You are on page 1of 71

Sistem Pentadbiran Negeri

Sembilan :
Adat Dan Kini
ISI KANDUNGAN
• Sistem pentadbiran adat di Negeri
Sembilan

• Sistem pentadbiran moden di Negeri


Sembilan

• Kedudukan sistem pentadbiran adat di


dalam sistem pentadbiran moden
berdasarkan Undang-undang Tubuh
Kerajaan Negeri Sembilan, 1959
Pengenalan

• Definisi Adat

Satu garis panduan kehidupan merangkumi


peraturan adab dan amalan yang diamalkan
oleh sesuatu kelompok masyarakat di dalam
menjalani kehidupan seharian.
Pengenalan
adat itu luas tetapi kecil
di rentang panjang
di lipat selebar kuku
walau sebesar biji labu
langit dan bumi ada di dalamnya

adat, di tunjuk ia, tetapi bukan

adat lembut bak air, ia boleh di bentuk


adat putih bak kapas, ia boleh dicorakkan
Pengenalan
• Adat Perpatih
– Merujuk kepada Datuk Perpatih Nan
Sebatang pengasas adat perpatih.

– Datuk Perpatih berasal dari Sumatera Barat.

– Mempunyai dua adik beradik, Datuk Perpatih


sendiri dan Dato’ Ketemenggungan yang
mengasaskan Adat Temenggung.
Pengenalan
• Asal-usul Adat Perpatih

– Sejarah Adat Perpatih abad ke 10 hingga 19


dahulu

– Adat yang di pakai oleh majoriti orang Melayu


Negeri Sembilan dan juga di Naning di Melaka

– Adat Perpatih merupakan segala tatatertib,


segala peraturan, undang-undang atau lebih tepat
lagi merupakan seolah-olah satu perlembagaan.
Pengenalan
• Pembentukan adat Adat Tuah Sakato
(Adat Minangkabau)
perpatih di Negeri
Sembilan
Adat Langkah Baru
(Adat Siak)

Adat Benar
(Adat Orang Asal)

Adat Perpatih
• Berlaku kerana :-
– Kemasukan orang minang ke Negeri Sembilan melalui
Siak.

– Menetap di Siak terlebih dahulu. Bergaul dan


membentuk satu sistem yang baru.

– Sistem yang baru ini dibawa masuk dan berasimilasi


dengan adat orang benar/orang asal Negeri Sembilan

– Membentuk satu sistem yang baru iaitu dikenali Adat


Perpatih

– Keunikan adat perpatih ialah pengamalan adat di


setiap luak adalah sama tetapi pelaksanaannya
berbeza mengikut luak.
Pengenalan
• Adat Perpatih
– Satu struktur sosial melibatkan perhubungan dan proses-proses
sosial dan ekonomi berasaskan nasab ibu / matrilineal sebagai
dasar utama.

– Skop Adat Perpatih amat luas dari segi politik, ekonomi, sosial,
moral, material, mental, spiritual dan budaya.

– Diamalkan lebih dari 650 tahun oleh penduduk Negeri Sembilan.

– Hampir semua terdiri daripada masyarakat yang kuat


hubungannya dengan harta tanah (masyarakat tani)
Pengenalan
• Negeri Sembilan terdiri
daripada 9 luak
– Sungai Ujong
– Jelebu
– Rembau
– Naning
– Kelang
– Segamat
– Pasir Besar
– Jelai
– Ulu Pahang
(Newbold, T. J. , 1839)
Pengenalan
• Negeri Sembilan kini
– Sungai Ujong
– Jelebu
– Rembau
– Johol
– Ulu Muar
– Inas
– Jempul
– Terachi
– Gunung Pasir
Loghuk loghak bunyi podati
Podati oghang poie ko Padang
Gonto kobau bobunyi juo
Bia pagi dapek sopighing pagi
Bia potang dapek sopinggan
potang
Pagaruyung tokonang juo
Perspektif Adat Perpatih

