You are on page 1of 43

BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID & SURAU

TUGAS & TANGGUNGJAWAB


PEGAWAI MASJID
NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Tuan Syeikh Zainul Jamal Bin Abdul Ghani, BCK.


Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pengurusan Masjid & Surau
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

CARTA ORGANISASI
BHG PENGURUSAN MASJID & SURAU
CARTA ORGANISASI BAHAGIAN (PENGURUSAN MASJID DAN SURAU)

SYEIKH ZAINUL JAMAL BIN ABDUL GHANI


Pegawai Hal Ehwal Islam
S48

MASJID NEGERI
PENTADBIRAN QARIAH MASJID DAERAH
MASJID ZAHIR

DATO’ SYEIKH ROSLAN BIN ABD HALIM


Pegawai Hal Ehwal Islam Pegawai Hal Ehwal Islam S41/44
S48 SYEIKH MOHD ASHRAF BIN HAJI MOHSIN
( KOSONG 10)
Pegawai Hal Ehwal Islam
S41/44
SYEIKH KHAIRUL FIRDAUS BIN ABU
BAKAR
Pegawai Hal Ehwal Islam Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam S27/32
S41/44 ( KOSONG 7 )
MOHD FARAHI BIN MOHD JAMIL
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam 1. MUHAMAD HARUN BIN MUHAMED HASSAN (P/Terap)
KOSONG S27/32 2. AZMI BIN REJAB (Kulim)
Pen. Pegawai Hal Ehwal Islam 3. SHAIDIN BIN IBRAHIM@ABDULLAH (L’wi)
S32 4. AZWAN BIN AZMAN (K/Pasu)
5. ZAITON BT ZAINOL ABIDIN (K/Setar)

ABDUL RAHMAN BIN HUSIN MOHD SHAFIE BIN IBRAHIM


Pembantu Tadbir (P/O) Pembantu Hal Ehwal Islam Pembantu Hal Ehwal Islam S17/22
N22 (KUP) S22
1. (KOSONG) S22 (KUP)
2. MOHD FADZLI AZHAR BIN MOHAMAD
BAHAR S22 (KUP)
3. MOHD SHAUKI BIN BAKHARI S19
Pembantu Hal Ehwal Islam S17/22
JUMUD 4. MOHD ROSHIDAN BIN MD DISAS17
KU MOHD YUSUFF KU YAACOB (KOSONG 11)
Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam 5. (KOSONG 1)
Pembantu Am Pejabat
S11/14
N11/N14 .1. SAHIDAN BIN BAHAROM - S22 (KUP)
.2. SHAFIE BIN ISMAIL - S22 (KUP)
3. SHARIFUDDIN BIN ISMAIL - S17
4 ABD GHANI BIN ABD RAHMAN - S17
Pekerja Rendah Awam H11/14
5. MOHD JASNI BIN ABDULLAH - S17
. 6. MUHD KAMAL ARIFFIN BIN ABDUL HAMID - S17
1..RAMLI BIN JUSOH Pembantu Awam H11/14 .7. MOHD ZAMRI BIN ZAKARIA - S17
2..MOHD FATHI BIN HASAN KOSONG Baki 6 .8. RAHMANTI BIN HASHIM - S17
3..MUHAMAD HAFIZ BIN HARON
.9. MOHAMAD NOR HISYAM BIN MOEN - S17
.10. MUHAMMAD WAJDI BIN SAID - S19

Dikemaskini pada : 11.2.2020


JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

FUNGSI
BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID
& SURAU
Pelantikan Pegawai Masjid & Jawatankuasa
Kariah

