAN Kategori A
- KEW.AH-4 untuk Daftar HAIWAN Kategori B

10. TANDA TANGAN KETUA JABATAN


- Ketua Jabatan/ Bahagian/Seksyen/Unit/Pusat/Stesen hendaklah menyemak,
mengesahkan, menandatangani pada KEW.AH-3
- Bagi Daftar yang terdahulu juga perlu ditandatangani oleh KJ, Bhg, Seksyen, Unit,
Pusat, Stesen
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - HAIWAN


11. PELAKSANAAN PENDAFTARAN IKAN
- Ketua Jabatan melantik Pegawai yang bersesuaian membantu mendaftar
HAIWAN secara berikut;
- Secara berpusat oleh UPA
- Secara terus oleh Bahagian/Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen
- Sekiranya secara berpusat, salinan KEW.AH-3 hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian/Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen

12. ANGGARAN NILAI SEMASA


- Dikemaskini pada KEW.AH-3 pada setiap akhir tahun
- Dianggarkan oleh Pegawai yang memiliki pengetahuan atau kemahiran
berdasarkan harga Jabatan atau nilai pasaran semasa
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 4.3 PENDAFTARAAN - HAIWAN

13. PENYEDIAAN SENARAI DAFTAR HAIWAN


- KEW.AH-5 disediakan mengikut tahun semasa
- Dikemaskini apabila dibuat pindahan, haiwan baru, Dilupus/Hapuskira
- Penyediaan KEW.AI-5 hendaklah dirujuk kepada KEW.AH-3

14. PENGEMASKINIAN DAFTAR


- Apabila berlaku perubahan lokasi, nama Pegawai, Pemeriksaan, Pindahan,
Pelupusan dan Hapus Kira

15. NOMBOR SIRI PENDAFTARAN


- No Siri perlu diwujudkan pada daftar HAIWAN
- Tidak perlu dilabelkan pada HAIWAN
- Berdasarkan KEM/JAB/PUSAT/H/TAHUN/No Siri
contoh (MOA/JPV/PTHL/ H / 17 / 001)
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 4.3 PENDAFTARAAN - HAIWAN

16. PENYIMPAN REKOD DAFTAR HAIWAN


- KEW.AH-3, KEW.AH-4, KEW.AH-5, KEW.AH-8 disimpan ditempat yang selamat
- Daftar Asal KEW.AH-3 disimpan oleh Pegawai Aset, salinan dilokasi

LAPORAN TAHUNAN HAIWAN (KEW.AH-6)


17. LAPORAN TAHUNAN HAIWAN
- KEW.AH-6 disediakan untuk dikemukakan seperti berikut;
- PTJ hantar ke UPA Jabatan/Ibu Pejabat
- UPA Jab/Ibu Pejabat menyenarai semua PTJ/Pusat/Stesen dibawahnya
dan kemukakan kepada UPA KEM sebelum 15 Feb
- UPA KEM hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Tahunan Induk
HAIWAN Kerajaan dan mengemukakan kepada Perbendaharaan sebelum
15 Mac tahun berikutnya.
PUSAT PENTERNAKAN KAMBING KAMPUNG PAH, JELEBU
PUSAT PENGEMBANGAN RUSA LENGGONG

PROSES PEMBIAKAN / ANAK PROSES PEMBIAKAN DEWASA / INDUK


1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - IKAN

2. TEMPOH PENDAFTARAN
IKAN hendaklah didaftarkan dalam tempoh (2) minggu dari tarikh pengesahan
penerimaan

3. IKAN YANG PERLU DIDAFTARKAN


-IKAN yang diterima melalui pembelian wang kerajaan termasuk tujuan
penyelidikan, hasil penyelidikan, hadiah, pembiakan, lucuthak, pindahan dan
tangkapan Induk Liar
-BENIH IKAN yang telah mencapai saiz atau usia matang

