You are on page 1of 78

ETE 4033 SUPERVISORY

FUNCTION
SEMESTER 4/ TAHUN 2 SVM ETE
PN. SITI ROSLIDA BINTI MUHAMMAD YUSOF
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1 JENIS-JENIS BAHAYA


Apabila seseorang memperkatakan tentang risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, dia
memperkatakan tentang kebarangkalian kecederaan berlaku dan impaknya kepada pekerja
akibat hazard yang terdapat di tempat beliau bekerja. Kebarangkalian adalah pengukuran
frekuensi berlakunya kemalangan. Oleh kerana kebarangkalian berlakunya kemalangan dan
impak kemalangan boleh dikawal, maka risiko boleh diurus sehingga ia boleh diminimumkan dan
diterima. Terdapat tiga jenis bahaya yang kerap digunakan di dalam pengurusan risiko
keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Jenis tersebut ialah
i. Hazard
ii. Risiko
iii. Bahaya
SIMBOL HAZARD
SIMBOL
BAHAYA/
HAZARD/
RISIKO
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.1 Definisi Hazard


Hazard adalah apa sahaja secara sendirian atau bersaling tindak antara satu dengan
lain yang mampu mengakibatkan kemudaratan. Kemudaratan ini berbeza-beza dari
segi ketenatnya yang mengakibatkan kematian sehinggalah kepada kecederaan kecil.
“Occupational Safety and Health Assessment Series 18002” (OHSAS 18002) dan
ISO/IEC Guide 51:1999 mentakrifkan hazard sebagai punca atau keadaan yang
mempunyai potensi mengakibatkan kemudaratan dalam konteks kecederaan dan
penyakit kepada manusia, kerosakan harta benda, kerosakan sekitaran tempat kerja,
atau gabungannya. Bahan kimia, sinaran, elektrik, biohazard, sistem kerja tidak
selamat adalah beberapaa contoh-contoh hazard.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.1 Definisi Hazard


• Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)

Pengenalpastian hazard bermakna pengenalpastian kejadian yang tidak diingini atau syarat-syarat yang
membawa kepada pewujudan mekanisme bahaya yang membolehkan kejadian yang tidak diingini itu
berlaku.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.2 Definisi Risiko

• Menurut OHSA 18002, risiko adalah gabungan kemungkinan (kebarangkalian) dan akibat sesuatu
peristiwa berhazard berlaku. Risiko juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan-gabungan faktor-faktor
kebarangkalian berlakunya peristiwa malang, dedahan dan impak kemalangan tersebut.
Kebarangkalian di sini bermaksud cara kemalangan itu berlaku.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.3 Definisi Bahaya

• Bahaya lebih menerangkan dedahan relatif seseorang kepada hazard. Perkataan ini lebih bersifat
perkataan yang menerangkan atau menunjukan sesuatu keadaan risiko. Misalnya, seseorang yang
sentiasa terdedah kepada hazard berada di dalam keadaan lebih berbahaya berbanding dengan
seseorang yang tidak terdedah kepada hazard.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Perhubungan antara Hazard, Risiko dan Bahaya

• Perhubungan di antara hazard, risiko dan bahaya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan contoh.
Asid hidroklorik pekat adalah hazard kimia kerana sifat intrinsik korosifnya yang berpotensi mengakibatkan
kemudaratan kepada kesihatan manusia dan kerosakan kepada sesetengah bahan. Risiko percikan asid
ke muka pekerja adalah tinggi bagi mereka yang tidak memakai perisai muka berbanding dengan mereka
yang memakainya. Bahaya jika mempipet asid dengan hidroklorik dengan mulut.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Sistem Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

• Sistem pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah berkenaan mengurus risiko yang
berkaitan dengan pekerja, aktiviti dan suasana kerjanya. Oleh kerana terdapat terlalu ramai pekerja, aktiviti
dan berbagai suasana kerja serta kombinasi ketiga-tiganya, maka pengurusannya hanya boleh dibuat
melalui suatu sistem pengurusan. Risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja melibatkan empat
peringkat utama yang berlaku secara berturutan dan saling memberikan input untuk memastikan
pengurusan yang berkesan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Sistem Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

• Sistem pengurusan risiko bermula dengan peringkat:

