Professional Documents
Culture Documents
Ap015 Bab 2 - Pengurusan
Ap015 Bab 2 - Pengurusan
PENGURUSAN
AP015
Sesi 2022/2023
KANDUNGAN TOPIK
2.1 Pengenalan Pengurusan
2.2 Perancangan
2.3 Pengorganisasian
2.4 Kepimpinan dan Motivasi
2.5 Pengawalan
2.1 PENGENALAN
PENGURUSAN
2.1.1 Fungsi Pengurusan
2.1.2 Peringkat Pengurusan
2.1.3 Peranan dan Kemahiran Pengurusan
2.1.1 FUNGSI PENGURUSAN
2.1.1(a) Takrif Pengurusan
PERANCANGA
N
KEPIMPINAN
2.1.1(B) FUNGSI PENGURUSAN
i. Perancangan
• Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin
dicapai, membangunkan strategi dan menentukan tindakan
paling bersesuaian serta menyelaraskan semua aktiviti di setiap
peringkat organisasi demi mencapai matlamat organisasi.
2.1.1(B) FUNGSI PENGURUSAN
ii. Pengorganisasian
• Proses di mana pengurus menyusun, mengagih dan
menstruktur sumber-sumber organisasi untuk melaksanakan
tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat
organisasi.
Penjalin
Pembuat Pemberi
Hubungan
Keputusan Maklumat
Perorangan
• Tunggak (Figurehead) • Usahawan • Pemantau (Monitor)
• Pemimpin (Leader) (Entreprenuer) • Penyebar
• Penghubung Liaison) • Pengagih Sumber (Disseminator)
(Resource Allocator) • Jurucakap
• Perunding (Spokeperson)
(Negotiator)
• Menangani Gangguan
(Crisis Handler)
I. Penjalin Hubungan Perorangan
i. Tunggak (Figurehead)
• Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara.
• Contoh: CEO akan menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan
anugerah.
• Pengarah akan menandatangani dokumen rasmi perjanjian dengan
syarikat pembekal .
I. Penjalin Hubungan Perorangan
ii. Pemimpin (Leader)
• Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja
melaksanakan kerja.
• Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi apa yang telah
dirancang.
• Contoh: CEO menggesa agar setiap Pengurus Cawangan dapat
mencapai target hasil jualan sebanyak RM20 juta pada penghujung
tahun ini.
I. Penjalin Hubungan Perorangan
iii. Pengawai Penghubung (Liaison)
▪ Mengekalkan hubungan jaringan (networking) sama ada di dalam
atau di luar organisasi; melalui e-mel, panggilan telefon dan
mesyuarat.
▪ Contoh: Pengurus Sumber Manusia berunding dengan Ketua
Kesatuan Pekerja berkaitan ketidakpuasan hati pekerja berkaitan
tuntuntan kerja lebih masa atau berinteraksi dengan pelanggan,
pembekal dan sebagainya.
II. Pembuat Keputusan
i. Usahawan (entrepreneur)
▪ Berperanan sebagai perintis (initiator), pereka dan penggalak
kepada perubahan dan inovasi.
▪ Contoh: CEO Samsung mengumumkan peranti boleh lipat (berada
di antara telefon dan tablet) yang pertama dikomersialkan iaitu
Galaxy Fold mempunyai 6 kamera dengan harga sekitar
RM8,051.00
II. Pembuat Keputusan
ii. Menangani Gangguan (crisis handler)
▪ Membuat keputusan atau tindakan yang tepat terhadap krisis yang
timbul dalam organisasi supaya persekitaran organisasi yang
bermasalah dapat diselesaikan.
▪ Contoh: Pengurus Sumber Manusia berbincang dengan wakil
Kesatuan Sekerja untuk menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati
pekerja berkaitan masalah kenaikan gaji tahunan .
II. Pembuat Keputusan
iii. Pengagih Sumber (resource allocator)
▪ Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang terhad diagih dan
digunakan oleh semua ahli organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi.
