You are on page 1of 12

Kumpulan 15 (G-15)

Kumpulan 15 (K-15) ditubuhkan semasa Mesyuarat Persidangan Pergerakan


Negara-Negara Berkecuali ke-9 di Belgrade, Yugoslavia pada bulan September 1989.
Forum tidak rasmi telah dibentuk bagi meningkatkan kerjasama dan
menyediakan input untuk kumpulan antarabangsa lain, seperti Pertubuhan
Perdagangan Sedunia dan Kumpulan Lapan.
Menganggotai G-15 merupakan usaha yang dilakukan oleh Malaysia ke arah
mengukuhkan Kerjasama Selatan-Selatan.Persidangan Kemuncak G-15 yang pertama
telah diadakan di KL pada 1990.
Terdiri daripada:
(i) negara-negara Amerika Utara dan Amerika Selatan 
(ii) Afrika
(iii) Asia 
dengan tujuan bersama untuk meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan.
K-15 memfokuskan kerjasama di dalam negara-negara membangun di dalam bidang
pelaburan, perdagangan dan teknologi. Keanggotaan K-15 telah berkembang
kepada 18 buah negara, akan tetapi namanya tidak berubah.
 
Objektif G-15
- mengadakan dialog antara negara-negara maju dengan
negara-negara membangun.
- mengenal pasti dan melaksanakan projek yang
menggalakkan kerjasama teknikal di kalangan negara
anggota.
- merealisasikan matlamat kerjasama Selatan-Selatan.
- menjalin kerjasama urusan perniagaan dan menyebarkan
maklumat ekonomi.
-mewujudkan kerjasama ekonomi dan meningkatkan
produktiviti antara negara-negara anggota.
-mempertingkatkan kerjasama pertukaran maklumat dan
data.
Kumpulan Membangun 8 (D8)
• Ditubuh melalui Deklarasi Istambul(15 Jun 1997)
• Terdiri daripada 8 buah negare Islam yang sedang membangun:
– Malaysia,Mesir,Indonesia,Iran,Negeria,Pakistan,Turki dan Bangladesh

Objektif:
•Mempelbagaikan peluang bahary dalam hubungan perdagangan
•Penyertaan aktif dalam membuat keputusan pada peringkat
antarabangsa
•Memperbaiki kedudukan ekonomi negara membangun dalam ekonomi
global
•Memajukan taraf hidup rakyat negara
Sokongan Malaysia dalam D8:
• Memperkenalkan projek Bank Pembangunan Islam

• Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai

Palestin 1983

• Menganjurkan Sidang Kemuncak D8 keenam di Kuala Lumpur (Julai

2008)

Masalah :
Tidak mendapat persetujuan kebanyakan negara OIC. Negara OIC tidak
mengiktiraf negara kumpulan D8 mewakili mereka dan sebagai jurucakap
dalam isu-isu ekonomi.
KERJASAMA EKONOMI ASIA PASIFIK (APEC)
majlis perundingan yang longgar
memainkan peranan dalam mengadakan perundingan ekonomi
secara tidak formal dan tegas
mengadakan persidangan kemuncak setiap tahun yang dihadiri oleh
ketua kerajaan setiap negara ahli
Lokasi persidangan bergilir-gilir antara negara-negara ahli dan pernah
diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1998
Dianggotai oleh 21 buah negara:
Amerika Syarikat Jepun China
Korea Selatan Kanada New Zealand
Australia Taiwan Singapura
Brunei Darussalam Chile Mexico
Indonesia Rusia Thailand
Papua New Guinea Malaysia Vietnam
Filipina Peru Hong Kong
MATLAMAT APEC:
-Mengeratkan hubungan kerjasama ekonomi antara negara
anggota
-Memberi galakan pasaran terbuka di negara anggota
-Memajukan perdagangan bebas tanpa mengenakan cukai
yang tinggi
-Tidak bergantung kepada ekonomi negara Asia-Pasifik dalam
perdagangan dunia
-Membangunkan perdagangan terbuka pelbagai hala
-Menggalakkan pengaliran barangan, perkhidmatan serta
modal dan teknologi