• a)Mengenalpasti hazard

HIRARC
• b)Menilai risiko

• c)Mengawal risiko

• d)Mengukur pencapaian

Rujuk di sini
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Sistem Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

• Peringkat pertama melibatkan proses mengenalpasti hazard yang ada di tempat kerja atau di dalam
tugas. Hazard yang telah dikenalpasti dinilai risikonya secara kuantitatif atau kualitatif dan ditentukan
samada risiko tersebut boleh diterima, berada di dalam had terima atau sebaliknya. Keputusan
seterusnya ialah mengambil langkah-langkah mengawal risiko berada di tahap yang baik, pencapaian
pengurusan perlu dipantau dan diukur. Maklumbalas yang diterima dari pengukuran pencapaian
digunakan di setiap peringkat system pengurusan agar segala perubahan kawalan yang lebih sesuaian
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.5 Jenis-jenis Hazard

• Berdasarkan takrifan hazard (di atas) kita akan dapati berbagai-bagai jenis hazard yang boleh ditemui di
dalam sesuatu tugas atau tempat kerja. Jika kita diminta menyenaraikan hazard-hazard ini, biasanya
kita akan terfokus kepada apa yang biasa kita lihat, nyata dan mengakibatkan maut atau kecederaan
sahaja. Oleh kerana terlalu banyak hazard yang ada, di sini kita akan menyentuh hanya yang berikut:
• (i) hazard fizikal
• (ii) hazard kimia
• (iii) hazard biologikal
• (iv) hazard ergonomik
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Hazard Fizikal

• Hazard fizikal ialah hazard yang bahaya berpunca dari mesin dan peralatan yang digunakan. Sesuatu
mesin dan peralatan dianggap merbahaya jika:
• a. Direka tidak selamat dan tidak sempurna.
• b. Tidak diselenggara dengan baik
• c. Dijalankan oleh pekerja tidak terlatih
• d. Digunakan bukan untuk kerja sebenar
• e. Digunakan dalam keadaan yang berbeza-beza
• f. Ditukar/dipinda secara haram
• g. Pekerja tidak bersedia atau tidak menumpukan perhatian semasa menggunakannya
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Hazard Kimia

• Antara kemalangan industri yang dilaporkan ialah kecederaan akibat sentuhan dan terhidu
bahan kimia. Bahan kimia yang digunakan di kilang-kilang adalah merbahaya dan boleh
menyebabkan kecederaan jika terdedah tanpa dilindungi. Bahan-bahan kimia seperti asid,
alkali, gas, pelarut, simen, getah sintetik, gentian kaca dan pelekat adalah bahan yang
merbahaya dan perlu diambil langkah-langkah keselamatan apabila mengendalikannya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Hazard Kimia

• Bagi sesetengah individu, habuk kayu dan minyak semulajadi dari haiwan boleh
menyebabkan tindakbalas pada kulit. Antara kesannya ialah kulit akan melecur, melepuh,
terbakar dan akan meninggalkan kesan parut. Bahagian lain yang mudah terdedah pada
bahan kimia ialah mata, hidung, kerongkong serta bahagian atas saluran pernafasan. Kesan
bahan kimia adalah bergantung kepada nilai pH, kepekatan, tempoh dedahan dan sifat
tindak balas sesuatu bahan kimia.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Hazard Biologikal

• Pekerja yang terlibat dengan analisis spesimen biologi biasanya akan terdedah kepada
jangkitan penyakit. Tahap bahaya sesuatu spesimen biologi adalah berbeza-beza mengikut:

• a) sifat semulajadi dan kepekatan agen penyakit

• b) laluan masuk agen penyakit ke dalam badan

• c) ketahanan pekerja yang terdedah


CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Hazard Biologikal
• Laluan masuk ke dalam anggota badan adalah:
• a) penyerapan, terjadi melalui luka dan calar pada kulit, menyerap masuk melalui
kulit atau mata, sentuhan dengan tangan atau perkakas yang tercemar
• b) inokulasi terus terjadi dengan alat kaca yang pecah, jarum dan lain-lain di mana
agen penjangkit boleh masuk terus ke dalam darah.
• c) Penelanan melalui mulut boleh terjadi dengan menghisap rokok, makan, menggigit
kuku dan makan tanpa mencuci tangan
• d) Pembentukan aerosol, hasil daripada pelbagai prosedur makmal seperti tumpahan,
pengemparan, pengoncangan, penghomogenan, pembakaran dan percikan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Hazard Ergonomik

