You are on page 1of 63

SMK 2 : PENGURUSAN

PANGKALAN DATA
Persekitaran Pangkalan Data
 Senibina Pangkalan Data  Model Data dan
(ANSI/SPARC)
Pemodelan Konseptual
• Paras Luaran • Model Berasaskan
• Paras Konseptual Objek
• Paras Dalaman
• Model Berasaskan
• Skema dan
Rekod
Pemetaan
• Data Independence • Pemodelan
 Bahasa Pangkalan Data Konseptual
• Bahasa Takrifan  Fungsi SPPD (DBMS)
Data (DDL)  Persekitaran SPPD
• Bahasa Pengolahan Multi-Pengguna
Pengenalan
 Tujuan utama Sistem Pangkalan Data adalah
untuk menyediakan pengguna dengan pandangan
asas data; bagaimana data disimpan dan diolah.

 Pangkalan Data merupakan sumber yang


dikongsi, setiap pengguna memerlukan
pandangan yang berbeza bagi data yang disimpan
dalam Pangkalan Data.

 Senibina bagi kebanyakan Pangkalan Data


komersial yang wujud kini adalah berasaskan
Senibina ANSI/SPARC.
Objektif
 Di akhir bab ini anda perlu tahu & faham mengenai:
• Kandungan Senibina Tiga-Paras ANSI/SPARC

• Kandungan Paras Luaran, Paras Konseptual dan


Paraas Dalaman

• Tujuan pemetaan luaran/konseptual dan


konseptual/dalaman

• Maksud data independence: logikal dan fizikal


(sambung..)
Objektif
• Perbezaan antara Bahasa Takrifan Data (DDL),
Bahasa Pengolahan Data (DML) dan Bahasa
Generasi ke-4

• Klasifikasi bagi model data

• Tujuan dan kepentingan pemodelan konseptual

• Fungsi-fungsi SPPD
Senibina Pangkalan Data ANSI/SPARC
 Objektif senibina : Mengasingkan pandangan setiap
pengguna terhadap persembahan fizikal pangkalan data.
Pengguna 1 Pengguna 2 Pengguna n
Paras Pandangan 1 Pandangan 2 Pandangan n
luaran
Logical
Pemetaan Data independence
Paras
konseptual Skema konseptual
Physical
Pemetaan Data independence

Skema fizikal
Paras
fizikal Pangkalan
data
Sebab-sebab Pengasingan Pandangan
1. Setiap pengguna boleh capai data yg sama,dgn
pandangan yg berbeza(customized);
 Boleh ubah bentuk pandangan data
 Perubahan tak beri kesan kepada pengguna lain

2. Pengguna tidak perlu berurusan dgn storan


fizikal p/data (cth. indeks)

3. DBA (Database Administrator) boleh ubah


struktur storan p/data tanpa beri kesan kpd
pengguna
Sebab-sebab Pengasingan Pandangan

4. Perubahan terhadap aspek fizikal storan (spt.


tukar peralatan storan baru) tak beri kesan kpd
struktur dalaman p/data.

5. DBA boleh ubah struktur konseptual pangkalan


data tanpa beri kesan kpd semua pengguna.
Paras Luaran
 Definisi:
• Pandangan pengguna terhadap pangkalan data.
• Paras ini menjelaskan sebahagian drpd p/data adalah sesuai
mengikut keperluan setiap pengguna .

 Setiap pengguna hanya berinteraksi dgn data tertentu &


yang dikehendaki sahaja.

 SPPD menggunakan skema luaran untuk mencipta


antaramuka pengguna.

 Pengguna akhir berinteraksi dgn p/data melalui


antaramuka ini & pengguna tak boleh lihat paras
konseptual dan paras fizikal.
Paras Luaran
 Terdapat pelbagai pandangan yg diwujudkan bagi
pengguna atau kumpulan pengguna.

