You are on page 1of 18

BAB LAPAN

PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB


SOSIAL DI MALAYSIA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir bab ini, pelajar diharapkan dapat:

i. Menjelaskan takrifan autoriti dan takrifan harian.


ii. Menghuraikan peranan etika dan peradaban dalam mendukung
tanggungjawab sosial.
iii. Mempamerkan minat kesukarelawan dalam mencapai keharmonian
masyarakat.
8.1 PENGENALAN

- Etika dan peradaban merupakan faktor penting dalam memacu dan


mengekalkan pembangunan dan keharmonian sesebuah ketamadunan.
- Asas kepada pembangunan sesebuah negara yang seimbang.
- Masyarakat perlu menghormati kewujudan percanggahan antara nilai peribadi
atau masyarakat terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk.
- Saling memahami dan tolak ansur sebagai asas.
8.2 TAKRIFAN AUTORITI DAN TAKRIFAN HARIAN
Realiti sosial yang membentuk pemikiran dan tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh
pengalaman hidup yang dilalui dan diterima oleh pelbagai kumpulan dan strata di persekitaran
mereka.
TAKRIFAN AUTORITI TAKRIFAN HARIAN

- ditakrifkan oleh institusi yang - realiti sosial yang dialami dan dipraktikkan
mempunyai struktur kuasa yang sah dan sendiri oleh individu atau masyarakat secara
dominan sukarela dalam kehidupan seharian mereka
- Konsep bottom up
- Konsep top down
- telah sebati dalam budaya, cara berfikir dan
- bersifat formal, mempunyai tatacara tingkah laku mereka.
tertentu termasuk adat-istiadat.
- Terdapat kepelbagaian dan tolak ansur serta
- Perlaksanaannya melalui arahan rasmi saling memahami bagi mengelak sebarang
atau penguatkuasaan undang-undang konflik.
Takrifan Autoriti Takrifan Harian
8.3 PERANAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM
MENDUKUNG TANGGUNGJAWAB SOSIAL
ETIKA
- Academic American Encyclopedia (1982) - satu senarai peraturan yang
menerangkan tingkah laku yang boleh diterima untuk setiap keadaan yang
boleh dicabar di mahkamah.
- Solomon (1984) - terdapat dua konsep etika. Pertama, perangai individu yang
menjelaskan seseorang yang baik. Kedua, peraturan sosial yang mengawal
serta membataskan tingkah laku manusia yang menjelaskan perkara yang baik
dan buruk atau dikenali juga sebagai moral.
* Etika merujuk kepada tingkah laku setiap individu sama ada dalam masyarakat
atau etnik. Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya sudah pasti
turut mempunyai pelbagai etika dan adat resam yang tersendiri.
PERADABAN
- sinonim dengan pengertian tamadun (tamaddun)
- Syed Muhammad Naquib al-Attas (1992) - istilah tamaddun merujuk kepada
kehidupan insan bermasyarakat telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur.
- Istilah lain yang sinonim dengan peradaban adalah umran dan al-hadarah yang
diperkenalkan oleh Ibn Khaldun (1332-1406) pada abad ke-14M, yang merujuk
kepada pembangunan kota, kehalusan tata susila dan kebudayaan yang
berteraskan kepada nilai agama.
- Malek Bennabi (1994) - konsep gabungan tiga asas dalam fitrah kehidupan
iaitu manusia sebagai makhluk sosial, benda yang merangkumi alam dan
produk hasil daripada inovasi serta idea. Ketiga-tiga perkara asas tersebut perlu
didukung oleh unsur lain iaitu kepercayaan atau nilai keagamaan.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
- Kepercayaan bahawa fungsi sesebuah organisasi, masyarakat atau seseorang
