You are on page 1of 14

TEORI DAN

PRINSIP
PERANCANG
BANDAR
BAB 9
PENGENALAN
‘Perancangan Bandar dan Desa’ sebagaimana yang
ditakrifkan oleh Lewis Keeble (1969) Sebagai ‘satu
seni dan sains mengenai cara mengatur kegunaan
tanah dan cara meletakkan bangunan serta laluan
perhubungan agar memperolehi penjimatan,
keselamatan dan keindahan diparas yang praktik’
PENGENALAN
Secara asasnya ianya mengandungi
elemen-elemen berikut:

 Melibatkan perancangan masa


hadapan
 Mengutamakan kesejahteraan dan
keselesaan manusia
 Melibatkan faktor-faktor ekonomi,
sosial dan fizikal
RANGKA PERANCANGAN
PEMBANGUNAN NEGARA
WAWASAN 2020

PERINGKAT 1 : PERANCANGAN
NEGARA
RANCANGAN RANCANGAN DASAR/ RANCANGAN
MALAYSIA 5 FIZIKAL SEKTORAL
TAHUN NEGARA
PERINGKAT 2 : PERANCANGAN
WILAYAH/NEGERI
PELAN RANCANGAN WILAYAH/ DASAR/ RANCANGAN
PEMBANGUNAN STRUKTUR NEGERI SEKTORAL
NEGERI
PERINGKAT 3 : PERANCANGAN
TEMPATAN
RANCANGAN RANCANGAN
TEMPATAN KAWASAN KHAS
AKTA 172
Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) memberi
kuasa dan keseragaman undang-undang mengenai perancangan
bandar dan desa di Semenanjung Malaysia.
Pihak Berkuasa Negeri dipertanggungjawapkan untuk
menggubal dasar am berkenaan dengan perancangan pemajuan
and penggunaan semua tanah dan bangunan dalam kawasan tiap-
tiap pihak berkuasa tempatan di dalam negeri.
Akta ini mengandungi sembilan bahagian dan lima puluh
seksyen.
Akta ini terdiri dari tiga elemen asas iaitu sistem pentadbiran
perancangan (Bhg. II), sistem rancangan pemajuan (Bhg. III) dan
sistem kawalan perancangan (Bhg. IV).
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
Merupakan kenyataan bertulis yang mengandungi
panduan yang menjadi rujukan dalam memajukan
pembangunan. Ianya digunakan oleh pihak berkuasa
perancang tempatan (PBPT) dalam mengawal
pembangunan agar bersifat seragam, selesa dan
selamat dalam aktiviti guna tanah.
Implementasi dasar dan kawalan perancangan yang
berkaitan dengan rancangan pemajuan perlulah
disokong oleh garispanduan perancangan fizikal yang
berkesan.
Ia juga akan membantu dalam perancangan
pembangunan yang lebih mampan.
GARIS PANDUAN PERANCANGAN
Garis panduan yang dikeluarkan oleh JPBD boleh dibahagikan kepada
kategori berikut :
1. Alam Sekitar
2. Kawasan Lapang & Rekreasi
3. Kemudahan Masyarakat
4. Perindustrian
5. Perniagaan
6. Pengangkutan
7. Perumahan
8. Perancangan dan Pembangunan Sejagat
9. Program Rakan Muda
10. Rekabentuk Imej Bandar
11. Utiliti
12. Garis Panduan Publisiti dan Penyertaan Awam
(Rancangan Pemajuan)
PENYERTAAN AWAM
Dalam perancangan, penglibatan kumpulan sasaran
amatlah penting dalam memastikan kejayaan
pelaksanaannya.
Hasrat ini juga dikenalpasti dan diterjemahkan dalam
Seksyen 6B, 9 dan 13, Akta 172 serta Garis Panduan
Publisiti dan Penyertaan Awam (Rancangan Pemajuan)
yang terkini.
Dalam skop yang lebih luas, KPKT telah melaksanankan
Local Agenda 21 dalam programnya.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)
Local Agenda 21 (LA21) ialah suatu program untuk masyarakat,
sektor swasta dan pihakberkuasa tempatan (Majlis Daerah,
Majlis Perbandaran, Majlis Bandaraya dan Dewan Bandaraya)
bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan
persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.
Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan
diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan
mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu
tersebut dan melaksanakan pelan tindakan itu.
Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau
dari akar umbi ke atas. Ini bermakna, penduduk-penduduk
tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan
bagi kawasan masing-masing.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Sumber : KPKT
LOCAL AGENDA 21 (LA21)

Secara ringkas, pembangunan mampan ialah pembangunan yang


memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi-generasi
masa hadapan.
Pembangunan mampan ialah pembangunan yang mengimbangkan
pembangunan ekonomi dengan keperluan-keperluan sosial dan alam
sekitar.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)
CIRI-CIRI PEMBANGUNAN MAMPAN:
Alam Sekitar
 Pembangunan yang benar-benar mengambilkira akibat
kegiatan manusia terhadap alam sekitar dan kesihatan.
Kesaksamaan sosial
 Pembangunan yang menyumbang kepada pemerolehan
dan kawalan sumber yang lebih wajar.
Ekonomi manusia
 Pembangunan sosial dan ekonomi yang membantu
masyarakat memenuhi keperluan asas.
LOCAL AGENDA 21 (LA21)
Masa hadapan
 Memastikan bahawa keputusan yang diambil tidak
merosakkan atau menjejaskan kepentingan generasi
masa depan.
Penyertaan
 Proses yang membolehkan seluruh masyarakat terlibat.
Tindakan tempatan/impak global
 Pembangunan tempatan yang menyumbang kepada
resolusi isu global.
KUIZ
 Senaraikan 2 buah bandaraya utama di Malaysia
kesan daripada kewujudan peninggalan sejarah. (1
markah)
 Senaraikan 4 buah bandar beracun di Malaysia. (4
markah)

You might also like