 Antara pandangan tersebut adalah:


• Capaian data yang ditakrifkan dalam pandangan
tertentu dihadkan kpd pengguna. Contohnya, fail
akaun PELANGGAN mengandungi data kredit yang
boleh dikelaskan sebagai maklumat sulit. Oleh itu,
hanya individu tertentu sahaja yang boleh mencapai
atau mengemaskini data tersebut.
Paras Luaran
• Data yg sama dgn pandangan dan persembahan yg
berbeza. Cth; Siti menggunakan format tarikh
dd/mm/yy manakala Erra menggunakan format tarikh
yy/mm/dd.

• Ada juga pandangan hanya menyimpan data maya di


mana data dijana apabila diperlukan sahaja. Cth; data
yg disimpan dalam struktur p/data ialah tarikh lahir.
Secara tidak langsung data tentang umur boleh
diketahui apabila diperlukan oleh pengguna tertentu.
Paras Konseptual
 Definisi:
• Pandangan komuniti terhadap p/data
• Menggambarkan data yg distor dlm p/data &
hubungan antara data

 Paras ini juga dikenali sebagai paras pertengahan

 Paras ini mengandungi keseluruhan struktur


logikal p/data seperti yg dapat dilihat oleh
pentadbir p/data.
Paras Konseptual
 Ia merupakan pandangan lengkap bagi keperluan
data organisasi yang bebas dari pertimbangan
storan.
• Cth, atribut hanya boleh diklasifikasikan kepada jenis
integer, aksara dan nombor nyata. Saiz atribut
dinyatakan dalam nilai digit atau aksara yang
maksimum.

 Paras ini menyokong skema luaran. Data berguna


kpd pengguna perlu dinyatakan di paras ini
Paras Konseptual
 Paras ini perlu ada data untuk aktiviti masa hadapan &
juga menggambarkan sesuatu persekitaran organisasi yang
lengkap.

 Paras konseptual mewakili:


• Semua entiti, atribut dan hubungan
• Kekangan pada data
• Maklumat semantik tentang data
• Maklumat keselamatan dan integriti

 Jika maklumat sesuatu organisasi hilang atau tidak tepat,


maka skema luaran juga akan menjadi tidak tepat.
Paras Fizikal/Dalaman
 Definisi:
• Perwakilan fizikal p/data pada komputer
• Ia menerangkan bagaimana data disimpan di dalam
pangkalan data.

 Paras terendah dalam senibina ANSI/SPARC dan


biasanya dikawal oleh DBA.

 Implementasi fizikal bagi p/data mencapai


persembahan masa larian yg optima &
penggunaan ruang storan.
Paras Fizikal/Dalaman
 Ia merangkumi struktur data & organisasi fail yg
digunakan utk storan data pada peranti storan.

 Skema dalaman ini mengandungi huraian tentang:


• Ruang storan yang diperlukan untuk data dan indeks
• Rekod penerangan bagi storan(dengan saiz storan bagi
item data)
• Kedudukan rekod
• Pemampatan data, teknik enkripsi data
Skema
 Skema p/data: Penerangan menyeluruh bagi
p/data.

 3 jenis skema p/data, setiapnya ditakrifkan


mengikut paras senibina ANSI/SPARC:
i. Paras luaran ada beberapa skema luaran/subskema
yg bersesuaian dgn pandangan data yg berbeza.

ii. Paras konseptual ada skema konseptual, jelaskan


semua entiti, atribut, hubungan & kekangan
integriti.
Skema
c. Paras dalaman ada skema dalaman, jelaskan model
dalaman (cth. mengandungi definisi rekod yg distor,
bentuk perwakilan & skim indeks yg digunakan)

 Hanya 1 skema konseptual & 1 skema dalaman


bg setiap p/data.

 SPPD bertanggungjwb utk buat pemetaan antara


3 jenis skema ini
Skema
Pemetaan antara skema disimpan dlm kamus
data.

 Ia dilakukan dgn menggunakan Bahasa Takrifan


data yg disediakan oleh DBA.
Pemetaan
 Terdapat dua jenis pemetaan iaitu:
a. Pemetaan skema luaran dan konseptual : Pemetaan
objek di paras konseptual dengan objek di paras
luaran
b. Pemetaan skema konseptual dan dalaman :
Pemetaan objek di paras konseptual dan paras
dalaman atau storan pangkalan data.

