You are on page 1of 11

PROGRAM

PENANAMAN SEMULA
POKOK DI LEMBAH
BERTAM
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Daerah Cameron Highlands Bil.1/2021
5 Februari 2021

Oleh:
JABATAN PERHUTANAN NEGERI
PAHANG
Isi kandungan
LATAR BELAKANG
01

OBJETIF
02

PELAKSANAAN PROGRAM
03 PENANAMAN

PENGHIJAUAN MALAYSIA
MELALUI 100 JUTA POKOK 04
penanaman semula hutan di lembah bertam
• LATAR BELAKANG
• Seluas 34.7 hektar (85.746 ekar) kawasan rizab sungai dan rizab jalan di Lembah
Bertam, Daerah Cameron Highlands telah dilakukan Tindakan penguatkuasaan melalui
Operasi Lestari Lembah Bertam pada 1 Disember 2020 hingga 18 Disember 2020
dengan penglibatan pelbagai agensi.
• Kawasan tersebut telah mengalami kemerosotan disebabkan aktiviti pencerobohan serta
lain-lain aktiviti berkaitan.
• Penanaman pokok di Lembah Bertam telah dimulakan bersekali dengan Operasi Lestari
di Lembah Bertam. Penanaman dilakukan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri
Pahang.
• Status penanaman sehingga 31 Disember 2020
• 5.03 hektar (Baki kawasan yang belum ditanam akan dilakukan secara kontrak pada tahun 2021.)
• 1,841 anak pokok
• Spesies – gerok, rhu, asoka, melembu, mempening, kelat pucuk merah, keladan,
merawan siput jantan
AKTIVITI PENANAMAN SEPANJANG OPERASI
LESTARI LEMBAH BERTAM
penanaman semula hutan di lembah bertam
• OBJEKTIF
BIL PERKARA

1 Menghijaukan kawasan tebing sungai serta memulihkan rizab sungai yang telah terjejas akibat
aktiviti pencerobohan dan lain-lain aktiviti berkaitan.

2 Mengatasi masalah hakisan tanah di tebing sungai dan membantu memulih dan meningkatkan
kualiti air sungai.

3 Memupuk kesedaran masyarakat setempat dan awam mengenai kepentingan menjaga alam sekitar
dan kawasan hutan melalui aktiviti penanaman pokok.
penanaman semula hutan di lembah bertam
PELAKSANAAN PROGRAM PENANAMAN

1. PERUNTUKAN KWPH
• Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah memperuntukkan sejumlah RM500,000.00 pada tahun
2021 di bawah Kumpulan Wang Pembangunan Hutan (KWPH) untuk dibelanjakan bagi
penanaman semula hutan di Lembah Bertam.

• Pada masa ini, Pejabat Pembangunan Hutan (Barat),JPNP sedang menyediakan dokumen sebut
harga. Tindakan mengukur semula kawasan tersebut sedang dilakukan bagi mendapatkan
keluasan sebenar kawasan yang akan ditanam, kawasan yang memerlukan kerja-kerja mencuci
dan mengeluarkan sisa runtuhan (termasuk membuang konkrit).

• Dianggarkan seluas 25-30 hektar kawasan akan dipulihkan semula. Keluasan kawasan yang akan
dipulihkan bergantung kepada kerja-kerja pengukuran yang sedang dilakukan.
Kawasan yang memerlukan kerja pembersihan
penanaman semula hutan di lembah bertam
2. SASARAN PENANAMAN
• Kerja-kerja penanaman semula akan melibatkan kawasan seluas anggaran 25-30 hektar.
Kerja-kerja yang akan dilakukan adalah seperti berikut:
• Penyediaan Tapak Penanaman – menanda dan membersih sempadan, mencuci sisa runtuhan,
• Pembekalan Bahan Tanaman – membekal anak pokok
• Penanaman Anak Pokok – anggaran 12,000 anak pokok akan ditanam

• Anak pokok dari spesies gerok, rhu, asoka, melembu, mempening, kelat pucuk merah,
keladan, merawan siput jantan akan ditanam di kawasan ini.

• Bagi anggaran kawasan seluas 25-30 hektar tempoh siap kerja adalah selama 15 minggu.
Kerja-kerja akan bermula dijangka pada akhir Mac 2021.

• Anggaran harga bagi sehektar bagi memulihkan kawasan Lembah Bertam yang telah terosot
adalah RM16,650.00
PENGHIJAUAN MALAYSIA MELALUI KEMPEN
PENANAMAN 100 JUTA POKOK
OBJEKTIF KEMPEN SASARAN KEMPEN
Kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun
Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk: bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli
1. mengekalkan kawasan hijau di seluruh negara melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan
selain memelihara serta memulihara kawasan Perhutanan Negeri akan mengadakan program-program bagi merakyatkan Kempen
berhutan; Penanaman 100 Juta Pokok dengan melibatkan seluruh penduduk Malaysia dari
pelbagai latar belakang.
2. meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan
pokok dan kawasan berhutan serta memupuk
semangat cintakan alam semula; TEMA KEMPEN
3. merakyatkan komitmen dan semangat Tema kempen ini adalah “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita”
pengekalan kawasan liputan hijau sebagai satu atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”
agenda nasional;
4. memastikan komitmen negara untuk
mengekalkan sekurang-kurangnya 50% DEFINISI POKOK
daripada keluasan tanah negara dilitupi dengan Definisi pokok yang dicadangkan di bawah kempen ini adalah meliputi semua
kawasan berhutan dan pokok-pokok dapat jenis pokok yang merupakan tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang,
dicapai; dan dahan dan daun.
5. menggalakkan penyertaan agensi kerajaan
persekutuan/negeri, syarikat swasta dan badan
korporat, badan bukan kerajaan, institusi-
institusi pendidikan/penyelidikan dan orang
awam dalam usaha penanaman pokok.
PENGHIJAUAN MALAYSIA MELALUI KEMPEN
PENANAMAN 100 JUTA POKOK PERINGKAT NEGERI
PAHANG

MAKLUMAT PROGAM
Tarikh : 31 Disember 2020 (pre-recorded)
Lokasi : Lembah Bertam, Cameron
Highlands
Dirasmikan : YAB Menteri Besar Pahang
Pokok : Araucaria sp – VVIP (30)
Merawan Siput Jantan (150)
Keluasan : 1 ekar
SEKIAN,
TERIMA KASIH

You might also like