You are on page 1of 8

STRATEGI

PERNIAGAAN &
SIFAT-SIFAT
PERIBADI TAN
SRI MOKHTAR
AL-BUKHARY
STARTEGI PERNIAGAAN
TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
perniagaan awal.
i) Tan Sri Mokhtar memulakan perniagaan sebagai pengusaha daging lembu dan kerbau
pada tahun 1970 ketika berumur 19 tahun. Beliau membeli daging lembu yang tidak
terjual di pasar dan menjual semula kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran
sekitar Alor Setar.Pada 1972, beliau mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A dan
meminjam RM110,000 daripada MARA untuk membeli dua buah lori
STARTEGI PERNIAGAAN
TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
perniagaan awal.
ii) Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan ‘Syarikat Pengangkutan Sentosa’ dan
melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Lori-lori itu digunakan untuk
memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40
buah lori.
iii) Pada 1974, Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah
di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).
STARTEGI PERNIAGAAN
TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
Perniagaan terus berkembang
iv) Beliau turut menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng
Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan
pula pengilang beras.
v) Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai
empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA.
Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu
dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi
pusat pembungkusan.
STARTEGI PERNIAGAAN
TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
vi) Beliau menubuhkan kilang Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan menubuhkan
kilang Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian.
SIFAT-SIFAT PERIBADI TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
i) Usaha dan Tekun, Serta Sedar Ia Memakan Masa
Kejayaan itu prinsip asasnya adalah usaha. Setiap usaha pula
memerlukan fokus, yakni membawa maksud kepada ketekunan. Hanya
orang yang tekun sahaja mempunyai peluang untuk berjaya dalam
perniagaan.
Dalam masa sama, usahawan perlu sedar tentang faktor masa. Dalam
perniagaan, masa untuk memperoleh kejayaan yang diinginkan adalah
berbeza-beza.
SIFAT-SIFAT PERIBADI TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
ii) Tidak Ada Jalan Singkat Dalam Perniagaan
Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary sering menyatakan, kejayaan
dalam perniagaan tidak mempunyai jalan singkat. Setiap laluan dalam
perniagaan yang kita pilih, mempunyai cabaran dan dugaan yang
tersendiri.
Tambah beliau, orang yang lemah akan mengaku kalah. Bagi
usahawan yang memiliki jiwa dan semangat yang kental, mereka akan
menganggap setiap perjalanan itu sebagai pengalaman yang mengajar,
untuk menjadi seorang pemilik bisnes yang lebih baik.
SIFAT-SIFAT PERIBADI TAN SRI MOKHTAR AL-BUKHARY
iii) Kemewahan Bukan Motivasi Bisnes
Kereta besar, rumah besar, jam tangan mahal dan material-material
mahal bukan faktor utama kejayaan usahawan. menjadi salah satu
daripada hadiah untuk membangkitkan motivasi dan meningkatkan
estim diri. Kesilapan usahawan yang memulakan perniagaan untuk
hidup mewah, akan membawa mereka kepada lembah hutang yang
tidak berkesudahan.

You might also like