 Jika struktur skema-skema yang disimpan


berubah, pemetaan juga perlu berubah.
Skema dan Pemetaan
 Perbezaan antara ketiga-tiga paras adalah seperti
berikut :
Pengguna akhir 1 Pengguna akhir 2
Paras # pekerja # jabatan gaji nopekerja nojabatan umur
luaran

Paras PEKERJA
konseptual
nopekerja no jabatan gaji trkhlahir

struct PEKERJA (
Paras int nopekerja;
fizikal char nojabatan[3];
float gaji
struct date trkhlahir;
struct PEKERJA next;
);
index nopekerja; index nojabatan
Data Independence
 Objektif utama senibina tiga paras:
• menyediakan data independence, yang bermaksud
paras atas tidak diganggu dgn perubahan pd paras
rendah.

 Terdapat 2 bentuk data independence:


• logikal
• fizikal
Data Independence : Logikal
 Logical data independence: imuniti skema
luaran terhadap perubahan dalam skema
konseptual.

 Perubahan pada skema konseptual, spt.


penambahan atau penghapusan entiti baru,
atribut, atau hubungan, boleh dilakukan
tanpa perlu ubah skema luaran (tidak perlu
tulis semula program aplikasi) yang wujud.
Data Independence : Logikal
 Pengguna yang terlibat dengan perubahan
perlu sedar tentang perubahan yang telah
dilaksanakan (yg penting, pengguna lain
tak perlu tahu/sedar).
Data Independence : Fizikal
 Physical data independence: imuniti skema
konseptual terhadap perubahan dalam skema
dalaman.

 Perubahan dalam skema dalaman spt. penggunaan


organisasi fail / struktur storan yang berbeza,
boleh dilakukan tanpa perlu ubah skema
konseptual atau skema luaran
Data Independence &
Senibina 3 paras ANSI-SPARC
Skema Skema Skema
luaran luaran luaran

Logical data
Pemetaan independence
luaran/konseptual

Skema
konseptual
Physical data
Pemetaan independence
konseptual/dalaman

Skema
dalaman
Bahasa Pangkalan Data
 Dibahagikan kpd dua:
i. Bahasa Takrifan Data (DDL – Data Definition
Language): untuk tentukan skema pangkalan data
ii. Bahasa Pengolahan Data (DML – Data
Manipulation Language) : untuk baca & kemaskini
pangkalan data

 Bahasa ini dipanggil sub-bahasa data kerana;


• tidak mengandungi konstruk bagi semua keperluan
pengkomputeran, seperti yg disediakan oleh bahasa
pengaturcaraan paras tinggi.
Bahasa Takrifan Data (DDL)
 DDL:
• bahasa yg bolehkan DBA/pengguna jelaskan
& namakan entiti, atribut & hubungan yg
diperlukan utk aplikasi

 DDL bertujuan;
• bina atau ubah struktur p/data iaitu skema
luaran, skema konseptual & skema dalaman.
Bahasa Takrifan Data (DDL)
 Hasil dari kompilasi penyataan DDL ialah;
• Kamus data: mengandungi satu set jadual
 Gabungkan meta-data
– data yg jelaskan objek dlm p/data dan mudahkan data
dicapai & dimanipulasi
– Ada definisi rekod, item data & objek lain yg diperlukan
pengguna & SPPD
Akan dirujuk oleh SPPD sebelum capai data dari
p/data

Komponen yg sangat penting dlm SPPD


Bahasa Takrifan Data (DDL)
 Ia tukar data yg dijana oleh aturcara aplikasi atau
terminal dari;
• paras konseptual (pandangan pengaturcara)  paras
fizikal (cara storan data).
Bahasa Takrifan Data (DDL)
 Contohnya: CREATE Buku (NoISBN=c10,
TajukBuku=c40, TahunTerbit=n8)
C=aksara;n=numerik
JADUAL : BUKU

Nama Medan(Atribut) Jenis Saiz


NoISBN Aksara 10
TajukBuku Aksara 40
TahunTerbit Numerik 8
Bahasa Manipulasi Data (DML)
 DML:
• Sediakan satu set operasi untuk sokong operasi
manipulasi/olah data dlm p/data.

