You are on page 1of 30

BAB 3: BIODIVERSITI

(bio= hidupan; diversiti= variasi/kepelbagaian}


3.1 VARIASI ORGANISMA DAN KLASIFIKASI 3.2 KLASIFIKASI ORGANISMA 3.3 KEPENTINGAN BIODIVERSITI TERHADAP ALAM SEKITAR

3.1 VARIASI ORGANISMA DAN KLASIFIKASI

Benda hidup = organisma Benda hidup merangkumi tumbuhan dan haiwan. Banyak jenis tumbuhan dan haiwan yang berbeza. Kepelbagaian tumbuhan dan haiwan dari pelbagai segi ini dikenali sebagai biodiversiti. Habitat: tempat tinggal haiwan dan tumbuhan

3.2 Klasifikasi Organisma 1. Klasifikasi haiwan : 2 kumpulan utama


HAIWAN

VERTEBRATA (BERTULANG BELAKANG)

INVERTEBRATA (TAK BERTULANG BELAKANG)

AMFIBIA

BURUNG

REPTILIA

IKAN

MAMALIA

VERTEBRATA (BERTULANG BELAKANG)


DIBAHAGIKAN KEPADA 5 KUMPULAN/ KELAS KECIL: 1. MAMALIA 2. REPTILIA 3. AMFIBIA 4. BURUNG 5. IKAN

INVERTEBRATA (TAK BERTULANG BELAKANG)


LEBIH 90% SPESIES HAIWAN DI SELURUH DUNIA. CONTOH: serangga seperti belalang dan semut, labah-labah, rama-rama, ketam, tapak sulaiman, udang, cacing dan moluska (siput babi).

Invertebrata

Mamalia
CIRI-CIRI: Berdarah panas Badan dilitupi oleh rambut atau bulu Bernafas melalui peparu Melahirkan anak (kecuali platipus dan anteater) Betina mempunyai kelenjar susu (mammary glands) dan menyusu anak dengan susu Mempunyai sepasang telinga luar.

Echidna: Spiny Anteaters

Contoh-contoh mamalia

Reptilia
CIRI-CIRI: Berdarah sejuk Badan dilitupi oleh kulit yang kering, kuat dan bersisik Bernafas melalui peparu Bertelur (telurnya bercangkerang tebal) Kebanyakan hidup di darat.

Contoh-contoh reptilia

Amfibia
CIRI-CIRI: Berdarah sejuk Badan dilitupi oleh kulit lembap Yang dewasa bernafas dengan peparu; anaknya bernafas melalui insang Bertelur tanpa cangkerang dalam air; kemudian telur itu disenyawa di luar badan. Boleh hidup di darat atau air.

Contoh- contoh Amfibia

Burung
CIRI-CIRI: Berdarah panas Badan dilitupi oleh bulu pelepah Bernafas melalui peparu Bertelur (telur bercangkerang) Mempunyai paruh dan kaki bersisik Mempunyai kepak dan kebanyakan boleh terbang

Contoh contoh Burung

Ikan
CIRI-CIRI: Berdarah sejuk Badan dilitupi oleh sisik Bernafas melalui insang Bertelur (kebanyakan telur adalah tak bercangkerang dan disenyawa di luar badan) Mempunyai sirip dan swim bladder yang membantu mereka berenang

Contoh contoh ikan

Tumbuhan
DIBAHAGIKAN KEPADA 2 KUMPULAN UTAMA:
1. TUMBUHAN BERBUNGA a) MONOKOTILEDON b) DIKOTILEDON

2. TUMBUHAN TAK BERBUNGA


a) b) c) d) MOSSES (LUMUT) FERNS (PAKU-PAKIS) CONIFERS (KONIFER/ POKOK TIRUS) ALGA

Tumbuhan berbunga
MONOKOTILEDON (contoh: jagung) DIKOTILEDON (contoh: kacang hijau)

1. Bijinya ada satu kotiledon sahaja 2. Daun berselari 3. Sistem akar berserabut 4. Batang lembut

1. Bijinya ada dua kotiledon 2. Daun berjejala 3. Sistem akar tunjang 4. Batang keras

KOTILEDON IALAH DAUN DALAM BENIH (DAUN PERTAMA)

Tumbuhan tak berbunga

Tidak menghasilkan bunga Menghasilkan spora untuk bertumbuh

Kelas
Mosses (Lumut)
1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4.

Ciri-ciri
Tidak mempunyai daun, batang dan akar sebenar. Ada klorofil Tumbuh di kawasan lembap. Bertumbuh melalui spora Mempunyai daun, batang dan akar. Ada klorofil Tumbuh di kawasan lembap dan teduh. Spora terbentuk di bahagian belakang daun.

Contoh

Ferns (pakupakis)

Conifers (pokok tirus)

1.
2. 3.

Mempunyai daun seperti jarum, batang dan akar. Ada klorofil Menghasilkan kon. Tumbuh melalui biji yang dihasilkan dalam kon.

3.3 KEPENTINGAN BIODIVERSITI TERHADAP ALAM SEKITAR


Biodiversiti penting untuk mengekalkan keseimbangan alam semula jadi. Kewujudan pelbagai organisma mengindahkan alam sekitar Mereka membantu mengekalkan komposisi udara yang tetap dalam udara. Kepelbagaian tumbuhan adalah sumber makanan Tumbuhan juga merupakan habitat organisma lain. Manusia bergantung kepada tumbuhan dan haiwan untuk mendapatkan sumber makanan, tumbuhan, pakaian dan bahan binaan.

You might also like