You are on page 1of 20

PETA KONSEP

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

Akaun semasa (cek) pembayaran melebihi berlandaskan KadKredit Akaun Simpanan berlandaskan

Menerima faedah Akaun Simpanan Tetap berlandaskan

Pindahan kredit

Overdraf dikenakan

Bank Perdagangan Pinjaman Peribadi Digunakanunt Pinjaman membuatpemba yaran uk Memulakan Perniagaan jenis Milikan Tunggal ArahanTetap jenis Koperasi jenis jenis SdnBhd jenis

tidakmencukupi dikenakan

Faedah

Perkongsian

NOTA GURU PERBANKAN DAN INSTITUSI KEWANGAN LAIN Sistem Perbankan Konvensional Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan Ciri Perbankan Konvensional 1. Beri faedah atas simpanan 2. Kenakan faedah atas pinjaman 3. Buat pelaburan 4. Utamakan keuntungan Sistem Perbankan Islam Berlandaskan prinsip Islam Tiada amalan riba dan faedah PERBEZAAN SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL (SPK) DENGAN SISTEM PERBANKAN ISLAM (SPI) SPK Mengandungi unsur riba Tertakluk kepada peraturan BNM Bebas melabur dalam semua sektor termasuk perjudian Penasihat terdiri daripada pakar perbankan konvensional sahaja SPI Mengharamkan unsur riba Tertakluk kepada peraturan BNM dan hukum syarak Melabur hanya di tempat halal /tidak meragukan Penasihat terdiri daripada ulama,ahli akademik dan pakar perbankan Islam

Jenis-Jenis Bank

1. Bank pusat 2. Bank perdagangan dan Bank Islam 3. Bank Saudagar 4. Bank Badan Berkanun 5. Bank Koperasi FUNGSI-FUNGSI BANK BANK NEGARA MALAYSIA 1. Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara Mengeluarkan wang kertas dan syiling Mengawal kiriman wang ke luar negara

2. Menjadi jurubank kepada kerajaan Menyediakan khidmat kewangan kepada kerajaan Sebagai penasihat pelaburan kerajaan Menjual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan

3. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan Memastikan kredit Negara dalam keadaan baik bagi membolehkan perkembangan ekonomi Negara. Menetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai

4. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan Semua bank perdagangan diwajibkan menyimpan sebahagian deposit yang diterima daripada orang ramai di Bank Negara sebagai rizab atau cadangan berkanun.

BANK PERDAGANGAN
1. Merima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa

2. Memberi kemudahan pembiayaan pinjaman / overdraf 3. Memberi kemudahan pembayaran pindahan kredit / arahan tetap 4. Perkhidmatan lain kad kredit / peti simpanan selamat

BANK SAUDAGAR 1. Menawarkan perkhidmatankepada syarikat perbadanan dan perniagaan yang besar sahaja. 2. Contoh Bank Saudagar: Amanah Chase Merchant Bank 3. Perkhidmatan yang disediakan meliputi: Membantu Syarikat Berhad menerbitkan syer dan menyenaraikan syernya di Bursa Malaysia Mendiskaunkan bil perintah bayar kepada pelanggan. Mengurus pelaburan syarikat besar.

BANK BADAN BERKANUN 1. Bank Simpanan Nasional Terima simpanan akaun simpanan/tetap Beri pinjaman untuk beli rumah/kereta Tawar kad kredit kad Visa Klasik /Kad Visa Emas Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah

2. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad


Membiayai aset tetap - tanah / bangunan Membiayai modal kerja beli bahan mentah/stok barang niaga Menyediakan skim kilang bimbingan beri modal / khidmat nasihat Menyediakan tabung usahawan baru bagi sektor pembuatan/pelancongan Menyediakan modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

3. Bank Pertanian Malaysia

Memberi pinjaman beli tanah/ mesin Menerima simpanan akaun simpanan/tetap Memberikan kemudahan sewa jentera Menganjurkan kursus / latihan kepada usahawan bumiputera

BANK KOPERASI 1. Terima simpanan 2. Beri pinjaman 3. Tawar perkhidmatan perbankan Islam BANK ISLAM

- Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah. - Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank Muamalat
Berhad.

- tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983. - Ciri iaitu;


Riba iaitu bunga atau faedah tidak dibenarkan Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi) Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan

- Terdapat tiga konsep:


Wadiah Mudharabah Musyarakah

PERKHIDMATAN BANK PERDAGANGAN

Bank Perdagangan

Institusi kewangan yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak swasta

Bertujuan untuk menjana keuntungan yang maksimum

Memberikan perkhidmatan kepada orang awam, pihak swasta dan pihak

Contoh Bank Perdagangan ialah Public Bank, CIMB, Bank Islam dan AMBank

Bank Perdagangan 1. Merupakan institusi kewangan yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak swasta. 2. Pihak swasta menjalankan urusan kewangan melalui bank untuk menjana keuntungan yang maksimum. 3. Perkhidmatan bank perdagangan diberikan kerajaan. 4. Bank perdagangan diuruskan mengikut dasar yang ditetapkan oleh Bank Pusat, Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989. kepada orang awam, pihak swasta dan

5. Contoh bank perdagangan ialah Maybank, Bank Rakyat dan Bank Bumiputra Commerce Berhad.

Menerima Simpanan

Perkhidmatan Bank Perdagangan

Kemudaha n Pembayar an

Akaun Simpanan Akaun Simpanan Tetap Akaun Semasa

Kemudaha n pembiaya an Pinjaman Overdraf

Arahan Tetap Pindahan Kredit Pindahan elektronik, telegraf dan mel Draf Bank

Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Bank Perdagangan 1. Menerima simpanan Bank perdagangan menerima simpanan daripada orang awam dan pihak swasta a) Akaun Simpanan
Merupakan wang yang disimpan dalam jumlah yang kecil dan tidak

melalui :

tetap dari semasa ke semasa oleh pelanggan Wang boleh dikeluarkan tanpa sebarang notis terlebih dahulu Pelanggan boleh mengeluarkan wang dari mana-mana cawangan di kaunter atau mesin ATM dalam jumlah yang dihadkan Cara membuka Akaun Simpanan : i)
ii)

Mengisi borang permohonan Melengkapkan kad tandatangan dan turunkan contoh tangdatangan pada kad tersebut dan buku simpanan

iii)

Sejumlah wang simpanan yang ditetapkan oleh pihak bank diperlukan untuk membuka akaun

iv)

Pelanggan akan diberikan buku simpanan untuk digunakan untuk membuat simpanan dan mengeluarkan wang. Buku ini juga menunjukkan catatan wang masuk, wang keluar, baki dan urusan lain.

Antara kebaikan Akaun Simpanan ialah : i) ii) iii) Wang boleh di simpan dengan selamat Faedah akan dibayar ke atas simpanan Pengeluaran dapat dilakukan pada bila-bila masa dan dimana-man cawangan seluruh Malaysia iv) Pelanggan diberi kemudahan kad teller automatik (ATM)

b) Akaun Semasa Akaun yang menerima simpanan daripada pengguna Pemilik akaun di berikan kemudahan cek untuk membuat pembayaran dan boleh menggunakan kad ATM untuk mengeluarkan wang Akaun ini sesuai dibuka oleh peniaga kerana cek boleh digunakan sebagai alat pembayaran menggantikan tunai Pemilik akaun tidak akan diberikan faedah sebaliknya dikenakan caj perkhidmatan untuk mengendalikan akaun ini Tetapi bagi sesetengah Bank perdagangan, faedah akan dibayar sekiranya wang yang disimpan melebihi tahap atau had jumlah tertentu Pemegang akaun juga boleh memohon overdraf iaitu pengeluaran

