You are on page 1of 20

SINOPSIS CERPEN

 Mengisahkan pengalaman Encik Zainudin


yang berkhidmat sebagai doktor di sebuah
kawasan pedalaman di Sabah. Beliau
menghadapi satu cabaran yang besar, iaitu
berdepan dengan masyarakat peribumi yang
masih kental dengan kepercayaan animisme.
Kebanyakan mereka masih percaya kepada
kuasa-kuasa ghaib yang kononnya menjadi
punca seseorang itu jatuh sakit.
(sambungan)

Mereka sangat bergantung pada perkhidmatan


bomoh dan belum bersedia menerima perubatan
moden.

Namun, atas kesabaran dan kegigihan beliau,


masyarakat di situ mulai menerima
perkhidmatan perubatan moden setelah Encik
Zainudin dapat mengubati penduduk di situ.
Apakah pekerjaan
Encik Zainudin?
CERPEN: JASA SEORANG DOKTOR DI 
PEDALAMAN
BUKU TEKS M/S 154-156
Saya berasa
sangat teruja
kerana ini kali
pertama saya
bertugas di
kawasan
pedalaman!
Masyarakat orang
asli masih
mengamalkan
kepercayaan
animisme.
Saya terasa macam
nak patah
semangat.
Penduduk di sini
menolak
perkhidmatan saya.
 Doktor Zainudin risau akan keluarga Tok Rendin.

 Anaknya, Etos mengalami demam panas dan masih


belum surut.
 Tok Rendin lebih percaya akan kata-kata bomoh.
 Penduduk di situ masih terikat oleh peubatan
tradisional.
 Mereka masih percaya bahawa penyakit adalah
berpunca daripada makhluk halus atau roh jahat.
 Mereka juga percaya bahawa penyakit yang dialami
disebabkan oleh kemarahan semangat-semangat
sebagai akibat gangguan manusia itu sendiri.
Jika Etos tidak dirawat,
nyawa dia akan berada
dalam bahaya. Saraf-
saraf otaknya boleh
terjejas. Biarlah kami
beri suntikan untuk
meredakan panasnya.
 Tok Rendin menolak perkhidmatan doktor.

 Beliau mengatakan tok bomoh sudah bakar


kemenyan dan menjamu semangat dengan ayam
kampung.
 Beliau percaya Etos akan sembuh.
 Isteri Tok Rendin risau kerana anak mereka masih
tidak sembuh.
 Beliau memujuk Tok Rendin untuk mendapatkan
rawatan doktor.
 Tok Rendin masih berdegil.

 Beliau masih tidak mahu mendapatkan rawatan


daripada doktor.
 Beliau ingin pergi ke tamu untuk menjual petai.
 Doktor Zainudin memujuk isteri Tok Rendin untuk
menyuntik anaknya.
 Sebagai ibu, isteri Tok Rendin tidak mahu anaknya
terus sakit.
 Beliau membenarkan Doktor Zainudin untuk
menyuntik anaknya.

Selepas beberapa minggu…


 Tok Rendin mengucapkan terima kasih kepada
Doktor Zainudin kerana telah merawat anaknya.
 Kini, Etos sudah sihat dan boleh bermain dengan
kawan-kawannya yang lain.
 Tok Rendin meminta maaf atas kedegilannya
dahulu.
Terima kasih kembali.
Saya hanya
menjalankan
kewajipan saya. Saya
gembira melihat Etos
sudah sembuh.
UNSUR PENGAJARAN

 Kita tidak harus percaya kepada kepercayaan


karut yang tidak dapat dibuktikan secara
saintifik.
UNSUR PENGAJARAN

 Kita harus bersedia menerima perubahan-


perubahan yang membawa kepada
kebaikan.

You might also like