You are on page 1of 26

SEMESTER OKTOBER SESI 2023/2024 (JA232)

PROGRAM PENGAJIAN JARAK JAUH, PACE UUM


GMGA3073 STRATEGIC PUBLIC MANAGEMENT
TAJUK : ORGANISASI AWAM PEREKUTUAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA

NO. MATRIK NAMA PELAJAR KUMPULAN

275973 DESEM SAMUEL I

276110 NANCY ANAK NYAWIN I

276089 MUHAMMAD AZWAN B AZIZ I

276235 THONY AK SAGING I

275991 HILDA BINTI SAGULU K


PENGENALAN
Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk memastikan pekerja Malaysia
mempunyai keadilan sosial dan sumber tenaga kerja yang kompetitif. Selain
menjamin bahawa hubungan dan kerjasama antara jabatan dan agensi di bawah
kementerian, majikan dan pihak pekerja sentiasa kukuh dan harmoni,
kementerian ini memastikan pelaksanaan dasar sumber manusia yang berkualiti
tinggi dan praktikal. Kementerian Sumber Manusia, juga dikenali sebagai
KSM, bertanggungjawab untuk pekerjaan, keselamatan dan kesihatan
pekerjaan, kesatuan sekerja, perhubungan perniagaan, maklumat dan analisis
pasaran buruh dan keselamatan sosial.

VIS
Peneraju pembangunan dan pengurusan
I
sumber manusia negara
MISI
• Meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan peluang pekerjaan,
bangunkan masyarakat industri yang produktif, bermaklumat, berdisiplin, penyayang
dan responsif kepada perubahan dalam persekitaran perburuhan.
• Menggalakkan dan mengekalkan hubungan yang harmoni dan kondusif antara
majikan, pekerja dan kesatuan sekerja untuk kemajuan ekonomi negara dan
kesejahteraan rakyat.
• Menggalakkan keadilan sosial dan mengekalkan perhubungan perusahaan yang baik
dengan menyelesaikan pertikaian majikan pekerja dan mengiktiraf perjanjian
kolektif.
• Memastikan kesatuan sekerja berfungsi secara demokrasi, teratur dan
bertanggungjawab untuk membantu mencapai matlamat mewujudkan perubungan
perusahaan yang harmoni.
• Menjadi tonggak pembangunan sumber manusia negara.
• Mengutamakan dan menjamin aspek keselamatan dan kesihatan pekerja untuk
menghasilkan tenaga kerja yang mahir, berpengetahuan dan bersaing dalam
persekitaran perhubungan perusahaan yang adil dan harmoni.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

• Mewujudkan hubungan yang harmoni dan menggalakkan tripartisme antara pekerja, majikan
dan kerajaan.
• Menggubal dasar pekerjaan, pembangunan tenaga kerja yang berkemahiran, dan produktiviti
sistem gaji untuk merancang dan membangunkan sumber manusia.
• Menyediakan peluang pekerjaan dan penempatan.
• Mengubah suai dan melaksanakan dasar dan strategi latihan vokasional negara untuk memenuhi
keperluan latihan sektor swasta.
• Menilai, mengubah suai dan mencipta standard pelaksanaan kemahiran, sistem pensijilan
kemahiran dan sukatan kemahiran.
• Memastikan jaringan keselamatan yang mencukupi.pekerja, kemudahan keselamatan sosial
mesti dikemaskini dan dilaksanakan dengan betul.
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

• Mengubah suai dan melaksanakan dasar dan undang-undang buruh untuk menjadikan pekerjaan
lebih cekap, produktif dan teratur berdasarkan prinsip dan etika kerja yang baik.
• Mengubah suai dan melaksanakan dasar dan undang-undang mengenai keselamatan dan kesihatan
pekerjaan untuk memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat.
• Cergas mengurus dan secara bebas menyelesaikan pertikaian syarikat antara majikan dan pekerja
untuk mewujudkan persekitaran kerja yang menyenangkan.
• Untuk kepentingan negara, pergerakan kesatuan sekerja disusun dan dipantau.
• Menguruskan perhubungan antarabangsa dalam bidang pengurusan tenaga kerja, pembangunan
sumber manusia dan kerjasama teknikal .
FORMULASI STRATEGI