Biar mati anak


Jangan mati adat ?
Perspektif Adat Perpatih
Adat Perpatih Tidak Beku
tak lomak dek santan
tak kuning dek kunyit
di gadai tak di makan caga
di jua tak di makan boli

toghik bojelo-jelo
kondo bodonting-donting
toghimpit kek atas
tokughong kek lua
duduk soghang sompit-sompit an
duduk ghamai bologo-logo an
PERSPEKTIF ADAT PERPATIH
FUNDAMENTAL TIDAK FUNDAMENTAL
• Adat yang tidak boleh di • Adat tidak beku
ubah • Boleh berubah mengikut
• Contoh : kesesuaian pada sesuatu
– Perwarisan Tanah Adat keadaan
– Hidup Bersuku • Contoh :
– Sistem Matrileneal – Majlis nikah kahwin
– Kelaziman dalam
“Patah tumbuh hilang masyarakat
berganti, pesaka begitu – Sikap masyarakat
juga”
“Usang-usang diperbaharui,
lapuk-lapuk dikajangi”
Dendam Tak Sudah
Perspektif Adat Perpatih
• Suku-suku di Negeri
Sembilan
– Biduanda
– Tanah Datar
– Mungkal
– Seri Lemak (Selemak)
– Seri Melenggang
(Semelenggang)
– Tiga Batu
– Tiga Nenek
– Batu Belang
– Batu Hampar
– Paya Kumbuh
– Anak Acheh
– Anak Melaka
Perspektif Adat Perpatih

• Adat itu adalah peraturan di dunia.


• “Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah”

• Adat adalah kebaikan


• “Adat menimbulkan yang baik, menghilangkan
yang buruk”

• Membawa ketenteraman dalam masyarakat


• “Adat sentosa di dalam negeri”
Sistem Pentadbiran Adat
• Sistem adat perpatih di terima pakai di dalam sosio budaya
masyarakat di Negeri Sembilan.

• Dalam Bahagian 1, Bab 6, UUTKNNS 1959, iaitu mengenai


Dewan Keadilan dan Undang.

• Bab 6, Fasal 16 “Hendaklah ada sebuah dewan keadilan


dan undang yang dinamakan dalam bahasa Inggeris “The
Council of The Yang Di-Pertuan Besar dan the Ruling
Chiefs” yang kemudian dari ini disebut sebagai dewan untuk
menasihatkan atas soal-soal ini berkaitan dengan adat
istiadat orang-orang Melayu ……….”
Sistem Pentadbiran Adat

“Raja menobat di dalam alam


Penghulu menobat di dalam luak
Lembaga menobat di dalam lingkungannya
Buapak menobat pada anak buahnya
Orang banyak menobat di dalam terataknya”
Sistem Pentadbiran Adat
• Yang DiPertuan Besar Negeri
Sembilan (Yamtuan)
– Bermula pada tahun 1773 selepas
kemasukan Raja Melewar sebagai
Yang DiPertuan Besar yang
pertama

– Kedudukan Yamtuan dijelaskan


dalam Bahagian 1, Bab 3, Fasal
7(1).

– “Hendaklah ada seorang Yang


DiPertuan Besar bagi negeri ini
untuk menjalankan kewajipan-
kewajipan dan kuasa-kuasa
seorang raja mengikut
perlembagaan ini dan kedudukan
tarafnya hendaklah terkanan
daripada orang-orang lain dalam
negeri ini.”
Sistem Pentadbiran Adat
• Pelantikan Yang DiPertuan Besar

–“Tiadalah boleh dipilih siapa-siapa menjadi Yang DiPertuan Besar bagi


negeri ini melainkan ianya seorang Melayu laki-laki yang sempurna akal
dan memeluk agama negeri ini dan anak di dalam nikah yang
berketurunan dari Raja Radin ibni Raja Lenggang mengikut sebelah laki-
laki.”
- UUTKNNS 1959, Bahagian 1, Bab 3, Fasal 7(3)

• Dilantik di kalangan putera raja yang berempat :-


1. Tunku Besar Seri Menanti
2. Tunku Laxamana
3. Tunku Muda Serting
4. Tunku Panglima Besar
Sistem Pentadbiran Adat
• Luak bermaksud kawasan pentadbiran di bawah
pentadbiran ketua dikenali sebagai Undang/Penghulu.

• Negeri Sembilan terbahagi kepada :-


– 4 Luak Berundang – Sg Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau
– 1 Wilayah Tunku Besar - Tampin
– 5 Luak Tanah Mengandung – Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir,
Jempol dan Terachi.
– Luak Air Kaki Lingkungan – Seri Menanti
Sistem Pentadbiran Adat
• Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat
–Istilah undang adalah khusus bagi ketua luak Sungai Ujong,
Jelebu, Johol dan Rembau.

–Jawatan undang disandang oleh suku waris di setiap luak


iaitu Suku Biduanda.

–Undang merupakan kuasa tertinggi dalam luaknya. Hal


ehwal luaknya tidak tertakluk kepada Yamtuan.

–Dibantu oleh pembesar-pembesar luak masing-masing.


