You are on page 1of 20

PENGISIAN

METODOLOGI
6.53
MISS TERRY OJUDAH
METODOLOGI

Metodologi kajian merupakan kaedah


dan teknik mereka-bentuk, mengumpul
dan menganalisis data supaya dapat
menghasilkan bukti yang boleh
menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu
masalah yang dikaji dan sebab sesuatu
kaedah dan teknik tertentu digunakan.
TUJUAN

Tujuan metodologi ialah untuk


membantu memahami dengan lebih
luas atau lebih terperinci lagi tentang
pengaplikasian kaedah dengan
membuat huraian tentang proses
kajian.
MAKSUD METODOLOGI

metodologi ialah kaedah, jalan, teknik,


gaya, ragam, rentak, corak dan sistem.
Metodologi juga bermaksud ilmu
tentang metod atau disiplin yang
digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan
tertentu. Metodologi kajian adalah
merujuk kepada kaedah yang paling
sesuai untuk menjalankan penyelidikan
dan menentukan tatacara yang efektif
bagi menjawab permasalah kajian.
KONTEN
METODOLOGI

1. Pengenalan
2. Definisi Teori dan Konsep
3. kaedah pengumpulan data
4. kaedah analisis data.
PENGENALAN

Pengkaji harus membuat huraian yang singkat dan


membuat pengenalan tentang metodologi yang dipilih.
Pengkaji haruslah menyertakan beberapa rujukan kata
daripada pengkaji-pengkaji lepas.
DEFINISI TEORI
DAN KONSEP
KAJIAN

Bahagian ini pengkaji akan menjelaskan teori-teori yang


bakal digunakan oleh pengkaji serta definisi serta kata
kunci yang pengkaji tetapkan.
KAEDAH PENGUMPULAN
DATA

Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang


akan digunakan oleh pengkaji bagi menjalankan
kajian dialek ini berjalan dengan sistematik dan
memenuhi objektif yang dikehendaki oleh pengkaji.

1. Kajian perpustakaan
2. Tinjauan Rintis
3. Kaedah Pengelasan Kata
KAJIAN
PERPUSTAKAAN
kajian perpustakaan sangat penting bagi pengkaji mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kajian
yang akan dilakukan. Hasil dari kajian perpustakaan telah banyak membantu pengkaji dalam mencari
bahan atau idea tentang aspek yang boleh dikaji oleh pengkaji. Pengkaji dapat meluaskan pengetahuan
berkaitan dengan tajuk yang akan dikaji hasil dari kajian perpustakaan yang dilakukan.

Kajian perpustakaan banyak dimanfaatkan dalam menyiapkan bab satu dan dua iaitu bahagian yang
melibatkan konsep-konsep yang sesuai digunakan dalam kajian yang akan dibuat dan bahagian kosa ilmu
yang menerangkan soal kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu. Penting bagi seseorang
Pengkaji untuk mempunyai maklumat atau bahan yang berkaitan dengan kajiannya agar kajian yang
dilakukan itu tidak menyerupai dengan kajian-kajian yang lalu. Hal ini juga penting kerana hasil dari
kajian perpustakaan pengkaji akan dapat lebih memahami bagaimana sesuatu kajian itu dilakukan.
Dalam menjalankan kajian perpustakaan, pengkaji perlu bijak dalam memilih bahan yang boleh digunakan sebagai
rujukan dalam kajian pengkaji. Hal ini penting kerana pemilihan bahan yang sesuai akan banyak membantu
pengkaji dalam menyiapkan latihan ilmiah terutama dalam bab satu dan dua. Dalam pencarian bahan atau sumber
rujukan yang sesuai, pengkaji perlu tahu apa yang akan dikaji atau apa yang akan diketengahkan dalam kajian
pengkaji. Hal ini akan memudahkan pengkaji dalam mencari bahan atau sumber rujkan yang sesuai dengan kajian
pengkaji.

Kajian perpustakaan yang dilakukan oleh pengkaji bukan hanya mencari buku-buku yang diperlukan seperti di
Perpustakaan Negeri Sabah dan Perpustakaan UMS sahaja. Tetapi pengkaji juga turut memanfaatkan kemudahan
terkini iaitu pengkaji juga mendapatkan bahan yang diperlukan melalui perpustakaan atas talian. Hal ini
memudahkan pengkaji dalam mendapatkan artikel-artikel dan membantu pengkaji mendapatkan bahan yang lebih
banyak.

Contoh-contoh website membantu mencari artikel dan tesis yang berkaitan dengan kajian pengkaji.