• Hazard ergonomik berkaitan dengan ketidaksesuaian manusia dengan


sekitaran kerjanya. Ia selalunya dikaitkan dengan kesilapan atau kelemahan
rekabentuk kejuruteraan dan proses kerja memenuhi keperluan fisiologi dan
psikologi manusia. Misalnya pekerjaan menaip dalam keadaan yang baik
tidak ergonomik telah dibuktikan mampu mengakibatkan ‘Tunnel Carpel
Syndrome’ dan sakit belakang.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.6 Mengenal Pasti Hazard

• Sebelum hazard boleh diurus ia mestilah dikenalpasti terdahulu. Semakin


awal hazard dikenalpasti, semakin mudah dan mudah untuk
menguruskannya. Walaupun hazard boleh dikenalpasti atau wujud
diperingkat awal operasi akibat tidak disedari atau perubahan boleh timbul
kepada bahan, system dan rekabentuk selepas digunakan atau dilaksanakan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.7 Proses Mengenal Pasti Hazard di Tempat Kerja

• Satu proses yang membantu mengenalpasti sebanyak mungkin hazard ialah


dengan menggunakan proses mengenalpasti hazard yang digunakan di
dalam analisis hazard. Di dalam analisis hazard, proses mengenalpasti
hazard bermula dengan mentakrifkan sistem yang ingin dikaji dan mentakrif
serta memahami ciri fizikal dan fungsi sistem tersebut. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan untuk mengenalpasti hazard. Amnya kaedah
mengenalpasti hazard ini melibatkan gabungan pemerhatian sendiri, merujuk
kepada dokumen rujukan, menggunakan kelengkapan pengesan dan
pengukur, maklumat daripada laporan, maklumbalas daripada pekerja dan
sebagainya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.7 Proses Mengenal Pasti Hazard di Tempat Kerja

a) Pemerhatian dan Rujukan


• Seseorang pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman di dalam
sistem, proses dan prosedur kerja yang dilakukan melalui pemerhatian
dan seterusnya merujuk kepada akta, peraturan garis panduan, kod
amalan, standard , data dan sebagainya boleh mengenalpasti hazard
yang terdapat di dalam sistem , proses dan prosedur kerja tersebut.
Pemerhatian tanpa rujukan sukar mengenalpasti sesuatu hazard yang
lazim dan rutin dilakukan di tempat kerja.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.7 Proses Mengenal Pasti Hazard di Tempat Kerja

b) Penggunaan kelengkapan khas


Terdapat hazard yang tidak mempunyai sifat bau, nampak, dengar atau
sentuh. Oleh itu pancaindera manusia tidak mampu mengesan hazard
tersebut. Hazard ini memerlukan kelengkapan khas untuk mengesan dan
mengukur tahap hazardnya. Misalnya gelombang mikro, sinaran ultra hanya
dikenalpasti menggunakan dosimeter sinaran.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.7 Proses Mengenal Pasti Hazard di Tempat Kerja

c) Aduan/laporan/cadangan
Seseorang pengurus biasanya ditugaskan mengurus aktiviti dan proses kerja
yang luas dan kadangkala umum skopnya. Keadaan ini mungkin menyukarkan
mereka mengenalpasti semua hazard yang berkaitan dengan setiap proses
kerja di dalam kawalanya. Hazard baru juga boleh timbul akibat perubahan
struktur, proses dan sistem kerja dan mesin. Keadaan ini membuat seorang
pengurus memerlukan bantuan pekerja di bawahnya untuk mengenalpasti
hazard.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.8 Punca-punca Utama Hazard


Terdapat dua punca utama hazard iaitu
A. Keadaan di tempat kerja:
i. ruang yang tidak mudah dan selesa untuk bergerak
ii. tidak dapat membuat satu pemusingan bebas di kawasan kerja.
iii. lantai yang tidak rata dan licin
iv. tiada tempat penyimpanan bahan dan peralatan yang sempurna
v. pencahayaan dan pengudaraan yang tidak sempurna
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.8 Punca-punca Utama Hazard


B. Pelakuan pekerja:
i. tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskan
kesihatan.
ii. tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan dengan
selamat
iii. tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan merbahaya
dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
iv. tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
v. tidak berbincang dengan majikan
vi. tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.1.8 Punca-punca Utama Hazard