Formulasi strategi merupakan proses penyusunan langkah-langkah ke depan yang dimaksudkan untuk
membangun visi dan misi organisasi, menetapkan tujuan strategis dan kewangan perusahaan serta merancang
strategi untuk mencapai tujuan tersebut dalam rangka menyediakan customer value terbaik . Menurut David
(1997) menformulasi strategi melibatkan pembinaan misi, mengenal pasti peluang dan ancaman luaran,
menentukan kekuatan dan kelemahan dalaman, membentuk objektif jangka panjang, menjana strategi alternatif
dan memilih strategi terbaik untuk digunakan. Dengan kata lain, memformulasi strategi melibatkan
pengenalpastian masalah dan perancangan strategik.

VIS
VisiImerupakan wawasan masa depan atau tanggapan dan pandangan yang jauh dan
mendalam terutama yang berkaitan dengan perkembangan masa depan ke arah satu
matlamat yang hendak dicapai oleh sesebuah organisasi (Kamus Dewan, 2005).
Thornberry (1997), menyatakan bahawa visi adalah satu gambaran atau pandangan
tentang masa depan. Pembinaan visi merupakan suatu proses yang agak sukar
dilakukan kerana ia melibatkan proses penerimaan pandangan dan maklum balas
daripada pelbagai pihak khususnya warga sesebuah organisasi.
CIRI- CIRI PERNYATAAN VISI YANG
• BAIK
Jelas menyatakan tahap perubahan yang diinginkan masa depan atau menggambarkan kejayaan yang hendak diperoleh.
• Mencabar dan bermotivasi (driving force).
• Ringkas, mudah difahami dan dihayati oleh warga organisasi.
• Bersifat fleksibel untuk dibentuk agar organisasi sentiasa pantas dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran dan kesulitan.
• Dikongsi dengan stakeholder, pelanggan, pembekal, komuniti dan sebagainya.
• Mempunyai hubungan yang jelas dengan pernyataan misi.
KEPENTINGAN
Visi merupakan suatu pandangan jauh
VISI
dalam sesuatu perancangan sesebuah
organisasi. Dengan adanya visi, maka
sesebuah organisasi itu akan lebih jelas
tentang hala tuju organisasi. Visi juga
menjadi garis panduan atau rujukan
utama bagi setiap anggota dalam MISI
organisasi tersebut untuk melaksanakan Misi organisasi merupakan asas atau akar
tanggungjawab mereka. Visi umbi bagi sesuatu keutamaan strategi,
mendatangkan banyak kebaikan kepada perancangan dan pelaksanaan kerja (Drusker,
organisasi dan anggotanya. 1974). Ia merupakan suatu rangka awal
dalam membina dan mereka bentuk struktur
pengurusan. Misi merupakan bayangan
sesebuah organisasi dan merupakan
keutamaan organisasi seperti yang ditetapkan
oleh pengurusan utama organisasi (Falsey,
1989).
OBJEKTIF ANALISIS SWOT
Objektif adalah sesuatu yang perlu dicapai berdasarkan sasaran SWOT adalah sebuah singkatan daripada Strength (S),
yang ditetapkan. Menurut Halim (2006), objektif bolehlah Weakness (W), Opportunities (O) dan Threats (T). Analisa
dikatakan sebagai matlamat khusus yang hendak dicapai oleh SWOT digunakan dalam sesebuah organisasi untuk
sesebuah organisasi dalam suatu jangka masa tertentu. Manakala meningkatkan tahap pengurusan seterusnya memperoleh
David (2003), menjelaskan objektif ialah hasil khusus yang ingin kejayaan organisasi, melaksanakan program-program
dicapai oleh organisasi semasa melaksanakan misi asasnya. pembangunan malah membantu mengenal kelebihan dan
Objektif juga membawa maksud sasaran atau hasil yang cuba kekuatan pesaing. Analisis SWOT memberikan garis panduan
dicapai oleh organisasi berdasarkan sasaran yang telah ditetapkan. kepada sesebuah organisasi untuk mencapai objektif, visi dan
Objektif terbina berdasarkan misi sesebuah organisasi. misi organisasi.
POLISI
Polisi merujuk kepada panduan-panduan khusus, kaedah-kaedah, prosedur-prosedur,
undang-undang dan amalan-amalan pengurusan yang dibentuk untuk menyokong dan
menggalakkan pencapaian matlamat yang disasarkan. Polisi merupakan alat penting
dalam pelaksanaan strategi. Polisi memberitahu pekerja dan pengurus tentang tugas dan
sasaran pencapaian prestasi mereka dan ia hendaklah dinyatakan secara bertulis.
ISU/MASALAH STRATEGIK
Pengurusan tenaga kerja dari pelbagai budaya dan latar belakang bukanlah tugas yang
ringan. Jika majikan tidak berjaya mengendalikan isu-isu pekerja dengan efektif, ia boleh
menyebabkan pelbagai masalah yang akan berlaku di tempat kerja. Kegagalan dalam
menangani masalah ini akan membawa kesan buruk bukan sahaja kepada majikan tetapi
juga kepada rakan sekerja. Isu atau masalah strategik yang mungkin dihadapi oleh
organisasi Kementerian Sumber Manusia sering kali berkaitan dengan cabaran jangka
panjang diantaranya adalah kekurangan tenaga kerja berkemahiran, perubahan teknologi
dan automasi, isu keselamatan dan kesejahteraan pekerja serta penggangguran dan
pekerjaan tidak formal.
KEKURANGAN TENAGA KERJA
BERKEMAHIRAN
Pada era globalisasi ini, faktor kekurangan tenaga kerja yang berkemahiran termasuk perubahan
dalam struktur ekonomi, pendidikan dan latihan vokasional yang tidak sejajar dengan keperluan
industri, serta masalah migrasi tenaga kerja asing. Malaysia menghadapi kekurangan tenaga
kerja mahir terutama dalam sektor ekonomi utama seperti pembuatan, pembinaan dan teknologi
melalui artikel Malay Mail.(2023, May 11).

Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan penting dalam menangani isu ini
melalui inisiatif seperti program peningkatan kemahiran untuk melatih lebih banyak pekerja
tempatan, serta melaksanakan dasar yang memastikan kesesuaian antara pendidikan dan
keperluan pasaran kerja. Cabaran ini memerlukan pendekatan kolaboratif antara kerajaan,
industri, dan institusi pendidikan untuk mencapai keselarasan yang lebih baik antara bekalan
dan permintaan tenaga kerja mahir.
PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN AUTOMASI

Kemunculan Industri 4.0 yang membawa perkembangan terbaharu dalam teknologi komputer dan automasi tidak
hanya mempercepat perubahan dalam bidang ini, tetapi juga meningkatkan kebergantungan manusia terhadap
teknologi tersebut. Laporan Alias (2019) menunjukkan bahawa dengan kemunculan pekerjaan baharu, pekerja dapat
menangani tugas-tugas yang lebih kompleks, menyebabkan penyusunan semula peranan dalam keseluruhan bidang
perkhidmatan. Sebagai contoh melalui MyGovernment adalah agensi dalam Kementerian Sumber Manusia yang
menyediakan perkhidmatan dalam talian yang pelbagai kepada pengguna tanpa perlu hadir ke premis kerajaan dan
sekaligus dapat menjimatkan masa kepada pengguna.
ISU KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA
Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia, yang dikenali juga sebagai World OSH
Day pada 28 April setiap tahun, adalah peringatan untuk mengenang mangsa kemalangan
dan penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan. Tidak dinafikan setiap organisasi berhadapan
dengan isu-isu seperti keselamatan di tempat kerja dan juga kesejahteraan mental pekerja
yang boleh memparuhi produktiviti serta kepuasan dalam bekerja. Kehilangan pekerja yang
mahir akibat penyakit atau kemalangan adalah kerugian yang signifikan, terutama dalam
usaha Negara Malaysia menjadi negara maju menjelang pada tahun 2030.
PENGANGGURAN DAN PEKERJAAN TIDAK FORMAL

