You are on page 1of 42

Bahagian Iman

• Iman terbahagi kepada lebih dari 70 bahagian.


• Diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A dari Nabi S.A.W
bersabda:
Iman itu lebih dari enam puluh atau tujuh puluh
bahagian, yang paling utama ialah (mengakui) tiada
Tuhan selain Allah, dan yang paling rendah ialah
mengetepikan benda yang menyakitkan di jalan dan
malu itu sebahagian dari iman.
(Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
RINGKASAN MUKJIZAT
NABI SAW
Dari segi bahasa: lemah atau melemahkan (’Ajaza-
A’jaza) mensabitkan kelemahan untuk sesuatu
Dari segi Istilah: Perkara luar biasa yang
dianugerahkan Alah S.W.T kepada para nabi sebagai
bukti kebenaran risalah mereka dan cabaran kepada
orang yang memungkiri kenabian mereka.
Pengkhabaran kedatangan baginda di kitab yang
terdahulu
Firman Allah :
“ Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah, Nabi
yang ummi, yang mereka dapati tertulis di dalam
Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka” (al-A’raaf:
157)

“ Orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-


Quran, mereka beriman kepadanya” (al-Qasas: 52)
Ribut yang mengalahkan tentera kafir (perang Ahzab)
Memperbanyakkan makanan yang sedikit
Membelah bulan
Pokok dan batu memberi salam kepada Nabi S.A.W
Menyembuhkan orang yang didoa Rasul (Qatadah R.A)
dalam perang Uhud
Pelepah Korma yang menyebabkan manusia menangis
Batu bertasbih
Biawak yang menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T
 Kefasihan lafaz, uslub (gaya bahasa) dan susunannya
 Mengandungi berita-berita tentang perkara ghaib yang
telah dan akan berlaku
 Mengesani jiwa manusia dan terasa yang berkata-kata
kepada kita ialah Allah swt
 Hukum-hakam di dalamnya telah menghasilkan umat
yang terbaik diantara umat manusia
 Mengandungi ilmu dan fakta yang bertetapan dengan
peredaran zaman
 Kandungan yang meliputi pelbagai bidang sedangkan
yang membawanya adalah Nabi yang ummi
 Sesuai untuk setiap zaman dan tempat hingga ke akhir
waktu
Beriman dengan al-Quran &
kitab-kitab terdahulu
 Beriman bahawa kitab-kitab yang diturunkan ke atas
nabi-nabi menurut undang-undang untuk kebaikan
umat , terkandung di dalamnya nasihat dan panduan
untuk kepentingan umat.

Terbahagi kepada beberapa bahagian antara yang


paling penting:
1) Tertulis pada papan
2)didengari dari belakang tabir
3) dari malaikat
Beriman dengan al-Quran &
kitab-kitab terdahulu
Beriman bahawa Quran adalah kata-kata ALLAH
S.W.T bukan Makhluk dan bersifat azali dan ia
tertulis di dalam mushaf dan disimpan dalam hati dan
dibaca dengan lisan.