4. IKAN YANG TIDAK PERLU DIDAFTARKAN


-IKAN dari sumber liar yang terperangkap, tersesat, terdampar hedaklah
direkodkan secara pentadbiran
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - IKAN


5. IKAN LUCUT HAK
-Kem/Jab yang untuk menggunakan IKAN yang dilucut hak hendaklah didaftarkan
-IKAN Lucut Hak adalah tertakluk kepada AKTA tertentu adalah menjadi tanggungjawab
kuasa-kuasa tertentu untuk menentukan tindakan bagi maksud AKTA tersebut

6. PINDAHAN IKAN
-Memindahkan IKAN dari PTJ ke PTJ yang lain setelah mendapat kelulusan Ketua Jabatan
-IKAN baharu dibeli PTJ bagi tujuan dipindahkan ke PTJ lain hendaklah didaftarkan oleh PTJ
menerima
-Daftar asal KEW.AI-3 hendaklah dibatalkan, dicap “DIPINDAHKAN KEPADA………
TARIKH………”
-Salinan diberikan kepada PTJ penerima sebagai rujukan mendaftar semula. KEW.AI-5
hendaklah dikemaskini
-IKAN yang dipindahkan bagi tujuan pameran, latihan hendaklah didaftarkan semula
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - IKAN


7. DOKUMEN RUJUKAN
-IKAN yang dibeli merujuk LO, Nota Serahan, Invois, Kontrak
-IKAN yang disewabeli merujuk Surat Ikatan Perjanjian dan lain-lain dokumen
-IKAN yang diterima dari sumber lain seperti surat kelulusan hadiah
(P Pkhd.5/2008), Sijil lucut hak, salinan daftar untuk pindahan
-IKAN yang tiada maklumat juga perlu didaftarkan

8. DOKUMEN PENDAFTARAN
- KEW.AI-3 untuk Daftar IKAN
- KEW.AI-4 untuk Daftar Benih IKAN
- Maklumat di LAMPIRAN
10. TANDA TANGAN KETUA JABATAN
- Ketua Jabatan/ Bahagian/Seksyen/Unit/Pusat/Stesen hendaklah menyemak,
mengesahkan, menandatangani pada KEW.AI-3
- Bagi Daftar yang terdahulu juga perlu ditandatangani oleh KJ, Bhg, Seksyen, Unit, Pusat,
Stesen
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - IKAN


11. PELAKSANAAN PENDAFTARAN IKAN
- Ketua Jabatan melantik Pegawai yang bersesuaian membantu mendaftar
IKAN secara berikut;
- Secara berpusat oleh UPA
- Secara terus oleh Bahagian/Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen
- Sekiranya secara berpusat, salinan KEW.AI-3 hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian/Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen

12. ANGGARAN NILAI SEMASA


- Dikemaskini pada KEW.AI-3 pada setiap akhir tahun
- Dianggarkan oleh Pegawai yang memiliki pengetahuan atau kemahiran
berdasarkan harga Jabatan atau nilai pasaran semasa
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - IKAN

13. PENYEDIAAN SENARAI DAFTAR IKAN (KEW.AI-5)


- KEW.AI-5 disediakan mengikut tahun semasa
- Dikemaskini apabila dibuat pindahan, IKAN Baharu, IKAN Dilupus/Hapuskira
- Penyediaan KEW.AI-5 hendaklah dirujuk kepada KEW.AI-3

14. PENGEMASKINIAN DAFTAR IKAN


- Apabila berlaku perubahan lokasi, nama Pegawai, Pemeriksaan, Pindahan,
Pelupusan dan Hapus Kira

15. NOMBOR SIRI PENDAFTARAN


- No Siri perlu diwujudkan pada daftar IKAN
- Tidak perlu dilabelkan pada IKAN
- Berdasarkan KEM/JAB/PUSAT/IKAN/TAHUN/No Siri
contoh (MOA/DOF/PPAT/ I / 16 / 001)
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 3.3 PENDAFTARAAN - IKAN