 Operasi manipulasi data biasanya merangkumi


perkara berikut:
• Tambahan data baru dlm p/data
• Pengemaskinian data yang disimpan dlm p/data
• Capaian data yang terkandung dlm p/data
• Penghapusan data dlm p/data
Bahasa Pengolahan Data (DML)
 Ada beberapa kelas DML:
• Procedural DMLs: Bahasa yang meminta pengguna
memberitahu sistem dengan menulis semua langkah
dan tatacara untuk menyatakan data yang diperlukan.
Cth.nya, hubungan aljabar (algebra relationships).
Selain itu bahasa pengaturcaraan seperti Cobol, C,
Java adalah procedural languages

• Non-procedural DMLs: Bahasa yang membenarkan


pengguna utk menerangkan data apa yang diperlukan
tanpa menentukan bagaimana ia perlu dicapai.
Cth.nya, Bahasa Pertanyaan Berstruktur (SQL). SQL
juga dikenali sebagai bahasa Generasi Ke - 4
Bahasa Generasi ke-4
 Lebih mudah dipelajari dan digunakan drpd
bahasa generasi ke 3 (Contoh: C, C++) .

 Arahan-arahan pengaturcaraannya lebih ringkas


dan tidak bertatacara.

 Fungsi penggunaan bahasa generasi ke 4 :


• penjana penggunaan, penjana laporan, penjana borang,
penjana grafik dan bahasa pertanyaan.
Ciri-ciri Bahasa Generasi ke-4
 Ciri-ciri bahasa Generasi ke-4 :
• Bahasa persembahan seperti bahasa pertanyaan dan
penjana laporan

• Bahasa khusus seperti bahasa p/data dan hamparan


kerja

• Aplikasi penjanaan yg takrif, tambah, kemaskini dan


capai data dari p/data untuk bina aplikasi

• Bahasa peringkat tertinggi yang digunakan bagi


menjana kod aplikasi.
Model Data
 Model data diperlukan utk menunjukkan
pemahaman antara pembangun, pentadbir &
pengguna p/data.

 Antaranya ialah :
• Bagaimana kaitan antara organisasi
• Bagaimana data-data diwakilkan & disimpan.
• Apakah peraturan & kekangan yg dikenakan
pada proses capaian, manipulasi dan
penyimpanan data-data yg berkenaan.
Model Data
 Model data mengandungi;
• intepretasi terhadap data organisasi bagi mudahkan
hubungan antara pembangun p/data dgn pengguna
dan menjamin tiada percanggahan pemahaman antara
mereka.

 Ada 3 bahagian model data :


1. Bahagian skema: jelaskan tentang kandungan
struktur data.
2. Bahagian pengolahan: jelaskan tentang jenis-jenis
kendalian yang dibenarkan terhadap data dan
bagaimana ia dilaksanakan.
Model Data
3. Bahagian kawalan dan pengesahan data:
menyatakan peraturan-peraturan integriti dan
kekangan terhadap data.

 Model data digunakan untuk pemodelan data


pada paras luaran, konseptual dan dalaman.

 Terdapat 2 bentuk model data utama iaitu:


• Model data berasaskan objek
• Model data berasaskan rekod.
Model Berasaskan Objek
 Konsep asas
• entiti, atribut dan perhubungan (akan
dijelaskan dgn lebih lanjut dlm Unit 2).

 Ada 3 model data berasaskan objek iaitu :


• Model perhubungan entiti
• Model objek-semantik
• Model berorientasikan objek
Model Berasaskan Objek :
Model Perhubungan Entiti
 Model yg paling banyak digunakan utk
modelkan data konseptual

 Berasaskan entiti, atribut dan perhubungan


yang digambarkan dengan simbol-simbol
khas.
Model Berasaskan Objek :
Model Objek-Semantik
 Himpunan nama-nama atribut yg dapat jelaskan
sesuatu secara pasti.

 Ada 3 jenis atribut iaitu :


• Atribut ringkas Sama seperti yg diterangkan
• Atribut rencam dlm Model Perhubungan Entiti
• Atribut objek-semantik: hampir sama seperti
perhubungan dalam model perhubungan entiti.
Model Berasaskan Objek :
Model Berorientasikan Objek
 Perluasan drpd takrif entiti, atribut termasuk
perlakuan yang berkaitan dengannya.

