You are on page 1of 21

OBJEKTIF KHUSUS

Menghuraikan al-Quran adalah kitab hidayah untuk menunjukkan cara hidup dan tugas manusia Menjelaskan al-Quran mendahului ilmuilmu Moden. Menjelaskan secara umum ayat-ayat dan bukti kerasulan Nabi Muhammad

OBJEKTIF PEMBINAAN DIRI

Meyakini al-Quran adalah sumber rujukan utama dalam kehidupan muslim Sentiasa berusaha dengan bersungguhsungguh untuk melaksanakan perintah Allah dalam al-Quran dan sangat takut untuk melanggar larangannay

Al-quran adalah kitab hidayah


Al-Quran diturunkan untuk memberi hidayah(pertunjuk) kepada manusia. Bukan kitab perubatan,kejuruteraan, astronomi atau kimia yang menghimpun dan merekodkan fakta-fakta ilmu ini. Ia adalah kitab untuk menunjukkan cara hidup dan tugas manusia

Al-Quran Diturunkan AlBerdasarkan Ilmu Allah


Al-Quran menceritakan fakta yang sebenar.-kejadian manusia Ilmu manusia tidak dapat memahami fakta tersebut kecuali dengan bantuan sains. Hasil tersebut sama dgn fakta yg terdapat dlm Al-Quran dan kita memahami ilmu Al-Quran mendahului ilmu moden.

Al-Quran Memberitahu Bahawa manusia AlAkan Mengalami Sesak Nafas Apabila Berada Dilangit Tinggi

"Maka barangsiapa dikehendaki Allah untuk menunjukkannya, Dia akan melapangkan dadanya kepada Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah untuk menyesatkannya, Dia akan menjadikan dadanya

sempit lagi sesak, seolah-olah ia sedang naik ke langit" [Al-An'am : 125]

Huraian mengenai ayat Dia akan menjadikan dadanya sempit lagi sesak, seolah-olah ia sedang naik ke langit" Dibuktikan secara saintifiknya, bahawa atmosfera kita terbahagi kepada 7 lapisan udara. Dan semakin jauh kita mendakinya (menjauhi bumi), maka tahap kandungan udaranya adalah semakin berkurang Kehidupan kita manusia adalah amat bergantung kepada pernafasan, dan pernafasan kita bergantung kepada kandungan udara yang mencukupi, dan udara itu adalah oksigen (O2). Paras Kandungan oksigen di langit dan di bumi adalah amat berbeza di mana paras oksigen di langit adalah amat sedikit berbanding dengan di permukaan bumi. Semakin tinggi paras langit (atmosfera) dari permukaan bumi, maka semakin sedikitlah kandungan udara (Oksigen). Antara sebabnya adalah kesan dari tarikan oleh gravity bumi di mana udara hanya (banyak) berkumpul di bahagian dekat dengan bumi.

7 LAPISAN ATMOSFERA BUMI

Di dalam ayat tersebut menyebutkan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit Inil adalah kesan daripada kekurangan udara tersebut. Maka kita akan sesak nafas (dada sesak lagi sempit). Apabila menuju ke paras yang tinggi di di mana oksigen adalah kurang dan seterusnya ke paras tiada udara (di angkasa melepasi atmosfera bumi). Hebatnya al-Quran telah menyingkapkannya lebih 1400 tahun dulu, sebelum manusia mengenal sains lagi. Di saat manusia masih tidak mengkaji lagi apa itu udara, dan apakah komposisi kandungan udara. Apakah yang terdapat di langit dan di bumi. Tetapi, hakikatnya al-Quran telah lebih dahulu menceritakannya.

Dipermukaan bumi, kandunganAtmosfera bumi terdiri dari (mengikut isipadu) 1. nitrogen (78 %) 2. oksigen (21 %), 3. sedikit argon (1 %), karbon dioksida, wap air dan gas lainnya

Pusat Deria Rasa Terletak Di Kulit


Sebelum ini manusia menyangka keseluruhan tubuh adalah anggota deria dan tahap deria tersebut adalah sama di setiap bahagian Tetapi ilmu anatomi moden telah menjumpai fakta baru iaitu pusat deria rasa bagi rasa sakit tertumpu pada kulit. Al-Quran telah menyebut fakta ini lebih 1400 tahun dahulu

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (An-Nisaa' :56).