B. Pelakuan pekerja:
i. tidak melakukan tatacara kerja dengan betul, sempurna, selamat dan mejejaskan
kesihatan.
ii. tidak memastikan alat-alat, mesin dan bahan adalah selamat dan disimpan dengan
selamat
iii. tidak memastikan cara menyimpan, mengangkat atau bekerja dengan bahan merbahaya
dengan selamat dan menjejaskan kesihatan
iv. tidak mengikut maklumat, arahan dan latihan yang betul
v. tidak berbincang dengan majikan
vi. tidak membuat pemeriksaan di tempat kerja
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2 Prosedur Pertolongan Cemas


Satu kaedah memberi bantuan awal kepada mangsa kemalangan
Tujuan pertolongan cemas :
(i) untuk menyelamatkan nyawa
(ii) mengelakkan kecederaan menjadi bertambah teruk
(iii) mengurangkan kesakitan
Mereka yang memberikan pertolongan cemas mestilah mengetahui kaedah yang betul untuk
melaksanakannya dan mendapat latihan daripada agensi yang diiktiraf seperti PBSM,
Persatuan St. John Ambulance dan sebagainya.
Beberapa jenis kecederaan dan kemalangan yang kerap berlaku seperti terkena renjatan
elektrik, termakan atau terminum racun, serangan jantung, sawan, pitam, luka dan terbakar
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru

Kepada mangsa dewasa yang mengalami ketiadaan nafas dan nadi


a. Tahap Kesedaran
• Tepuk mangsa
• Panggil namanya
• Tanya keadaannya

b. Kedudukan mangsa
• mangsa yang tertiarap hendaklah ditelentangkan di atas permukaan rata dan keras
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru


c. Buka saluran pernafasan mangsa
• Dongakkan kepala dengan mengangkat dagu mangsa untuk membuka saluran
pernafasan
• Ingat : Lidah dan ”epiglotis” menutup saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri
d. Pemeriksaan
• Lakukan pemeriksaan terhadap mangsa untuk mengenal pasti keadaannya dengan
mendongakkan kepala mangsa pada sudut 90°
• Lakukan penilaian/pemeriksaan dengan 3M :
(i) Mendengar hembusan nafas mangsa
(ii) Melihat dada mangsa sama ada naik/turun
(iii) Merasa dengan pipi hembusan nafas mangsa
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru


e. Berikan hembusan udara luar
• Pastikan sama ada mangsa bernafas atau tidak
• Jika mangsa tidak bernafas : berikan 2 hembusan setiap 1.5 saat
Caranya :
1. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk anda
2. Tekup mulut anda ke mulut mangsa dengan rapat
3. Lepaskan hembusan sambil memerhatikan pergerakan dada mangsa
4. Sebelum memberi hembusan kedua, beri peluang paru-paru mangsa
Mengempis
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru


f. Periksa nadi karotid
• Pastikan sama ada nadi mangsa berdenyut atau tidak
• Periksa nadi mangsa selama 5 – 10 saat

g. Cara meletakkan tangan untuk melakukan tekanan dada luar


• Jika nadi mangsa tidak berdenyut :
- Cari kedudukan yang sesuai dibahagian bawah tulang dada mangsa
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru


h. Cara melakukan tekanan
• Luruskan kedua-dua lengan sambil memandang tepat ke dada mangsa
• Tekan 15 kali mengikut kiraan 1 hingga 10 sambung 1 hingga 5
• Tekan sedalam 1.5 hingga 2 inci sebanyak 80 hingga 100 kali dalam masa 1 minit

i. 4 kitaran lengkap
• Lakukan 2 hembusan pernafasan diikuti dengan 15 kali tekanan berturut-turut sebanyak 4
kitaran
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru


h. Cara melakukan tekanan
• Luruskan kedua-dua lengan sambil memandang tepat ke dada mangsa
• Tekan 15 kali mengikut kiraan 1 hingga 10 sambung 1 hingga 5
• Tekan sedalam 1.5 hingga 2 inci sebanyak 80 hingga 100 kali dalam masa 1 minit