2. Penamatan Pegawai Masjid &


Jawatankuasa Kariah

3. Kebajikan dan Kewangan Pegawai Masjid

4. Tindakan Tatatertib Pegawai Masjid &


Jawatankuasa Kariah
5. Permohonan Mewujudkan Kariah
Baharu

6. Permohonan Membina/ Merombak/


Meroboh/ Mengubahsuai Masjid & Surau

7. Permohonan Pendaftaran Masjid &


Surau

8. Permohonan Menamakan Masjid


dengan Nama Khas
9. Permohonan Perasmian Masjid

10. Pencalonan Anugerah Masjid Terbaik

11. Pengemaskinian Data Terkini Pegawai


Masjid

12. Pemilihan Pegawai Masjid bagi


menerima Anugerah Tajaan Negeri Kedah
untuk Menunaikan Fardhu Haji
13. Menguruskan takmir seluruh
negeri Kedah Darul Aman
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

STATISTIK MASJID SELURUH


NEGERI KEDAH
STASTISTIK MASJID SELURUH NEGERI KEDAH
12 DAERAH
BIL DAERAH JUMLAH MASJID SELURUH NEGERI
1 LANGKAWI 29 KEDAH TERDAPAT
2 KOTA SETAR 97 SEBANYAK
3 POKOK SENA 31 JUMLAH KARIAH :
4 KUBANG PASU 76
576 MASJID
5 PADANG TERAP 34
6 PENDANG 50
7 YAN 34
8 KUALA MUDA 75
9 SIK 30
10 BALING 66
11 KULIM 40
12 BANDAR BAHARU 16
JUMLAH KESELURUHAN 579
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

BIDANG KUASA BAHAGIAN


PENGURUSAN MASJID & SURAU
BIDANG KUASA BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID & SURAU

Bidang kuasa BPM&S, JHEAIK


tertakluk di bawah Enakmen
Pentadbiran Undang-Undang
Islam (Kedah Darul Aman) 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
(Seksyen 59 hingga Seksyen 68)

Seksyen 59:
Majlis (MAIK) adalah Pemegang Amanah Tunggal

Seksyen 60 & 61:


Penubuhan Masjid

Seksyen 62:
Penyenggaraan Masjid
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
(Seksyen 59 hingga Seksyen 68)

Seksyen 63:
Pelantikan Pegawai Masjid

Seksyen 64:
Tauliah Pegawai Masjid

Seksyen 65:
Tempoh Jawatan Pegawai Masjid
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG
ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
(Seksyen 59 hingga Seksyen 68)

Seksyen 66:
Kawalan dan Arahan atas Imam, Bilal dan Siak

Seksyen 67:
Jawatankuasa Kariah

Seksyen 68:
Pengecualian masjid
BIDANG KUASA BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID & SURAU

Bidang kuasa BPM&S,


JHEAIK tertakluk di bawah:
1. Peraturan Pegawai-
Pegawai Masjid (Kedah
Darul Aman) 2020

2. Peratuan-Peraturan
Jawatankuasa Kariah (Kedah
Darul Aman) 2020
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

DEFINISI PEGAWAI MASJID


SERTA TUGAS & TANGGUNGJAWAB
Apakah yang dimaksudkan Pegawai
Masjid???
“Pegawai Masjid”

Ertinya seseorang yang dilantik dibawah seksyen 63*.

Imam
Bilal
Siak
* Seksyen 2 Tafsiran, Enakmen Undang-undang Pentadbiran Islam (Kedah Darul Aman) 2008
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah
Darul Aman) 2008

Pelantikan Pegawai Masjid

 Sek. 63 (1)
Bagi tiap-tiap masjid dalam Negeri Kedah Darul Aman, Majlis atas perkenan
KYDMM Sultan hendaklah melantik seorang atau beberapa orang Pegawai Masjid.

• Sek. 63 (2)
Bagi tiap-tiap masjid yang ditetapkan oleh KDYMM Sultan atas nasihat Majlis,
Pegawai Masjid hendaklah dilantik dari kalangan pegawai dalam perkhidmatan
awam Negeri.
• Sek. 63 (3)
Bagi tiap-tiap masjid yang tidak ditetapkan dibawah subseksyen (2) Majlis
hendaklah melantik Pegawai Masjid dari kalangan ahli kariah bagi masjid
itu.