 Suatu objek dilihat sbg. satu bungkusan


• yang terdiri daripada data & kaedah yang mencirikan
perlakuan objek dari satu keadaan kepada suatu
keadaan yang lain dengan menukarkan nilai atributnya.
Model Berasaskan Objek :
Model Berorientasikan Objek
 Hubungan antara objek dilakukan melalui
pesanan iaitu satu permintaan daripada objek
penghantar kepada objek penerima supaya objek
penerima melaksanakan satu daripada kaedahnya.
Model Berasaskan Objek :
Model Berorientasikan Objek
 Kelas adalah satu lagi ciri objek di mana objek-objek yang
mempunyai atribut dan bertindak balas pada pesanan yang
sama akan ditempatkan pada kelas yang sama.
 Objek-objek dalam 1 kelas dikenali sebagai ketikaan
(instance) bagi kelas tersebut.
Model Berasaskan Rekod
 Model Berasaskan Rekod mirip kepada
konsep fail biasa.

 3 model data berasaskan rekod ialah:


• Model Data Hirarki
• Model Data Rangkaian
• Model Data Hubungan
Model Berasaskan Rekod :
Model Data Hierarki
 Diasaskan drpd struktur pohon yg terdiri
drpd nod-nod dengan nod akar di bahagian
paling atas dan nod daun di bahagian
paling bawah.

 Setiap nod adalah rekod p/data &


dihubungkan kpd nod-nod lain melalui
pautan di antara bapa dan anak.
Model Berasaskan Rekod :
Model Data Hierarki
 Setiap rekod yg dikenali sebagai tembereng
(nodes) mempunyai maksimum satu bapa
dan setiap perhubungan di antara bapa dan
anak merupakan perhubungan satu ke
banyak.
Model Berasaskan Rekod :
Model Data Hierarki
Model Berasaskan Rekod :
Model Data Rangkaian
 Satu model hasil penambahbaikan model hierarki.

 Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu:


• Unsur data :satu bidang yg sepadan dgn satu atribut
• Rekod : sekumpulan unsur data
• Set : perhubungan satu ke banyak drpd satu rekod
yang dikenali sebagai tuan dengan beberapa rekod lain
yang dikenali sebagai ahli.
Model Berasaskan Rekod :
Model Data Rangkaian
Model Berasaskan Rekod :
Model Data Hubungan
 Digunakan oleh kebanyakan Sistem Pangkalan
Data.

 Ia digambarkan dgn gunakan jadual yg terdiri


drpd baris & lajur data.

 Setiap lajur mewakili satu atribut dan setiap baris


mewakili satu rekod.
Fungsi SPPD
 Codd (1982) senaraikan 8 fungsi & perkhidmatan yang
disediakan oleh sebarang SPPD yang baik.

Berikut adalah fungsi-fungsi SPPD :


1. Storan, capaian dan pengemaskinian data :
• SPPD perlu sediakan pennguna dgn keupayaan utk simpan,
capai dan kemaskini data dlm p/data.

2. Katalog capaian pengguna :


• SPPD perlu sediakan katalog yg jelaskan tentang item data yg
disimpan & boleh dicapai oleh pengguna.
Fungsi SPPD
3. Sokongan transaksi :
 SPPD perlu menyediakan mekanisma di mana ia perlu
kenalpasti bahawa sama ada semua pengemaskinian yg sesuai
bagi sesuatu transaksi dilaksanakan atau sama ada tiada satu
pun yang telah dikemaskini.

4. Perkhidmatan kawalan serempak :


 SPPD perlu sediakan mekanisma yg dpt pastikan bahawa
p/data telah dikemaskini dengan betul apabila beberapa
pengguna kemaskini p/data secara serentak.

5. Perkhidmatan Pemulihan :
 SPPD perlu sediakan mekanisma bagi pemulihan p/data
apabila p/data rosak.
Fungsi SPPD
6. Perkhidmatan Autoriti : SPPD perlu sediakan
mekanisma untuk pastikan pengguna yg diberi kuasa
sahaja dapat capai p/data.

