You are on page 1of 19

DISEDIAKAN OLEH:

DEFINASI VARIASI BAHASA 1. Merujuk kepada bentuk-bentuk bahasa yang berbeza dalam sesuatu bahasa. 2. Penuturnya sering menggunakan bentuk bahasa yang berbeza bagi maksud yang sama mengikut situasi tertentu 3. Dikenali sebagai kelainan bahasa 4. Terbahagi kepada 2 faktor: -faktor pengguna -faktor penggunaan 5. Idiolek ialah variasi bahasa yang berkaitan dengan individu 6. Disebabkan oleh perbeza alat sebutan serta tabiat pertuturan 7. Dialek daerah merujuk kepada kelainan bahasa pada peringkat kawasan

JENIS-JENIS
BAHASA BAKU 1. Dikaitkan dengan bahasa yang digunakan oleh golongan berpendidikan dalam masyarakat 2. Mengalami proses kecendekiaan dan pengekodan 3. Diistilahkan sebagai bahasa standard 4. Digunakan dalam urusan rasmi seperti: -pentadbiran -pendidikan -kesusteraan -penulisan 5. Diangkat status menjadi bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan

a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Bahasa Baku Basahan mengapa Kenapa bagaimana macam mana

sedang

Tengah

(b) bentuk kependekan Bahasa Baku hendak tidak sudah Bahasa Basahan Nak Tak Dah

(c) perubahan bunyi Bahasa Baku ambil kecil pula Bahasa Basahan Ambik Kecik Pulak

DIALEK DAERAH 1. Istilah lain untuk dialek daerah ialah loghat daerah 2. Dialek-dialek ini dapat dibezakan daripada segi sebutan, kosa kata, kata ganti nama diri, dan gaya lagu bahasa. 3. Aspek tatabahasa yang berbeza antara dialek dapat dilihat dalam penggunaan imbuhan. 4. Daripada segi lagu bahasa pula,didapati orang Kedah biasanya bertutur lebih cepat berbanding orang Negeri Sembilan.

DIALEK SOSIAL Antara dialek sosial yang terdapat dalam bahasa Melayu ialah bahasa pasar dan bahasa slanga Bahasa pasar ialah bahasa kacukan/bahasa kacukan antara bahasa melayu dengan bahasa-bahasa bangsa lain seperti India dan Cina. Ciri yang paling ketara dalam bahasa pasar ialah bahasa ini dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur. Bahasa slanga ialah variasi bahasa yang digunakan oleh golongan remaja. Dikenali sebagai bahasa kutu atau bahasa rocker. Tergolong sebagai bahasa tidak rasmi,tidak baku, dan bersifat musiman.

PERBEZAAN BAHASA BAKU DAN BAHASA DIALEK


Bahasa baku Untuk tujuan rasmi Tidak mempunyai penutur asli Mematuhi peraturan tatabahasa Digunakan dalam konteks formal Menggunakan system panggilan formal.

Bersifat fonemik Mengalami perancangan yang sistematik

Bahasa dialek Untuk tujuan tidak rasmi. Tidak mementingkan tatabahasa Banyak menggunakan istilah berdasarkan daerah Menggunakan bahasa biasa ynag bersifat tidak formal. Menggunakan imbuhan tertentu atau tidak sama sekali. Menggunakan sebutan yang tidak tepat atau tidak mengikut ejaan. Banyak menggunakan unsur kependekan kata

Contoh dialek. Bahasa Dialek Dialek Dialek Dialek Dialek kedah perak kelantan terengganu negeri sembilan Air Apa Pergi Ular Ayaq Apa Pi Ulaq Ayo Ape Pegi Ulo Aye Aye Ape Gi Ulo Aye

Gi Ula

Poyi Ula

Contoh bahasa pasar Bahasa pasar Itu worang makan kasi kalu banyak suka,kerja panggil kalu banyak malas. Bahasa baku Orang itu kalau diberi makan suka tetapi kalau disuruh bekerja malas.

BAHASA FORMAL DENGAN BAHASA TAK FORMAL


1. Bahasa formal ialah variasi bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi seperti dalam majlis atau upacara rasmi. 2. Contoh bahasa formal ialah bahasa baku dan bahasa istana. 3. Bahasa tidak formal pula digunakan dalam situasi tidak formal atau tidak rasmi. 4. Contoh bahasa tidak formal termasuklah bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dan dialek. 5. Bahasa formal dan bahasa tidak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dengan bahasa terkawal.