Pelaksanaan Deklarasi Kazan


Negara-negara anggota ekonomi menekankan
perpadauan dan kemakmuran serantau dengan
mengisytiharkan Deklarasi Kazan
Majlis Kerjasma Ekonomi Asia Timur(EAEC)
Penubuhan:
Mengelak terlalu bergantung dalam perdagangan dengan negara barat
seperti Amerika Syarikat.
Tujuan:
(a) menjadi forum perundingan isu-isu ekonomi.
(b) memperjuang sistem perdagangan bebas dan terbuka.
(c) membentuk kesepakatan anggota dalam perundingan dengan
GATT, G8 dan NAFTA.
(d) meningkat perdagangan serantau.
 Terdapat tentangan Amerika Syarikat dalam pertubuhan Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
 Kesepakatan (EAEC):
(a) penubuhan sekretariat di Jakarta
(b) penubuhan sekretariat ASEAN+3 iaitu China, Jepun dan Korea
Selatan.
Soalan:
1. Yang manakah benar peranan yang dimainkan oleh Kumpulan Lapan Negara
Membangun (D-8)? (Soalan STPM 2011)
A Menganjurkan persidangan membincangkan konflik di Timur Tengah dan
isu Palestin.
B Meningkatkan kedudukan negara-negara Islam dalam ekonomi dunia.
C Memberikan bantuan ekonomi kepada negara-negara membangun.
D Meningkatkan kerjasama perindustrian antara negara anggota.
(JAWAPAN: C)
2.
-Persefahaman dalam memajukan dan membangunkan kawasan serantau
-Kerjasama dalam bidang pelancongan, perdagangan, dan kemudahan
infrastruktur
Penyataan di atas merujuk kepada (Soalan STPM 2011)
A Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
C Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)
D Kumpulan 15 (G-15)
(JAWAPAN: B)
3. Antara berikut, yang manakah benar tentang Kumpulan Lapan Negara
Membangun (D-8)? (Percubaan Pahang STPM 2012)
I Persidangan pertama diadakan di Malaysia
II Dianggotai oleh Negara-Negara Asia Pasifik
III Bidang kerjasama termasuk membasmi kemiskinan dan buta huruf
IV Suatu badan yang bertumpu pada kerjasama ekonomi dan perdagangan
A I&II B I&III C II&IV D III&IV
(JAWAPAN: D)
4. Antara berikut yang manakah benar tentang majlis Perundingan Ekonomi Asia
Timur (EAEC)? (Percubaan Pahang STPM 2012)
I Mewujudkan blok perdagangan yang baru
II Menjadi forum perundingan tentang isu-isu ekonomi
III Meningkatkan persaingan antara negara anggota
IV Menggalakkan perdagangan antara negara anggota
A I&II B I&III C II&IV D III&IV
(JAWAPAN: C)
5. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang langkah penggalakan
kerjasama ekonomi Kumpulan 15 (G-15)?
I Mewujudkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan, dan
Teknologi Selatan (SITTDEC)
II Menghapuskan masalah hutang antara negara anggota
III Menyediakan mekanisme pembayaran yang lebih cekap
IV Memesatkan pemindahan teknologi antara negara anggota
A I&II B I&III CII&III DIII&IV
(JAWAPAN: B)
6.
-Mengeratkan hubungan kerjasama ekonomi antara negara anggota
-Memberi galakan pasaran terbuka di negara anggota
Penyataan di atas merujuk kepada
A Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
B Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
C Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)
D Kumpulan 15 (G-15)
(JAWAPAN: B)
7. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Kumpulan (G-15)?
I Kumpulan ini berusaha untuk menstabilkan politik dunia
II Kumpulan ini dianggotai oleh negara-negara yang mundur
III Melibatkan kerjasama ekonomi
IV Jamaica, Mesir dan Argentina merupakan negara-negara anggota
A I&II B I&IV C II&IV D III&IV
(JAWAPAN: D)
Sekian, Terima Kasih.

You might also like