You are on page 1of 10

Kesan Luluhawa Terhadap

Pembentukan Landskap dan


Aktiviti Manusia
Di kawasan batu kapur, tindakan luluhawa kimia
mewujudkan pandang darat karst yang menarik
seperti gua, sungai bawah tanah, stalagtit,
stalagmit dan lain-lain. Gua batu kapur seperti
Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak menjadi
tarikan pelancong.

2
Pembentukan tanah liat hasil luluhawa kimia.
Pembentukan tanah liat berkait rapat dengan
proses hidrolisis terhadap batuan feldspar. Tanah
liat ini penting dalam industri membuat
tembikar oleh Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) khususnya tanah liat jenis koalin.
• Luluhawa kimia menghasilkan
tanah laterit hasil proses
pengoksidaan. Tanah laterit yang
berwarna keperangan ini sesuai
untuk aktiviti pertanian khususnya
tanaman getah dan kelapa sawit.
Proses luluhawa fizikal di kawasan gurun pula
menghasilkan kawasan gurun batu dan gurun
pasir. Proses pengembangan batuan dan
pengecutan batuan yang berulang akan
menjadikan batuan semakin kecil dan akhirnya
menjadi butiran pasir.
Pembentukan regolit. Tanih regolit yang tebal
hasil luluhawa menggalakkan aktiviti pertanian
dijalankan kerana menghasilkan tanah yang
subur.
• Pembentukan humus. Luluhawa biologi melalui tindakan haiwan
dan mikroorganisma akan menghasilkan humus, iaitu hasil
pereputan tumbuhan dan haiwan yang mati yang sesuai untuk
aktiviti pertanian kerana ianya menghasilkan baja organik
semula jadi.

7
Proses Luluhawa di Kawasan Tropika Lembap terhadap Proses Pergerakan Jisim

Luluhawa fizikal menyediakan bahan bahan terurai atau regolit berstruktur longgar yang
memudahkannya digerakkan di kawasan cerun terutamanya cerun yang curam apabila
berlakunya hujan lebat yang menjadi bahan atau agen pelincir.

Luluhawa kimia akan lebih giat dengan kehadiran hujan yang lebat dan suhu yang panas
sepanjang tahun. Ini akan melemahkan struktur tanah dan akhirnya

pergerakan jisim boleh berlaku. Luluhawa biologi yang giat pula disebabkan kehadiran
tumbuh-tumbuhan dan haiwan

pengorek lubang yang banyak. Lubang yang digali oleh haiwan menyebabkan struktur
tanah menjadi longgar dan memudahkan pergerakan jisim.

8
Sekian, Terima kasih. XD
Ayuh kita jawab kuiz !!!

You might also like