wang melebihi jumlah wang yang terdapat di dalam akaun berdasarkan prestasi akaunnya. Setiap pelanggan akan diberikan satu nombor akaun dan sebuah buku cek Pengguna boleh membuat simpanan tunai dan cek dengan mengisi borang deposit tunai dan cek. Penyata kewangan akan dihantar kepada pelanggan setiap bulan bagi menunjukkan aliran wang masuk, wang keluar, dan baki pada akhir setiap bulan Cara membuka Akaun semasa : i) Mengemukan seorang perujuk untuk mengesahkan identiti, Kedudukan kewangan dan kejujurannya. Perujuk biasanya seorang daripada pelangganbank tersebut. ii) iii) Mengisi borang butiran peribadi Menurunkan tandatangan pada kad tandatangan dimana kad ini digunakan oleh pihak bank untuk memeriksa tandatangan apabila cek dikemukakan untuk pembayaran

c) Akaun Simpanan Tetap Pelanggan boleh menyimpan sejumlah wang untuk suatu tempoh tertentu untuk menerima kadar faedah yang lebih tinggi Pelanggan hanya boleh mengeluarkan wang tersebut apabila tiba tempoh matang Pengeluaran wang simpanan sebelum tempoh matang tidak akan

menerima faedah atau menerima faedah kurang daripada apa yang ditetapkan oleh pihak bank Notis perlu diberikan kepada pihak bank sebelum pengeluaran hendak dilakukan Jumlah minimum yang diperlukan untuk membuka Akaun Simpanan Tetap ditentukan oleh pihak bank. Pelanggan akan diberikan sijil simpanan Pengeluaran wang hanya boleh dilakukan di bank yang membuka akaun dan tidak boleh dilakukan dengan menggunakankan kad ATM ataupun penggunaan cek

2. Kemudahan Pembayaran (a) Pindahan kredit Cara yang paling mudah untuk membuat bayaran terus ke akaun penerima Pemilik akaun boleh bayar kepada beberapa penerima dengan menggunakan sekeping cek sahaja Pemilik akaun perlu melengkapkan slip pindahan kredit dan memaklumkan nama penerima bayaran, no akaun, alamat bank penerima dan amaun pembayaran
Wang akan dipindahkan daripada akaun pemilik ke akaun

penerima seperti yang diarahkan Perkhidmatan ini disediakan kepada pelanggan bank yang mempunyai akaun semasa atau tidak

Pindahan kredit sesuai untuk membuat bayaran gaji pekerja atau menjelaskan hutang Pindahan kredit merupakan cara paling selamat dari risiko kehilangan cek atau cek tidak laku (b) Arahan tetap Arahan yang diberikan oleh pemilik akaun supaya membayar pemiutangnya secara berterusan pada tarikh dan jumlah tertentu yang telah ditetapkan Pihak bank akan mendebitkan akaun pelanggan apabila pembayaran telah dilakukan Pelanggan harus mengisi dan menandatangani dokumen arahan tetap ini Arahan tetap sesuai bagi pembayaran insurans, sewa rumah dan bayaran ansuran bulanan.
Pelanggan dapat membayar secara konsisten dan tepat pada masa

(c) Pindahan elektronik/ telegraf / mel

i.Pindahan elektronik Cara membayar wang terus ke dalam akaun penerima dengan hanya menggunakan komputer. Merupakan cara paling pantas untuk mengirimkan wang kerana wang tersebut akan dikreditkan serta-merta

Pengirim pindahan elektronik perlu mengisi borang wang masuk dengan menyertakan nama dan nombor akaun penerima kepada juruwang. Juruwang akan mengkreditkan wang tersebut terus ke akaun penerima.

ii. Pindahan telegraf

Cara bayaran pantas ke luar negara Sejumlah wang kiriman pelanggan kepada pihak bank, dimana bank akan menghubungi cawangannya melalui teleks untuk mengarahkan cawangannya membuat bayaran kepada penerima di luar Negara.

