You are on page 1of 8

Sistem Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke-19

adalah berdasarkan konsep pengasingan kuasa dan


amalan demokrasi .
Bincangkan .

Presented By :
Nurfatihah & Quratu
Pendahuluan
Pembentukan negara Persekutuan Amerika Syarikat bermula
selepas tentera England dikalahkan oleh tentera koloni dalam Perang
Kemerdekaan Amerika. Perang Kemerdekaan Amerika berakhir dengan
termeterainya Perjanjian Versailles pada tahun 1783.Perlembagaan
baharu untuk Amerika Syarikat telah digubal pada tahun 1789 setelah
mencapai kemerdekaan. Kerajaan Persekutuan merujuk kepada
pemerintahan yang membahagikan kuasa antara kerajaan pusat
dengan kerajaan negeri. Perlembagaan Amerika Syarikat
memperuntukkan penubuhan sebuah Kerajaan Persekutuan dan
Persekutuan Amerika Syarikat mempunyai struktur kerajaan yang
terdiri daripada tiga bahagian iaitu eksekutif , kehakiman dan
perundangan .
Isi 1
Sistem pemerintahan negara persekutuan yang diamalkan di
Amerika Syarikat pada abad ke-19 antaranya adalah pengasingan
kuasa. Pengasingan kuasa ditekankan melalui sistem pemerintahan
negara persekutuan yang diamalkan di Amerika Syarikat di antara
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat mempunyai
kuasa dalam perkara yang berkaitan seperti pertahanan,percukaian,
mata wang dan dasar negara. Kerajaan Negeri pula memeliki kuasa
dalam menguruskan hal ehwal tempatan di negeri masing-masing.
Kerajaan tempatan diberi kuasa autonomi dalam menjalankan
pentadbiran di kawasan yang ditetapkan. Setiap peringkat
pentadbiran diberi kebebasan untuk menguruskan pentadbiran
mengikut kuasa yang diperuntukkan .
Isi 2
Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat terdiri daripada tiga bahagian
antaranya badan eksekutif ,badan perundangan dan badan kehakiman.
Pemerintahan negara Persekutuan Amerika Syarikat adalah badan
eksekutif yang bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran
negara. Badan eksekutif diterajui oleh seseorang presiden yang dipilih
oleh rakyat untuk tempoh empat tahun. Setelah tempoh
perkhidmatannya tamat presiden boleh dilantik semula untuk penggal
kedua selama empat tahun lagi. Presiden haruslah bertanggungjawab
menandatangani semua undang-undang yang diluluskan oleh kongres.
Presiden juga boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-
undang yang diluluskan oleh kongres. Sebagai ketua negara presiden
boleh menggunakan “ kuasa veto “ untuk membatalkan undang-undang.
Isi 3
Selain itu, struktur kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat
antaranya termasuklah badan perundangan. Penubuhan badan
perundangan yang bertujuan untuk memainkan peranan dalam
menguruskan hal perundangan. Badan Perundangan Amerika
Syarikat dikenali sebagai kongres dianggotai oleh ahli-ahli yang
dipilih melalui pilihan raya. Badan Perundangan Amerika Syarikat
juga diberikan tugas utama untuk menggubal undang-undang.
Kongres terdiri daripada dua badan utama iaitu Dewan Rakyat dan
Dewan Senat yang dipilih oleh rakyat.
Isi 4
Seterusnya, struktur kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat juga
termasuklah badan kehakiman. Badan kehakiman bertanggungjawab
dalam mengurus sistem keadilan dalam kerajaan Persekutuan
Amerika Syarikat. Badan kehakiman juga terdiri daripada Mahkamah
Tinggi dan mahkamah-mahkamah lain. Mahkamah tersebut
merupakan sebuah badan bebas dan tidak menerima campur tangan
daripada ahli-ahli kongres. Bukan itu sahaja, mahkamah juga boleh
mengambil tindakan terhadap presiden dan ahli-ahli kongres
sekiranya mereka melanggar perlembagaan.
Isi 5
Di samping itu, sistem pemerintahan negara persekutuan yang
diamalkan di Amerika Syarikat pada abad ke-19 antaranya adalah
menerusi amalan demokrasi. Perlembagaan Amerika Syarikat 1789
menetapkan pembentukan kerajaan persekutuan menerusi amalan
demokrasi. Pemilihan presiden dan anggota kongres dilakukan
menerusi pilihan raya umum. Pilihan raya untuk memilih presiden
dan anggota kongres telah diadakan pada tahun 1796 dan 1800.
Dalam pilahan raya tersebut, ahli-ahli dari Parti Federalis dan Parti
Republikan bertanding untuk memilih presiden. Amalan demokrasi
yang dilaksanakan memberi kuasa kepada rakyat untuk memilih
kerajaan yang bakal mentadbir negara.
Penutup
Kesimpulannya, Perlembagaan Amerika Syarikat memperuntukkan
penubuhan sebuah kerajaan persekutuan. Perlembagaan Amerika
Syarikat menetapkan pengagihan kuasa antara badan eksekutif,
badan kehakiman dan badan perundangan. Bidang kuasa kerajaan
pusat dan kerajaan negeri telah ditetapkan bagi memastikan
pentadbiran dijalankan dengan teratur. Sistem pentadbiran kerajaan
Persekutuan Amerika Syarikat turut mempengaruhi negara lain di
dunia.

You might also like