You are on page 1of 22

KAJIAN KURIKULUM MATEMATIK MALAYSIA

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Lima tonggak yang perlu dipertimbangkan dan dipelajari melalui proses pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah:
1. 2. 3. 4. 5. Penyelesaian masalah dalam Matematik Komunikasi dalam Matematik Penaakulan Matematik Perkaitan Matematik Aplikasi Teknologi

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

1. Penyelesaian Masalah dalam Matematik


Apakah yang dimaksudkan dengan masalah dan penyelesaian masalah?

Masalah : merupakan satu kenyataan atau situasi dalam kehidupan seharian yang memerlukan penyelesaian Penyelesaian masalah : merupakan proses yang digunakan untuk menentukan jawapan kepada sesuatu kenyataan atau soalan dengan menggunakan strategi yang tertentu (secara terancang)
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 3

Perkembangan kemahiran penyelesaian masalah perlu diberi penekanan sewajarnya dan menjadi fokus utama bagi kurikulum matematik supaya:

murid dapat menyelesaikan pelbagai masalah berasaskan kepada persekitaran dan pengalaman sebenar secara berkesan - murid dapat mengaplikasi dan mengadaptasi berbagai strategi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah baru - murid dapat memperkukuhkan diri apabila berdepan dengan pelbagai situasi harian yang mencabar.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 4

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu melibatkan kemahiran penyelesaian masalah secara komprehensif dan merentasi keseluruhan kurikulum Kemahiran ini melibatkan langkah-langkah seperti berikut: - memahami dan mentafsirkan masalah - merancang strategi penyelesaian - melaksanakan strategi - menyemak semula penyelesaian
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 5

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah, termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya dalam mata pelajaran ini.

Antara strategi-strategi penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan:


- Mencuba kes lebih mudah - Cuba jaya - Melukis gambar rajah - Mengenal pasti pola - Membuat jadual/carta atau senarai secara bersistem - Membuat simulasi - Menggunakan analogi - Bekerja ke belakang
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 6

2. Komunikasi dalam Matematik


merangkumi pelbagai bentuk peluang komunikasi dalam pelbagai persekitaran supaya murid dapat menghubungkait media berbeza (bahan-bahan fizikal, gambargambar dan rajah) bagi menjelaskan idea matematik. Komunikasi merupakan satu cara untuk berkongsi idea dan menjelaskan kefahaman Matematik.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 7

Dengan cara komunikasi yang berkesan: - membantu murid memperkukuhkan kefahaman dan pengetahuan matematik mereka kepada tahap yang lebih mendalam. - murid akan lebih cekap dalam aktiviti penyelesaian masalah - boleh menerangkan konsep dan kemahiran serta kaedah penyelesaiannya kepada rakan atau guru mereka

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Contoh Kemahiran berkomunikasi dalam matematik : - membaca dan memahami masalah - menginterpretasi gambar rajah dan graf - menggunakan laras matematik yang betul dan tepat semasa menyampaikan pendapat atau hujah lisan atau bertulis - mendengar dengan teliti

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

Apabila murid mempunyai kemahiran pendengaran, kefahaman, penghujahan dan penulisan yang baik dalam matematik maka mereka akan lebih berkeyakinan dan perasaan ingin tahu terus wujud. Cara bagaimana komunikasi dapat dipupuk dan dipertingkatkan dalam kelas matematik:

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

10

Komunikasi dalam matematik melalui proses mendengar : berlaku apabila murid bertindak balas terhadap apa yang didengar menerusi penerangan guru. Murid digalakkan berfikir menggunakan pengetahuan matematik untuk membuat keputusan. Komunikasi dalam matematik melalui proses membaca : berlaku apabila murid dapat mengumpul maklumat, menyusun dan mengubungkait idea dan konsep menerusi nota dan bahan bacaan.
MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 11

Komunikasi dalam matematik melalui proses visualisasi (membuat perwakilan): berlaku apabila murid membuat pemerhatian, menganalisis, mentafsir dan mensintesis maklumat ke atas bahan konkrit seperti papan geo, gambar dan gambar rajah, perwakilan dalam bentuk jadual dan graf.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