individu sebagai pembuat keputusan seharusnya berasaskan kepentingan sosial
dan ekonomi masyarakat.
- Merujuk kepada perbuatan memilih dan mengambil tindakan yang dapat
memberikan manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat. Setiap individu
perlu mendukung tanggungjawab sosial dan mempunyai kawalan kendiri
masing-masing.
- Kesedaran dalaman lebih berbentuk kepada kawalan terhadap diri sendiri
dengan melibatkan akal fikiran, hati dan perasaan, nafsu, keterbukaan dan
tingkah laku.
- Kesedaran luaran melibatkan dunia di luar diri kita seperti individu atau
masyarakat lain, unsur-unsur fizikal, pelbagai peristiwa dan pengalaman yang
dilihat atau dialami sendiri.
- Kewujudan masyarakat majmuk melahirkan pelbagai istilah yang
bersumberkan agama dan budaya atau falsafah hidup masing-masing berkaitan
etika dan peradaban.
- Meskipun takrifan dan matlamat khususnya adalah berbeza antara satu sama
lain, namun terdapat keselarian matlamat yang berunsur sejagat.
- Unsur inilah yang mengawal, membentuk dan membatasi perasaan dan tingkah
laku kemanusiaan, social bonding, social cement dalam kehidupan manusia
bermula daripada peringkat individu, keluarga, masyarakat, negara dan
kesejagatan.
- Melibatkan elemen takrifan autoriti yang bersifat top down dan takrifan harian
yang bersifat bottom up.
- Takrifan harian lebih berkeupayaan untuk menghasilkan impak yang besar
Etika dan peradaban adalah suatu yang perlu difahami dan
sentiasa dipraktikkan
8.4 KESEDARAN NASIONAL DALAM
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
- Ibn Khaldun (1332-1406) dalam ‘Muqaddimah’ - manusia adalah makhluk sosial.
- Teori Kitaran Ibn Khaldun menjelaskan model tiga tahap perkembangan kerajaan
atau organisasi sosial iaitu:
i.  Tahap awal atau kelahiran
ii. Tahap kehidupan menetap atau bertamadun
iii. Tahap lemah atau kejatuhan
- Kehebatan semangat kekitaan dalam sesebuah bangsa dapat menentukan jatuh
dan bangunnya sesebuah tamadun.
* Perbincangan dan kritikan tersebut lebih tertumpu kepada ketamadunan bangsa
Arab pada zamannya, namun idea dan konsep tersebut relevan untuk
diterjemahkan kepada pembangunan masyarakat dan ketamadunan sehingga kini
- Abulhassan (1991) - pembangunan merujuk kepada proses pembaikan yang
seimbang dan konsisten dalam kesejahteraan manusia dari segi kebendaan dan
kerohanian.
- Pengukuran terhadap pembangunan tidak harus ditumpukan kepada pencapaian
ekonomi sahaja, malahan perlu lebih mencerminkan kualiti hidup rakyatnya.
- Antaranya, penjagaan kesihatan yang berkualiti, perumahan mampu milik,
keselamatan yang diyakini, ketenteraman awam, pengukuhan integrasi sosial
dan perpaduan serta penyertaan meluas dalam aktiviti kesukarelaan.
- Rakyat pula perlu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada
raja dan negara; menyokong dan memainkan peranan bagi merealisasikan dasar-
dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan; menjalin perpaduan yang erat antara
satu sama lain; menggembleng idea dan tenaga untuk kemajuan negara serta
mengelak sebarang bentuk prasangka, diskriminasi atau konspirasi bagi
menjamin kelangsungan kesejahteraan dan keharmonian yang dikecapi.
8.4.1 Dasar Sosial Negara (DSN)
- DSN dilancarkan pada 19 Ogos 2002
- DSN bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat
Malaysia yang maju dan mantap.

