You are on page 1of 26

7.

2 Imbangan Pembayaran

AE025 1
7.2.1 a. Takrif Imbangan Pembayaran

 Satu penyata kewangan yang merekodkan segala


urusniaga barang dan perkhidmatan dan aliran modal
antarabangsa untuk tempoh tertentu.
 Ia berguna untuk membolehkan kerajaan mengetahui
kedudukan eko a/bangsa negara. Ia membantu
kerajaan membuat keputusan mengenai dasar-dasar
kewangan dan fiskal serta isu-isu perdagangan dan
pembangunan a/bangsa.
 Terdiri daripada 3 struktur imbangan / akaun:
i. Imbangan Akaun Semasa
ii. Imbangan Akaun Modal & Kewangan
iii. Imbangan Keseluruhan

AE025 2
7.2.1 b. Jenis Akaun Imbangan Pembayaran

Struktur Imbangan Pembayaran

Imbangan Pembayaran

Imbangan Imbangan
Imbangan Akaun Modal & Keseluruhan
Akaun Semasa Kewangan
Pelaburan
Lain
Imbangan Imbangan Pindahan Pelaburan Pelaburan
Barangan & pendapatan Semasa Langsung Portfolio
Perkhidmatan AE025 3
Struktur Imbangan Pembayaran

 Semua pembayaran yang diterima dari luar negara akan


dicatat sebagai kredit
 Semua pembayaran yang dibuat ke luar negara akan
dicatat sebagai debit
 Walaupun catatan bergu diamalkan , jumlah kredit tidak
sama dengan jumlah debit. Ini berlaku kerana ada
kesilapan dalam catatan atau terdapat urusniaga yang
tidak direkod.
 Maka bagi mengimbangi, satu butiran akan dicatat
sebagai kesilapan dan ketinggalan

AE025 4
Format Imbangan Pembayaran Malaysia
Nilai (RM Juta)
Butir 2001 2002 2003 2004
Bersih Bersih Bersih Bersih
A. Barangan dan Perkhidmatan 61488 66121 82462 95695
1. Barangan 69854 72117 97762 104474
1.1 Eksport 334326 358504 397969 481240
1.2 Import 264472 286387 300207 376766
2. Perkhidmatan - 8366 - 5996 - 15300 - 8780
2.1 Pengangkutan - 11352 - 11572 - 13486 - 17783
2.2 Perjalanan 16148 17102 11523 19398
2.3 Urus Niaga Kerajaan 25 - 284 - 327 - 721
2.4 Perkhidmatan Lain - 13187 - 11242 - 13011 - 9675
B. Pendapatan - 25623 - 25061 - 22537 - 24549
C. Pindahan Semasa - 8178 - 10566 - 9300 -14633
D. Imbangan Akaun Semasa 27687 30494 50625 56511
E. Akaun Kewangan - 14791 - 11941 - 12146 15083
1. Pelaburan Langsung 1091 4935 4194 9739
2. Pelaburan Portfolio - 2466 - 6506 4168 33829
3. Pelaburan lain - 13416 - 10370 - 20508 - 28485
F. Kesilapan dan Ketinggalan - 9234 - 4362 -580 11467
G. Imbangan Keseluruhan (D + E + F ) 3662 14191 39059 83061
H. Aset Rizab - 3662 - 14191 - 39059 - 83061
AE025 5
Analisis Imbangan Pembayaran dari Tahun
2002 hingga 2004
 Pada Keseluruhannya Imbangan Pembayaran Malaysia
tempoh 2002 hingga 2004 adalah mengalami Imbangan
Pembayaran Lebihan yang semakin meningkat setiap
tahun.
 Berpunca daripada lebihan Akaun Semasa yang semakin
meningkat kerana berlakunya lebihan dalam Akaun
Barangan dan Perkhidmatan yang semakin meningkat.
 Akaun kewangan mengalami defisit yang berterusan
sepanjang tahun 2002-2003 kerana berlaku defisit
berterusan dalam Akaun Pelaburan lain. Teatapi pada
Akaun kewanga bertambah baik pada tahun 2004 akibat
kemasukan pelaburan portfolio yang menggalakkan.
 Aset rizab (pertukaran asing) di bank Negara Malaysia
semakin meningkat.