7. Sokongan bagi komunikasi data : SPPD perlu


berupaya berintegrasi dgn perisian kommunikasi.

8. Perkhimatan Integriti : SPPD perlu sediakan maksud


bagi memastikan bahawa kedua-dua data di dalam
p/data dan perubahan terhadap data adalah mengikut
peraturan tertentu.
Fungsi SPPD
9. Perkhidmatan untuk mempromosikan kebebaasan
data :
 SPPD perlu masukkan kemudahan untuk menyokong
kebebasan bagi atur cara dari struktur asal dalam p/data.

10. Perkhidmatan utiliti :


 SPPD patut sediakan satu set perkhidmatan utiliti seperti
import, pemantauan dan analisis statistik.
Persekitaran SPPD Multi-Pengguna
 Tujuan bahagian ini:
• utk melihat kepada senibina yang digunakan untuk
mengimplementasi SPPD Multi-Pengguna yang antaranya adalah:
Telepemprosesan
Pelayan-Fail
Pelayan-Pelanggan
Telepemprosesan
 Senibina tradisional untuk sistem multi-pengguna
• terdiri drpd 1 komputer dengan 1 unit pemprosesan & beberapa
terminal.

 Semua proses dilaksanakan dalam lingkungan komputer


fizikal yang sama.
• Pengguna terminal disambungkan kepada komputer pusat dan
tidak mampu berfungsi dengan sendiri (dumb).

 Terminal hantar mesej kpd atur cara aplikasi pengguna,


ikut giliran, melalui subsistem kawalan komunikasi bagi
OS. Seterusnya servis SPPD digunakan.
Telepemprosesan
Pelayan Fail
 Pesekitaran pelayan-fail,
• proses dibahagikan dalam LAN
• pelayan fail simpan fail yg diperlukan oleh aplikasi & SPPD

 Aplikasi & SPPD dilaksanakan dalam setiap stesyen kerja


yang minta fail drpd pelayan fail apabila diperlukan.
Pelayan fail bertindak sebagai pemacu cakera keras yg
dikongsi.

 SPPD setiap stesyen kerja hantar permintaan kpd pelayan


fail
• Utk minta semua data yg disimpan dlm cakera untuk keperluan
SPPD
Pelayan Fail
 Pendekatan ini boleh akibatkan peningkatan bilangan
trafik rangkaian, yang boleh menimbulkan masalah
prestasi.

 Kelemahan senibina pelayan-fail :


• Bil. trafik rangkaian yg tinggi.
• Salinan penuh SPPD perlu bagi setiap stesyen kerja.
• Kerjasama, pemulihan & kawalan integriti lebih
kompleks, kerana terdapat beberapa SPPD yg cuba
capai fail yg sama.
Pelayan Pelanggan
 Senibina pelayan-pelanggan,
• P/data & SPPD ditempatkan dlm satu komputer yg dipanggil
pelayan.

 Komputer pelayan
• mempunyai keupayaan pemprosesan yg lebih tinggi.
• bertindak sbg backend yg disambungkan kepada komputer
pelanggan yang bertindak sebagai frontend dalam satu rangkaian
setempat.

 Senibina ini dapat kurangkan kos kerana,


• pengguna boleh gunakan PC atau stesyen kerja sbg. pelayan &
pelanggan.
Pelayan Pelanggan
 Pelayan-pelanggan;
• berkongsi p/data,
• berkongsi sumber-sumber lain seperti pengimbas, pencetak dan
sebagainya.

 Pelanggan buat permintaan utk guna p/data

 Pelayan sediakan perkhidmatan pengurusan p/data &


komunikasi.

 Senibina ini sesuai untuk kumpulan kerja yang kecil &


sederhana.
Pelayan Pelanggan
Pelanggan 1
Bhgn
Penkatalogan

Pelanggan 2 Pelayan (dgn


SPPD)

Pangkalan data
LAN

Bhgn Pinjaman &


Pemulangan

Pelanggan 3
Sistem P/data
Perpustakaan
Ketua Pustakawan

You might also like