You are on page 1of 9

CIRI-CIRI TEORI

KOGNITIF
(MEMENTINGKAN PROSES BELAJAR DARIPADA HASIL BELAJARNYA)
KUMPULAN 2
MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD NOR (D20162075545)

MUHAMMAD SHAZRIZAL SHAHMY BIN MOHD SAFIEE @ MOHD SAPIEE


(D20162075562)

JOSHUA CHEE YIK-REN (D20162075545)

MOHAMAD NAJIB BIN AHMAD UZAIMI (D20162075563)


NYATAKAN CIRI-CIRI UTAMA TEORI KOGNITIF
DAN HURAIKAN CONTOH PENGAJARAN BIOLOGI
YANG BERTERASKAN TEORI KOGNITIF
1. MENYEDIAKAN PENGALAMAN BELAJAR DENGAN MENGAITKAN
PENGETAHUAN YANG DIMILIKI PELAJAR SEDEMIKIAN RUPA
SEHINGGA BELAJAR MELALUI PROSES PEMBENTUKAN
PENGETAHUAN.

• Sebagai contoh para pelajar di sekolah melakukan kerja amali berdasarkan


pengetahuan yang sedia ada. Mereka menjalankan kerja amali tersebut
dengan panduan yang diberikan.Mereka akan merekod keputusan kerja amali
tersebut dan bandingkan keputusan yang diperoleh.

• Kemudian mereka melakukan perbincangan tentang sebab dan penerangan


tentang keputusan yang telah diperoleh.Dengan ini, dapat mengukuhkan ilmu
pengetahuan para pelajar tersebut.
2. MENYEDIAKAN BERBAGAI ALTERNATIF PENGALAMAN
BELAJAR, TIDAK SEMUA MENGERJAKAN TUGAS YANG SAMA,
MISALNYA SUATU MASALAH DAPAT DISELESAIKAN DENGAN
PELBAGAI CARA.

• Sebagai contoh apabila pelajar tersebut menjawab kertas


peperiksaan. Di dalam kertas peperiksaan tersebut mempunyai
pelbagai jenis aras soalan yang berbeza.Oleh itu, setiap aras soalan
tersebut harus dijawab dengan cara yang berbeza.
3. MENGINTERGASIKAN PEMBELAJARAN DENGAN SITUASI YANG
REALISTIK DAN RELEVAN DENGAN MELIBATKAN PENGALAMAN YANG
KHUSUS, MISALNYA UNTUK MEMAHAMI SUATU KONSEP PELAJAR
MELALUI KENYATAAN KEHIDUPAN SEHARIAN.

• Membuat sesi soal jawab untuk memastikan tahap pengetahuan


pelajar.
• Memberi satu contoh situasi dalam konsep Biologi dengan
kehidupan seharian.
• Dapat menarik minat belajar dan memberi inspirasi untuk belajar.
4. MENGINTEGRASI PEMBELAJARAN SEHINGGA BESAR KEMUNGKINAN TERJADI
TRANSMISI SOSIAL IAITU TERJADINYA INTERAKSI DAN KERJASAMA SESEORANG
DENGAN ORANG LAIN.

• Melaksanakan perbincangan dalam kumpulan pada waktu kelas.

• Bekerjasama dalam melaksanakan eksperimen dalam sesi makmal Biologi

• Menyediakan satu permainan 'Snake and Ladder' yang melibatkan soalan-


soalan Biologi.
5.MEMANFAATKAN PELBAGAI MEDIA TERMASUK KOMUNIKASI
LISAN DAN TERTULIS SEHINGGA PEMBELAJARAN MENJADI
LEBIH EFEKTIF.
• Menggunakan alat bantu mengajar seperti tayangan video mengenai tajuk-tajuk silibus dalam
subjek Biologi sebagai contoh menayangkan video mengenai “organisasi sel dalam tubuh
manusia” dengan melibatkan perbincangan dua hala antara guru dengan pelajar dan pelajar
dengan pelajar.
• Melibatkan penggunaan medium pencarian maklumat terkini melalui internet, majalah, dan
buku-buku tentang sukatan pelajaran Biologi yang dipelajari sebagai contoh berkenaan tajuk
“pembahagian sel mitosis” dalam sukatan pelajaran Biologi tingkatan 4.
• Menggalakkan perkongsian yang aktif antara para pelajar dan guru mengenai maklumat dan
ilmu pengetahuan yang diperolehi melalui media tersebut bagi memperkasakan lagi
kemahiran komunikasi lisan dan bertulis sebagai contoh para pelajar berkongsi maklumat
mengenai tajuk respirasi iaitu “keperluan tenaga untuk proses hidup” dan kemudian
mencatat setiap apa yang diperolehi.
• Para pelajar melakukan pembentangan secara individu dan berkumpulan tentang setiap tajuk
yang dipelajari sebagai contoh bagi bab 6 “jenis-jenis nutrisi” sebaik sahaja tamat sesi
pengajaran yang dilakukan guru bagi memastikan pembelajaran menjadi lebih efektif.
6. MELIBATKAN PELAJAR SECARA EMOSIONAL DAN SOSIAL
SEHINGGA PELAJAR MENJADI MENARIK DAN PELAJAR UNTUK
BELAJAR.
• Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik apabila guru aktif bertanyakan soalan-
soalan yang mencabar minda pelajar bersesuaian dengan tahap pemikiran para pelajar sebagai contoh
bertanyakan para pelajar apakah yang akan dilakukan oleh mereka jika mereka menjadi Perdana
Menteri untuk menghalang manusia daripada terus mengancam ekosistem dalam bab 9 iaitu
“Endangered Ecosystem”.
• Guru melakukan pemantauan secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran pelajar, memberi maklum
balas, meminta soalan yang mencabar, dan mempersoalkan idea pelajar. Sebagai contoh mengenai bab
3, “pergerakan bahan merentas membran plasma”. Guru menyoal pelajar secara mendalam mengenai
mengapa sel hidup memerlukan bahan dari persekitaran luar dan mengapa setiap sel hidup perlu
menjalani proses hidup seperti penyingkiran hasil tindak balas metabolisme seperti urea, ammonia dan
asid laktik.
• Guru mesti kreatif dalam membangunkan pelbagai aktiviti, membuat alat atau media pembelajaran
yang berkesan sehingga mempengaruhi emosi dan perilaku sosial pelajar sebagai contoh memberikan
arahan kepada para pelajar supaya merakam satu video penerangan berkenaan tajuk “deforestation”
dan merakamkan satu temu bual dengan pembalak haram dan kemudiaannya menguploadkannya ke
laman Youtube.

You might also like