▪ Contoh: Pengurus Jabatan Kewangan memutuskan pengagihan
sumber-sumber dana mengikut keutamaan di mana sebanyak
RM30juta diperuntukkan kepada Jabatan Pengeluaran untuk
membeli mesin dan jentera.
II. Pembuat Keputusan
iv. Perunding (negotiator)
▪ Mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang
kuasa.
▪ Contoh: Pengurus Jabatan Jualan berunding dengan Pengurusan
Jabatan Pengeluaran untuk membuat ramalan jualan berdasarkan
kapasiti pengeluaran yang mampu dihasilkan oleh jabatan tersebut
untuk tahun hadapan.
III. Pemberi Maklumat
i. Pemantau (monitor)
▪ Mencari dan menerima maklumat, mengimbas laporan berkala
dan mengekalkan hubungan perorangan.
▪ Contoh: Presiden syarikat sentiasa memantau keadaan gejala
pendamik Covid19 yang mempengaruhi perjalanan operasi
organisasinya.
II. Pemberi Maklumat
ii. Penyebar maklumat (disseminator)
▪ Menyebar maklumat penting yang diperolehi sama ada dari dalam
atau luar organisasi kepada ahli organisasi melalui memo, laporan
atau panggilan telefon.
▪ Contoh: Penyelia Jualan perlu memberi laporan jualan bulanan
kepada Pengurus Jabatan Jualan pada setiap awal bulan yang
berikutnya.
II. Pemberi Maklumat
iii. Jurucakap (spokesperson)
▪ Mewakili unit/jabatan untuk memberi maklumat yang jelas kepada
pihak pengurusan atasan dalam organisasi atau berkomunikasi
dengan individu/kesatuan pekerja di luar organisasi.
▪ Contoh: Pengawai Perhubungan Awam berucap dalam sidang
akhbar berkaitan isu masalah produk yang perlu ditarik balik dari
pasaran.
2.1.3(B) KEPENTINGAN KEMAHIRAN DALAM
PENGURUSAN
i. Pembuat keputusan yang berkesan.
• Membolehkan pengurus mengenalpasti masalah dan membuat keputusan
yang tepat bagi sesuatu situasi yang penting.
ii. Mewujudkan penyelarasan organisasi
• Membolehkan pengurus menyelaras kerja di dalam organisasi secara lebih
baik dan berkesan supaya dapat mengelakkan berlakunya pertindihan tugas
serta pengurus boleh mengurus dengan berkesan.
iii. Kebolehan bertindak dengan cepat
• Pengurus yang berkemahiran dapat mengetahui dan menyelesaikan semua
masalah secara cekap dan berkesan.
2.1.3(B) KEPENTINGAN KEMAHIRAN DALAM
PENGURUSAN
iv. Pengurusan hubungan dengan pekerja dan membangunkan sumber
manusia
• Pengurus yang berkemahiran akan mengenalpasti prestasi pekerja yang
kurang baik dan akan memastikan ianya tidak akan menjejaskan pencapaian
organisasi.
• Pengurus yang berkemahiran akan memberi motivasi dan dorongan kepada
pekerja agar terus meningkatkan prestasi kerja para pekerja seperti yang
diperlukan oleh organisasi.
v. Membolehkan pengurus mengenalpasti dan mengambil peluang yang
wujud sama ada dari dalam dan luar organisasi
• Pengurus yang berkemahiran akan cuba meneroka peluang yang ada di
sekelilingnya dan menukarkannya kepada keberhasilan bagi organisasi.
2.1.3(C) KEMAHIRAN PENGURUSAN
KEMAHIRAN
KONSEPTUAL
KEMAHIRAN
PENGURUSAN
KEMAHIRAN KEMAHIRAN
TEKNIKAL KEMANUSIAN
2.1.3(C) KEMAHIRAN PENGURUSAN
i. KEMAHIRAN KONSEPTUAL
▪ Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan
mengintegrasikan hubungan antara bahagian-bahagian dalam
organisasi.