16. PENYIMPAN REKOD DAFTAR IKAN
- KEW.AI-3, KEW.AI-5, KEW.AI-8 disimpan ditempat yang selamat
- Daftar Asal KEW.AI-3 disimpan oleh Pegawai Aset, salinan dilokasi

LAPORAN TAHUNAN IKAN KERAJAAN (KEW.AI-6)


17. LAPORAN TAHUNAN IKAN KERAJAAN
- KEW.AI-6 disediakan untuk dikemukakan seperti berikut;
- PTJ hantar ke UPA Jabatan/Ibu Pejabat
- UPA Jab/Ibu Pejabat menyenarai semua PTJ/Pusat/Stesen dibawahnya
dan kemukakan kepada UPA KEM sebelum 15 Feb
- UPA KEM hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Tahunan Induk
IKAN Kerajaan dan mengemukakan kepada Perbendaharaan sebelum
15 Mac tahun berikutnya.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN - TUMBUHAN


2. TEMPOH PENDAFTARAN
TUMBUHAN hendaklah didaftarkan dalam tempoh (2) minggu dari
tarikh pengesahan penerimaan

3. TUMBUHAN YANG PERLU DIDAFTARKAN


- Yang diterima melalui pembelian wang kerajaan termasuk
tujuan penyelidikan, hasil penyelidikan, hadiah, pembiakan, lucuthak,
pindahan dan sumber liar
- BAHAN TANAMAN yang akan dijadikan sebagai Tanaman Kekal atau
Tanaman Bukan Kekal hendaklah didaftarkan

4. TUMBUHAN YANG TIDAK PERLU DIDAFTARKAN


- TUMBUHAN yang tumbuh dikawasan hutan yang diwartakan
- Tumbuhan yang tumbuh di tanah/premis hak milik Jabatan yang tidak
memerlukan penjagaan dan penyelenggaraan
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN - TUMBUHAN


5. TUMBUHAN LUCUT HAK
- Kem/Jab yang bercadang menggunakan Tumbuhan yang dilucut hak
hendaklah didaftarkan
- Tumbuhan lucuthak yang telah dikategorikan di bawah Akta
Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Akta-akta lain yang berkaitan
adalah menjadi tanggungjawab Ketua Pengarah Pertanian dan
Pihak Berkuasa berkenaan untuk menentukan tindakan yang
diambil ke atas Tumbuhan berkenaan bagi maksud tersebut
sahaja.
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN - TUMBUHAN

6. PINDAHAN TUMBUHAN
-Memindahkan TUMBUHAN dari PTJ ke PTJ yang lain setelah mendapat
kelulusan Ketua Jabatan
-TUMBUHAN baharu dibeli PTJ bagi tujuan dipindahkan ke PTJ lain hendaklah
didaftarkan oleh PTJ menerima
-Daftar asal KEW.AT-3 hendaklah dibatalkan, dicap “DIPINDAHKAN
KEPADA………TARIKH………”
-Salinan diberikan kepada PTJ penerima sebagai rujukan mendaftar semula.
KEW.AT-5 hendaklah dikemaskini
-TUMBUHAN yang dipindahkan bagi tujuan pameran, latihan hendaklah
didaftarkan semula
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN TUMBUHAN


7. DOKUMEN RUJUKAN
-TUMBUHAN yang dibeli merujuk LO, Nota Serahan, Invois, Kontrak
-TUMBUHAN yang disewabeli merujuk Surat Ikatan Perjanjian dan lain-lain dokumen
-TUMBUHAN yang diterima dari sumber lain seperti surat kelulusan hadiah
(P Pkhd.5/2008), Sijil lucut hak, salinan daftar untuk pindahan
-TUMBUHAN yang tiada maklumat juga perlu didaftarkan

