You are on page 1of 14

Edaran : PakarHowTo.

Com

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Terdapat 8 konsonan pinjaman yang amat kerap digunakan dalam bahasa Melayu. Semua konsonan tersebut merupakan konsonan geseran, iaitu: konsonan geseran bibir-gigi tak bersuara [f] konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v] konsonan geseran gigi tak bersuara[th] konsonan geseran gigi bersuara [dh] konsonan geseran gusi bersuara [z] konsonan geseran gusi -lelangit keras tak bersuara [sy] konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara [kh] konsonan geseran lelangit lembut bersuara [gh].

Konsonan Geseran Bibir-Gigi [f] dan [v]

Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengan cara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi sempitan.Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas. Jika semasa menghasilkan bunyi itu, glotis direnggangkan,pita suara tidak bergetar.Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara [f] tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir-gigi bersuara [v]. Contoh: Fikir Variasi

Konsonan Geseran Gigi-[th] dan [dh]

Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah gigi. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara,yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf iaitu [th]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara yang dilambangkan dengan [dh]. Dalam ejaan rumi baharu, [th] dan [dh] telah diubah menjadi [s] dan [d].

Contoh: thalji/salji Mudharat/mudarat Khadi/kadi

Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar

Contoh: Zahir Azam aziz

dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergesel di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan gusi-lelangit keras. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Dalam ejaan rumi,bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf [sy].

- Konsonan gusi-lelangit keras tak bersuara ini

Contoh: Syarat isyarat Quraisy

Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut,yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak.Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut tak bersuara,yang dilambangkan dengan deretan dua huruf [kh]. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar,yang terhasil ialah konsonan geseran lelangit lembut bersuara,yang dilambangkan dengan [gh]. Contoh: Maghrib akhir

Diftong ialah rentetan dua vokal yang dihasilkan dengan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Diftong bertindak sebagai bunyi,tetapi dilambangkan dengan dua huruf vokal.Terdapat tiga diftong dalam Bahasa Melayu,iaitu [ai],au dan oi.

Untuk menghasilkan diftong [ai], lidah berada pada kedudukan untuk vokal depan [a] dan kemudian berpindah kepada kedudukan vokal depan sempit [i] tetapi tidak sehingga berada pada kedudukan tersebut. Hujung lidah menyentuh bahagian gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Bibir dihamparkan. Contoh: Haiwan Ghairah

Untuk menghasilkan diftong [au], lidah berada kira-kira pada kedudukan vokal [a] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal belakang sempit [u]. Pada mulanya,bibir terhampar menjadi semakin bundar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Contoh: Aurat pulau

Untuk menghasilkan diftong [oi],lidah mula-mula berada pada kedudukan vokal belakang separuh sempit [o] dan kemudian berubah kepada kedudukan vokal depan separuh sempit [i]. Pada mulanya,bibir dibundarkan,tetapi kemudian menjadi semakin hampar. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding rongga tekak dan arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar.

Contoh: Boikot Amboi

You might also like