You are on page 1of 16

MPU1013

Penghayatan Etika &


Peradaban
BAB 3: ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT
KEPELBAGAIAN
PENGENALAN

PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT


PELBAGAI

MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI

Isi TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN KELOMPOK MASYARAKAT

kandungan •



Amalgamasi
Asimilasi
Akulturasi
Akomodasi
• Segregasi

PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MASYARAKAT


PELBAGAI

KESIMPULAN
Hasil pembelajaran & objektif

1 2
Menjelaskan proses Menganalisis impak etika dan
pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat
peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.
kepelbagaian.
Pengenalan

•Malaysia merupakan sebuah negara kepelbagaian tamadun yang membawa bersama etika
dan peradaban didalamnya.
•Proses migrasi dan kepelbagaian (diversity) sangat berperanan dalam mengupas etika dan
peradaban dalam masyarakat kepelbagaian ini.
•Sebelum zaman kolonial, proses migrasi di Nusantara melibatkan pertemuan tamadun India,
Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu yang mempunyai sistem etika dan peradabannya yang
tersendiri.
•Zaman kolonial pula memperlihatkan kedatangan bangsa Eropah melalui aktiviti
perdagangan dan penjajahan yang membawa bersama peradaban dan sistem etika serta nilai
Eropah.
•Kewujudan kepelbagaian unsur etika dan peradaban tersebut telah menyerap masuk ke
dalam kehidupan masyarakat melalui pelbagai proses seperti asimilasi, akomodasi, akulturasi
dan amalgamasi sehingga akhirnya muncul konsep kemajmukan masyarakat dalam negara.
PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN
DALAM MASYARAKAT PELBAGAI
•Kamus Dewan merujuk etika sebagai ilmu yang berkaitan dengan prinsip-prinsip akhlak dan moral yang menjadi pegangan dan
pedoman seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia atau masyarakat.
•Sidi (1973) menyatakan etika merupakan satu teori mengenai tingkah laku perbuatan manusia yang dipandang dari segi baik dan
buruk, yang dapat ditentukan oleh akal.
•H. Burhanudin Salam (2010 ) mengaitkan etika sebagai satu cabang falsafah yang membicarakan persoalan nilai dan norma
moral yang mampu membentuk perilaku manusia dalam kehidupannya.
•Sementara peradaban; kata pinjaman daripada bahasa Arab yang menjelaskan tentang maksud ketamadunan.
•Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya yang merujuk kepada
keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti manusiawi.
•Manakala istilah Melayu lain yang biasa digunakan untuk menjelaskan tentang peningkatan kualiti hidup masyarakat pula adalah
kemajuan atau pembangunan.
•Namun selepas kedatangan Islam, istilah Arab seperti tamadun dan peradaban mula digunakan dan diterima pakai secara
meluas.
•Intipati perbincangan dalam konsep peradaban atau tamadun ini melibatkan perkara seperti perkembangan intelektual, budaya,
dan material yang maju dalam masyarakat manusia.
•Selain itu, ia turut berkaita dengan kemajuan dalam seni dan sains, penggunaan penyimpanan rekod yang meluas termasuk
penulisan serta penampilan institusi politik dan sosial yang kompleks.
MASYARAKAT DAN DEMOGRAFI
•Masyarakat merupakan sekumpulan manusia yang hidup bersama, saling
berhubungan dan bekerjasama, memiliki kesatuan sosial, serta sentiasa
membina kebudayaannya yang tersendiri.
•Masyarakat majmuk atau plural pula bermaksud masyarakat yang bercampur
antara satu sama lain tetapi tidak bersatu. Mereka hidup berdekatan tetapi tidak
terpisah dengan sistem politik yang sama serta masing-masing berpegang
kepada kebudayaan, agama, bahasa dan pemikiran sendiri.
•Dalam konteks Malaysia kemajmukan masyarakatnya meliputi kepelbagaian
kaum dan budaya tersendiri seperti Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan dan
banyak lagi.
•Di dalam setiap masyarakat mempunyai individu, keluarga dan kumpulan
kecil yang membentuk jaringan erat sesama mereka melalui kepelbagaian
aktiviti sosial seperti mengadakan program gotong royong, majlis rumah
terbuka, kenduri-kendara dan lain-lain.
•Justeru hubungan yang harmoni antara pelbagai kelompok etnik ini telah
membina sebuah masyarakat yang teguh dan menjadi tonggak kestabilan
negara.
Contoh lain keharmonian masyarakat di Malaysia berlaku dalam
urusan keagamaan di mana Islam telah diangkat menjadi agama
rasmi manakala agama lain pula bebas untuk dianuti dan diamalkan
oleh penganut masing-masing.

