You are on page 1of 12

PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM BENGKEL

Peraturan keselamatan bengkel adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel.Setiap aktiviti yang dijalankan melibatkan penggunaan peralatan dan mesin yang berbahaya.Sebarang kecuaian boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku.

1.

2.

i. ii. iii.

Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suasana bengkel yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Keselamatan bengkel meliputi aspek yang berikut: Keselamatan am Keselamatan diri dan rakan Keselamatan alatan dan bahan

1.

2.

3.

4.

Peraturan dari segi pemakaian dan potongan rambut yang diurus dengan kemas dan menggunakan kasut bertutup perlu difahami oleh semua pelajar Pemakaian apron yang betul. Bagi lelaki tali leher perlu dimasukkan ke dalam apron. Lengan baju yang panjang dilipat kemas. Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur. Sentiasa mematuhi arahan pensyarah dan berhati-hati dalam setiap kerja dibengkel.

1.

2.

3.

4.

5.

Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel Amalan sentiasa berkerjasama dan bantumembantu sesama ahli kumpulan Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel Bagi murid-murid perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagiyang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas

Rajah di bawah menunjukkan etika pemakaian yang sesuai semasa berada di dalam bengkel

1.

2.

3.

4.

Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada pensyarah sebelum pelajar boleh menggunakannya Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah pecah dan berbahaya perlu menepati piawaian keselamatan yang terbaik oleh pensyarah Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memeliharaperalatan daripada cepat rosak

Rajah di bawah menunjukkan susunan peralatan pada kedudukan asalnya di dalam bengkel

1.

2.

3.

4.

Bahan-bahan lebihan daripada aktiviti kerja pelajar seperti kayu, plastik,kertas, kaca dan sisa logam perlu diuruskan dengan baik Pengurusan sisa buangan yang baik mampu mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar Amalan terbaik ialah dengan mewujudkan bekas tong sampah yang berasingan untuk jenis bahan sisa buangan mengikut kategori masing-masing seperti kayu, kaca,sisa logam dan plastik Jangan sesekali melakukan pembakaran terbuka bagi melupuskan sisa buangan

1.

2.

3.

Alat pemadam api yang berfungsi dengan baik perlu sebagai persediaan sekiranya terjadi kebakaran yang kecil di bengkel Terdapat perbezaan bagi bahan alat pemadan api bagi memadam punca kebakaran yang berlainan Terdapat label pada alat pemadam api bagi menentukan jenis bahannya

Label Alat Pemadam Api


A

Bahan & Punca Kebakaran


Air/bagi punca kebakaran kayu ,sampah dan plastik Debu kering/bagi semua jenis kebakaran

ABC

Gambar Alat Pemadam Api

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like