Isu pengangguran dan pekerjaan tidak formal menjadi perhatian yang serius oleh kerajaan.
Pengangguran tidak hanya memberi kesan terhadap ekonomi, tetapi juga pada stabiliti sosial
dan kesejahteraan individu. Selain itu, pekerjaan tidak formal, meski memberikan peluang
pekerjaan namun kurang memberikan jaminan keamanan dan kesejahteraan bagi pekerjanya.
Berdasarkan data terkini dari Laporan Statistik Tenaga Buruh oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia, terdapat penurunan signifikan dalam jumlah pengangguran aktif pada Mei 2023.
Kementerian Sumber Manusia perlu memainkan peranan yang penting untuk menangani
permasalah yang berlaku secara efektif. Strategi yang diambil harus bersifat inklusif, dan
penyesuaian terhadap perubahan kondisi ekonomi dan sosial. Kerjasama antara kerajaan,
industri, dan institusi pendidikan adalah penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi
yang seimbang dan inklusif.
ANALISIS PERSEKITARAN
Tujuan analisis persekitaran adalah untuk mengenal pasti peluang
dan ancaman yang dihadapi oleh organisasi atau perniagaan.
Dalam konteks Kementerian Sumber Manusia, analisis
persekitaran dapat membantu dalam mengenal pasti peluang dan
ancaman dalam pembangunan sumber manusia dan memastikan
program-program yang diimplementasikan sesuai dengan
keperluan pasaran buruh dan pertumbuhan ekonomi negara.
ANALISIS PERSEKITARAN LUAR
Analisis persekitaran luaran membantu Kementerian
Sumber Manusia Malaysia mengenal pasti peluang dan
ancaman yang dihadapi oleh organisasi dalam pembangunan
sumber manusia dan program-program yang
diimplementasikan. Pada masa yang sama, memahami
faktor-faktor luaran mengidentifikasi faktor-faktor luaran
yang mempengaruhi pembangunan sumber manusia dan
program-program yang diimplementasikan, seperti politik,
ekonomi, sosial, teknologi, undang-undang, dan alam
sekitar.
Faktor ekonomi negara
pertumbuhan industri, inflasi, dan keadaan pasaran tenaga
kerja. Keadaan pasaran tenaga kerja di Malaysia
memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
pertumbuhan ekonomi negara. Antara faktor adalah,
sumbangan Sektor Perkhidmatan memainkan peranan
penting dalam pertumbuhan ekonomi negara.
Pertumbuhan sektor ini secara langsung berkaitan dengan
permintaan akan lebih banyak pekerja, yang pada
gilirannya dapat meningkatkan kadar pengangguran.
Faktor sosial
merupakan Perubahan demografi, tren pekerjaan dan
gaya hidup masyarakat yang boleh memberi impak
kepada keperluan sumber manusia. Perubahan
demografi, trend pekerjaan, dan gaya hidup rakyat boleh
memberi peluang dan ancaman kepada keperluan
sumber manusia di Malaysia. Pengaruh Faktor
Demografi dan Sosioekonomi kepadatan penduduk,
perubahan demografi, dan keadaan sosioekonomi boleh
mempengaruhi isu-isu makroekonomi, termasuk
bekalan buruh.
Faktor teknologi
Kemajuan teknologi dan penggunaannya dalam bidang sumber
manusia seperti sistem pengurusan sumber manusia (HRMS)
atau platform e-pembelajaran. Kemajuan teknologi, khususnya
dalam bidang sumber manusia, memberikan peluang dan
ancaman terhadap keperluan sumber manusia di Malaysia.
Antara kesan yang daripada kemajuan teknologi dalam
pengurusan sumber manusia Peningkatan Kecekapan melalui,
Teknologi maklumat, seperti Sistem Maklumat Sumber Manusia
(HRIS), membolehkan pengurusan sumber manusia yang lebih
cekap dan mengurangkan masa yang diperlukan untuk
melaksanakan pelbagai proses, seperti pengambilan data,
analisis, dan organisasi.
ANALISIS PERSEKITARAN DALAMAN
Analisis persekitaran dalaman melibatkan penilaian terhadap
aspek-aspek yang berkaitan dengan organisasi itu sendiri. Struktur
Organisasi melibatkan kementerian dalam organisasi, termasuk
hierarki, bahagian-bahagian, dan hubungan antara unit-unit kerja.
Seterusnya budaya Korporat merujuk kepada nilai-nilai, norma-
norma, dan cara berkerja yang diterapkan dalam kementerian.
Budaya korporat memainkan peranan penting dalam membentuk
identiti dan organisasi.
CADANGAN

