You are on page 1of 11

BENGKEL PEMBELAJARAN SECARA INDIVIDU

Pembelajaran Secara Individu


Kaedah ini menekankan tumpuan guru hanya kepada seorang murid sahaja. Kebiasaannya, murid dalam kategori ini lebih mudah diurus kerana guru tidak mengalami gangguan banyak mulut daripada murid semasa mengajar. Guru akan lebih mudah fokus kepada objektif pembelajaran murid dan murid berasaskan mendapat lebih perhatian daripada guru.

Pembelajaran Secara Individu


Digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh bergilir-gilir membetulkan kesalahan murid secara individu Murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan Guru boleh menggalakkan murid cerdas mengajar murid-murid bermasalah secara individu.

Pembelajaran Secara Individu


Chaix dan ONeil(1978) telah memberikan konsep yang lebih mantap mengenai pembelajaran secara individu ini mendefinisikannya sebagai : Suatu proses yang panjang dan berterusan yang mengambil kira isi kandungan, kaedah sesuai dengan kadar kemampuan pelajar

Pembelajaran Secara Individu


Selaras dengan matlamat Sekolah Bestari, iaitu ke arah mencapai pembelajaran yang optimum, pelajar harus diberikan peluang melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran mengikut gaya, cara atau teknik pembelajaran masingmasing Pembelajaran bersifat individu boleh dilaksanakan dengan menekankan kepada aspek-aspek berikut, antaranya, ialah: a) Pembelajaran Masteri b) Pembelajaran Kadar Kendiri c) Pembelajaran Akses Kendiri d) Pembelajaran Terarah Kendiri

Pembelajaran Secara Individu


Kejayaan pembelajaran bersifat individu ini banyak bergantung kepada perancangan harian dan jangka panjang. Pemantauan juga perlu dibuat dari semasa ke semasa. Pembelajaran secara individu mengambilkira keperluan , minat dan kebolehan pelajar secara individu.Oleh itu isi kandungan, pendekatan, dan kadar kemampuan pelajar mesti diserasikan dengan keupayaan serta sifat-sifat keperibadian umum pelajar.

Pembelajaran Masteri
Pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran yang dipecah-pecahkan kepada beberapa subunit yang mengikut pemeringkatan. Pelajar akan maju ke unit seterusnya, hanya setelah menguasai sesuatu subunit yang sedang dipelajarinya.

Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)


Pelajar diberi tanggungjawab mengawal kadar kemajuan pembelajaran mereka melalui modul pembelajaran berperingkat . Setelah menguasai sesuatu modul tertentu pelajar akan terus ke tahap yang lebih tinggi atau topik lain.

Pembelajaran Kadar Kendiri (PKK)


Jenis-jenis PKK : a) Modul dan pakej pembelajaran. b) Penggunaan program di mana pengetahuan diperingkatkan mengikut kerangka (frame) ("Programmed Instruction"). c) Audio-tutorial. d) Keller Plan iaitu penggunaan buku teks yang berperingkat mengikut tahap-tahap tertentu dengan soalan-soalan untuk pelajar mengesan kemajuan pembelajarannya. e) Pembelajaran berbantukan komputer.

Pembelajaran Tearah Kendiri (PTK)


Pembelajaran yang digerakkan oleh motivasi intrinsik. Objektif utama ialah untuk mempertingkatkan pembelajaran kendiri dan menguasai konsep pembelajaran sepanjang hayat. PTK adalah satu strategi yang mendidik pelajar menjadi pelajar yang berdikari.

Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)


pembelajaran yang memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.

You might also like