Ulama’ berpendapat bahawa terdapat 104 kitab yang


diturunkan: 50 kepada Nabi Syiith A.S, 30 kepada Nabi
Idris A.S, 10 kepada Nabi Adam A.S, 10 kepada Nabi
Ibrahim A.S, Taurat ke atas Nabi Musa A.S, Injil atas
Nabi Isa A.S, Zabur ke atas Nabi Daud A.S dan Quran
atas Nabi Muhammad S.A.W.
KEFASIHAN DAN
BALAGHAH AL-QURAN
Firman Allah :
“ Muhammad ialah Rasulullah dan mereka yang
bersamanya bersikap keras dan tegas terhadap orang
kafir yang memusuhi Islam dan sebaliknya bersikap
kasih sayang serta belas kasihan sesama umat Islam”
(al-Fath: 29)
* Firman Allah dalam surah al-Munafikun (Ayat 1)
Hikmah penurunan al-Quran: Sesuai dengan keadaan
masyrakat Arab yang ketika itu mahir dalam sastera,
syair, sajak dan puisi.
Hanya orang yang pakar bahasa Arab akan memperakui
kebenaran Al-Quran apabila mendengarnya
Tidak ada yang mampu meniru kalam Al-Quran
Kata-kata hebat ini mustahil keluar dari seorang yang
ummi
 Al-Quran mampu mematahkan hujah orang yan gpaling
terpetah di kalangan masyarakat arab ketika itu.
Mengatakan Al-Quran sebagai sihir
Firman Allah :
“ Kemudian ia berpaling dan berlaku sombong serta
berkata, Al-Quran ini tidak lain hanyalah sihir yang
dipelajari. Ini tidak lain hanyalah kata-kata manusia”
(al-Mudaththir: 23-25)
Melarang sesiapa sahaja dari mendengarnya
Firman Allah :
“ dan orang yang kafir berkata, Janganlah kamu
mendengar Al-Quran ini dan tentanglah dia supaya
kamu berjaya” (Fussilat: 26)
“ Al-Quran dianggap sebuah kitab yang mulia dan
tinggi kerana selama 14 kurun ia diturunkan, kita tidak
berupaya mencari kecacatan uslubnya walaupun
sedikit dan ia sentiasa segar seolah-olah ia baru
diturunkan semalam” - orientalis – Lyon
“Tidak ada sesuatu pun yang menyamai Al-Quran dari
segi kekuatannya meyakinkan manusia, balaghahnya
dan susunannya. Ia juga merupakan punca
perkembangan ilmu dalam semua bidang di dunia
Islam” - Harsyfield
Firman Allah :
“ Dan kalau kamu meragui tentang apa yang Kami
turunkan kepada hamba Kami, maka cubalah buat
satu surah yang sebanding dengan Al-Quran, dan
panggillah mereka yang boleh membantu kamu selain
dari Allah, jika betul kamu orang yang benar. Maka
kalau kamu tidak mampu membuatnya, dan sudah
tentu kamu tidak akan mampu membuatnya, maka
peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu yang disediakan
untuk orang kafir” (al-Baqarah: 23-24)
Al-Quran mencabar manusia dan jin supaya
mendatangkan sesuatu yang setanding dengan al-
Quran dari segi keindahan dan ketakjubannya:
1) Cabaran untuk mendatangkas sesuatu yang
sebanding dengan al-Quran seluruhnya
2) Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding
dengan sepuluh surah dari nya
3) Cabaran utk mendatangkan sesuatu yang sebanding
dengan satu surah darinya.
AL-QURAN
MENDAHULUI ILMU
MODEN
Firman Allah :
“ Pada bulan ramadan yang diturunkan padanya Al-
Quran sebagai petunjuk untuk manusia…”
(al-Baqarah :185)
Ia bukan kitab perubatan jampi/ musabaqah/tangkal
Berbeza dengan kitab-kitab lain: kitab Veda, kitab
Bible, kitab Talmud, kitab Tripitaka dan sebagainya
dari segi isi dan gaya penyampaian.
Al-Quran diturunkan berdasarkan ilmu Allah
Al-Quran menjelaskan fakta-fakta sains yang tidak
dapat difahami manusia dahulu
Mengatasi ketamadunan agama/ bangsa lain
Fakta-fakta tersebut hanya difahami dengan bantuan
kemajuan teknologi dan ilmu sains
Ini menjadi mukjizat yang membuktikan kebenaran
Al-Quran pada zaman moden
Ia tidak dapat dipalsukan dari apa jua segi
Perjalanan planet di atas orbit masing-masing:
Surah Yasin: Ayat 40
Pertemuan air masin dan air tawar tanpa sempadan:
Surah ar-Rahman: Ayat 19-20.
• Laut Mati sebagai paras terendah di bumi:
Surah ar-Rum: Ayat 2
http://en.wikipedia.org/wiki/Dead_Sea
BERIMAN DENGAN HARI
AKHIRAT
Beriman bahawa segala perkara yang dikhabarkan
mengenai hari kiamat adakah benar dan bukan
dongengan semata contoh percaya bahawa
kebangkitan akan terjadi walaupun setelah hancur
binasa tubuh badan.
1) Alam Alastu: Alam sebelum manusia dikeluarkan ke
alam dunia dan menyaksikan ketuhanan Allah S.W.T
2) Alam Dunia:Tempat hidup sementara bertujuan untuk
beramal dan mencari bekalan untuk kehidupan
bahagian kedua dengan tempoh masa yang telah
ditetapkan
3) Alam Barzakh: Alam penantian sebelum dihitung
amalan di alam akhirat-sebahagian amalan dibalas
4) Alam Akhirat:Tempat pembalasan. Manusia akan
menerima hasil dari apa yang diamalkan semasa di
dunia ke syurga ataupun neraka
 Definasi: Terhentinya nafas, pergerakan dan deria seorang insan setelah rohnya
dicabut oleh malaikat maut.
 Tujuan diciptakan mati: Untuk menguji hamba siapakah di kalangan mereka yang
melakukan amalan yang terbaik (Surah al-Mulk: 2)

