You are on page 1of 11

Oleh : MUHAMMAD JAMIL BIN ABDULLAH PISMP G 5.5 IPG ILMU KHAS, KL.

PENGENALAN
y Program sukan merupakan komponen penting

dalam pembangunan sukan. y Terdapat beberapa prinsip dalam pengurusan sukan iaitu prinsip perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan prinsip pengawalan. y Antara aspek utama pengawalan program ialah penilaian. y Penilaian yang berkesan adalah perlu untuk mengenalpasti sejauhmana pembangunan program sukan agar ia benar-benar berjaya.

DEFINISI PENILAIAN
y Grenn (1977) menerangkan bahawa penilaian merupakan suatu usaha untuk membuat perbandingan antara suatu objek yang diminati dengan suatu standard atau piawai yang diterima umum. y Manakala Blinkhorn (1993), menyatakan penilaian adalah sebagai suatu kajian untuk melihat perjalanan ataupun perlaksanaan sesuatu program, sama ada berjaya ataupun gagal. y Penilaian terbahagi kepada dua iaitu penilaian formatif dan sumatif.

y Penilaian formatif adalah berkaitan dengan

perlaksanaan program termasuk pemantauan, pengawalan dan kelancaran program.


y Penilaian sumatif pula lebih menekankan aspek

pengumpulan data setelah program tersebut selesai dilaksanakan.

MENGAPAKAH PROGRAM PERLU DINILAI??


y Penilaian perlu untuk melihat sejauhmana

perancangannya mencapai objektifyang ditetapkan, dan sejauhmanakahprogram tersebut memaksimumkan penggunaan sunber kewangan , tenaga manusia dan peralatan yang diperuntukkan. y Antara contoh program sukan ialah Program Bakat Khas, Program Tunas Cemerlang, Kem Bakat dan Little Champs Camp. y Terdapat beberapa persoalan yang perlu dikemukakan dalam membuat sesuatu penilaian.

Perlukah program sedia ada dikekalkan?


y Program pembangunan sukan di peringkat global

sentiasa mengalami perubahan. y Kemajuan dan pembangunan sukan yang cepat memberi impak terhadap perubahan ini. y Beberapa perkara yang perlu diambil kira :  program sedia ada wajar dikekalkan jika ia menepati objektif  Selagi ia tidak mendatangkan implikasi negatif  Selagi ia masih diperlukan dan berguna pada masa akan datang

y Contohnya, Program Tunas Cemerlang (PTC)

memperlihatkan banyak penambahbaikan yang dibuat. y Ada PTC yang ditutup dan ada juga yang baru dibuka dan diperbesarkan. y Jurulatih baru perlu dibawa masuk, diberi latihan dan elaun. y Terdapat PTC yang melahirkan produk cemerlang dan ada juga produk atlit yang kurang menyerlah.

PENGGUNAAN SUMBER
y Setiap program telah diperuntukkan dengan y

y y y

belanjawan yang dianggarkan. Proses penilaian boleh membantu mengukur kos efektif sesuatu program kpd sumber yang telah digunakan. Contohnya, kos penyelenggaraan Kompleks Sukan Nasional dan Litar Sepang. Ada organisasi yang menggunakan sumber fizikal seperti pusat kecergasan dan stadium. Terdapat juga organisasi menggunakan sumber manusia seperti MSN dan Fakulti Sains Sukan di universiti.

ASPEK ETIKA
y Aspek etika seperti faedah kesihatan, hubungan

sosial dan kemeriahan tempat tidak boleh diabaikan.


y Proses penilaian ini dapat membantu pengurus

sukan memantau penambahbaikan yang perlu.

PENILAIAN TERHADAP KAEDAH PERLAKSANAAN


y Dalam melaksanakan program sukan, terdapat

pelbagai kaedah yang digunakan untuk menjayakan program tersebut. y Namun kaedah tersebut perlu dinilai sama ada sesuai atau tidak. y Oleh itu, proses penilaian adalah perlu semasa peringkat perlaksanaan sesuatu program. y Ia dapat mencadangkan kaedah yang lebih baik, praktikal, mudah dan diterima oleh kumpulan sasaran program tersebut.

SEKIAN,. TERIMA KASIH

You might also like