i. 4 kitaran lengkap
• Lakukan 2 hembusan pernafasan diikuti dengan 15 kali tekanan berturut-turut sebanyak 4
kitaran
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.1 Garis Panduan Pelaksanaan Pemulihan Jantung Dan Paru-Paru


j. Periksa semula nafas dan nadi
• Periksa nafas dan denyutan nadi serentak
• Jika tiada nafas tetapi ada nadi – berikan hembusan sahaja sebanyak 12 kali dalam 1
minit (1 kali setiap 5 saat)
• Periksa semula nafas dan denyutan nadi serentak

k. Baringkan pemulihan
• Baringkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
Cardiopulmonary resuscitation (CPR)
CPR atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ adalah satu kaedah rawatan
pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary)
dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke
seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya
telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.
Rujukan Manual CPR untuk Komuniti
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.2 Merawat Mangsa Renjatan Elektrik

Lazimnya mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri, hilang daya pernafasan
dan terkena denyutan jantung
Bahagian badan mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar dan
berkemungkinan mengalami kecederaan dalaman
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.2.2 Merawat Mangsa Renjatan Elektrik


– Tindakan Yang Perlu Diambil
1. Segera matikan bekalan sekiranya masih ada arus mengalir

2. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih hidup. Lebih lama
arus mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan jantung terhenti

3. Alihkan mangsa dari kawasan bahaya

4. Berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya jika perlu


CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Keselamatan
Diri
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Renjatan Elektrik
Arus Kesan
1 mA Renjatan ringan
Renjatan kuat hingga menyebabkan
lecur dan hilang kawalan otot
10mA

Renjatan yang mungkin menyebabkan


100mA
kematian
ke atas
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Lecur
 Menampakkan tanda kemerah-kemerahan
Tahap 1 pada kulit
 Menyebabkan kulit menggelembung dan
Tahap 2 mengandungi cecair
 Lecur hingga ke bahagian tubuh yang
menyebabkan kegagalan otot
Tahap 3  Tahap yang paling teruk serta memerlukan
rawatan pakar untuk memulihkan mangsa
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Kebakaran
Kebakara Jenis kebakaran
n
Kelas A Bahan pepejal berunsur organik seperti kayu,
kertas, kain dan sebagainya
Kelas B Terdiri daripada bahan cecair iaitu minyak,
petrol, diesel, turpetin dan yang seumpamanya
Kelas C Berpunca daripada gas seperti metana, butana
dan sebagainya
Kelas D Terdiri daripada kebakaran logam
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Letupan
·Berpunca daripada litar pintas antara kabel hidup dan
neutral
·Letupan kuat boleh menyebabkan kebakaran besar,
kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
MERAWAT MANGSA RENJATAN
ELEKTRIK

Kesan Renjatan Kepada Mangsa


• Tidak sedarkan diri
• hilang daya pernafasan
• denyutan jantung terhenti
• kesan terbakar anggota badan
• kecederaan dalaman
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL


 
 
1. Segera matikan bekalan sekiranya masih ada arus mengalir.
2. Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih
hidup.  
3. Lebih lama arus mengalir ke tubuh mangsa akan menyebabkan denyutan
jantung terhenti 
4. Alihkan mangsa dari kawasan bahaya 
5. Berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya jika perlu
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3 JENIS-JENIS PERALATAN KESELAMATAN


5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

Lebih sinonim dengan singkatan PPE iaitu Personal Protective Equipment


Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak
dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Peraturan-
peraturan tersebut dapat dirujuk pada Perundangan KPD.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Peraturan-peraturan tersebut telah menetapkan 7 jenis KPD/ PPE yang memerlukan


kelulusan Ketua Inspektor Kilang dan Jentera dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan yang merangkumi
 pelindung kepala
 pelindung kaki
 pelindung pendengaran
 pelindung mata (bahaya kimia)
 tangan (bahaya kimia)
 pelindung badan (tali keselamatan, tali hayat dan semua alat untuk pemasangan tali hayat)
 pelindung badan (bahaya kimia)
 pelindung pernafasan(bahaya kimia)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