Ayat ini menghuraikan deria yang merasai sakit berpusat di kulit. Bila kulit telah masak hangus, azab neraka akan kurang dirasai. Allah menggantikan kulit yang terbakar dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasai azab seksa

Kulit (lihat Gambar) ialah pusat deria rasa untuk merasai kebakaran. Justeru, jika kulit terbakar sepenuhnya, ia hilang deria rasanya. Oleh sebab itulah Allah menghukum orangorang kafir di Hari Pembalasan kelak dengan mengembalikan kulitkulit mereka setiap masa

Hal ini diakui oleh pakar iaitu Prof Dr Tejatat Tejasen (Pengerusi Department Anatomy dan bekas Dekan Faculty of Medicine University of Chiang Mai, Thailand) Salah satu dari soalan-soalan berkaitan dengan penemuan moden dalam bidang kajian kulit (dermatology) mengenai sifat merasa yang dimiliki oleh kulit. Jawab Dr. Tejasen: "Ya jika kesan kebakaran agak dalam. Dalam satu soalan lain: Jadi, adakah anda percaya ini ialah rujukan yang dibuat 1400 tahun lalu kepada kepentingan hujung deria rasa di dalam kulit? Dr. Tejasen menjawab: "Ya saya setuju."

DR TEJATAT TEJASEN Akui Quran Boleh Dibuktikan Melalui Pendekatan Sains


Semasa persidangan Perubatan ke 8 di Riyadh, Arab Saudi, Dr Tajatat berkata:

Dalam tiga tahun kebelangan ini saya berminat degan Al-Quran ... daripada kajian saya dan yang saya pelajari sepanjang persidangan ini saya percaya segala apa yang dicatatkan di dalam AlQuran 1400 tahun dahulu adalah benar yang boleh dibuktikan melalui pendekatan sains.

DR TEJATAT TEJASEN akhirnya mengucap dua kalimah syahadah


Selanjutnya Dr Tejatat menyatakan. Memandangkan Nabi Muhammad S.A.W tidak boleh membaca dan menulis, Muhammad mestilah seorang utusan yang menyampaikan apa yang diwahyukan kepada beliau oleh Tuhan Maha Pencipta. Pencipta ini mestilah Tuhan atau Allah S.W.T Jadilah tibalah masanya untuk mengucap Laillaha illa Allah tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah,

Saksikan pengakuan Syahadah darinya

Firman Allah.

Maksud ayat: kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat(dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar (Fussilat:53)

Kesimpulan
Kandungan Al-Quran hanya terbukti selepas beberapa kurun daripada penurunnya. Kemajuan sains telah membuktikan bahawa Al-Quran adalah Kalam Allah dan diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

SOALAN PENGUKUHAN
1. Kenapa Allah menurunkan al-Quran? 2. Apakah yang dimaksudkan al-Quran mendahului ilmu moden? 3. Apakah contoh fakta tersebut? 4. Adakah terdapat contoh lain?

AKTIVITI PENGUKUHAN
Mengeluarkan beberapa ayat al-Quran yang menunjukkan allah menunjukkan cara hidup Islam. Membaca ayat 125 dari surah alBaqarah dibawah dan maknanya serta mengambil pengajaran

Ayat 125 surah al-baqarah

Makna ayat

125. Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolaholah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman.

Wasilah penilaian
1. Tasmik bacaan al-Quran 2 Beri tugasan untuk membuat beberapa ayat dari al=Quran dengan merujuk dan mengaitkan dengan situasi semasa

Kesimpulan

1. Mihwar Imani: Merasakan Allah berkata kepadanya semasa tilawah 2. Mihwar Suluki: Baik bacaan al-Quran 3. Mihwar Daawyi: Membuat halaqah al-Quran dimana-mana kesempatan

You might also like