▪ Kemahiran yang digunakan untuk berfikir dan
mengkonsepsualisasikan (mewujudkan) sesuatu yang abstraks dan
situasi yang kompleks.
▪ Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk
mencapai matlamat organisasi.
▪ Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan
kesan jangka panjang.
2.1.3(C) KEMAHIRAN PENGURUSAN
▪ Kebolehan untuk bekerja dengan baik bersama orang lain sama ada
secara individu atau berkumpulan.
▪ Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi
individu dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap
individu lain.
▪ Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau
masyarakat seperti bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan,
bermesyuarat dengan pegawai atasan, berbincang dan berhubung
dengan pekerja.
2.1.3(C) KEMAHIRAN PENGURUSAN
Contoh:
Pengurus sumber manusia perlu menguasai kemahiran kemanusiaan
bagi menangani masalah prestasi pekerja, membekalkan
maklumbalas prestasi kerja kepada para pekerja, memotivasi pekerja
dan mengawal aktiviti-aktiviti yang membabitkan pengurusan
prestasi pekerja.
2.1.3(C) KEMAHIRAN PENGURUSAN
Pengurus
Pertengahan
Pengurus
Bawahan
34
2.1.3(D) HUBUNGKAIT ANTARA KEMAHIRAN
PENGURUSAN DENGAN PERINGKAT PENGURUSAN
JENIS BAWAHAN PERTENGAHAN ATASAN
KEMAHIRAN (OPERASI) (JABATAN) (KETUA ORGANISASI)
Tidak penting kerana pengurus Penting kerana pengurus Sangat penting kerana pengurus
terlibat dengan aktiviti operasi terlibat dalam perancangan perlu terlibat balas terhadap
KONSEPTUAL
sahaja. dalam jabatan. perubahan.
Contoh:
Masalah Covid19 yang melanda dunia pada 2019 menyebabkan
masyarakat dikenakan perintah berkurung. Banyak organisasi
tidak dapat beroperasi seperti biasa maka pengurus terpaksa
mengarahkan pekerja untuk bekerja dari rumah dan mengadakan
mesyuarat secara atas talian.
2.2.1(B) KEPENTINGAN PERANCANGAN
Pengurus Kewangan
Penyelia Kilang A merancang untuk
mensasarkan Pengurus Jabatan Pengurus Jabatan mendapatkan
peningkatan volum Pengeluaran Kewangan sumber dana dari
pengeluaran set sofa sumber pinjaman
sebanyak 10% setiap jangka panjang
bulan.
Pengurus Bawahan
Rendah Tinggi Tinggi
Perancangan
Operasi
49
2.2.1(C) HUBUNGKAIT JENIS PERANCANGAN
DENGAN PERINGKAT PENGURUSAN
Pengurus perlu mempunyai kemahiran konseptual yang tinggi
PERANCANGAN berbanding pengurus peringkat lain. Pengurus perlu memantau
STRATEGIK
persekitaran dalaman dan luaran seperti ekonomi, teknologi,
& PENGURUSAN
kebudayaan, pelanggan, pekerja, pesaing dan sebagainya.
ATASAN
PERANCANGAN Pengurus akan menentukan bagaimana syarikat akan
TAKTIKAL menggunakan sumber-sumber yang ada bagi mencapai matlamat
& PENGURUSAN yang ditetapkan. Pengurus amat memerlukan kemahiran
PERTENGAHAN
kemanusiaan bagi memimpin dan memotivasikan pekerja untuk
mencapai matlamat organisasi.
PERANCANGAN Pengurus juga amat memerlukan kemahiran teknikal kerana
OPERASIAN bertanggungjawab mengawal operasi harian.
& PENGURUSAN
BAWAHAN
2.2.1(C) HUBUNGKAIT JENIS PERANCANGAN DENGAN PERINGKAT
PENGURUSAN
Pengurus bawahan (antaranya seperti Penyelia Jualan, Penyelia Tapak, Ketua Unit)
akan menyediakan perancangan operasian (jangka pendek).
