You are on page 1of 9

PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER

KARAMAH INSANIAH PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2023


ARAHAN PENTADBIRAN
PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKINAN PEMBENTUKAN KARAKTER
KARAMAH INSANIAH TAHUN 2023

1. Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah Tahun 2023
dilancarkan serentak di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan sekolah.

2. Pelancaran di peringkat negeri :


* JPN perlu mengenalpasti sebuah sekolah untuk pelancaran di peringkat negeri.

3. Pelancaran di peringkat daerah :


* PPD perlu mengenalpasti sebuah sekolah untuk pelancaran di peringkat daerah.

4. Pelancaran di peringkat sekolah :


* Diadakan di lokasi yang bersesuaian di di dalam kawasan sekolah.
SASARAN PESERTA
Semua murid dan guru sekolah sesi pagi.
( Boleh dikecualikan murid percubaan SPM )

TATACARA PELAKSANAAN

1. Pegawai JPN / PPD dan PPS perlu hadir ke setiap sekolah semasa pelancaran.

2. Pegawai JPN / PPD dan PPS membaca teks ucapan yang akan disediakan kepada semua
sekolah termasuk teks doa melalui JPN masing-masing setelah mendapat kelulusan.

3. Wakil JPN / PPD / PGB sebagai perasmi KPM akan membaca teks ucapan YB Menteri Pendidikan
yang disediakan oleh KPM.

4. Wakil PDRM sebagai perasmi PDRM akan membaca teks ucapan YDH Ketua Polis Negara
yang disediakan oleh PDRM.
ATUR CARA

7.00 pagi - Menyambut murid hadir ke sekolah

7.30 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku


- Nyanyian Lagu Kebesaran Negeri Perak
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Bacaan Ikrar Rukun Negara
- Bacaan Doa
- Ucapan PDRM
- Ucapan KPM
- Pelantikan Duta Sahsiah Pemangkin
Pembentukan Karakter Karamah Insaniah 2023
- Penyampaian Mesej Duta SahsiaH
- Sesi bergambar
- Bersurai
CADANGAN KEHADIRAN / JEMPUTAN

1. Wakil Majlis Pengetua Sekolah Menengah

2. Wakil Persatuan Guru Besar

3. Wakil Yayasan Pencegahan Jenayah ( MCPF )

4. Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG )

5. Wakil Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti, Swasta ( PIBKS )

KOD PAKAIAN
Pegawai JPN dan PPD : Baju Koporat KPM

Guru dan Tetamu : Baju kerja rasmi / korporat


PELANTIKAN DUTA SAHSIAH

1. Dilantik dalam kalangan pemimpin murid.


- Pengawas / Ketua Kelas / PRS / Ketua Kelab

2. Sekurang-kurangnya dua orang Duta Sahsiah dilantik.


Tiada had maksima.

3. Pelantikan disertakan dengan penyampaian Sijil Lantikan.

4. Duta murid dikehendaki membaca mesej yang disediakan oleh KPM,


MESEJ DUTA MURID

Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan BULI

1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah yang serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya
merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak yang negatif kepada masyarakat secara
keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam kepada mangsa, meningkatkan risiko
masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah.

2. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk
masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan.

3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama,
jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberi
sokongan moral.

4. Oleh itu, marilah kita bersatu hati bertindak sebagai masyarakat yang prihatin supaya kita bebas
daripada buli. Sekecil-kecil tindakan kita boleh menghalang buli daripada terus berleluasa. Katakan tidak
kepada buli!
MESEJ DUTA MURID

Pesanan Khidmat Masyarakat Berkaitan GANGGUAN SEKSUAL

1. Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu
berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak
diingini. Gangguan seksual boleh merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh
membawa kepada trauma seumur hidup.

2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan.
Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan kepada
mangsa untuk melaporkan kes tersebut. Hal ini menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk
menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual.

3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan berdiam
diri. Minta bantuan daripada guru dan keluarga untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa, terutama
Polis DiRaja Malaysia. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina
masyarakat yang selamat dan adil. Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak asasi
setiap individu. Hentikan gangguan seksual!
TERIMA KASIH

You might also like