Keperluan pematuhan ini adalah kepada semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja,
termasuk produk KPD yang diimport dan buatan tempatan. Untuk mendapatkan kelulusan,
semua KPD mesti mempunyai laporan ujian jenis penuh dan lesen pensijilan produk dari
Badan Pemeriksa / Persijilan Bebas yang dilantik oleh DOSH iaitu SIRIM Qas International
Sdn Bhd.
Kelengkapan Pelindungan Peribadi adalah kelengkapan yang diperlukan untuk memberikan
perlindungan kepada pemakainya daripada hazard yang sedang ditangani. Antara contoh
kelengkapan ini termasuklah baju kalis api
Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang biasa digunakan dalam operasi kecemasan. Oleh
kerana kelengkapan ini merupakan benteng terakhir bagi pemakainya daripada bencana
hazard, maka adalah penting kelengkapan ini dipilih dan digunakan mengikut spesifikasi
pembuatan dan kegunaannya yang berkesan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

PELINDUNG KEPALA – TOPI KESELAMATAN (SAFETY HELMET)


Pelindung muka dan topi keselamatan bukanlah alat pelindung mata, tetapi
kerapkali digunakan bersama dengan pelindung mata sebagai pelindung
tambahan. Pelindung penuh muka digunakan apabila anda terlibat dengan
cahaya kimia, panas atau haba dan cahaya terik. Topi keselamatan pula
digunakan jika anda bekerja di kawasan pengimpalan atau kawasan bahan
cairan. Kecederaan di kepala adalah disebabkan oleh objek yang beterbangan
atau jatuh pada objek yang tetap. Pelindung kepala dalam bentuk topi
pelindung hendaklah mampu menahan hentakan dan gelungan yang
mengelilingi rangka topi akan mengelakkan kecederaan kepada tengkorak
dan juga menyelamatkan diri dari kejutan elektrik.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

PELINDUNG KEPALA – TOPI KESELAMATAN (SAFETY HELMET)


KELAS TOPI KEGUNAAN
KESELAMATAN
Kelas A Hazard hentakan misalnya diguna dalam industry
perlombongan, pembinaan, pembinaan kapal,
pembalakan dan pembuatan.
Kelas B Hazard hentakan dan penembusan daripada objek
tajam dan hazard elektrik, misalnya diguna oleh
pekerja elektrik.
Kelas C Hazard impak yang kurang kuat dan tanpa
perlindungan hazard elektrik. Diguna dalam industry
pembuatan, penapis minyak dan loji kimia.
Topi keselamatan dilengkapi Pelindung kepala dalam operasi memadam
dengan perlindungan teliga & kebakaran.
pengikat dagu
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI


KAKI– KASUT KESELAMATAN (SAFETY BOOTS/ SHOES)
Ada banyak jenis dan gaya kasut keselamatan dan adalah mustahak bagi anda
mengetahui ada perlindungan tambahan yang perlu digunakan. Kasut
keselamatan penguatan keluli merupakan kasut yang direka untuk
melindungi kaki dari bahaya seperti objek bergolek, terjatuh, terhiris atau
tajam. Seluruh hujung kasut dan dalamnya diperkuatkan dengan keluli. Juga
menahan atau bertindak sebagai penebat bagi suhu yang tinggi dan direka
dengan memelihara dari licin, bahan kimia dan bahaya elektrik. But
keselamatan pula memberikan perlindungan yang lebih seperti percikan api.
Apabila bekerja di kawasan mudah terbakar, but jensi neoprene atau nitril
digunakan bagi melindungi kaki. But jenis foundry atau Gaiter menampilkan
penetap atau menggunakan zip bagi tujuan memudahkan untuk memakai atau
menanggalkan bahan-bahan yang masuk ke dalam but. Apabila bekerja di
kawasan elektrik, but istimewa penebat elektrik direka khas seperti
menggunakan tapak penebat elektrik.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

KAKI– KASUT KESELAMATAN (SAFETY BOOTS/ SHOES)


KELAS KASUT KEGUNAAN
KESELAMATAN
Tapak berlapik dengan bahan Perlindungan kaki daripada hazard panas.
kalis haba.
Hujung kasut (bahagian jari Perlindungan kaki daripada hazard berat, tekanan dan
kaki) diperkukuh dengan tajam.
logam atau pelindung
metatarsal.
Tapak bergetah dan berlekuk Perlindungan daripada tergelincir.
dan beralur.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

MATA– CERMIN PERLINDUNGAN & SAFETY GOGGLES


Pemakaian cermin perlindung adalah perlu apabila bekerja di kawasan
berhabuk yang beterbangan , partikel, asap, luapan atau cahaya yang boleh
menyebabkan kecederaan penglihatan. Cermin keselamatan berbentuk seakan
cermin biasa tetapi melindungi mata dari partikel yang beterbangan.
Kantanya hendaklah tahan hentakan dan lebih kuat dari biasa. Boleh
diperolehi di dalam bentuk pelindung tepi, cawan atau kanta lentuk bagi
pelindungan tambahan.

