You are on page 1of 27

Interaksi Tamadun

Disediakan oleh Maimun binti Aziz

Pengenalan
Setiap tamadun yang muncul mempunyai sifat-sifat, pencapaian-pencapaian serta keunikan yang tersendiri. Interaksi antara tamadun ini berlaku di peringkat nilai, idea, institusi dan insan. la berlaku di sepanjang sejarah dengan pelbagai cara yang berbeza.

Interaksi antara tamadun ini terjadi kerana wujudnya sifat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain Interaksi antara tamadun memberikan dua kesan yang penting iaitu kesan positif dan kesan negatif

Kesan positif

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Yahudi dan Kristian semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab telah memberi beberapa kesan positif Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah hak-hak orang Kristian danYahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Mereka telah diberi kebebasan mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa sebarang gangguan baik daripada Nabi Muhammad s.a.w. ataupun umat Islam yang lain

. Hal yang sama telah diikuti oleh pemerintahpemerintah Islam zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umayyah, Abbasiyah, Uthmaniyah dan kerajaan-kerajaan Islam di India. Malah dalam beberapa buah kerajaan Islam, individu-individu Yahudi dan Kristian telah mendapat kedudukan tinggi dalam pentadbiran, contohnya dalam kerajaan Abbasiyah, tokohtokoh intelektual Yahudi dan Kristian telah memberikan sumbangan mereka dalam penterjemahan buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab

Interaksi antara Tamadun India dengan Tamadun China telah memberi kesan positif kepada kedua-dua tamadun Pelbagai kemahiran telah diperkembangkan, contohnya teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Bidang astronomi India turut diperkembangkan di China oleh ahli-ahli astronomi India. Beberapa perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit turut mempengaruhi kesusasteraan China.

Kesan positif kepada Tamadun India ialah berkembangnya teknologi membuat kertas, bahan letupan dan pengunaan kompas dari Tamadun China ke dalam Tamadun India. Interaksi antara Tamadun India dan China berlaku secara aman melalui hubungan perdagangan dan keagamaan.

Interaksi Tamadun Islam dan China turut memperlihatkan kesan positif ialah proses interaksi secara aman iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti ArabIslam yang menetap di China. Berlaku perkahwinan campur antara pedagangpedagang ini dengan wanita-wanita tempatan.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di negeri China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Perkembangan seterusnya menyebabkan munculnya cendiakawancendiakawan Islam tempatan yang mahsyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu.

Konsep-konsep hubungan keluarga, ketaatan kepada kedua ibu bapa dan raja dan nilai-nilai moral yang terdapat dalam ajaran Konfusianisme telah dijadikan landasan untuk memperkenalkan agama Islam kepada masyarakat China. Kesejajaran inilah yang menyebabkan ajaran Islam dapat diterima

Hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara. Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman iaitu melalui perdagangan.

Interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah melahirkan beberapa kesan positif yang penting. Kesan yang paling menonjol ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaankerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Aceh, JohorRiau, Brunei, Patani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan lain-lain lagi. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. la juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Kesan positif boleh juga dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusasteraan, kesenian, kebendaan seperti pakaian, makanan serta istilahistilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu.

Tamadun China membawa teknologi membuat gula dari tebu ke Kepulauan Melayu, contohnya di Jawa. Begitu juga kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Di samping itu terdapat juga beberapa jenis makanan masyarakat China yang diperkenalkan kepada masyarakat Melayu seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya. Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan

. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik negeri China dengan Kepulauan Melayu ialah zaman Kesultanan Melaka. Manakala hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan / Monggol ( 1279 1368 Masihi ) yang pernah menyerang Myanmar ( Komboja ) dan jawa pada abad abad ke-13 Masihi.

Interaksi Tamadun China-Jepun

Jepun telah mendapat faedah yang banyak hasil daripada hubungan ini. Tamadun China telah menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam Tamadun Jepun. Sumbangan yang penting ialah dari segi agama dan tulisan

. Di samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun. Tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun iaitu Hiragana dan Katakana. Pengaruh tulisan China telah memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusasteraan dalam Tamadun Jepun.

Di samping dua kesan positif yang penting ini, Tamadun China turut meninggalkan pengaruhnya ke atas upacara-upacara tertentu di Jepun, contohnya upacara minum teh, seni taman, serta struktur pembinaan bandar

Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam Tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi keluarga Jepun.

Kesan negatif

Interaksi antara tamadun turut menghasilkan kesan negatif. Di Eropah, kesan hubungan yang tidak baik antara Kristian dan Yahudi ini menyebabkan berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat perbezaan agama, ketidak seimbangan ekonomi dan sosial.

Hubungan orang-orang Islam dan Kristian dalam Zaman Pertengahan di Eropah. Pemerintahpemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri perang ke atas orangorang Islam yang dikenali sebagai Perang Salib. Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai penganut Islam dan Yahudi. Peperangan ini turut dicetuskan oleh faktor-faktor perbezaan agama, ekonomi dan politik.

Di India , hubungan antara penganut Islam dan Hindu sentiasa berada dalam keadaan tegang. Terdapat peristiwa-peristiwa di mana orangorang Islam dibunuh dan masjid-masjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu. Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu serta kuil-kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintah-pemerintah Islam. Contohnya raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil .

Semasa zaman pemerintahan Moghul, Aurangzeb adalah raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganutpenganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil yang baru, mengharamkan upacara mandi suci di Sungai Jamuna, mengharamkan upacara sati dan lain-lain lagi.

Antara Tamadun India dengan Tamadun China juga kita dapat lihat wujudnya konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China semasa zaman pemerintahan Dinasti Han Timur. Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendiakawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan agama tersebut.

Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan Tamadun China. Contohnya pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di China. Permusuhan antara orang-orang Islam dengan orangorang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan.

Kesimpulan
Situasi di benua Asia sebelum zaman penjajahan Barat tanpa mengambil kira hubungan Kristian dan Yahudi, penganutpenganut Islam, Hindu, Budha, Konfusiannisme, Taoisme dan termasuklah penganut Kristian sendiri berjaya hidup harmoni dan damai.

Kita bicara lagi minggu hadapan

You might also like