AE025 6
(i) D. Imbangan Akaun Semasa

 Mencatatkan semua urusniaga mengenai barang-


barang dan perkhidmatan serta semua bayaran
pindahan yang melibatkan pihak swasta dan kerajaan
 Terdiri daripada
i. Akaun Barangan dan perkhidmatan
ii. Akaun Pendapatan
iii. Pindahan Semasa

AE025 7
A. Akaun Barangan dan Perkhidmatan

 Menunjukkan jumlah barang dan perkhidmatan yang


diurusniagakan antara Malaysia dengan rakan-rakan
dagang, tidak termasuk pelaburan asing

1. Akaun Barangan
Akaun Barangan adalah Perbezaan Eksport barang
(nampak) dengan Import barang (nampak)
 Imbangan Dagangan = X brg – M brg
 Apabila X > M maka ID lebihan(surplus)
 Apabila M > X maka ID kurangan(defisit)

AE025 8
2. Akaun Perkhidmatan

 Mencatatkan butiran eksport perkhidmatan (tak


nampak) dengan import perkhidmatan (tak nampak)
 Imbangan Perkhidmatan
= X perkhidmatan – M perkhidmatan
 Apabila X > M maka IPerkhidmatan lebihan (surplus)
 Apabila M > X maka IPerkhidmatan kurangan (defisit)
 Imbangan Perkhidmatan termasuk pengangkutan,
perjalanan, urus niaga kerajaan dan perkhidmatan-
perkhidmatan lain.

AE025 9
B. Akaun Pendapatan

 Merupakan satu komponen yang sentiasa mengalami


defisit besar dalam akaun semasa, maka ia diasingkan
daripada akaun perkhidmatan supaya pihak kerajaan
boleh fokus kepada perkara tersebut apabila menggubal
dasar luar negeri.

AE025 10
C. Pindahan Semasa

 Terdiri drpd BP swasta dan BP kerajaan


 BP swasta adalah BP dari sebuah negara ke negara
lain antara penduduknya.
 Cth: pekerja asing yang bekerja di Malaysia
menghantar sebahagian pendapatan mereka kepada
keluarga di negara asal dan sebaliknya bagi
penduduk Malaysia yang berkhidmat di luar negara
 Perbezaan antara nilai pembayaran pindahan
dengan penerimaan pindahan tersebut dikenali
sebagai pindahan swasta bersih.

AE025 11
 BP kerajaan merupakan pindahan bayaran dari
sebuah negara ke negara lain antara kerajaan
 Cth: Pelajar Malaysia yang menggunakan
perkhidmatan seperti pendidikan, perubatan,
perumahan, pengangkutan dsb di luar negeri.
 Kerajaan Malaysia akan memberi biasiswa untuk
membiayai perbelanjaan tersebut. Ini merupakan
pembayaran ke luar negeri dan sebaliknya untuk
pelajar luar negeri yang belajar di Malaysia.
 Termasuk juga bantuan ekonomi, bantuan
kemanusiaan, ketenteraan dan hadiah
 Perbezaan nilai pembayaran dan penerimaan atas
perkhidmatan tersebut merupakan pindahan kerajaan
bersih

AE025 12
 Tahun 2004 Akaun Pindahan Semasa mengalami defisit
iaitu -RM 14 633

Akn. Barangan & Perkhidmatan RM95 695
+ Akn. Pendapatan -RM24 549
+ Pindahan Semasa -RM14 633
Imbangan Akaun Semasa RM56 511

 Imbangan Akaun Semasa mengalami lebihan sebanyak


RM56 511.

AE025 13
(ii) E. Imbangan Akaun Kewangan

 Mencatatkan semua pergerakan modal dalam


bentuk wang yang dipinjam atau dilaburkan oleh
penduduk sesebuah negara di negara lain.

 Mengandungi 3 komponen iaitu:-


i) Pelaburan Langsung
ii) Pelaburan Portfolio
iii) Pelaburan lain

AE025 14
 Pelaburan Langsung merujuk kepada pelaburan
jangka panjang seperti pembinaan kilang oleh para
pelabur di negara asing

 Pelaburan portfolio merujuk kepada pelaburan yang


melibatkan pembelian surat jaminan kerajaan dan
bon yang dikeluarkan oleh bank pusat