 Sek. 63 (4)
Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, tiap-tiap orang yang sebelum
sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah menjadi Imam, Bila atau Siak
semua masjid di bawah Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan telah
dialntik dengan sewajarnya di bawah seksyen ini sebagai Imam, Bilal atau
Siak masjid itu dan hendaklah, tertakluk kepada seksyen 65, terus
memegang jawatan sebagai Imam, Bilal atau Siak masjid itu.
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah
Darul Aman) 2008

Tauliah Pegawai Masjid


 Sek. 64 (1)
Tiap-tiap orang yand dilantik oleh Majlis menjadi Pegawai
Masjid, termasuk tiap-tiap orang yang disifatkan telah dilantik
sedemikian di bawah subseksyen 63(4), hendaklah diberi
tauliah bertanda mohor KDYMM Sultan.
Tauliah Pegawai Masjid
• Sek. 64 (2)
Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah mempunyai kuasa-
kuasa dan tugas-tugas yang dinyatakan dalam
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Enakmen ini dan dalam tauliahnya.
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Kedah Darul Aman) 2008

Tempoh jawatan Pegawai Masjid


 Sek. 65 (1)
Pelantikan seseorang Pegawai Masjid bagi masjid yang
ditetapkan di bawah subseksyen 63(2) atau disifatkan telah
dilantik di bawah subseksyen 64(4) sebagai Pegawai
Masjid, boleh ditamatkan dengan notis bertulis oleh Majlis.
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Kedah Darul Aman) 2008

Tempoh jawatan Pegawai Masjid


• Sek. 65 (2)
Tiada seorang pun Pegawai Masjid yang dilantik dibawah
subseksyen 63(3) atau disifatkan dilantik di bawah
subseksyen 63(4) boleh terus memegang jawatan itu selepas
mencapai umur enam puluh (60) tahun:
Dengan syarat Majlis boleh dengan perkenan KDYMM Sultan melantik
mana- mana orang menjadi Pegawai Masjid walaupun orang itu telah
mencapai umur enam puluh tahun, atau melanjutkan tempoh perkhidmatan
Pegawai Masjid yang telah mencapai umur enam puluh (60) bagi tempoh
yang telah ditetapkan oleh Majlis.
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Kedah Darul Aman) 2008

Tempoh jawatan Pegawai Masjid


• Sek. 65 (3)
Setiausaha hendaklah memaklumkan kepada Majlis apa-apa
kelakuan mana-mana Pegawai Masjid, sama ada yang berhubung
dengan tugas-tugasanya yang mencemarkan namanya sebagai
Pegawai Masjid atau selainnya, dan membuat apa-apa syor yang
munasabah.
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Kedah Darul Aman) 2008

Kawalan dan arahan atas Imam, Bilal dan


Siak
• Sek. 66
Dalam pelaksanaan tugas-tugas mereka, Imam, Bilal dan Siak
hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis
Peraturan Pegawai-Pegawai
Masjid
Peraturan Pegawai-Pegawai Masjid

1. TAJUK RINGKAS
(1) Peraturan-Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan- Peraturan Pegawai
Masjid (Kedah Darul Aman) 2020.

(2) Peraturan-Peraturan ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh ia


disiarkan dalam Warta.

2. ERTI
Di dalam peraturan ini Perkataan “MASJID” dan “PEGAWAI MASJID”
sama maknanya seperti ditakrifkan di dalam enakmen.
3. KELAYAKAN PEGAWAI-PEGAWAI MASJID
(1) Seseorang boleh dilantik sebagai seorang Pegawai Masjid tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a) warganegara Malaysia;

(b) berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun dan tidak lebih daripada enam
puluh tahun;

(c) lelaki yang beragama Islam berfahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie;

(d) berkelakuan baik;

(e) boleh membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik dan keutamaan akan
diberikan kepada seseorang calon yang memahami bahasa arab;