Perancangan yang dibuat perlu selaras dengan perancangan yang dibuat oleh
pengurus peringkat atasan dan pertengahan.
Beliu perlu membentuk kerjasama iaitu melakukan tugas secara berpasukan bagi
kumpulan yang dipimpin. Beliau perlu adalah kemahiran untuk memotivasikan
pekerja secara unggul bagi mendorong pekerja bergelagat dan mempengaruhi
pekerja bagi mencapai matlamat organisasi.
ALAT-ALAT
TITIK PULANG CARTA PERT
PERANCANG
MODAL
AN
CARTA GANTT
2.2.2(A) ALAT-ALAT
PERANCANGAN
i. BELANJAWAN
Kegunaan:
🞆Merupakan alat pengurusan yang penting bagi tujuan pengagihan
sumber kewangan yang terhad untuk pelbagai kegunaan.
🞆Merancang perbelanjaan organisasi bagi suatu tempoh tertentu.
2.2.2(A) ALAT-ALAT
PERANCANGAN
RnD
Utiliti & 5%
Am 15%
A Tiada 4
B Tiada 8
C A 6
D B,C 3
E D 4
4 hari 6 hari
A C
4 hari
3 hari Tamat
Mula D E
8 hari
Carta PERT/CPM
Pembinaan Taman Mini
2.2.2(A) ALAT-ALAT
PERANCANGAN
KEGUNAAN:
🞆Sebagai panduan dalam melaksanakan projek mengikut masa yang
ditetapkan.
🞆Merancang kemajuan projek.
🞆Merancang kos pelaksanakan projek.
2.2.2(A) ALAT-ALAT
PERANCANGAN
Kegunaan:
• TPM digunakan untuk menentukan unit minima yang patut
dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.
2.2.2(A) ALAT-ALAT
PERANCANGAN
TPM (unit) = KT
H - KB
Hasil, Kos
Jumlah Hasil (JH)
Volum jualan
Q
Rajah Titik Pulang Modal
2.2.3 VISI, MISI DAN OBJEKTIF
ORGANISASI
Visi
Misi
Objektif
2.2.3(A) TAKRIF VISI, MISI DAN OBJEKTIF
ORGANISASI
i. VISI
▪ Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah
organisasi.
▪ Merupakan sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai.
▪ Merupakan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi.
▪ Ciri-ciri Visi:
• Ringkas, padat dan jelas (tidak melebihi 25 patah perkataan)
• Realistik dan menimbulkan semangat
• Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila
2.2.3(A) TAKRIF VISI, MISI DAN OBJEKTIF
ORGANISASI
ii. MISI
• Misi ialah tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
• Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan
memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran utama, pasaran
utama, sifat orang yang memegang kepentingan dalam firma dan
masyarakat dan falsafah pengurusan.
• Misi membentuk identiti dan imej organisasi.
• Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi – hala
tuju yang dikongsi bersama – dapat memfokus usaha.
2.2.3(A) TAKRIF VISI, MISI DAN OBJEKTIF
ORGANISASI
iii. OBJEKTIF
▪ Merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai
oleh sesebuah organisasi – terbentuk daripada misi.
▪ Biasanya dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus berbanding misi
organisasi – dimensi masa lebih jelas.
▪ Setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif masing-masing
selari dengan misi organisasi.
▪ Ciri objektif – Spesifik, Boleh diukur, Boleh dicapai, Dikaitkan dengan
Ganjaran, Mempunyai tempoh masa. (SMART)
2.2.3(A) TAKRIF VISI, MISI DAN OBJEKTIF
ORGANISASI
i. Pengkhususan Kerja
▪ Autoriti ialah hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk
menjalankan sesuatu kerja.
▪ Semua pengurus mempunyai autoriti tetapi darjah autoriti yang dimiliki itu
adalah berbeza berasaskan peringkat pengurusan di mana mereka berada.