Cawangan bank akan membayar kepada penerima sebaik sahaja arahan tersebut diterima

Perbelanjaan teleks atau telegraf akan ditanggung oleh pengirim

iii. Pindahan mel Perintah bertulis yang dihantar oleh pihak bank kepada cawangannya di tempat lain untuk membuat bayaran kepada penerima Terdapat 2 jenis pindahan mel, iaitu : Pindahan Mel Udara Perintah bayaran kepada cawangan bank dibuat melalui mel udara Pindahan Mel Biasa Perintah bayaran kepada cawangan dibuat melalui mel biasa. Pelanggan perlu mengisi borang pindahan mel dan

Menyerahkannya bersama-sama belanja pos, bayaran serta jumlah wang yang hendak dihantar kepada (d) Draf Bank

komisen pihak bank

Merupakan cek yang dikeluarkan oleh bank kepada pelanggan yang

tidak mempunyai akaun semasa Dikeluarkan atas permintaan pelanggan untuk mengarahkan cawangannya di tempat lain untuk membayar sejumlah wang kepada penerima
Pelanggan hanya perlu mengisi borang dan membayar komisen kepada

pihak bank
Bayaran terjamin kerana draf bank boleh dipalang dan tidak boleh di

tunai tetapi mesti didepositkan dalam akaun penerima Tidak ada had untuk mendapatkan draf bank
Boleh digunakan untuk membuat bayarab di dalam atau di luar negara

(e)

Cek Jurubank Dikenali sebagai perintah juruwang Cek ini dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk membuat bayaran tertentu kepada penerima dalam bandar yang sama Cek jurubank boleh dibeli dengan mengisi borang dan membayar komisen Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar serta untuk mengelakkan cek tak laku Cara bayaran yang meyakinkan penerima kerana bank menjamin bayaran untuk cek berkenaan

Kemudahan Pembiayaan

Diberikan kepada pihak yang memerlukan dana untuk memulakan perniagaan, membeli aset, melanjutkan pelajaran, membuat pelaburan dan sebagainya. Secara amnya pembiayaan di kategorikan kepada dua jenis iaitu : 1) Pinjaman
Sejumlah wang yang didahulukan kepada pelanggan oleh pihak bank untuk tujuan

tertentu Diberikan kepada pelanggan yang memenuhi syarat tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak bank Terdapat dua jenis pinjaman iaitu : Pinjaman Peribadi Kredit yang diberikan kepada individu untuk membeli tanah, rumah, kereta atau membiayai kos pendidikan.

Pinjaman Perniagaan Diberikan kepada pengusaha untuk mengembangkan perniagaan atau membeli aset perniagaan seperti membina kilang, membeli mesin, kelengkapan, bahan mentah, jentera dan stok.

Pinjaman boleh berbentuk jangka pendek (kurang daripada 1 tahun) atau jangka panjang (melebihi satu tahun) Faedah dikenakan kepada peminjam dan kadarnya bergantung kepada tempoh pinjaman, tujuan pinjaman, cagaran, status peminjam dan dasar kerajaan Pinjaman boleh berbentuk : Pinjaman bercagar Pinjaman diberikan selepas menerima cagaran daripada peminjam. Peminjam perlu mencagarkan hartanya seperti sijil saham, tanah,

rumah dan sebagainya yang mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada nilai pinjaman. Pinjaman tidak bercagar Pinjaman yang tidak memerlukan cagaran tetapi mesti disokong oleh beberapa orang penjamin. Sekiranya peminjam gagal menyelesaikan pinjamannya, penjamin akan menanggung beban tersebut. Faedah akan dikenakan keatas seluruh pinjaman yang diberi. Bayaran balik boleh dilakukan secara ansuran atau sekali gus.

2) Overdraf Wang pendahuluan yang diberikan kepada pelanggan yang mempunyai akaun semasa sahaja Overdraf berlaku apabila pemegang akaun mengeluarkan wang melebihi baki simpanannya Sebelum melakukan overdraf, pelanggan perlu memohon overdraf daripada pihak bank Pihak bank hanya akan memberi overdraf kepada pelanggan yang mempunyai kedudukan dan rekod kewangan yang baik sahaja Overdraf merupakan pinjaman jangka pendek dan sesuai untuk membayar perbelajaan perniagaan Overdraf akan dikenakan kadar faedah hanya pada pada overdraf yang digunakan Faedah ke atas overdraf di kira berdasarkan hari kerana jumlah wang dalam akaun berbeza pada setiap hari Setiap kali pemegang akaun semasa memasukkan wang ke dalam akaunnya, jumlah overdraf akan berkurangan

PERBEZAAN DAN PERSAMAAN OVERDRAF PINJAMAN


p \ p

PERSAMAAN Sejumlah wang pendahuluan yang diberikan oleh pihak bank kepada pelanggan yang dipercayainya sahaja

PERBEZAAN

Pelanggan yang mempunyai akaun semasa sahaja boleh memohon.

