Professional Documents
Culture Documents
Karamah Insaniah
Karamah Insaniah
1. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Tahun 2023
dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah.
TATACARA PELAKSANAAN
1. Pegawai JPN / PPD dan PPS perlu hadir ke setiap sekolah semasa pelancaran.
2. Pegawai JPN / PPD dan PPS membaca teks ucapan yang akan disediakan kepada semua
sekolah termasuk teks doa melalui JPN masing-masing setelah mendapat kelulusan.
3. Wakil JPN / PPD / PGB sebagai perasmi KPM akan membaca teks ucapan YB Menteri Pendidikan
yang disediakan oleh KPM.
4. Wakil PDRM sebagai perasmi PDRM akan membaca teks ucapan YDH Ketua Polis Negara
yang disediakan oleh PDRM.
ATUR CARA
KOD PAKAIAN
Pegawai JPN dan PPD : Baju Koporat KPM
1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah yang serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya
merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada masyarakat secara
keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, meningkatkan risiko
masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah.
2. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk
masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan.
3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama,
jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberi
sokongan moral.
4. Oleh itu, marilah kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas
daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa. Katakan tidak
kepada buli!
MESEJ DUTA MURID
1. Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu
berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak
diingini. Gangguan seksual boleh merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh
membawa kepada trauma seumur hidup.
2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan.
Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan kepada
mangsa untuk melaporkan kes tersebut. Hal ini menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk
menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual.
3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan berdiam
diri. Minta bantuan daripada guru dan keluarga untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, terutama
Polis DiRaja Malaysia. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina
masyarakat yang selamat dan adil. Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak asasi
setiap individu. Hentikan gangguan seksual!
TERIMA KASIH