 Mati adalah perpindahan dari tempat amalan (dunia) ke tempat pembalasan


(akhirat)

 Firman Allah :
“Katakanlah! Nyawa kamu akan diambil oleh malakul maut yang ditugaskan berbuat
demikian ketika sampai ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Tuhanmu. Dan sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka seraya merayu, Ya Tuhan kami,
kami telah melihat dan mendengar maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami
dapat mengerjakan amal yang baik, sesungguhnya kami telah yakin” (as-Sajdah: 11-12)
Dalil naqli kebenaran akhirat : Hadis Jibril datang
berjumpa Nabi menanyakan tentang Iman
Dalil ‘aqli kebenaran akhirat :
Manusia cintakan keadilan tetapi Keadilan Tuhan
adalah lebih sempurna
Maka Allah memberikan balasan ke atas setiap
kesalahan dan ganjaran kepada setiap kebaikan
dengan apa yang Dia kehendaki
Penepatan janji atas orang beriman dan kafir
berdasarkan amalan sewaktu hidup di dunia
SUASANA HARI
AKHIRAT
 Yaum al-Kiamat
 Yaum al-Aakhir
 Al-Saa’ah
 Yaum al-Baa’th
 Yaum al-Khuruuj
 Al-Qaari’ah
 Yaum al-Fasl
 Yaum al-Din
 Al-Saakhah
 Al-Thoomatul Kubra
 Al-Ghaashiah
 Yaumul Khulud
Ia adalah alam kubur- jangkamasa selepas kehidupan dan
sementara menunggu hari kiamat
Tempat persemadian walau mcm manapun keadaan kematian
seseorang itu.
Allah S.W.T mengembalikan ruh ke dalam jasad tetapi bukan
dalam alam kehidupan hakiki
Balasan amalan bermula di alam Barzakh
Firman Allah :
“ Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu
pagi dan petang dan pada hari Kiamat diperintahkan kepada
malaikat, Masukkanlah Firaun dan pengikutnya ke dalam azab
seksa neraka yang seberat-beratnya” (al-Mu’min: 46)
 Firman Allah :
“Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di
langit dan di bumi kecuali siapa yang dikehendaki Allah,
kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi maka tiba-tiba
mereka berdiri menunggu (keputusan masing-masing)”
(az-Zumar: 68)