8. DOKUMEN PENDAFTARAN
- KEW.AT-3 untuk Daftar TUMBUHAN (Kekal / Bukan Kekal)
- KEW.AT-4 untuk Daftar Bahan Tanaman
- Maklumat pendaftaran seperti di LAMPIRAN
10. TANDA TANGAN KETUA JABATAN
- Ketua Jabatan/ Bahagian/Seksyen/Unit/Pusat/Stesen hendaklah menyemak,
mengesahkan, menandatangani pada KEW.AT-3
- Bagi Daftar yang terdahulu juga perlu ditandatangani oleh KJ, Bhg, Seksyen, Unit, Pusat,
Stesen
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN TUMBUHAN

11. PELAKSANAAN PENDAFTARAN TUMBUHAN


- Ketua Jabatan melantik Pegawai yang bersesuaian membantu mendaftar
TUMBUHAN secara berikut;
- Secara berpusat oleh UPA
- Secara terus oleh Bahagian/Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen
- Sekiranya secara berpusat, salinan KEW.AT-3 hendaklah dikemukakan
kepada Bahagian/Cawangan/PTJ/Pusat/Stesen

12. ANGGARAN NILAI SEMASA


- Dikemaskini pada KEW.AT-3 pada setiap akhir tahun
- Dianggarkan oleh Pegawai yang memiliki pengetahuan atau kemahiran
berdasarkan harga Jabatan atau nilai pasaran semasa
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN TUMBUHAN

13. PENYEDIAAN SENARAI DAFTAR TUMBUHAN (KEW.AT-5)


- KEW.AT-5 disediakan mengikut tahun semasa
- Dikemaskini apabila dibuat pindahan, Tumbuhan Baru, Dilupus/Hapuskira
- Penyediaan KEW.AT-5 hendaklah dirujuk kepada KEW.AT-3

14. PENGEMASKINIAN DAFTAR TUMBUHAN


- Apabila berlaku perubahan lokasi, nama Pegawai, Pemeriksaan, Pindahan,
Pelupusan dan Hapus Kira

15. NOMBOR SIRI PENDAFTARAN


- No Siri perlu diwujudkan pada Kad Daftar TUMBUHAN
- Tidak perlu dilabelkan pada TUMBUHAN
- Berdasarkan KEM/JAB/PUSAT/TUMBUHAN/TAHUN/No Siri
contoh (MOA/DOF/PPAT/ TK / 16 / 001)
1PP – BIDANG PENGURUSAN ASET

AM 5.3 PENDAFTARAAN TUMBUHAN


16. PENYIMPAN REKOD DAFTAR IKAN
- KEW.AT-3, KEW.AT-5, KEW.AT-8 disimpan ditempat yang selamat
- Daftar Asal KEW.AT-3 disimpan oleh Pegawai Aset, salinan dilokasi

LAPORAN TAHUNAN TUMBUHAN KERAJAAN (KEW.AT-6)


17. LAPORAN TAHUNAN TUMBUHAN KERAJAAN
- KEW.AT-6 disediakan untuk dikemukakan seperti berikut;
- PTJ hantar ke UPA Jabatan/Ibu Pejabat
- UPA Jab/Ibu Pejabat menyenarai semua PTJ/Pusat/Stesen dibawahnya
dan kemukakan kepada UPA KEM sebelum 15 Feb
- UPA KEM hendaklah menyediakan Ringkasan Laporan Tahunan
TUMBUHAN dan mengemukakan kepada Perbendaharaan sebelum
15 Mac tahun berikutnya.
PUSAT PENGEMBANGAN PERTANIAN, SERDANG

PROSES PEMBIAKAN DARI BAHAN TANAMAN KEPADA TANAMAN KEKAL


PUSAT PENYELIDIKAN UDANG
FRI PULAU SAYAK

PROSES PEMBENIHAN PROSES PEMBIAKAN PROSES PELEPASAN INDUK

You might also like