You are on page 1of 10

AIZUDDIN B.

AHMAD NASRI PID 10183 KAJIAN TELEVISYEN

Televisyen

satelit ialah pemancaran televisyen yang disampaikan oleh satelit komunikasi, berbanding dengan televisyen terestrial dan televisyen kabel. Di kebanyakan tempat di dunia, perkhidmatan televisyen satelit menjadi tambahan kepada isyarat terestrial yang lebih lama dengan menawarkan kepelbagaian perkhidmatan dan saluran yang lebih besar,

termasuk

perkhidmatan langganan sahaja. Astro di Malaysia ialah salah satu contoh perkhidmatan televisyen satelit langganan.

Isyarat

televisyen satelit yang pertama disiarkan dari Eropah ke satelit Telstar di atas Amerika Utara pada tahun 1962. Satelit komunikasi geosegerak yang pertama, iaitu Syncom 2 dilancarkan pada tahun 1963. Satelit komunikasi komersial yang pertama di dunia, iaitu Intelsat I (atau nama jolokannya Early Bird), dilancarkan ke orbit segerak pada 6 April 1965.

Rangkaian

televisyen satelit kebangsaan yang pertama, dipanggil Orbita, dibuka di Kesatuan Soviet pada 1967, berdasarkan prinsip penggunaan satelit Molniya yang amat bujur untuk tujuan penyiaran semula dan penyampaian isyarat TV ke stesen-stesen downlink bumi. Satelit Amerika Utara domestik pertama yang membawa televisyen ialah Anik 1 geopegun dari Kanada, yang dilancarkan pada tahun 1972.

ATS-6,

Satelit Siaran Langsung dan pendidikan ujian yang pertama di dunia, dilancarkan pada tahun 1974. Satelit geopegun Soviet pertama yang membawa telvisyen Direct-ToHome, iaitu Ekran, dilancarkan pada tahun 1976.

Astro

(MYX: ASTRO) merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Astro dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc. Perkhidmatan penyiaran Astro kini tidak terhad kepada satelit berbayar, bahkan juga menerusi IPTV dan penyiaran satelit percuma (NJOI).

You might also like