You are on page 1of 7

1.

1 ASAL USUL
BAHASA
MELAYU
1.1.1 KONSEP MELAYU
DEFINISI AWAL ISTILAH MELAYU
• Penggunaan istilah Melayu pada peringkat awal tidak dikaitkan dengan manusia tetapi merujuk kepada
kawasan / tempat / kerajaan.

• M.Ptolemy telah menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike
Sintaxis, yang merujuk kepada satu tempat di utara pantai timur Semenanjung Malaysia, iaitu Tanjung
Kuantan. Bradell beranggapan bahawa tempat yang dimaksudkan itu ialah Tanjung Penyabung, sebuah
tempat yang berdekatan dengan Pulau Tioman.

• Dalam kitab Purana, iaitu kitab Hindu purba yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga
tahun 500 Masihi, terdapat perkataan Malaya dvipa. Menurut Bradell , Malaya dvipa merujuk kepada
Pulau Sumatera. Pulau Sumatera merupakan tempat asal Bahasa Melayu.

• Dalam catatan perjalanan pengembara China pada zaman Dinasti Ting (618 Masihi hingga 907 Masihi),
terdapat istilah Mo-lo-yu yang merujuk kepada sebuah kerajaan yang berpusat di daerah Jambi ,
Sumatera. Kerajaan Mo-lo-yu ini wujud seiring dengan Kerajaan Sriwijaya yang berkuasa di daerah
Palembang.
DEFINISI AWAL ISTILAH MELAYU
• Dalam catatan perjalanan rahib Buddha bernama I’tsing semasa dalam perjalanannya dari Canton ke
India , beliau telah menggunakan perkataan Mo-lo-yu pada dua buah kerajaan di Sumatera, iaitu Bhoga
dan Sribhoga. Dipercayai bahawa Sribhoga ialah Palembang, iaitu ibu negeri Sriwijaya, manakala
Bhoga ialah tanah jajahan takluk Sriwijaya, termasuk Mo-lo-yu.

• I’sting juga mendapati bahawa bahasa yang dituturkan di Sriwijaya ialah bahasa K’un-lun. K’un-lun ini
merujuk kepada bahasa Melayu kuno.

• Perkataan Melayu juga ditemukan tertulis di belakang sebuah patung gangsa yang bertarikh 1286 M
yang ditemukan di Padang Rocore di Sungai Batanghari, Sumatera Selatan.
DEFINISI DARI SEGI ETIMOLOGI
• Dari segi etimologi atau asal usul perkataan , perkataan Melayu berasal daripada perkataan Malaya yang
merupakan singkatan bagi perkataan Himalaya. Perkataan hima bermaksud “salji” manakala alaya
bermaksud “tempat”. Sehubungan dengan itu, Himalaya dikatakan sebagai tempat asal orang Melayu.

• Perkataan Melayu juga berasal daripada perkataan Malayapura. Hal ini demikian kerana pada batu
bersurat Bukit Gombak Satu di Sumatera Barat, terdapat perkataan Malayapura yang bererti “kota
Melayu” / “kerajaan Melayu”.

• Perkataan Melayu juga berasal daripada perkataan bahasa Jawa Kuno, mlayu , yang bererti
“mengembara” / “pergi ke mana2”. Istilah ini dikaitkan dengan orang Melayu yang berpindah dari
Yunan menuju ke kawasan selatan, menyeberangi Selat Melaka, sehingga mendarat di pulau Sumatera.

• Perkataan Melayu juga ditemukan dalam buku “Sejarah Melayu” /, yang dikaitkan dengan nama
sebatang sungai, iaitu Sungai Melayu.
DEFINISI DARI SEGI ETIMOLOGI
• Perkataan Melayu menurut Van der Tuuk bererti “menyeberang”, yakni merujuk kepada orang Melayu
yang menyeberang atau bertukar agama Hindu-Buddha kepada Islam.

• Dikatakan berasal daripada perkataan pamalayu . Perkataan ini dikaitkan dengan peristiwa penyerangan
Raja Kertanegara dari Singahsari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat . Perkataan
pamalayu bermaksud penyerangan dan penguasaan terhadap negeri Melayu.
DEFINISI BERDASARKAN BANGSA
• Istilah Melayu merujuk kepada nama bangsa & bahasa wujud apabila adanya kerajaan Melaka . Pada
masa itu istilah Melayu merujuk kepada keturunan raja2 Melayu dari Sumatera.

• Semenjak abad ke-17 , istilah Melayu merujuk kepada suku bangsa serumpun di Nusantara.

• UNESCO pada tahun 1972, telah memberikan pengertian bahawa istilah Melayu merujuk kepada suku
bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand , Indonesia, Filipina dan Madagaskar.

• Dalam Perlembagaan Malaysia , Perkara 153 , istilah Melayu merujuk kepada manusia yang menuturkan
bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup Melayu dan beragama Islam.
THANK
YOU
(>_<)

You might also like