▪ Autoriti bukan sahaja membolehkan pengurus membuat keputusan dan
mengambil tindakan ke atas keputusannya tetapi juga membolehkan pengurus
mengarah dan menurunkan kuasanya kepada staf di bawahnya.
▪ Terdapat 2 jenis autoriti iaitu:
▪ Autoriti Lini
▪ Autoriti Staf
PENGARAH
URUSAN
EKSEKUTIF
PERUNDANGAN
Rajah Autoriti
i. Autoriti Lini
Pengurus
Kewangan
STRUKTUR
ORGANISASI
STRUKTUR STRUKTUR
MATRIKS DIVISIONAL
2.3.2(B) STRUKTUR
ORGANISASI
i. Struktur Fungsian
Pengurus Besar
Carta Struktur
Fungsian
2.3.2(B) STRUKTUR
ORGANISASI
Pengurus Besar
Pengurus Besar
Pengurus Besar
Pengurus Pengurus
Kewangan Pemasaran
a. Takrif Kepimpinan
• Proses di mana pengurus bekerja bersama sumber manusia untuk
mencapai matlamat organisasi.
• Proses di mana pengurus memotivasi, memimpin dan melakukan
apa jua tindakan yang melibatkan berurusan dengan manusia
untuk mencapai matlamat organisasi.
2.4.1 PENGENALAN
KEPIMPINAN
b. Ciri-ciri Antara Pemimpin dan Pengurus
ASPEK PEMIMPIN PENGURUS
Interaksi Melibatkan interaksi peribadi Tidak melibatkan interaksi peribadi
dengan pekerja. dengan pekerja.
i. Interaksi
• Interaksi pemimpin lebih bercorak peribadi berbanding
pengurus disebabkan pemimpin perlu mendorong, memujuk dan
mempengaruhi orang lain agar mereka melaksanakan arahan
untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Keputusan perlu
dibincangkan
Ketua membuat
Pembuatan menerusi konsep
keputusan, penglibatan Pembuatan
PEMBUATAN keputusan bersama syura’ iaitu
subordinat dalam keputusan secara
KEPUTUSAN di antara ketua dan permuafakatan
membuat keputusan bersendirian.
subordinat. antara pemimpin
adalah minimum.
dan pekerja
bawahannya.
2.4.2 PENGENALAN MOTIVASI
a. Takrif Motivasi
• Proses dimana usaha seseorang yang dirangsang, diarah dan
dikekalkan ke arah pencapaian matlamat.
• Terdapat 3 teori motivasi yang akan dibincangkan iaitu:
i. Teori Hirarki Keperluan Maslow
ii. Teori Dua Faktor Herzberg
iii. Teori XY McGregor
2.4.2 PENGENALAN MOTIVASI
KEPERLUAN
ESTEEM
KEPERLUAN
SOSIAL
KEPERLUAN KESELAMATAN
KEPERLUAN FISIOLOGI
i. Keperluan Fisiologi
• Keperluan asas seseorang untuk terus hidup iaitu makanan,
minuman, tempat perlindungan dan lain-lain keperluan fizikal.
• Merupakan keperluan yang terbawah sekali dalam Hierarki
Keperluan Maslow yang harus dipenuhi oleh semua manusia
seperti keperluan makanan, pakaian dan tempat perlindungan.
• Bagi memenuhi keperluan ini, pekerja harus berusaha atau bekerja
untuk memperoleh pendapatan bagi memenuhi keperluan asas.
i. Teori Hirarki Keperluan
Maslow
ii. Keperluan Keselamatan
• Keperluan seseorang untuk keselamatan dan perlindungan daripada
bahaya fizikal dan emosi, juga bagi mendapat kepastian bahawa
keperluan fisiologi telah dan terus dipenuhi.
• Pekerja mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh
mencederakan atau menjejaskan masa depannya.
• Pekerja akan merasa lebih selamat untuk bekerja sekiranya mereka
tahu bahawa mereka tidak akan hilang pekerjaan atau dibuang kerja.
• Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih
dan kondusif, skim pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin
keselamatan dan masa depan pekerja.
i. Teori Hirarki Keperluan
Maslow
iii. Keperluan Sosial
• Apabila individu telah penuhi keperluan fisiologi dan keselamatan
maka keperluan seterusnya adalah untuk seseorang berkasih
sayang, dipunyai, penerimaan dan persahabatan.
• Ia berkaitan berhubung dengan orang lain dan diterima oleh
kumpulan atau masyarakat.
• Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri. Mereka memerlukan
rakan-rakan atau kumpulan tertentu untuk berinteraksi
• Dalam organisasi, pekerja akan dikelompokkan dalam satu
kumpulan kerja dan mereka akan berinteraksi serta bekerja
bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi
i. Teori Hirarki Keperluan
Maslow
iv. Keperluan Esteem
v. Ganjaran (Reward)
• Kewangan
• Bukan Kewangan
2.4.2(b) Kaedah Memotivasikan Pekerja
i. Kaedah Penetapan Matlamat (Goal Setting)
Penetapan matlamat dibuat bersama-sama antara pengurus dengan subordinat
dalam ruang kemampuan mereka demi memastikan matlamat dapat dicapai
dalam tempoh yang munasabah.
▪ Motivasi pekerja akan meningkat dengan penglibatan mereka dalam
penetapan matlamat
▪ Ciri-ciri matlamat yang dibentuk haruslah spesifik , jelas dan mencabar
tetapi tidak terlalu sukar
Contoh: Pihak Pengurusan tertinggi bersama wakil jabatan bersetuju untuk
menetapkan matlamat syarikat dengan pencapaian keuntungan sebanyak RM15
juta menjelang akhir tahun ini berdasarkan kapisiti sumber organisasi yang
mereka ada sekarang.
2.4.2(b) Kaedah Memotivasikan Pekerja
ii. Rekabentuk Kerja (Job Design)
• Cara pengurus menggabungjalinkan tugas-tugas bagi membentuk kerja yang
dapat dilaksanakan dengan baik oleh pekerja.
• Pengurus sepatutnya merekabentuk kerja dengan baik dan berhati-hati sebagai
refleksi kepada perubahan dalam persekitaran, teknologi organisasi, dan skil
pekerja, keupayaan dan keinginan.
• Apabila kerja direkabentuk sedemikian rupa, pekerja akan bermotivasi untuk
bekerja keras.
•3 jenis rekabentuk kerja ialah:
i. Pusingan kerja
ii. Peluasan kerja
iii. Pengayaan kerja
2.4.2(b) Kaedah Memotivasikan Pekerja
Rekabentuk kerja (job design)
Pekerja C Pekerja A
Latihan Perunding
Penyelidikan
Pekerja Baru Pelanggan
Eksekutif Jualan A
2.4.2(b) Kaedah Memotivasikan Pekerja
Rekabentuk kerja (job design)
iii. Pengayaan Kerja (Job Enrichment)
• Kerja dikembangkan secara vertikal dengan menambah tanggungjawab
untuk merancang dan menilai.
• Ia meningkatkan kedalaman kerja iaitu sebanyak mana kawalan
seseorang pekerja ke atas kerja mereka sehingga selesai.
• Pekerja diberi kuasa untuk membuat andaian beberapa tugas yang
biasanya dilakukan oleh pengurus mereka.
• Ia membenarkan pekerja melaksanakan seluruh aktiviti dengan bebas,
berdikari dan bertanggungjawab.
• Contoh, pengurus perkhidmatan penerbangan diberi lebih tanggungjawab
dan kuasa dalam mengagihkan tugas-tugas kepada krew penerbangan.
2.4.2(b) Kaedah Memotivasikan Pekerja
Staf Pemasaran
Pegawai
Pemasaran Staf Promosi
Staf Jualan
2.4.2(b) Kaedah Memotivasikan Pekerja
B. Kepentingan Kawalan
1. Mengukur prestasi pengurus dan pekerja
Mekanisma kawalan dapat memantau prestasi pekerja dan kecekapan pengurus
dalam membuat keputusan.