• “Undang luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol
dan Undang Luak Rembau hendaklah orang-orang yang dipilih dengan
khasnya menurut adat luak mereka masing-masing.”
–UUTKNNS 1959, Bahagian 1, Bab 5, Fasal 14 (1)
Sistem Pentadbiran Adat
• Gelaran bagi Yang
Teramat Mulia
Undang Yang Empat

–Sungai Ujong -
• Dato’ Kelana Petra
Sistem Pentadbiran Adat
• Gelaran bagi Yang
Teramat Mulia
Undang Yang Empat

–Jelebu
• Dato’ Mendika Menteri
Akhirulzaman
Sistem Pentadbiran Adat
• Gelaran bagi Yang Teramat
Mulia Undang Yang Empat

–Johol
• Dato’ Johan Pahlawan Lela
Perkasa Setiawan
Sistem Pentadbiran Adat
• Gelaran bagi Yang
Teramat Mulia
Undang Yang Empat

–Rembau
• Dato’ Lela Maharaja (jika
disandang oleh waris
Biduanda Jakun)
• Dato’ Sedia Raja (jika
disandang oleh waris
Biduanda Jawa)
Sistem Pentadbiran Adat
• Sungai Ujong terdapat lagi
seorang ketua yang
bertanggungjawab di
sebelah air iaitu Dato’
Syahbandar.

• “Dato’ Syahbandar Sungai


Ujong hendaklah seorang
yang dipilih dengan
khasnya menjadi tunggak
warisan di air menurut adat
luak Sungai Ujong.”
- UUTKNNS 1959, Bahagian 1,
Bab 5(b) Fasal 15(1).
Sistem Pentadbiran Adat
• Yang Teramat Mulia Tunku Besar Tampin

–Pemerintah di Wilayah Adat Tampin

–Jawatan ini diwarisi turun temurun

–Tidak terlibat di dalam proses pemilihan


dan pelantikan Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan

• “Pesaka Tengku Besar Tampin


hendaklah turun temurun daripada
putera yang sulong di antara putera-
putera yang di dalam nikah keturunan
Tengku Said Abdul Hamid bin Tengku
Said Syaban dari sebelah pihak laki-
laki…….”
–UUTKNNS 1959, Bahagian 1, Bab 5, Fasal
14(2)
Sistem Pentadbiran Adat
• Luak Tanah Mengandung
terdiri daripada
– Ulu Muar
– Inas
– Terachi
– Jempol
– Gunung Pasir

• Diketuai oleh Penghulu


Luak
Sistem Pentadbiran Adat
• Lembaga
– Ketua suku
– Dipilih di kalangan anak buah (mengikut giliran) oleh Buapak
– Fungsi Lembaga
a) Ketua sukunya
b) Pembahagian harta pusaka terutamanya tanah adat
– Pertukaran nama atau pewarisan tanah adat perlu mendapat
persetujuan dan tanda tangan Lembaga di hadapan Pegawai Daerah
atau pegawai yang diberi kuasa.

c) Menjaga keselamatan dan keharmonian di kalangan anak buahnya.


Sistem Pentadbiran Adat
• Buapak
– Ketua perut
– Akronim daripada perkataan ‘ibu’ dan ‘bapa’.
– Dipilih daripada anggota-anggota perutnya yang layak.
– Pelantikan perlu disahkan oleh Lembaga

– Fungsi Buapak
a) Ketua perut
b) Membantu Lembaga jika berlaku masalah di kalangan anggota perut.
c) Penjaga hal ehwal perutnya umpama ibu dan bapa kepada anak
buahnya.
Kepimpinan Dalam Adat Perpatih
• Orang Besar/Tua Waris
– Wakil Lembaga
• Dipilih oleh Lembaga di kalangan anak buah yang berkelayakan.

– Fungsi Orang Besar/Tua Waris


a) Tua di dalam suku
b) Wakil Lembaga di dalam urusan adat seperti perbicaraan tanah
adat.
c) Penimbal balik kepada Lembaga dan Buapak
Kepimpinan Dalam Adat Perpatih

Ketua Adat Luak

Lembaga Suku

Buapak Perut

Rumpun
Kadim

Anak Buah
Anak Buah
Sistem Pentadbiran Adat

“Bulat anak buah menjadikan Buapak


Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Undang/Penghulu
Bulat Undang menjadikan keadilan/Raja”
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
• Tafsiran Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Sembilan 1959 :-

1. Raja
• Raja merujuk kepada Yang DiPertuan Besar Negeri
Sembilan, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

• “Dengan tertakluk kepada Ceraian (2) di bawah fasal ini


maka perkataan raja di mana-mana yang tertulis di dalam
bahagian yang kedua perlembagaan ini adalah bermakna
Yang Maha Mulia dan Undang Yang Empat serta Tengku
Besar Tampin yang ada pada masa itu.”
 UUTKNS 1959, Bahagian 1, Bab 8, Fasal 28(1)
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
2. Agama bagi Negeri

• Agama bagi negeri adalah Islam.