6. Bahasa bebas merupakan bentuk bahasa yang tidak mementingkan peraturan bahasa. 7. Bahasa terkawal adalah bentuk bahasa yang mementingkan aspek-aspek peraturan bahasa. 8. Bahasa halus merupakan suatu sistem bahasa yang beradat, sopan santun, dan berbudaya tinggi. 9. Bahasa kasar terbahagi kepada dua kategori, iaitu bahasa kasar biasa dan bahasa kasar kesat. 10. Bahasa kasar biasa dikaitkan dengan penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak yang berkenaan. 11. Bahasa kasar kesat merujuk kepada bentuk bahasa yang digunakan pada masa seseorang penutur sedang marah.

CIRI-CIRI BAHASA FORMAL DAN BAHASA MELAYU TIDAK FOMAL

Bahasa formal Bahasa tidak formal. Mematuhi peraturan bahasa Tidak terikat kepada yang ditetapkan. peraturan tatabahasa. Ayat-ayat diucapkan dengan Binaan ayat tidak perlu intonasi yang betul. tersusun dan tanpa intonasi yang sempurna. Menggunakan bahasa . Menggunakan kata ganti nama diri yang lebih mesra dan penggunaan nama sendiri. Menggunakan kata ganti Penggunaan gelaran nama diri dan bentuk sapaan kekeluargaan dan atau gelaran yang formal. panggilan yang lebih intim.

RAGAM BAHASA BEBAS DAN BAHASA TERKAWAL Bahasa Terkawal Ayat yang gramatis Ayat yang tidak gramatis. Mementingkan aspekTidak mementingkan aspek sebutanm aspek sebutan, intonasi, intonasi, pilihan pilihan perkataan, perkataan, struktur ayat struktur ayat, dan dan tatabahasa. tatabahasa. Contoh: Awak sangat Contoh: You ni betullah degil. Saya telah berkalidegil sangat. I dah kali memberi amaran warning you banyak kali, supaya jangan pergi ke tapi you masih hendak ke tempat itu, tetapi awak tempat tu. masih hendak ke sana. Ragam Bahasa Bebas

CIRI-CIRI BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR


Bahasa halus Diucapkan dengan nada yang lembut dan rendah diri. Pemilihan diksi memperlihatkan kesopanan. Menggunakan tatabahasa yang lengkap dan teratur. Menggunakan kata ganti nama diri yang lengkap dan sopan. Menggunakan peribahasa dan kiasan. Bahasa kasar Penggunaan kata yang kesat dan kurang menyenangkan. Menggunakan kata sindiran.

Penggunaan ganti nama diri yang kurang sopan. Tidak menggunakan peraturan tatabahasa yang lengkap. Penggunaan dalam emosi yang negatif.

CONTOH BAHASA BASAHAN DAN BAHASA HALUS

Bahasa Basahan kencing berak mengandung/bunting kubur

Bahasa Halus Buang air kecil Buang air besar Berbadan dua makam

BAHASA ISTANA DENGAN BAHASA BIASA


1. Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan khusus untuk golongan diraja. 2. Variasi bahasa ini juga dikenali sebagai bahasa dalam. 3. Bahasa istana termasuk dalam variasi bahasa halus. 4. Digunakan oleh orang kebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja.

Ciri-ciri bahasa istana dan bahasa biasa.

Bahasa istana Penggunaan kata dan ungkapan yang khusus. Penggunaan kata ganti nama diri orang. Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat. Penggunaan unsure pemulukan (menyanjung raja) dan pendinaan (merendah-rendahkan dirinya.)

Bahasa biasa Menggunakan struktur ayat yang mudah. Tidak mengikut peraturan tatabahasa Kosa kata atau perkataan mudah difahami. Terdapat juga pemilihan kata yang kurang sopan.

Contoh bahasa istana Bahasa biasa datang dewan Duduk/tinggal makan mandi marah sakit Bahasa istana Mencemar duli Balairung seri bersemayam santap bersiram murka gering

You might also like