Malahan melalui konsep beragama ini, masyarakat dapat mengenal

Sambungan
pasti dan mempraktikkan titik pertemuan yang mampu memupuk
nilai-nilai baik seperti hormat menghormati, tolak ansur dan rasa
tanggungjawab terhadap pihak lain tanpa mengira warna kulit dan
agama.

Selain itu, kemampuan masyarakat mengekalkan keamanan dan


kestabilan dalam hampir semua bidang seperti politik, ekonomi,
sosial dan lain-lain telah membantu proses pembangunan berjalan
dengan lancar sehinggakan Malaysia berjaya mencapai tahap
negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada
50 tahun.
Pencapaian ini sangat hebat kerana kepelbagaian latar kaum
sering kali dikaitkan dengan situasi konflik terutamanya jika
melibatkan urusan agihan ekonomi namun perkara negatif
tersebut jarang berlaku.

Namun, tidak dinafikan bahawa wujud konflik dalam


berinteraksi antara satu sama lain, tetapi peratusannya yang
sangat kecil membolehkan Malaysia diiktiraf antara negara
teraman dan stabil di dunia.

Sambungan Justeru itu, kemampuan Malaysia membentuk kesepaduan


sosial dalam kalangan masyarakatnya yang pelbagai merupakan
satu perkara penting yang perlu dikekalkan dan dipertahankan.

Kejayaan ini pula disumbangkan oleh semua pihak melibatkan


pemerintah dan rakyat.
TAHAP-TAHAP PEMBENTUKAN
KELOMPOK MASYARAKAT
•Amalgamasi;
• Proses asimilasi tahap yang tertinggi dan paling kemuncak. Ia berlaku ekoran daripada percampuran budaya
atau ras lalu membentuk dan mewujudkan budaya serta ras yang baharu.
• Teori amalgamasi boleh diterjemahkan dengan formula A+B+C=D di mana A, B dan C mewakili kumpulan
etnik berlainan dan D mewakili amalgam yang merupakan satu kumpulan baharu hasil daripada penyatuan
A, B dan C tadi.
• Contoh mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu generasi baru atau budaya baru tanpa
menuruti budaya asal mereka.
•Segregasi;
• Pemisahan atau pengasingan antara sebuah kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam
sesebuah negara.
• Pengasingan ini boleh terjadi dalam beberapa keadaan antaranya dari aspek tempat tinggal, sistem
persekolahan, pengangkutan, kemudahan awam
• Segregasi boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu de Jure (didasari undang-undang) seperti Dasar
Aparteid 1948-1994 dan de Facto (tidak didasari undang-undang) seperti Pengasingan tempat tinggal,
pengangkutan, kemudahan awam dan sebagainya.
• Dasar segregasi ini pernah berlaku dalam sejarah ketamadunan masyarakat di Tanah Melayu pada era
penjajahan kolonial yang memperkenalkan dasar “Divide and Rule”.
Sambungan
• Asimilasi;
• Proses penggabungan/percantuman kebudayaan menerusi masyarakat yang pelbagai lalu mewujudkan
sebuah kebudayaan dan identiti masyarakat yang baru.
• Ianya juga dikenali sebagai proses peleburan atau penghakisan di mana kaum minoriti biasanya telah pun
dikuasai oleh budaya kaum majoriti. Kesannya kaum minoriti akan kehilangan jati diri dan identiti bangsa
mereka kepada kaum yang majoriti.
• Formula konsep ini adalah A+B+C =A. Abjad A ini mewakili golongan dominan manakala B dan C
mewakili kumpulan minoriti.
• Di Malaysia, proses ini berlaku kepada masyarakat seperti Jawa, Siam Kelantan, Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya namun tidak melibatkan perubahan dalam aspek kepercayaan atau agama.
•Akomodasi
• Penerimaan terhadap norma dan nilai etnik yang berbeza tetapi dalam masa yang sama tidak menggugat
malahan budaya masing-masing terus dipertahankan.
• Setiap etnik memainkan peranan masing-masing dalam menyesuaikan diri dalam kelompok yang pelbagai
supaya dapat mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.
• Contoh formula A+B+C= A+B+C iaitu A, B dan C merujuk kepada budaya etnik masing-masing. Walaupun
wujud kepelbagaian kumpulan etnik, tetapi mereka hidup dalam suasana yang harmonis dan menghormati
antara satu sama lain.
Sambungan
•Akulturasi
• Proses penerimaan unsur budaya dari satu kelompok etnik kepada kelompok etnik
yang lain.
• Namun tahap penerimaan sesebuah masyarakat terhadap kebudayaan asing itu
bergantung kepada sejauh mana ianya memberi kelebihan dan manfaat kepadanya.
• Unsur-unsur yang mempunyai nilai tambah dalam sesebuah kelompok etnik dan
tidak bertentangan dengan adat setempat maka diterima dengan mudah dan cepat.
• Sebagai contoh pemakaian tali leher dan pemberian Ang Pau yang telah diterima
oleh semua kelompok etnik di Malaysia.
• Tidak dinafikan juga berlakunya penyerapan nilai-nilai negatif tetapi lazimnya
ditolak oleh majoriti masyarakat umum dan hanya diamalkan oleh segelintir ahli
masyarakat sahaja yang terpengaruh seperti budaya punk, skin head dan black
metal di kalangan anak muda.
• Berlakunya penolakan tersebut disebabkan oleh timbulnya perasaan bahawa
kebudayaan asing itu boleh membawa kepada kehancuran dan kemusnahan kepada
nilai serta norma kebudayaan asal mereka.
PEMBENTUKAN ETIKA DAN PERADABAN
DALAM MASYARAKAT PELBAGAI

