You are on page 1of 9

SUKAN RAKYAT

TARIKH : 16 OGOS 2023


HARI : RABU
JAM : 7.30 – 10.30 PAGI
GALAH PANJANG
 KATEGORI : LELAKI DAN PEREMPUAN
 PENYERTAAN : 10 ORANG SETIAP KELAS ( 5 LELAKI, 5 PEREMPUAN)
 PENYERTAAN SEMUA KELAS ADALAH DIWAJIBKAN
 HADIAH : HAMPER TEMPAT 1 - 3
PERMAINAN GALAH
PANJANG
 Galah panjang adalah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas
gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat
mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain.
Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain
galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat
mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang
galah pnjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran
seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang
mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada
pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang
mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh
menang dengan mudah.
CARA BERMAIN
Cara permainan galah panjang tidaklah sesukar mana tapi ia dapat menguji kepintaran, kecekapan dan
kepantansan setiap pemain.

1. Gelanggang galah panjang di lakar diatas tanah yang lapang. Panjang dan lebar bergantung kepada pelukis
garisan dan bilangan pemain. Selalunya satu petak galah panjang berukuran lebih kurang 2 meter x 1.5
meter.

2. Selepas pemilihan dilakukan, setiap kumpulan akan melakukan pemilihan ketua. Ketua dari kedua-dua
kumpulan akan mengundi siapa yang menjaga gelanggan dan siapa yang menempuh gelanggang.

3. Selepas penentuan, kumpulan yang menjaga gelanggang akan menjaga gelanggang dengan berpijak diatas
garisan yang dilukis tadi. Ketua akan menjaga garisan tengah dan bebas pergi kemana-mana garisan depan
atau belakang.

4. Kumpulan menempuh gelanggang akan berkumpul di depan, seterusnya ketua akan menyapakan tanganya
dengan ketua pihak lawan. Seterusnya merka belari masuk ke dalam gelanggang.

5. Penjaga akan mejaga kawasannya agar pihak penempuh tidak melepasi garisan yang dijaganya.

6. Penempuh akan menempuh sampai melepasi garisan paling akhir tanpa disentuh oleh penjaga gelanggang
dan kemudiannya berpatah balik.
SYARAT PERMAINAN
Jika penjaga gelanggang dapat menyentuh anak buah, maka anak buah akan mati atau tamat gilirannya bermain
dan dikehendaki keluar gelanggang.

Jika penjaga gelanggang menyentuh ketua, maka seluruh ahli penempuh akan tamat giliran dan akan bertukar
giliran antara penjaga dan penempuh
KUMPULAN
TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5
BESTARI ELIT BESTARI BESTARI BESTARI
DINAMIK BESTARI DINAMIK ELIT ELIT
ELIT DINAMIK ELIT KREATIF KREATIF
KREATIF KREATIF INOVATIF SETIA SETIA
SETIA SETIA KREATIF USAHA USAHA
USAHA SETIA WAWASAN WAWASAN
WAWASAN USAHA
WAWASAN
BORANG PENYERTAAN
JADUAL PERTANDINGAN
SEKIAN

 DISEDIAKAN OLEH : PUAN NOOR AIMAH BINTI NULHASAN


 PENYELARAS PROGRAM

You might also like