You are on page 1of 4

CERPEN BAWOD

LATIHAN PENGUKUHAN
1. Mengapakah Beluntung memegang ekor Tuyog kuat-kuat apabila Tuyog turun ke
sungai?
Beluntung memegang ekor Tuyog kuat-kuat apabila Tuyog turun ke sungai kerana
takut terjatuh semasa melalui arus sungai yang deras dan kadang-kadang Tuyog
suka berendam di dalam air sungai.

2. Nyatakan dua latar tempat yang terdapat dalam cerpen.


Latar tempat yang terdapat dalam cerpen ialah di rumah Beluntung contohnya
semasa Beluntung meninjau air yang semakin naik. Latar tempat seterusnya ialah
di kelas Beluntung di mana Beluntung hampir bertumbuh dengan Basil.

3. Mengapakah Beluntung selalu diejek oleh rakan-rakannya?


Beluntung selalu diejek oleh rakan-rakannya kerana dia berbau kerbau kerana
dia menaiki kerbaunya untuk datang ke sekolah.
4. Apakah pesanan ibunya menyebabkan Beluntung tidak jadi bergaduh dengan
rakan-rakan sekelasnya yang sering mengejeknya?
Beluntung tidak jadi bergaduh dengan rakan-rakan sekelasnya yang sering
mengejeknya kerana teringat pesanan ibunya bahawa kalau hendak berlawan
dengan rakan, berlawan dalam pelajaran dan bukannya dengan berlawan tenaga.

5. Mengapakah bapa Beluntung menyembelih Bawod?


Bapa Beluntung menyembelih Bawad untuk dijadikan juadah kenduri kesyukuran.
Kenduri kesyukuran itu diadakan bagai meraikan kejayaan Beluntung dalam
peperiksaan darjah 6.

6. Bagaimanakah reaksi Beluntung apabila mengetahui bahawa Bawod telah


disembelih?
Apabila mengetahui bahawa Bawod telah disembelih, Beluntung menangis dan
meraung sambil memeluk Bawod yang sudah tidak bernyawa sambil memberitahu
orang ramai bahawa Bawod adalah sahabatnya.
7. Pada pendapat anda, wajarkah bapa Beluntung menyembelih Bawod untuk kenduri

kesyukuran itu? Huraikan jawapan anda. (KBAT)


Pada pendapat saya, bapa Beluntung wajar menyembelih Bawod untuk kenduri
kesyukuran kerana kerana haiwan belaan seperti kambing, ayam dan lembu
kebiasaannya memang dijadikan makanan. Selain itu, mungkin bapa Beluntung
tidak mampu membeli makanan yang lain untuk dijadikan juadah kenduri.
Mungkin juga bapanya tidak mengetahui bahawa Beluntung terlalu menyayangi
Bawod

8. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh kita lakukan untuk
menjadi murid cemerlang? (KBAT)
Pada pendapat saya, untuk menjadi murid cemerlang kita hendaklah berusaha
bersungguh- sungguh untuk mencari seberapa banyak ilmu pengetahuan dan
sentiasa memberi sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar. Kita juga
harus mempunyai sahsiah yang baik seperti sentiasa menghormati orang lain,
suka membantu dan merendah diri. Dalam pada itu, kita harus mentaati ajaran
agama dan sentiasa menghormati ibu bapa.

You might also like