(f) ahli kariah yang bermastautin tidak kurang dari enam (6) bulan qamariah;

(g) tidak memegang sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik;

(h) tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah sama ada di mahkamah sivil atau
mahkamah syariah;

(i) tidak disabitkan muflis yang belum dilepaskan;

(j) lulus ujian kelayakan dan temuduga yang ditetapkan;

(k) sihat tubuh badan, sempurna fizikal dan akal fikiran;

(l) sempurna pendengaran dan penglihatan;

(m) mempunyai cukup pengetahuan di dalam ilmu agama; dan

(n) melepasi tapisan keselamatan yang ditetapkan.


Kekosongan jawatan

4. (1) Apabila didapati mana-mana jawatan Pegawai Masjid telah kosong atau akan
menjadi kosong maka hendaklah diambil tindakan oleh Jawatankuasa Kariah memaklumkan
kekosongan tersebut kepada Pegawai Agama Daerah berkenaan untuk diiklankan.

  (2) Calon yang hendak memohon jawatan Pegawai Masjid hendaklah mengisi Borang 1.

(3) Nama-nama calon yang dicadangkan untuk disyorkan kepada Pegawai Agama Daerah
hendaklah diumum dan dipamerkan bagi pengetahuan umum di masjid kariah itu selama
tempoh tidak kurang daripada empat belas (14) hari.

(4) Apa-apa bantahan hendaklah dibuat secara bertulis serta dikemukakan kepada
Pegawai Agama Daerah berkenaan dalam tempoh empat belas hari nama-nama calon itu diumum
dan dipamerkan bagi pengetahuan umum.

(5) Jawatankuasa Kariah hendaklah menghantar nama-nama calon yang diterima tidak
melebihi tujuh hari selepas tempoh pemberitahuan itu kepada pegawai agama daerah
untukdisampaikan kepada Majlis.
5. Tauliah Pegawai
Masjid
Seseorang yang dilantik menjadi
Pegawai Masjid hendaklah
diberi Tauliah Pelantikan dengan
bertanda Mohor KDYMM
Tuanku Sultan seperti contoh
disebelah ini.
Daftar Pegawai Masjid
 
7. (1) Majlis hendaklah menyenggara satu buku daftar pegawai
masjid bagi setiap masjid dalam Negeri ini.
 
(2) Apabila pelantikan tiap-tiap orang Pegawai Masjid itu
diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan, Majlis
hendaklah mencatatkan butir-butir mengenai pegawai-pegawai itu
dalam buku daftar tersebut.
 
(3) Majlis hendaklah mencatatkan butir-butir tiap-tiap orang
Pegawai Masjid yang telah bersara, meninggal dunia, meletak jawatan
atau diberhentikan.
Penamatan perkhidmatan Pegawai Masjid
 
8. (1) Majlis boleh mengesyorkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan supaya
ditamatkan daripada terus memegang jawatan itu dan penamatan perkhidmatan itu hendaklah
dicatitkan di dalam buku daftar tersebut setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Sultan apabila mana-mana Pegawai Masjid jika pada pendapat Majlis bahawa Pegawai
Masjid itu –
 
a) tidak menjalankan tugas;
b) tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh pegawai agama daerah atau Majlis;
c) berkelakuan tidak baik dan mencemarkan agama Islam;
d) keuzuran yang mengganggu tugas;
e) berpindah keluar dari kariah;
f) disahkan terlibat dengan ajaran salah atau bukan berfahaman Ahlul Sunnah Wal
Jamaah dan bermazhab Syafie;
g) telah disabitkan atas apa-apa kesalahan jenayah oleh mahkamah sivil atau mahkamah
syariah; dan
h) menjadi muflis;
 
daripada terus memegang jawatan itu dan penamatan perkhidmatan itu hendaklah dicatitkan di
dalam Daftar tersebut setelah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan.
TUGAS-TUGAS PEGAWAI MASJID
Tugas Imam
 