“Mereka tidak menunggu melainkan satu teriakan saja


yang akan membinasakan mereka ketika mereka sedang
bertengkar. lalu mereka tidak kuasa membuat suatu
wasiatpun dan tidak pula dapat kembali kepada
keluarganya” (Yasin: 50)
 Peniup Sangkakala : Israfil  
 Hari Ditiup Sangkakala : Jumaat. 
 Dalil : Sabda Nabi saw:
“Sebaik2 hari di mana terbitnya matahari ialah hari Jumaat,
padanya diciptakan Adam, padanya juga Adam
dimasukkan ke syurga, padanya juga Adam dikeluarkan
daripada syurga, dan tidak akan berlaku kiamat melainkan
pada hari Jumaat” Hadis riwayat Muslim 
 Secara zahirnya Israfil meniup sangkakala sebanyak 2 kali.
 Yang pertama semuanya akan mati dan yang kedua
semuanya akan dibangkitkan.
 Definasi: Menghidupkan yang mati dan mengeluarkan
mereka dari kubur mereka utk dikumpulkan dan dihitung
amalan
 Peringkat kedua dari proses hari kiamat.
 Firman Allah :
“Dan ditiuplah sangkalala , maka tiba-tiba mereka keluar
dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan
mereka. Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah
yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami
(kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha
Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya)” (Yasin: 51)
 Sabda nabi s.a.w :
“Aku penghulu anak2 adam pada hari kiamat aku adalah
orang pertama yang akan dibangkitkan dari kubur”
Sabda Nabi s.a.w :
“manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat berkaki
ayam dan telanjang” Berkata Aishah: “wahai
Rasulullah! Lelaki dan perempuan?” Rasul menjawab:
“Wahai Aishah keadaan terlalu teruk sehingga
seseorang tidak ada keinginan untuk melihat sesama
sendiri”
Definasi: Tempat di mana manusia dikumpulkan utk
dihitung amalan dan berbeza dgn tempat kita di bumi
sekarang
Firman Allah :
“Iaitu pada hari ketika bumi diganti dengan bumi yang
lain dan demikian pula langit, dan mereka semuanya di
padang Mahsyar berkumpul menghadap ke hadirat
Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa” (Ibrahim: 48)
Makhluk yang dikumpulkan: Manusia, jin, malaikat
dan haiwan.
Firman Allah :
“Katakanlah: Sesungguhnya orang-orang yang
terdahulu dan orang-orang yang terkemudian, banar-
benar akan dikumpulkan di waktu tertentu pada hari
yang dikenal” (al-Waaqi’ah: 50)
Definasi: Lembaran amalan yang dilakukan manusia
semasa hidup-satu lembaran catitan amalan utk sehari
Firman Allah :
“dan buku amalan dibentangkan. Maka engkau akan
melihat yang berdosa merasa takut akan apa yang
tersurat di dalamnya dan mereka berkata : Ah! Celakalah
kami. Mengapa buku ini begini rupanya! Ia tidak
meninggalkan yang kecil mahupun yang besar melainkan
semua dihitungnya! Dan mereka dapati semua yang
mereka kerjakan itu tertulis didalamnya dan Tuhanmu
tidak berlaku zalim kepada sesiapa” (al-Kahfi: 49)
 Definasi: Neraca timbangan yang menimbang amalan
yang baik dan buruk untuk menentukan tempat
tinggal yang abadi (syurga atau neraka)
Firman Allah :
“Oleh itu sesiapa yang berat timbangan amal baiknya,
mereka itulah yang berjaya dan sesiapa yang ringan
timbangan amal baiknya, merekalah yang merugikan
diri sendiri. Mereka kekal di dalam neraka Jahanam”
(al-Mukminun: 102-103)
Definasi: Jisim tertentu yang luas penjurunya yang
terletak di sesuatu kawasan selepas melalui titian, putih
seperti perak, sesiapa meminumnya tidak akan haus
selamanya
Setiap nabi mempunyai haudh untuk umatnya sendiri
Haudh Rasulullah saw dinamakan sebagai al-Kaustar
Sifat air al-Kaustar :
Lebih putih dari susu, lebih manis dari madu, lebih
wangi dari kasturi, seluas perjalan sebulan dan
penghujungnya serupa, timba minumannya lebih banyak
dari bintang di langit
Dari segi bahasa: Jalan yang luas
Dari segi Istilah: Sebuah titian yang berada di atas neraka
Jahanam yang mana apabila dilalui oleh segolongan
orang kafir, mereka akan tergelincir lalu jatuh ke
dalam jurang neraka dan dihujung titian ialah syurga
Lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang
Jaraknya sama seperti perjalanan kaki 3 ribu tahun
Menjadi laluan bagi setiap orang selepas perhitungan
Ahli syurga akan lalu di atasnya menuju ke syurga
Ahli neraka pula akan jatuh ke dalam neraka
Definasi: Dari segi bahasa: Taman
Dari segi Istilah: Tempat pembalasan pahala yang
dijanjikan sebagai Perhentian terakhir bagi orang-orang
yang beriman
Perhentian yang penuh nikmat
Ia adalah ganjaran bagi yang beriman
Kekal di dalamnya
Rasulullah mensifatkan syurga :
“di dalamnya terdapat nikmat-nikmat yang tidak pernah
dilihat mata, tidak pernah didengar telinga dan tidak
terlintas di hati manusia”
1) Syurga Firdaus:
2) Syurga ‘And
3) Syurga Khuld:
4) Syurga Na’im:
5) Syurga Ma’wa:
6) Syurga Darussalam:
7) Syurga Darul Jalal:
Definasi: Dari segi bahasa: Jisim yang bersifat lembut dan
bergerak
Dari segi Istilah: Tempat Azab yang disediakan utk orang
yang berdosa
Disediakan bagi orang-orang kafir dan munafiq
Balasan di atas kekufuran mereka
Keadaan orang beriman yang berdosa :
Orang-orang beriman yang berdosa akan dimasukkan ke
dalam neraka sementara – tidak kekal – mengikut kadar
dosa yang mereka lakukan, kemudian dikeluarkan
menuju ke syurga
Tingkatan Neraka
1) Neraka Jahannam: Tempat utk Orang Mu’min yang
berdosa
2) Neraka Lazha
3)Neraka Hutomah
4) Neraka Sa’ir
5) Neraka Saqr
6) Neraka Jahim
7) Neraka Hawiyah: Tempat utk orang Munafik

You might also like