You are on page 1of 9

TIPS PENGISIAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


     PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN TAHUN 2022
A
LALUAN PERDANA
.
B
LALUAN KHAS MURID BERKEPERLUAN KHAS (
. MBK)
PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
     PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN TAHUN 2022
1. BIDANG BAHASA ARAB (LUGHAH)
2. BIDANG PENGAJIAN ISLAM (DIRASAT ISLAM
IAH)
3. BIDANG TAHFIZ (AL-QURAN WAL QIRAAT)

Bagi calon yang berminat memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC)


Pendidikan Islam, calon juga perlu mengemukakan permohonan menyambung
pengajian ke Timur Tengah daripada Bahagian Education Malaysia melalui
pautan berikut : https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah Adalah
diingatkan kepada semua calon kegagalan mengemukakan permohonan ke
Bahagian Education Malaysia boleh menyebabkan tawaran terbatal sekiranya
ditawarkan.
1.  PERMOHONAN

•Permohonan calon akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah
ditetapkan oleh KPM.
•Calon yang terpilih diwajibkan menduduki dan LULUS / PERAKU Ujian Kelayakan
Calon Guru (e-UKCG), temu duga secara dalam talian dan
diwajibkan menyediakan rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF) dan menghantar
link/ url menerusi portal PISMP.

2.  UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG)

•e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon
MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk
Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
•Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
•Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang
ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
3. TEMU DUGA
•Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
•Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google
meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
•Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak
melebihi 7 orang.
•Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai
persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
•Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung
sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

4.  PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN VIDEO KECERGASAN FIZIKAL (VKF)


•Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila
baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
•Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan 'Unlisted' sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh
panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di
bawah tanggungjawab calon sendiri.
•Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
•Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
•Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.
5.  PEMILIHAN
•Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung
kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit
dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
•Semua keputusan adalah muktamad.
6.  PENAWARAN
•Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad
sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.
7.  PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU
•Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah
tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh
KPM.
•Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat
di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman
setelah tamat pengajian.
BIL AKTIVITI TARIKH
1 Permohonan 15 Mac - 15 April 2022
2 Pelaksanaan e-UKCG 20 - 29 April 2022
Kemaskini maklumat dan bidang permohonan
3 PISMP 20 - 22 Jun 2022

Keputusan e-UKCG, Semakan calon Layak


Temu duga serta Penyediaan Rakaman Video
Kecergasan Fizikal (VKF)
4 28 Jun - 3 Julai 2022
(Tarikh mula muat naik VKF dan kemaskini
Link/ URL ke portal PISMP)

Tarikh akhir muat naik dan kemaskini Link/


5 3 Julai 2022
URL Video Kecergasan Fizikal (VKF)
Temu duga secara dalam talian dan Penilaian
6 3 - 8 Julai 2022
Rakaman Video Kecergasan Fizikal (VKF)
Keputusan tawaran Pengajian ke IPG
7 16 Julai 2022
Pendaftaran Program Ijazah Sarjana Muda
8 7 - 8 Ogos 2022
Perguruan (PISMP) di IPG Kampus
Untuk mengakses sepenuhnya sistem Borang Online Permohonan PISMP, pemohon baharu perlu
mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan Sila ikuti arahan, panduan dan keterangan
lanjut di laman aplikasi permohonan berkenaan.

Sekiranya tidak dapat mengakses laman aplikasi sila ‘clear cache’ pelayar internet (web browser) anda

Pemohon baharu perlu mendaftar pertama kali sebagai pengguna sistem berkenaan : Daftar Akaun Baru
Ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai proses permohonan

Pemohon yang telah mengesahkan permohonan perlu mencetak dan simpan no rujukan pengesahan
permohonan dan butiran tarikh, masa pengesahan serta mengingati kata laluan kerana calon perlu log
masuk semula sistem berkenaan untuk membuat semakan keputusan berkaitan pada tarikh yang ditetapkan

© Sumber Utama : https://www.infoupu.com/permohonan-ipg-online-calon-guru-pismp/


Permohonan PISMP Ambilan Fasa 2 Tahun 2021 Maklumat permohonan PISMP Fasa 2
Tahun 2022 akan dikemaskini. Untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah
Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate
(UEC) bagi tahun 2021. Dibuka dari 16 hingga 22 Julai 2021.

© Sumber Utama : https://www.infoupu.com/permohonan-ipg-online-calon-guru-pismp/

You might also like