9. Seseorang Imam hendaklah menjalankan tugas-tugas berikut:

(a) bertanggungjawab kepada Pegawai Agama Daerah, mematuhi dan melaksanakan semua
arahannya;

(b) menjadi pemimpin masyarakat dalam hal ehwal keagamaan, kebajikan dan sosial dalam
kariah masjid;

(c) mencegah dan menangani perkara-perkara khurafat dan ajaran salah, jenayah syariah dalam
kariah masjid;

(d) menjadi imam solat fardhu dan apa-apa solat berjamaah lain di masjid itu;

(e) menyampaikan khutbah jumaat dan khutbah-khutbah lain;

(f) menjalankan bancian dan menyimpan satu daftar ahli kariah bagi orang-orang yang telah
mencapai umur lima belas (15) tahun yang wajib sembahyang jumaat di dalam kariahnya;

(g) mengatur dan mengawasi kerja-kerja Pegawai Masjid dan jawatan kuasa kariah yang di
bawah pentadbirannya; dan

(h) melaksanakan arahan Majlis dari semasa ke semasa.


Tugas Bilal
 
10. Seseorang Bilal hendaklah menjalankan tugas-tugas yang berikut:-

(a) menjalankan tugas imam yang ditetapkan dalam peraturan 9


sekiranya ketiadaan imam atau uzur;

(b) menyempurnakan azan dan iqamah di masjid kariahnya;

(c) memastikan jemaah mencukupi bagi melaksanakan solat


Jumaat; dan

(d) melaksanakan arahan imam dari semasa ke semasa.


Tugas Siak
 
11. Seseorang Siak hendaklah menjalankan tugas-tugas yang berikut:-

(a) menjalankan tugas Imam atau Bilal seperti yang ditetapkan dalam
peraturan 9 dan 10 sekiranya ketiadaan mereka atau uzur;

(b) menjaga kebersihan masjid dan persekitarannya;

(c) membuat segala persiapan yang perlu untuk solat;

(d) memastikan kebersihan dan kemudahan tempat berwuduk dan


tandas dalam keadaan baik; dan

(e) melaksanakan arahan imam dari semasa ke semasa.


Tugas am Pegawai Masjid
 
12. Tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah saling membantu di antara satu
sama lain dalam menjalankan tugas-tugas berikut:-

a) tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah bertanggungjawab untuk


menyediakan pengurusan jenazah (tajhiz mayyit) dalam kariahnya;
b) tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah menjadi saksi berkenaan
nikah;
c) tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah melaporkan kepada Pegawai
Agama Daerah mana-mana orang dalam kariahnya yang
melanggar mana-mana undang-undang bertulis berkaitan Hukum
Syarak yang sedang berkuat kuasa dalam negeri ini;
d) tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah dengan seberapa segera
menghantar kepada Pegawai Agama Daerah seseorang yang
datang kepadanya untuk memeluk agama Islam; dan
e) tiap-tiap Pegawai Masjid hendaklah sentiasa hadir melaksanakan
tugas yang telah ditetapkan.
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN

ISU-ISU
PEGAWAI MASJID
ISU-ISU
1. Salah guna kuasa
2. Pecah Amanah
3. Penyelewengan Kewangan
4. Tidak hadir bertugas
5. Terlalu tegas dan sukar menerima pandangan anak kariah
6. Melakukan sebarang perubahan atau pengubahsuaian atau
tidak memaklumkan sesuatu hal yang melibatkan harta wakaf
kepada Majlis Agama Islam (Bahagian Pengurusan Masjid dan
Surau, JHEAIK)
7. Menggunakan kawasan Masjid/ Surau untuk tujuan parti
BAHAGIAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Bangunan Wan Mat Saman, Jalan Raja,
05676 Alor Setar, Kedah Darul Aman.
No. Tel: 04-774 5400 (SAMB. 5476) Faks: 04-774 5486
Laman Web: www.jaik.gov.my

You might also like