Siapa yang layak mohon?

Sesiapa yang boleh memohon pinjaman asalkan memenuhi syarat-syarat bank.

Cagaran bleh kecualikan jika di pelanggan dipercayai oleh bank.

Cagaran

Mesti menawarkan cagaran yang bernilai lebih daripada jumlah pinjaman. bank. Proses permohonan lebih rumit kerana pihak bank tidak mengenali pelanggan.

Proses permohonan lebih mudah

Proses permohonan

Jangkamasa bayaran balik lebih Jangkamasa bayaran balik lebih Jangkamasa panjang singkat. Faktor-faktor Yang Akan Dipertimbangkan Untuk Mendapat Pinjaman dan Overdraf 1) Tujuan pinjaman dan overdraf Tujuan permohonan hendaklah sesuai dengan syarat yang di tetapkan oleh pihak bank Keutamaan akan diberikan dalam bidang pelaburan yang berpotensi menjana keuntungan serta digalakkan dan dijamin oleh kerajaan

2) Kedudukan kewangan

Pemohon perlu mempunyai kemampuan membayar balik pinjaman atau overdraf Sumber rujukan pihak bank biasanya adalah penyata pendapatan dan penyata cukai tahunan pemohon Kedudukan kewangan pemohon dinilai berdasarkan aliran tunai pemohon Selain itu, pemohon mestilah berperibadi baik, boleh dipercayai dan mempunyai latar belakang yang meyakinkan Tempoh bayaran balik pinjaman akan dipertimbangkan, jika tempoh bayaran lebih lama, lebih banyak syarat akan dikenakan

3) Nilai aset yang dicagarkan Pemohon yang mengemukakan aset sebagai cagaran haruslah memastikan nilai aset tersebut lebih tinggi daripada amaun yang dipinjam Cagaran boleh berbentuk aset kekal seperti rumah, tanah dan sebagainya. Selain cagaran, pemohon juga boleh mengemukakan seseorang sebagai penjaminnya

4) Dasar bank pusat Aktiviti yang dilakukan oleh bank perdagangan termasuklah kemudahan pinjaman dikawal oleh bank pusat.
Penetapan dibuat oleh bank pusat terhadap sektor yang harus diberi keutamaan

pinjaman seperti pengusaha industri kecil dan sederhana

Perkhidmatan Lain (a) Kad Kredit

Sejenis kad yang membolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai

Pemilik kad berhutang dengan pihak bank Pengguna kad kredit dikenakan caj perkhidmatan Kad boleh digunakan untuk membayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan

(b)

Peti simpanan selamat Untuk simpan barang berharga seperti barang kemas/geran tanah Dikenakan caj

(c)

Perbankan elektronik (e-banking) Urusniaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit Pantas/mudah/ jimatkan kos

(d)

Tukaran mata wang asing Bank juga menyediakan tukaran mata wang asing di mana bank membeli mata wang tersebut pada kadar yang rendah dan menjualnya pada kadar yang lebih tinggi untuk memperolehi keuntungan.

(e)

Cek Kembara Merupakan cek antarabangsa yang dikeluarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan antarabangsa dalam mata wang utama dunia seperti dollar dan yen.

tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing.

(f)

Jaminan jurubank Pelanggan yang memohon jaminan bank perlu mendeposit sejumlah wang dalam akaun simpanan tetap di bank yang mengeluarkan jaminan. Jaminan bank diperlukan oleh syarikat untuk mendapatkan tender, dan melaksanakan projek.

(g)

Perbankan Islam Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun Pelaburan Mudharabah Beri kemudahan pembiayaan Ijarah / Al Rahnu

You might also like