 Pelaburan lain merujuk kepada pelaburan yang


dilakukan antara kerajaan

AE025 15
F. Kesilapan dan ketinggalan

 Kesilapan dan ketinggalan ialah pergerakan


modal jangka pendek yang tidak dapat
ditentukan sama ada modal jangka pendek
swasta atau rasmi. Keadaan ini wujud kerana
perbezaan dalam masa pembayaran dan
penerimaan oleh pengimport dan pengeksport

AE025 16
(iii) G. Imbangan Keseluruhan

 Imbangan Pembayaran
= Imbangan Akaun Semasa + Imbangan Akaun kewangan
+ Kesilapan dan Ketinggalan

= ( Imb. Barang dan perkhidmatan + Imb. Pendapatan +


Pindahan Bersih) + Imbangan Akaun Kewangan +
Kesilapan dan Ketinggalan

AE025 17
14.2.1 c. Langkah Mengatasi Defisit Imbangan
Barangan dan Perkhidmatan

i) Meningkatkan eksport barangan dan mengurangkan


import barangan melalui:-

• Subsidi eksport
• Cukai import
• Devaluasi
• Kawalan pertukaran asing

AE025 18
Subsidi eksport

 Meningkatkan eksport dan mengurangkan import melalui


subsidi eksport. Menambahkan pelbagai insentif eksport
supaya X meningkat dan mengetatkan pelbagai sekatan
import supaya import berkurang
 Kerajaan memberi subsidi eksport kepada industri
berorientasikan eksport. Kos pengeluaran akan turun
dan harga barang eksport lebih murah dan dapat
berdaya saing di pasaran antarabangsa
 Meningkatkan daya saing barangan Malaysia supaya
eksport barang Malaysia meningkat

AE025 19
Cukai import

 Menggalakkan penggantian import barang penggunaan


dan mengurangkan import barang pelaburan dan
perantaraan supaya import barang Malaysia menurun.
Cukai import boleh digunakan bg mengurangkan import
dan permintaan tempatan beralih kepada barang
penggantian import

AE025 20
Devaluasi

 Dasar kerajaan untuk menurunkan nilai mata wang


tempatan bagi memperbaiki IP
 Pm akan lebih mahal DD barang M akan merosot
 Px akan lebih murah X akan meningkat
 Sesuai jika negara lain tidak menurunkan nilai mata
wang dan keanjalan DD barang X dan M adalah anjal

AE025 21
Kawalan Pertukaran asing

 Menghadkan pertukaran mata wang asing rakan


dagang. Ini akan mengurangkan keupayaan rakyat
tempatan membeli barangan import dari negara
berkenaan.

 Apabila import jatuh defisit imbangan dagangan akan


berkurangan

AE025 22
ii. Membaiki imbangan perkhidmatan melalui:-

• Galakan pelancongan dalam negeri


• Meluaskan perkhidmatan tambang dan
insurans tempatan
• Membaiki perkhidmatan lain

AE025 23
Galakan Pelancongan Dalam Negeri
 Menggalakkan pertumbuhan sektor pelancongan
dalam negeri serta menggalakkan eksport
perkhidmatan lain.
 Ini bagi meningkatkan pelancongan dalam negeri
dan mengurangkan aktiviti melancong keluar negeri
agar aliran keluar mata wang Malaysia kurang.
 Menggalakkan pelancong asing masuk ke Msia bagi
mengurangkan defisit imb. Perkhidmatan
keseluruhan.
 Walau bagaimanapun data perjalanan iaitu
perbezaan pembayaran pelancong asing dan
tempatan sentiasa positif

AE025 24
Meluaskan perkhidmatanTambang & Insurans
Tempatan

 Menggalakkan perkembangan perkhidmatan perkapalan


dan pelindungan insuran tempatan supaya dapat
mengurangkan defisit tambang dan insurans.
 Tambang dan insurans adalah perbezaan antara
penerimaan tambang dan insurans daripada penggunaan
pengangkutan dan insurans antara tempatan dengan
asing

AE025 25
Membaiki perkhidmatan lain

 Perkhidmatan lain menyumbang kepada defisit didalam


imbangan akaun perkhidmatan.
 Oleh itu langkah mengatasi defisit itu dengan membaiki
dan memajukan mutu perkhidmatan lain dengan
memajukan perkhidmatan tempatan setanding dengan
mutu perkhidmatan negara luar. Maka rakyat negara ini
lebih cenderung menggunakannya perkhidmatan lain
yang disediakan dalam negara.

AE025 26

You might also like