- Objektif umum DSN adalah memastikan setiap individu, keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan
etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan
kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

- Objektif khusus:
i. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat
dipenuhi;
ii. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat;
iii. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan
perkhidmatan sosial; dan
iv. Menjana sinergi pelbagai sektor
- Bagi mencapai objektif khusus yang
ketiga, segala usaha perlu diambil
untuk memperkuatkan sistem
sokongan sosial yang sedia wujud
iaitu sistem keluarga, komuniti,
kumpulan etnik, agama, pendidikan
dan organisasi sosial untuk
membantu setiap anggota masyarakat
membangun dan berfungsi secara
optimum serta berperanan sebagai
sistem kawalan sosial.
8.5 TANGGUNGJAWAB SOSIAL DALAM DAN LUAR
NEGARA
Cabaran Dalam Negara
- Pelbagai kehendak dan tuntutan daripada kaum sendiri dan etnik yang berbeza.
- Elemen jati diri negara Malaysia, unsur-unsur tradisi Perlembagaan Persekutuan dan
kontrak sosial yang telah dipersetujui sejak sekian lama hendaklah dipertahankan.
- Rakyat mengenali jati diri dan sahsiahnya berpandukan dasar-dasar negara yang
dirangka.
- Malaysia baharu tidak akan membawa sebarang erti sekiranya rakyatnya sendiri tidak
berbangga dengan jati diri tanah airnya dan tidak berusaha keras membawa negara ke
mata dunia.
- Kesaksamaan dalam menikmati kemakmuran negara.
- Keseimbangan sosio-ekonomi antara etnik dan wilayah ini perlu menjadi perhatian
secara berterusan
Cabaran Luar Negara
- Dasar luar Malaysia adalah menjadi sahabat kepada semua pihak dan tidak
bermusuhan dengan sesiapa pun. Kerajaan kekal neutral dan tidak berpihak-
pihak kepada sesuatu kuasa asing, menolak peperangan dan keganasan.
- Pendekatan tersebut diterjemahkan melalui sokongan dan komitmen negara
terhadap usaha Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) dalam menentang pelbagai bentuk keganasan dan penindasan.
- Malaysia telah dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB
bagi penggal pada tahun 1965, 1989-1990, 1999-200 dan 2015-2016 bagi
mewakili zon Asia-Pasifik.
- Malaysia juga menawarkan perkongsian yang berprinsip ‘memakmurkan
jiran’ serantau
8.6 KESUKARELAAN
- Merupakan kerja-kerja amal dan kebajikan yang dilakukan secara sukarela oleh seseorang
individu atau secara berkumpulan terhadap golongan yang memerlukan.
- Antara teras penting dalam kerangka perpaduan nasional terutamanya dalam kalangan
masyarakat pelbagai etnik di Malaysia.
- Melibatkan orang perseorangan, masyarakat, badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan,
institusi agama dan sebagainya.
- Keanggotaan seseorang individu dalam aktiviti sukarela adalah berasaskan kepada kesanggupan
mereka untuk berbakti kepada masyarakat awam yang dilakukan tanpa paksaan.
- Kesungguhan kerajaan dalam menerapkan budaya kesukarelaan ini diterjemahkan melalui tema
‘Malaysia Prihatin’ pada sambutan Hari Kebangsaan 2020.
- Aktiviti kesukarelaan ini sentiasa akan kekal relevan tanpa mengira tempat atau zaman.
- Peranan yang dimainkan oleh para sukarelawan dalam menjayakan pelbagai program dan
bantuan kemasyarakatan turut mendapat pengiktirafan oleh PBB apabila 5 Disember setiap tahun
telah diisytiharkan sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day).
8.7 KESIMPULAN
- Etika dan peradaban amat berkait rapat dengan pemikiran dan tingkah laku
sesebuah masyarakat
- Meskipun takrifan, pemahaman dan matlamat khusus setiap etika dan
peradaban tersebut adalah berbeza antara satu sama lain, namun terdapat
keselarian matlamat iaitu membentuk nilai murni dan baik bagi menghasilkan
keamanan dan keharmonian dalam masyarakat sama ada bersifat setempat
mahupun sejagat.

You might also like