•Keunikan masyarakat yang pelbagai ini telah menghasilkan etika dan peradaban
yang tersendiri yang menjadi asas kepada keharmonian kaum dan kemakmuran
negara Malaysia.
•Terdapat beberapa perkara yang telah mencetuskan etika dan peradaban tersebut,
antaranya sistem kepercayaan dan agama, penempatan masyarakat, sistem
organisasi dan institusi sosial yang teratur, sistem perundangan yang teratur
dengan pemilikan nilai dan moral, kelahiran dan perkembangan daya kreativiti,
kemampuan dalam daya reka cipta berkaitan peralatan teknologi dan pembinaan,
penggunaan bahasa yang serumpun dengan satu sistem tulisan yang tersendiri,
peningkatan kualiti kehidupan dan peningkatan jangka hayat.
•Kesemua perkara tersebut telah diadun dengan sangat baik oleh semua pihak
sama ada kerajaan mahupun rakyatnya.
Sambungan

•Penempatan masyarakat yang pelbagai juga turut menghasilkan etika dan


peradaban yang tersendiri.
•Ada yang tinggal di kawasan seperti perbandaran, pinggir bandar,
kampung dan ladang.
•Kesemua ini telah menghasilkan kepelbagaian etika dan peradaban
seperti dalam aspek budaya (makanan, pakaian, permainan tradisional)
dan sosial (bahasa, pergaulan).
•Justeru kesemua tempat tinggal ini mempunyai ciri etika dan peradaban
yang mewarnai hidup masyarakat pelbagai di Malaysia.
Sambungan

•Sistem organisasi dan institusi sosial yang teratur melibatkan susunan hiraki
dan pekerjaan sama ada pada zaman dahulu mahupun sekarang.
•Pada masa kini, sistem organisasi dan institusi sosial terbentuk dalam
masyarakat melibatkan semua aspek seperti politik, ekonomi, sosial, agama dan
lain-lain.
•Seterusnya perkembangan daya kreativiti, kemampuan dalam daya reka cipta
yang melibatkan penghasilan peralatan teknologi dan pembinaan turut dikaitkan
dengan ketinggian etika dan peradaban sesebuah masyarakat.
•Peningkatan kualiti kehidupan melibatkan peningkatan jangka hayat sesebuah
masyarakat merupakan antara ciri sesebuah negara yang menuju ke arah
kemodenan dan kemajuan yang mapan. Ianya turut menjadi cerminan sesebuah
masyarakat itu mempunyai etika dan peradaban yang baik.
Sambungan

•Begitu juga dng kepentingan membina keluarga bahagia turut


melambangkan kualiti hidup masyarakat yang baik.
•Hasil keluarga bahagia dapat elak perkara negatif seperti penyalahgunaan
dadah, penglibatan dalam gejala sosial dll yang boleh membantutkan
kemajuan sesebuah masyarakat.
•Peningkatan ilmu pengetahuan juga merupakan elemen penting ke arah
pengukuhan kualiti kehidupan dan jangka hayat kehidupan.
•Individu berilmu dapat mengangkat martabat diri, keluarga dan
meningkatkan taraf hidup dan mampu keluar daripada kepompong
kemiskinan.
• Etika dan peradaban merupakan dua unsur penting yang
telah tersemat dalam kehidupan masyarakat dan berjaya
mewujudkan keharmonian kaum di Malaysia.
• Walaupun bersifat majmuk, Malaysia terus dihormati
kerana berjaya mengekalkan keamanan sehingga
mendapat tempat ke-16 dalam senarai Global Peace
Index pada tahun 2019.
• Kejayaan ini sangat bermakna kerana Malaysia
Kesimpulan merupakan sebuah negara yang bukan homogen
(homogeneous).
• Semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat mempunyai
peranan masing-masing dalam menjayakan konsep ini.
• Justeru pengalaman dan kejayaan ini perlu dipertahan dan
diteruskan oleh generasi berikutnya kerana natijahnya
telah memberi kesan positif kepada pembinaan negara
bangsa Malaysia.

You might also like