12

Komunikasi dalam matematik melalui aktiviti menulis: berlaku semasa pelajar membuat latihan di lembaran kerja, buku aktiviti atau di papan tulis
Komunikasi dalam matematik melalui aktiviti komunikasi verbal: berlaku semasa murid melalui aktiviti perbincangan dalam kumpulan dan soal jawab semasa sesi penerangan guru

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

13

3. Penaakulan Matematik
Penaakulan adalah mengenali membuat generalisasi (tekaan atau telahan dalam menentukan sesuatu penemuan atau penyelesaian) Penaakulan merupakan asas dalam membuat dan memahami matematik. Perkembangan penaakulan matematik berkait rapat dengan perkembangan intelek dan komunikasi murid.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 14

Penaakulan Matematik ditekankan kepada murid supaya mereka dapat mengembangkan bukan sahaja kapasiti pemikiran logikal malah turut meningkatkan kapasiti pemikiran kritis yang merupakan asas kepada pemahaman matematik secara mendalam dan bermakna.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

15

Guru dapat melatih murid dalam proses penaakulan menerusi beberapa contoh:

Murid pada semua peringkat perlu dilatih menggunakan model-model, fakta-fakta, ciriciri dan hubungan untuk menyiasat serta menerangkan tekaan , telahan mereka serta hujah matematik (sama ada dengan berbantukan bahan konkrit, kalkulator, komputer, perwakilan matematik dan sebagainya)

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

16

Contohnya: murid-murid dapat mengaitkan idea pendaraban dengan menggunakan petak segiempat tepat.

Mereka dapat mengaitkan jumlah bilangan petak dalam segiempat tepat bersamaan hasildarab panjang darab lebar segiempat tepat iaitu luas segiempat tepat Oleh itu, luas segiempat tepat ialah panjang x lebar

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 17

Murid harus dilatih dan dibimbing untuk membuat konjektur, membuktikan konjektur, memberi penerangan logikal, menganalisa, membuat pertimbangan, menilai dan memberi justifikasi terhadap semua aktiviti matematik Contohnya: murid-murid diberikan konjektur berikut 3n + 1 menghasilkan nombor perdana bagi sebarang nombor genap,n. Murid-murid dilatih untuk membuktikan konjektur, menganalisa contoh dan membuktikan sama ada konjektur tersebut benar atau tidak

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 18

4. Perkaitan Matematik

Dalam kurikulum matematik, peluang untuk membuat kaitan perlu diwujudkan supaya murid-murid dapat mengaitkan pengetahuan konseptual dan prosedural, serta dapat mengaitkan topik-topik dalam matematik khususnya dan bidang lain secara amnya dalam kahidupan seharian mereka

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

19

Kurikulum Matematik umumnya terdiri daripada beberapa bidang diskrit seperti penghitungan, geometri, algebra, pengukuran dan penyelesaian masalah. Tanpa membuat perkaitan antara bidangbidang ini, murid akan belajar dan mengingati terlalu banyak konsep dan kemahiran secara berasingan. Apabila idea matematik ini dikaitkan dengan pengalaman seharian di dalam dan di luar sekolah, murid lebih menyedari kegunaan matematik.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 20

5. Aplikasi teknologi
Pengajaran dan pembelajaran matematik seharusnya menggunakan teknologi terkini untuk membantu murid memahami konsep-konsep matematik secara mendalam, bermakna dan tepat serta membolehkan murid meneroka idea-idea matematik. Penggunaan kalkulator, komputer, perisian pendidikan, laman-laman web dalam Internet serta pakej-pakej pembelajaran yang sedia ada boleh meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK 21

Dengan berbantu penggunaan teknologi yang bersesuaian, tuntas dan berkesan, dapat meningkatkan dari segi pencapaian dan penguasaan hasil pembelajaran yang dikehendaki. Oleh itu guru seharusnya menggunakan sumber yang wujud dalam bidang ini untuk membantu murid menguasai konsep dan kemahiran matematik tertentu secara berterusan.

MTE310 KURIKULUM PENDIDIKAN MATEMATIK

22

You might also like