2. Jaminan kualiti produk
Mengawasi, memeriksa dan meningkatkan mutu keluaran.
3. Mengenalpasti peluang dan ancaman
Perniagaan perlu menganalisa peluang dan ancaman yang terdapat di sekitar
perniagaan seperti persaingan, perubahan teknologi, politik dan undang-undang,
ekonomi, dan lain-lain.
4. Bersedia menghadapi ancaman.
Organisasi sentiasa berdepan dengan persekitaran yang dinamik (sentiasa
berubah) terutamanya apabila ia melibatkan perubahan citarasa dan keperluan
pengguna.
2.5.2 PROSES KAWALAN
DALAM PENGURUSAN
a. Takrif Proses Kawalan
Proses kawalan ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan
untuk mengawal melibatkan penetapan piawai, mengukur
prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan
piawai dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif
yang dirancang tercapai.
2.5.2(A) PROSES KAWALAN
DALAM PENGURUSAN
MENETAPKAN
PIAWAIAN
MENGUKUR
PENCAPAIAN
TIDAK
MEMBANDINGKAN MEMBUAT
PENCAPAIAN LANGKAH
DENGAN PIAWAIAN PEMBETULAN
YA
TERUSKAN YA
i. Menetapkan Piawaian
• Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawai
yang ingin dicapai.
• Ia merujuk kepada perancangan dan rancangan yang hendak
dilaksanakan itu perlu mengandungi piawai tertentu.
• Piawai yang hendak dicapai ini perlulah ditetapkan dengan jelas
dan boleh diukur.
• Contoh:Jabatan pengeluaran, Syarikat Mahsuri menetapkan
objektif untuk mengeluarkan 1000 kampit beras sehari bagi
kuantiti 5kg dan 10kg yang mempunyai 5% beras hancur.
2.5.2 PROSES KAWALAN DALAM
PENGURUSAN
4 hari 6 hari
A C
4 hari
3 hari Tamat
Mula D E
8 hari
Petunju
k:
Laluan genting (A-C-D-
E)
2.5.3 ALAT-ALAT KAWALAN
iii. Titik Pulang Modal
• Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil)
dengan kos untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai
jumlah kos iaitu titik pulang modal.
• Ia tercapai apabila Jumlah Hasil = Jumlah Kos
• Dengan ini firma akan mempastikan output yang dijual melebihi titik
yang telah ditetapkan supaya memperolehi keuntungan.
• KEGUNAAN: digunakan untuk menentukan unit minima yang patut
dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.
2.5.3 ALAT-ALAT KAWALAN
Contoh soalan
Apakah kuantiti pulang modal jika harga jualan seunit ialah RM25, Kos
Berubah seunit ialah RM 10 dan Kos Tetap seunit RM150,000?
Jawapan:
TPM (unit) = Kos Tetap
Harga – Kos Berubah seunit
= 150,000
25 – 10
= 10,000 unit
171
2.5.3 ALAT-ALAT KAWALAN
Kos berubah
TPM
250,000
0 Kuantiti(Q)
10,000
(Unit)
2.5.3 ALAT-ALAT KAWALAN
iv. Carta GANTT
• Carta berjadual yang menunjukkan output yang sebenar dan dirancang dalam
satu tempoh masa.
• Carta yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu
projek dan masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap
langkah/aktiviti tersebut.
• Gantt menunjukkan secara grafik bila kegiatan perlu dilaksanakan dan
membandingkan unjuran tersebut dengan progres sebenar bagi setiap kegiatan.
• Jadual keseluruhan dibentuk dengan menetapkan masa permulaan dan masa
siap setiap kegiatan yang perlu disempurnakan mengikut turutan sehingga
tamatnya projek berkenaan.
• KEGUNAAN: untuk mengawal atau memastikan aktiviti perniagaan
dilaksanakan seperti masa yang ditetapkan.
2.5.3 ALAT-ALAT KAWALAN
Tarikh /Aktiviti Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4