- Scholar / Google Scholar

- website Ums Library

- Scopus
TINJAUAN RINTIS
Tinjauan rintis dilakukan terutama terhadap lirik-lirik lagu yang telah diperoleh. Hal ini kerana
pengkaji perlu memastikan bahawa lirik yang diperoleh itu benar-benar tepat seperti yang
dinyanyikan oleh penyanyinya. Oleh itu, pengkaji akan mendengar semula lagu-lagu yang dipilih itu
untuk meneliti agar lirik itu benar-benar tepat. Pengkaji perlu betul-betul peka ketika membuat
tinjauan rintis terhadap lirik-lirik lagu yang diperoleh agar lirik yang diperoleh tepat seperti yang
dinyanyikan oleh penyanyinya.

Di samping itu, pengkaji juga perlu mendengar semula lagu-lagu itu untuk memahami lirik-lirik Lagu
Jenaka Rakyat Kedah kerana Lagu Jenaka Rakyat Kedah disampaikan dengan menggunakan dialek
Kedah. Pengkaji perlu betul-betul faham setiap lirik-lirik Lagu Jenaka Rakyat Kedah supaya pengkaji
tidak ada masalah untuk melakukan kaedah pengelasan kata dan untuk menganalisis setiap kata yang
dalam lirik-lirik Lagu Jenaka Rakyat Kedah itu.
Sekiranya ada diantara lirik-lirik lagu yang tidak difahami oleh pengkaji, pengkaji akan merujuk masalah itu
dengan penduduk kampung terutamanya golongan warga tua yang lebih arif dengan pengunaan dialek.
Dengan bantuan penduduk kampung, pengkaji dapat memahami setiap lirik lagu yang tidak difahami. Hal ini
akan memudahkan pengkaji dalam menganlisis setiap kata yang ada dalam lagu jenaka rakyat kedah. Setelah
semua data iaitu lirik-lirik lagu telah lengkap, pengkaji akan meneruskan kajian dengan langkah seterusnya
iaitu mengelaskan data mengikut aspek penggolongan kata dalam morfologi.
KAEDAH
PENGELASAN KATA
Kaedah ini perlu digunakan dalam kajian ini kerana bersesuaian dengan objektif pengkaji yang pertama
iaitu menyenaraikan golongan kata mengikut kategori. Dengan adanya kaedah pengelasan kata ini,
objektif pengkaji yang pertama akan terlaksana. Setiap data yang ada perlu dikelaskan mengikut kategori
masing-masing untuk memudahkan pengkaji dalam menganalisis data tersebut dengan lebih teratur dan
sistematik. Penggunaan sistem berjadual dalam melaksanakan kaedah pengelasan kata sangat sesuai dan
lebih teratur.

Dengan adanya kaedah pengelasan kata ini, pengkaji akan mengelaskan setiap data yang diperoleh
mengikut kategori yang telah ditetapkan sendiri oleh pengkaji. Kesemua data akan dikelaskan kepada
golongan kata terbuka yang utama sahaja iaitu golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Pengkaji
akan meneliti dengan sebaik-baiknya setiap data atau lirik yang ada dalam setiap Lagu Jenaka Rakyat
Kedah agar pengkaji dapat menentukan kelas kata yang betul bagi setiap lirik lagu tersebut. Dengan
kaedah pengelasan kata ini, setiap data yang diperoleh akan disusun secara sistematik dan kemas. Hal ini
akan memberikan kemudahan bagi pengkaji dalam menganalisis data dalam bab seterusnya.
KAEDAH ANALISIS
DATA

Kaedah analisis data merupakan kaedah yang tidak asing dalam setiap kajian yang dilakukan.
Dengan kaedah analisis data, hasil sesuatu kajian akan diperolehi. Kaedah ini merupakan
satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data yang diperoleh oleh pengkaji.
Setiap analisis data dilakukan untuk mempersembahkan data kepada bentuk yang lebih
bermakna. Cara data itu dipersembahkan menunjukkan bahawa pengkaji telah menganalisis
data yang diperoleh dengan sistematik dan efisien. Data yang telah disusun rapi mengikut
golongan seperti yang telah ditetapkan oleh pengkaji akan dianalisis dengan sistematik dan
hasil dari analisis data akan dipaparkan dalam bentuk jadual, graf dan juga huraian.
CONTOH
METODOLOGI
RUJUKAN

• 4.0 metodologi kajian.docx. (n.d.). Scribd. https://www.scribd.com/document/402610925/4-0-metodologi-kajian-


docx
• Norazieah. (2015, April 26). BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN – sarah – SKBL2113. SKBL2113.
https://crazylinguists.wordpress.com/category/siti-sarah-a141264/bab-3-metodologi-kajian-sarah/
#:~:text=Metodologi%20kajian%20merupakan%20kaedah%20dan,kaedah%20dan%20teknik%20tertentu
%20digunakan.

You might also like