• “Agama bagi negeri ini ialah Islam sebagaimana


yang dipeluk dan diamalkan di dalam negeri ini;
tetapi agama yang lain itu bolehlah diamalkan
dengan aman dan damainya oleh mereka-mereka
yang memeluknya di mana-mana jua dalam negeri
ini.”
 UUTKNS 1959, Bahagian 1, Bab 2, Fasal 5
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
3. Ketua Agama Islam

• Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan


merupakan Ketua Agama Islam.

• “Pada menjalankan kewajipan-kewajipan dan


kuasa-kuasa sebagai Ketua Agama dalam negeri
ini Duli Yang Maha Mulia hendaklah mendapat
persetujuan Undang Yang Empat.”
 UUTKNS 1959, Bahagian 1, Bab 2, Fasal 6 (2)
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
4. Kedaulatan Diraja

• Yang DiPertuan Besar, Undang Yang Empat dan Tunku


Besar Tampin tertakluk di bawah kedaulatan raja-raja.

• “Dikecualikan sebagaimana yang ditegaskan dalam ini maka


perlembagaan ini tiadalah menyentuh kedaulatan, kuasa-
kuasa dan kuasa pemerintahan Yang Maha Mulia dan
Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin”
 UUTKNS 1959, Bahagian 2, Fasal 79

– Ia dinyatakan juga di dalam Perkara 181,


Perlembagaan Malaysia.
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
• Pentadbiran negeri diketuai oleh YAB Menteri Besar.

• Menteri Besar dilantik dan dipersetujui oleh raja.


- UUTKNS 1959, Bab 2, Fasal 36

• “Raja hendaklah melantik seorang Menteri Besar


dengan surat perintah yang ditandatangani dan dicap
mohor kerajaan menurut syarat-syarat Perenggan 1
Ceraian (2) di bawah Fasal 38.”
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
• Menteri Besar mestilah seorang Melayu dan
beragama Islam.

• “Dengan tertakluk kepada Ceraian (3) di bawah


fasal ini seseorang tidak boleh dilantik menjadi
Menteri Besar melainkan ianya seorang Melayu
dan beragama Islam.”
– UUTKNS 1959, Bahagian 2, Fasal 36(2)
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
• Menteri Besar akan dibantu oleh YB Dato’ Setiausaha
Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang dan
Pegawai Kewangan Negeri.

• “Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha


Kerajaan, Penasihat Undang-undang dan Pegawai
Kewangan Negeri, dan perlantikan bagi jawatan-jawatan
itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana
perkhidmatan awam yang relevan.”
– UUTKNS 1959, Bahagian 2, Fasal 37(1)
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Tun Abdul Malek bin Yusof


(Menteri Besar Pertama)
1948 - 1953
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Dato’ Shamsudin Nain


(Menteri Besar Kedua)
1953 - 1959
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Tan Sri Dato’ Dr. Mohammad bin Said


(Menteri Besar Ketiga)
1959 - 1969
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Dato’ Mansor bin Othman


(Menteri Besar Keempat)
1969 - 1978
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Tan Sri Dato’ Seri Utama Rais bin Yatim


(Menteri Besar Kelima)
1978 - 1982
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Tan Sri Isa bin Abdul Samad


(Menteri Besar Keenam)
1982 - 2004
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan

Dato’ Seri Utama Mohammad bin Haji


Hassan
(Menteri Besar Ketujuh)
2004 - kini
Sistem Pentadbiran Negeri
Sembilan
• Setiausaha Kerajaan Negeri mestilah
Melayu dan beragama Islam.

• “Setiausaha Kerajaan ini hendaklah


seorang Melayu dan beragama Islam dan
dialah menjadi pegawai kanan untuk
mengetuai urusan hal ehwal pentadbiran
negeri.”
– UUTKNS 1959, Bahagian 2, Fasal 37 (2a)
Majlis Durbar yang pertama di Kuala Kangsar turut
dihadiri oleh YTM Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin
Kesimpulan
• Sistem Adat Perpatih dilindungi oleh Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959

• Terdapat fungsi yang tersendiri antara sistem


pentadbiran adat dan sistem pentadbiran
moden.

• Wujud saling kebergantungan di antara kedua-


duanya.
“Kok ngompang tak boghalahan...
pocah ompangan”

“Kok maga tak bopintu...ghoboh


paga”

You might also like