You are on page 1of 6

HAL EHWAL MURID ( HEM ) SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 2 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR

PERATURAN SEKOLAH
Tiap-tiap murid murid dikehendaki patuh kepada peraturan berikutserta bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menjaga namabaik sekolah serta meninggikan disiplin. 1. PENTADBIRAN a) Murid-murid dikehendaki berada disekolah 10 minit sebelumloceng dibunyikan. b) Murid-murid dikehendaki beratur di luar bilik darjah dan hanyaboleh masuk ke kelas apabila guru berada bersama. c) Murid-murid tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolahseorang diri atau dengan orang luar sebelum waktu balik. Ibu bapayang ingin membawa anak-anak mereka balik mesti memberitahuguru kelas, Guru Penolong Kanan dan menandatangani buku "MuridPulang Awal" yang disediakan di Pejabat. d) Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebabtertentu hendaklah memberitahu guru kelas dengan membawasurat akuan doktor atau surat alasan ibu bapa / penjaga.

e) Murid-murid yang tidak sihat dilarang datang ke sekolah.

2.

PEMBELAJARAN a) Murid-murid mesti menunjukkan sikap yang positif dalampelajaran mereka. b) Semua kerja-kerja rumah hendaklah disiapkan dirumah. c) Murid-murid mesti mewujudkan suasana pembelajaran yangtenang dan berdisiplin setiap masa. d) Murid-murid yang berpindah kelas mesti beratur dan bergerakdengan cepat, senyap dan berdisplin.

3.

SIKAP DAN SAHSIAH DIRI PELAJAR a) Murid-murid mesti menghormati rakan-rakan, guru-guru,pengawaspengawas dan pekerja-pekerja sekolah. b) Murid-murid mesti mengamalkan budi bahasa yang baik di antarasatu dengan lain dengan cara mengucapkan Assalammualaikum /Selamat Sejahtera / Selamat Pagi kepada guru-guru, ucapan terimakasih kepada sesiapa yang menolong atau memberi sesuatu. c) Murid-murid mesti mengamalkan sikap sedia berkhidmat ataumemberi pertolongan kepada guru-guru, pekerja-pekerja dan rakan-rakan. d) Murid-murid mesti menjaga harta benda sekolah supaya tidakrosak, hilang dan pecah. e) Jimatkan air dan elektrik supaya jangan membazir. f) Murid-murid mesti berbaris ketika membeli barang-barangmakanan di kantin, masuk ke bilik darjah atau ketika menaiki bas.

4.

AKADEMIK

a) Hanya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris boleh digunakan didalam pertuturan harian di sekolah b) Murid-murid yang tidak sihat hendaklah memberitahu gurupendidikan jasmani supaya boleh dikecualikan daripada mengambilbahagian. 5. KOKURIKULUM a) Murid-murid Tahap 2 dikehendaki mengambil bahagian dalamsatu gerakerja persatuan, satu kelab dan satu pasukan pakaianseragam. b) Kedatangan murid adalah wajib. c) Setiap murid adalah dikehendaki hadir dan menyertai kegiatanyang diambilnya. 6. TATATERTIB MURID a) Murid-murid wajib memakai pakaian seragam sekolah yangditentukan oleh Kementerian Pendidikan. b) Murid-murid diwajibkan memakai kasut kanvas dan bertapakgetah dan berwarna putih. Sarung kaki hendaklah yang pendek danberwarna putih. c) Murid-murid hendaklah memakai lencana sekolah pada bajumereka. d) Rambut murid-murid hendaklah sentiasa bersih, kemas danfesyennya hendaklah sesuai dengan pelajar sekolah. e) Murid-murid dilarang memakai barang-barang kemas sepertigelang, rantai, loket, subang dan cincin. f) Murid-murid hendaklah berkuku pendek dan bersih. Tidakdibenarkan mewarnakan kuku.g)Hanya reben berwarna biru tua atau putih boleh dipakai.h)Subang dibenarkan kepada murid-murid perempuan sahaja.Ukurannya tidak melebihi garis lintang 1 cm. 7. TATATERTIB SEMASA DI DALAM BILIK KELAS a) Murid-murid mestilah sentiasa senyap, berdisiplin dan bersediauntuk belajar.

b) Keluar masuk kelas dilarang semasa ketiadaan guru. c) Kebersihan kelas adalah tanggungjawab bersama. Kebersihansekitar kerusi dan meja dijaga oleh murid yang duduk disitu. d) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah bilamuridmurid pada masa itu perlu berada di kelas lain. e) Lima minit sebelum loceng akhir berbunyi, murid-muridhendaklah bersihkan meja masing-masing, kelas dan bakul sampah.Pastikan kipas ,lampu, tingkap dan pintu ditutup.

8. TATATERTIB SEMASA REHAT DI KANTIN a) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik-bilik darjahpada waktu rehat. b) Murid-murid wajib beratur dengan senyap dan tidak berebutrebutketika membeli makanan dan minuman di kantin. c) Dilarang makan dan minum di luar kawasan kantin. d) Selepas makan / minum, murid-murid dikehendaki meletakkanpinggan / mangkuk / gelas dan lain-lain di tempat yang disediakan. e) Buang semua sampah (sisa makanan dan pembungkus makanan)dalam tong sampah. f) Makanan dan minuman boleh dibeli hanya pada waktu rehat,waktu sebelum persekolahan dan selepas sekolah. 9. TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS a) Murid-murid tidak digalakkan menggunakan tandas kecuali wakturehat, sebelum sekolah bermula dan waktu persekolahan berakhir. b) Dilarang membuang sampah ke dalam mangkuk tandas. c) Tutup paip air sebaik sahaja digunakan. d) Murid perempuan dilarang membuang tuala wanita di dalamtandas. Tuala wanita yang sudah digunakan hendaklah dibungkusdan dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

e) Dilarang membuat bising di dalam tandas. 10. KESELAMATAN a) Jika berlaku kemalangan / kecurian di kawasan sekolah perludilaporkan dengan segera kepada Guru Kelas / Guru Besar /Penolong Kanan / Guru yang bertugas. b) Semua jenis kenderaan tidak dibenarkan berhenti di tengah-tengah pintu pagar sekolah supaya tidak mengganggu lalulintas. c) Kereta ibu bapa yang menghantar dan mengambil anak darisekolah tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah kecualipada hari hujan sahaja. d) Kenderaan tidak boleh diletak sepanjang bahu jalan berhadapandengan pagar sekolah. e) Murid-murid tidak dibenarkan memakai barang kemas kecuali jamtangan. f) Murid-murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak. g) Murid-murid dilarang berlari di kawasan sekolah kecuali di padangsekolah. 11. HARTA BENDA SEKOLAH a) Murid-murid hendaklah mejaga harta benda sekolah dengansebaikbaiknya dan bertanggungjawab mengganti harta bendasekolah yang dihilangkan atau dirosakkan. b) Segala benda yang rosak / pecah hendaklah dilaporkan kepadaguru bertugas. c) Murid-murid tidak dibenarkan menconteng perabot, papankenyataan atau dinding sekolah. d) Kerusi / meja tidak boleh dipindahkan dari suatu tempat kecualidengan kebenaran.

e) Telefon awam hendaklah dijaga dengan baik dan boleh digunakansemasa rehat, sebelum sekolah bermula dan selepas waktupersekolahan sahaja.

You might also like