Goggle pula lebih tahan hentakan dan diperolehi dalam bentuk cermin
berwarna dan ianya melindungi seluruh kawasan mata dari bahaya yang
datang dari semua arah.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

MATA– CERMIN PERLINDUNGAN (SAFETY GOGGLES)


CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI


TANGAN– SARUNG TANGAN(SAFETY GLOVES)
Sarung tangan tidak menjaminkan dari tidak berlakunya kemalangan, tetapi hanya mengamalkan cara
kerja yang selamat. Dan berhati-hati sahaja yang mampu memastikan pekerja bekerja dengan selamat.
Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung
tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan, selesa digunakan dan mampu
menangani risiko bahaya . Jenis-jenis sarung tangan seperti:
i. Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan gatal
ii. Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam dengan lebih
baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi tangan anda dari kesan panas,
haba atau sejuk.
iii. Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau pengeseran pada
permukaan kasar.
iv. Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-
kerja memotong dan mengerat.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.3.1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI

TANGAN – SARUNG TANGAN (SAFETY GLOVES)


CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.4 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP)


Lebih sinonim dengan singkatan OSHA ringkasan dari Occupational Safety & Health Acts.
Bagi Content Standard 5 Implement Safety Measure, hanya 2 akta yang akan dibincangkan
iaitu Akta (514) - Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta (139) - Akta
Jentera dan Kilang 1967.
Akta (514) Akta Keselamatan dan Kesihatan Akta (139) Akta Jentera & Kilang 1967
Pekerjaan 1994
Suatu Akta yang diperuntukkan bagi memastikan Suatu Akta yang diperuntukkan untuk mengawal
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang pengilang supaya bertanggungjawab dalam
yang sedang bekerja, bagi melindungi orang lain perkara yang berkaitan keselamatan, kesihatan
terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan dan kebajikan serta pemeriksaan terhadap jentera/
berkaitan dengan aktiviti orang-orang yang mesin dan yang berkaitan dengannya.
sedang bekerja.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
5.4 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP)

KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN


JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
a) Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja.

i. Untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang
mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja.
ii. Untuk bekerjasama dengan majikannya atau mana-mana orang lain dalam menunaikan apa-apa kewajipan atau
kehendak yang dikenakan ke atas majikan atau orang lain melalui akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat
di bawahnya.
iii. Untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang
disediakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.
iv. Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang
diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah akta ini atau mana-mana
peraturan yang dibuat di bawahnya.
v. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan,
boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau
kedua-duanya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
5.4 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP)
KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
b) Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja

i. Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan di tempat kerja
mengikut seksyen ini jika [Rujuk kepada ACT 514, Part VII, Section 30(1) ] :terdapat empat puluh orang atau
lebih diambil kerja di tempat kerja; atau Ketua Pengarah mengarahkan penubuhan jawatankuasa
sedemikian di tempat kerja.
ii. Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 30(1) Bahagian
VII Akta 514, pemilihan atau perlantikan pekerja ke jawatankuasa itu, kuasa anggota-anggota jawatankuasa
itu dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan penubuhan atau prosedur jawatankuasa itu hendaklah
sebagaimana yang ditetapkan.
iii. Setiap majikan hendaklah berunding dengan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan untuk membuat dan
menyenggara perkiraan yang akan membolehkannya dan pekerja-pekerjanya bekerjasama dengan berkesan
dalam menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerja di tempat kerja serta dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu
iv. Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan
atau kedua-duanya.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
5.4 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (AKKP)
KEWAJIPAN PEKERJA, PEGAWAI KESELAMATAN DAN KESIHATAN (SHO) DAN
JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN
c) Fungsi Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan

i. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan yang ditubuhkan dl tempat kerja menurut Seksyen 30
Akta 514 :
ii. Hendaklah sentiasa mengkaji semula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan
keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.
iii. Hendaklah menyiasat perkara-perkara berikut di tempat kerja :-
• yang dianggap oleh anggota jawatankuasa itu atau orang yang diambil bekerja di tempat itu tidak
selamat atau memberi risiko kesihatan dan
• yang telah diadukan untuk perhatian majikan.
iv. Hendaklah cuba menyelesaikan apa-apa perkara yang dlsebut dalam perenggan (ii) di atas dan jika
ia tidak berupaya berbuat demikian hendaklah meminta Ketua Pengarah supaya menjalankan suatu
pemeriksaan di tempat kerja bagi maksud Itu.
v. Hendaklah mempunyai apa-apa fungsi lain yang boleh ditetapkan oleh majikan.
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.5 KEGUNAAN KIT PERTOLONGAN CEMAS


CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.5 KEGUNAAN KIT PERTOLONGAN CEMAS


FIRST AID KIT (KIT PERTOLONGAN CEMAS) BERFUNGSI SEBAGAI RAWATAN PERTAMA.
DIAPLIKASIKAN BAGI MENGURANGKAN RISIKO KECEDERAAN
Faktor Yang Mempengaruhi Persediaan Peti Pertolongan Cemas :
Jenis industri, Bilangan pekerja, Bilangan pekerja setiap shif, Lokasi tempat kerja, Status infrastruktur 
SIMBOL FIRST AID/ PERTOLONGAN CEMAS
FIRST AID KIT/ KIT PERTOLONGAN CEMAS
Definisi: Satu peti/ kotak yang mengandungi peralatan pertolongan cemas dan bekalan perubatan
Matlamat Pertolongan Cemas:
a. Menyelamat nyawa.
b. Mengurangkan atau melegakan kesakitan.
c. Mencegah kecederaan daripada merebak atau menjadi lebih teruk.
Kepentingan Kit Pertolongan Cemas Ciri-Ciri Kit Pertolongan Cemas
Menyimpan item/ ubatan untuk melakukan pertolongan 1. Corak – tegap,kuat,mudahalih, green crescent on
cemas bagi ; white background
1. Menyelamatkan nyawa 2. Lokasi – mudah dikenalpasti, terang,senang
2. Menghenti dan menghalang kecederaan menjadi diambil,staf perlu diberitahu
lebih teruk 3. Kandungan – mencukupi, mengikut kegunaan,
3. Menggalakkan penyembuhan diperiksa dengan kerap, staff betanggungjawab
4. Memenuhi keperluan perundangan - Factories and sentiasa ada.
machinery Act 1967, Section 25 (parent Act),
Regulation 38 9 Health, Safety and Welfare)
Occupational Safety and Health Act 1994, Section
15 (parent Act)
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)

5.5 KEGUNAAN KIT PERTOLONGAN CEMAS


ITEM DALAM KIT PERTOLONGAN CEMAS
K I T P E RT O L O N G A N C E M A S & I T E M YA N G P E R L U A D A D A L A M K I T P E RT O L O N G A N C E M A S
CONTENT STANDARD 5: IMPLEMENT SAFETY MEASURES
(MELAKSANAKAN LANGKAH KESELAMATAN)
5.6 PELBAGAI JENIS KEMALANGAN
Bil Kesan Keterangan Bil Kesan Keterangan
1 Mangsa  Menderita 4 Bahagian/  Hilang moral
 Hilang Pendapatan Jabatan  Kekurangan hasil/produk
 Kos sara hidup  Terlibat dalam membuat
 Kesan kepada keluarga laporan
 Hilang upaya  Pengambilan pekerja baru
 Kerja harian terganggu 5 Majikan/  Kerugian
2 Pekerja  Berhenti kerja untuk Firma  Bayaran perubatan
Lain melihat  Denda
 Ambil masa  Pampasan
 Gantikan tempat mangsa  Membaiki kerosakan
 Perlu Latih semula
6 Negara  Kurang cukai pendapatan
3 Penyelia  Berhenti kerja untuk
 Hilang moral
melihat
 Menanggung keluarga mangsa
 Ambil masa
 Gantikan tempat mangsa
 Perlu Latih semula
- TERSEPIT ANTARA

CONTOH

TEMPAT KERJA
KEMALANGAN DI
OBJEK
- TERJATUH
- TERGELINCIR
- BERLANGGAR
- MELETUP
- TERBAKAR

You might also like