CADANGAN 1
Seiring dengan Agenda Transformasi Nasional dan Transformasi Nasional 2050, Kementerian Sumber
Manusia perlu bersedia dan proaktif untuk memastikan matlamat dan hasrat kerajaan dapat dijayakan.
Melalui Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2016-2020, Kementerian komited dalam
menjayakan dasar Kerajaan terutama dalam pembangunan dan pengurusan sumber manusia
negara.Analisis dan kajian persekitaran merujuk suatu pendekatan yang signifikan dalam penyediaan
Pelan Strategik Kementerian Sumber Manusia 2016-2020 bagi mengenal pasti cabaran-cabaran dalam
merealisasikan visi Kementerian Sumber Manusia.
CADANGAN

CADANGAN 2
Peningkatan produktiviti buruh dan selisih jurang kemahiran yang semakin luas berikutan perubahan
semasa. Sehubungan dengan itu, modal insan negara perlu mempunyai kemahiran yang signifikan dan
sentiasa memenuhi keperluan pasaran dan ekonomi negara yang dinamik. Bagi memantapkan
perancangan dan pelaksanaan pembangunan guna tenaga negara secara bersepadu (melibatkan
Kementerian/ Agensi lain) mengikut keperluan ekonomi semasa mengoptimumkan guna tenaga
penuh .Bagi memperkukuh program pembangunan merealisasikan TVET (technical and vocational
education and training) yang diterajui industri.
CADANGAN

CADANGAN 3
Dasar dan undang-undang perburuhan negara hendaklah menyediakan tapak atau platform bagi
memelihara hubungan perusahaan yang harmoni antara majikan dan pekerja khususnya melalui
penguatkuasaan yang berkesan.Ini dapat diperlihatkan melalui penganjuran program pendidikan melalui
taklimat, dialog dan seminar kepada pegawai-pegawai kesatuan sekerja.Pindaan/ Penambahbaikan
Ordinan Buruh Sarawak juga membuktikan usaha yang serius bagi pemantapan undang-undang
buruh,peraturan,perintah dan kod etika berkaitan hal ehwal perburuhan dapat dimantapkan.
CADANGAN

CADANGAN 4
Mengamalkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat serta dinamik semasa di tempat kerja.Aspek keselamatan
dan kesihatan pekerjaan terus dititik beratkan dengan menegaskan budaya pencegahan (preventive
culture) di tempat kerja berpaksikan strategi pelaksanaan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 2016- 2020. Pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berfokus
juga akan diadaptasikan dalam sektor pekerjaan dan perniagaan tertentu yang masih berisiko seperti
perladangan, tapak bina dan perusahaan kecil dan sederhana(PKS).
KESIMPULAN
Hubungan yang harmoni antara majikan dan pekerja adalah sesuatu yang perlu disemai dan
dipupuk serta dikekalkan dalam memastikan kelangsungan pekerjaan. Keunikan hubungan
pekerja ini memerlukan persefahaman dan sikap saling bertolak ansur diantara kedua-dua
pihak. Kewujudan undang-undang seperti Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan
makanisma perhubungan seperti Badan Perundingan Bersama, Kesatuan Sekerja serta garis
panduan seperti Tatacara Keharmonian Perusahaan akan dapat memastikan perhubungan yang
harmoni diantara majikan dan pekerja seterusnya menyumbang kepada kelestarian ekonomi
serta kemakmuran negara seperti yang dikehendaki oleh Kementerian Sumber manusia.

You might also like